Monday, November 17th, 2008

Hai semua, dah lama aku tak update entri kehidupan aku kan. Hurm sebenarnya aku sibuk dalam 3 minggu yang lepas, dan sekarang baru aku boleh rehat - rehat sambil menghabiskan kerja di pejabat. Oh ye!! aku tengah mencari theme baru yang best. ada sape2 yang nak cadangkan aku pakai theme ape tak? Buntu aku nak cari theme la..
Kekasih hati seperti biasa, ada pasang turun naik. Biasala sedangkan orang yg dah kawin pun still gaduh. Dunia hiburan kan malaya sedang berantakan. Isu Abby-Norman la, isu politik kerajaan Negeri Selangor la, Konsep ketuanan melayu yang dicabar oleh bangsanya sendiri dan macam-macam hal lagi.
p/s : was thinking to get my own domain. maybe mohdfaiz.com!
Posted in Suka | 2 Comments »
Wednesday, June 25th, 2008
Hahaha sejak dua menjak ni ramai yg kata dan tanye aku kenapa kene martabatkan melayu lebih dari agama islam. bagi aku sapa yang ckp macam tu hanya cakap untuk melepakan batu diatas kepala sendiri je.
Untuk mentaliti orang Malaysia dan diketahui di serata dunia. Bila bercakap je mnegenai orang melayu mesti secara automatiknya mesti beragama islam dan bile Islam di Malaysia majoriti mesti orang melayu. Aku sedih bile ada yang mula mempersoalkan isu kontrak sosial dan DEB. Kenapa itu harus diungkit. Kepada mereka yang asalnya dulu adalah pendatang. Terimalah hakikat yang anda memang pendatang di Tanah Melayu ini. Jadi tolonglah hormati hak keistimewaan orang-orang melayu.
Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, ” Kalau u tak suka dan u mintak yang bukan-bukan seperti menguggat hak-hak istimewa orang melayu bererti u meletakkan pistol di kepala u. kalau u berani u buatlah”..
Kalau Tunku masih ada sekarang mesti Tunku mengalirkan airmata melihat senario yang melanda negara dan bangsa kita pada hari ini…wallahualam.
p/s : lapar….nak diet la!!ahakss~~
Posted in Kehidupan, politik, sejarah, ucapan | 6 Comments »
Tuesday, April 22nd, 2008
Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming mendakwa orang Melayu secara keseluruhannya tidak marah jika orang Cina membela babi tetapi aktiviti itu hanya ditentang oleh orang UMNO.
Menurutnya, masyarakat Melayu Pas sentiasa menghormati hak orang Cina yang memakan daging babi seperti masyarakat India menghormati hak orang Islam memakan daging lembu.
”Apabila kerajaan negeri Melaka hendak menghapuskan babi di Melaka pada tahun lalu, orang Islam Melayu Pas yang mempertahankan hak penternak babi di negeri itu.
”Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi.
Kor Ming mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis Perhimpunan Rakyat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Turut hadir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Husam Musa mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping meminta semua yang hadir pada majlis itu menghentikan amalan politik berasaskan perkauman seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).
Katanya, parti politik berasaskan perkauman sudah tidak relevan dan UMNO, MCA dan MIC hanya layak diletakkan di muzium untuk tatapan.
”UMNO dan BN boleh masuk kubur. Negara Malaysia untuk semua, ini negara Cina, negara Melayu dan juga negara India.
”Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat,” katanya.
Komen:
“Ketuanan Melayu ialah konsep yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia (sekarang) yang dibawa masuk oleh British disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Persetujuan “quid qo pro” atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial”
Tanpa ketuanan Melayu sudah lama orang Melayu akan merempat di dalam negara sendiri. Tanpa UMNO yang berjuang bermati-matian membela orang Melayu dari dahulu hingga sekarang, pasti orang Melayu sekarang tidak akan berjaya dan mempunyai taraf kehidupan yang boleh dikatan mewah dan cukup segalanya.
Dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO semenjak dari selepas negara mencapai kemerdekaan, kita orang Melayu terus meningkat maju dan dapat merasakan keselesaan dalam hidup hingga ke hari ini. Masyarakat Melayu zaman sekarang mungkin sudah lupa bagaimana susahnya hidup keluarga dan moyang mereka di zaman dahulu sewaktu belum bercambahnya ketuanan Melayu. Semuanya merempat di negara sendiri. Ditekan dan diterajang oleh bangsa lain dari semua sektor seperti pertanian, perladangan dan perniagaan. Orang Melayu telah ditolak dari memahami perjalanan serta kawalan ekonomi dan dengan itu mudah sahaja ditolak ketepi oleh bangsa lain yang awal-awal lagi ingin melihat bangsa Melayu daif di negara sendiri.
Bila UMNO memperjuangkan dan menaik taraf ketuanan Melayu di Malaysia barulah rakyat Melayu merasakan kenikmatan dan kebebasan untuk berada di dalam semua sektor. Ambil contoh mudah, tanpa perjuangan UMNO dalam memartabatkan ketuanan Melayu di dalam sektor swasta, orang Melayu sekarang boleh bekerja di dalam sektor ini walaupun dipenuhi oleh bangsa lain selain orang Melayu. Orang Melayu boleh berniaga di dalam kelompok yang dahulunya dikuasai oleh orang bukan Melayu. Bayangkan jika tiada ketuanan Melayu, jangankan hendak bekerja di sektor swasta, ingin membeli makanan di kedai pun kita akan ditekan dan dibeza-bezakan seperti kita tiada langsung kepentingan dalam negara.
Kita tidak mahu isu ketuanan Melayu dipermainkan. Ianya telah dipersetujuai sejak dahulu lagi dan dengan itu isu ketuanan Melayu tidak perlu lagi dipersoalkan. Kita mahu hidup secara harmoni, tetapi jika DAP sudah mula mahu bermain api serta bertindak untuk mempertikaikan isu ini maka kita orang Melayu perlu bangun untuk mempertahankannya. Kita tidak perlu lagi berperang atau bermusuhan, tetapi apa yang perlu adalah kesedaran, penerangan dan pemahaman mengenai isu ketuanan Melayu yang semua sedia maklum diterima sejak dari awal lagi pemerintahan di Malaysia.
Adakan kita mahu jadi seperti Singapura yang dahulunya pernah dikuasai oleh ketuanan Melayu. Semenjak dimansuhkan ketuanan Melayu semua boleh lihat bagaimana orang Melayu diperhamba dan diperlekehkan. Jika mahu bekerja dengan bangsa lain mereka akan lihat apa yang bagus pada diri kita, apa yang menyebabkan kita lebih baik dari bangsa mereka dan bagaimana corak pemikiran kita serta kebolehan kita yang berbeza atau lebih daripada bangsa mereka.
Kita orang Melayu perlu sedar, jika tiada ketuanan Melayu di dalam Malaysia, takkan ada lagi suara-suara orang Melayu, kurang pekerjaan dalam sektor swasta untuk orang Melayu. Untuk orang Melayu diterima bekerja, kelayakan tertentu akan diambil kira oleh mereka termasuk segalanya yang menunjukkan kebolehan kita yang berbeza dari kaum atau calon lain bukan berbangsa Melayu. Ini bukan kata-kata untuk menunjukkan sikap perkauman, tetapi ini adalah fakta sebenarnya tentang apa yang berlaku sekarang. Perkara yang berlaku di depan mata kita tetapi kita cuba untuk tidak memikirkannya dan menyerahkan semuanya kepada keadaan.
Tanpa kita sedari, orang Melayu sudah pun secara diam-diam ditekan di dalam sektor luar selain sektor kerajaan. Lihat sahaja pada gaji maksima yang diterima oleh orang Melayu berbanding kaum lain. Orang Melayu rata-rata bergaji kurang dari RM 3000, mempunyai kenderaan pilihan yang merangkumi kereta buatan nasional yang mampu bayar dan mampu milik. Tetapi lihat sahaja bangsa lain, mereka mempunyai kerja yang sama, menjawat jawatan yang sama di dalam syarikat yang sama tetapi berbeza dari segi bayaran gaji maksimanya. Mereka mampu membeli kenderaan yang melebihi RM 100,000 ringgit dan mampu untuk memliki segalanya melebihi daripada kaum Melayu.
Mungkin para pembaca blog mempunyai pengalaman atau komen yang menyokong atau menolak tulisan saya ini. Tetapi yang pasti jika DAP mahu menolak ketuanan Melayu dan kita secara terbuka menerimanya maka bersiap sedialah untuk kita orang Melayu untuk kembali dihentak, diherdik dan dicaci kerana di mata bangsa lain selain orang Melayu kita hanyalah bangsa lemah yang tidak perlu diberi perhatian selain dari mengganggu rancangan besar mereka untuk merampas Malaysia serta menolak bentuk pemerintahan beraja serta pentadbiran berasaskan ajaran Islam.
Fikir-fikirkanlah sebelum terlewat!
p/s : sumber lahabau blogspot
« Hide it
Posted in Penipu, politik, ucapan | 6 Comments »
Wednesday, April 16th, 2008

