Ini di Happy-0-meter!!
Monday, June 30th, 2008
Yuhu…tuh ha happy-0-meter. lawa, nampak kewl bile ditenung lama2. Iklan dari digi. Haha sambil beriklan dia akan paparkan mood blogger tersebut. yes!! aku rasa bertuah sangat sebab menjadi antara blogger yang boleh dikatakan terawal untuk mencuba ads versi sebegini.
Aku baru lepas upgrade sistem audio waja aku tuh. Hahaha masuk player sony dan in-dash monitor. Lepas la kalau bosan2 ada gak hiburan. Waja kalau dulu standard dia pakai kaset. Zaman skang nak cari kaset susah dah. Kat pasar malam jgn harap la kalau nak jumpe kaset lagi. Zaman dah berubah. Bluray pun dah ramai yang pakai. cuma tak mampu nak beli cd dia. harga sampai 200 untuk sekeping cd. Belum tgk harga player dia pulak.
Minggu depan aku akan ke Kundasang, Sabah. Inysallah kalau diizinkan Allah. Lepas tu ke Besut, Terengganu pula. kadang2 rasa penat tapi itulah kerja yang aku paling suke buat. Aku keje dengan hat yang gembira walaupun kadang2 masa untuk diri dan awek serta famlily terpaksa dibataskan.Aku harus bersyukur sebab mereka semua memahami terutama awek aku. Thanks ayang…
p/s : jap gi nak gi Putrajaya jap. ada seminar ke ape ntah kat sana!! esok aku update lain. chow~
