Hurm aku dapat gambar kat atas ni ntah dari mana ntah. Takde pe cuma nak kongsi je. Ahaks macamni ke kehidupan anak melayu skang. Huhhuhu macam dah kat US je.. Kalo aku ada best jugak!!huhhuhu bak kate nabil, Lu pikir la sendiri!!
p/s : takde gambar bogel pun. sekadar berkongsi
Posted in Kehidupan | 2 Comments »
Monday, March 10th, 2008
//update sejuk : sejak musim pilihanraya ni, blog aku diserbu oleh semua penyokong pembangkang dan kerajaan. dalam 2 hari sahaja unique visit aku cecah 10k, dan ianya adalah satu rekod baru bg blog picisan seperti ini. Hurm tak banyak yang berlaku dalam hidup aku. kawasan kediaman aku telah ditakluki oleh PKR, Parlimen tempat kediaman aku pun PKR, dan yang paling sedih negeri kediaman aku iaitu Negeri Selangor sekarang ini telah pun dipimpim oleh PKR. Semoga Allah merahmati kepimpinanmu, Kepada BN, bangkitlah dah rampas kembali negeri ini pada tahun 2012 nanti. Teruskan BN, Aku tetap menyokong BN selagi ianya tak membinasakan bangsaku…
UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.
UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.
“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”
Salah seorang pelopor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.
Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ iaitu Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!
Kerana itu dengan penuh hikmah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.
Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.
Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera
UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.
« Hide it
Posted in Kehidupan, Suka, politik, sejarah | 4 Comments »
Sunday, March 2nd, 2008

Tengok, kini mereka mahu Timbalan Perdana Menteri kedua dari Kalangan Bukan Muslim. Huhuhuhu ini sudah mahu mengugat hak istimewa orang melayu. Ya memang betul tiada termaktub perlembagaan negara mengatakan bahawa seseorang yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Mestilah dari kaum melayu dan beragama islam. Tapi dengan adanya jawatan TPM 2 dari bukan muslim tak hairan jika suatu hari nanti bangsa melayu akan di anaktirikan di tanah melayu sendiri. Korang kat sana ada pandangan?
//update terkini mengenai syarat perlantikan Perdana Menteri Malaysia bagi mereka yang jahil perlembagaan Negara.
Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.
Posted in Cerita tipu, Kontroversi, Penipu, politik | 14 Comments »