Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » ucapan
blog yang kesejukan

Archive for the ‘ucapan’ Category

Selamat Tahun Baru 2008

Wednesday, January 2nd, 2008 |

2008banner.gif
 
Aku baru online hari ni. So aku nak ucapkan selamat tahun baru 2008 kat semua orang. Semoga tahun ni membawa kebahagian dan kesenangan kepada korang. Bagi aku tahun 2007 banyak meninggalkan kenangan yang aku suka dan sebahagianya boleh membuatkan aku marah. Tempat terakhir yang aku pegi tahun 2007 ialah Shah Alam, Makanan terakhir aku ialah otak-otak, Barangan terakhir aku beli pula ialah kipas bateri berharga 5 hengget. Hahaha paper pun terpulang kepada individu untuk menilai mane yang baik dan mana yang buruk ok. Coretan aku sepanjang 2007. Klik untuk lebeh maklumat.

Virus Kesyaitonan!!

Saturday, November 24th, 2007 |

Aku ada baca blog orang tadi, 2 blog ngah ngan hariz. erm dorang bercerita pasal game ntah ape ntah. Macam hamram pun ada..hahah gile ek main game. Dulu aku addict la main game ni antaranya game worm dan aku masih main game tu walaupun dah khatam beberapa kali. Ntah itu saje game yang mampu ditanggung oleh kondisi laptop super power aku ni. Hahahaha aku juga baru download game farm freezy dari ngah. Mungkin nak cuber main dan menghasilkan kek itik? WTF!!kek itik ada ker? Bawah ni ada cerita yang ntah hape2. Saje je. Bagi entri aku ni nampak bermakna sikit..Kepada Azrul Astronout - Selamat Hari Jadi. Sila jadi orang yang tulen tanpa dipengaruhi anasi panoda yang songsang seperti mereka Okay :). Jadi marilah kite membaca karangan dibawah ini sambil makan kurupuk udang. Jangan malu2 plak.

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit ketujuh, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora nan syahdu.

Panjang umur

Wednesday, October 24th, 2007 |

semalam hari jadi papa aku yang ke 50..huuhu aku terlupe pulak nak wish awal2.hahaha so tetengah teringat tu aku pun gi rushing beli kek yang tak seberapa ni. Aku ingat lagi kedai tu cakap kat aku.

“lu mau beli untuk sapa?”
aku jawab “untuk my father.so mane yang ok?
“ooo erm amik ini la,coklat punya.sedap woo”

so aku pun amik la kek coklat tu,sedap jugak rasanya..hurm sebelum aku kuar dari kedai tu tokeh tu ckp kat aku…

“ini orang tua bukan mau kek itu cantik ka,besar ka.yang dia mau u ada ingat dia punya besday pun sulah cukup ma”

p/s : kesimpulan sayangi papa anda selagi dia masih ada..papa selamat hari jadi.semoga murah rezeki dan panjang umur.

Kehilangan…

Tuesday, October 23rd, 2007 |

hahaha mesti korang tertanya2 kan lama betul la si bedak budak sejuk ni cuti kan. Memang betul aku lama sangat cuti sebab cuti tahun aku banyak lagi. Baru rini aku masuk opis.Hari ni opis aku buat open office. Jemput semua orang yang ada kat dalam kompleks pkns ni..heheheh kaya sungguh jabatan aku ni kan. Antara menu utama ialah kamping pusing 2 ekor, ayam golek 15 ekor, sate 1000 cucuk..huuhu makan la sampai lebam. aku dah tak nampak lain selain kamping pusing tuh.hahahahah serbu.

So time raya tu aku banyak menghabiskan masa di kampung belah mak dan ayah aku.sehari sebelum raya kitorang dah bergerak balik ke kampung,hahahah semua dah excited nak pakai baju raya masing2.time ni semua adik beradik aku ada.nampak macam meriah sket.kami balik naik 2 kete.hahaha geng2 bujang naik kete otai la kan dan sebelah mak aku pulak semua gadis2..hahahahaha nanti la aku citer…..aku takde mood..hahah nak makan je ni.

p/s : masih lagi dalam mood raya..nanti aku topup entry lagik ek.neway selamat hari raya again~

Selamat Hari Raya!!

Wednesday, October 10th, 2007 |

Hari ni mungkin hari terakhir aku buat entry sebelum raya. Kalo ada masa lebih aku akan updet la k. Smalam aku kemas rumah mak bapak aku cantik, mak aku dah buat operasi kemas mengemas untuk raya..huhuhuh penat dow.aku dah tak tahan dengan habuk sama macam mak aku.

Smalam malam aku dah beli lampu kelip2 pasang depan umah..hahah eh bukan lampu kelip2 tapi LED kelip2 :) cantik sial,macam lampu klcc pun ada, macam pesta panjut pun ada..hehehehe memang cantik secantik harga dia RM35 dengan kepanjangan 10m. Aku pun pasang la dengan niat nak bagi seprais kat mak dan bapak aku, tapi hasilnya aku terjatuh dari kerusi dan menyebabkan betis aku luka dalam. dapat la tatu free untuk raya ni.sakit berdenyut2 jgn ckp la.rase nak tumbuk orang je time tuh.shet!!Nak kate luper baca bismillah dah 10 kali surah Al-Fatihan aku baca.Mungkin nasib tak berapa nak elok kot.Lepas je aku pasang mende alah tu, au try run dan aku tekene renjatan letrik pulak..huhuhu ape la malang nasib aku..huhuhuuuhu

Awek aku tgh struggle buat kuih raya.hahaha smalam dia buat kuih makmor.korang tau ape tu kuih makmor tak?tak tau ek!kalo kuih arab tau tak? ape tak tau jugak! hurm korang makan kuih tart sudah.hehe sonok kacau awek aku buat kuih ni.aku pun setiap 30 minit call dia saje je nak kacau, ngamuk dia hahahaha maaf zahir dan batin ye ayang.malam kang kite jumpe tau!

Aku akan balik kampung insyallah jumaat petang dan akan sembahyang raya kat umah maklong aku kat kampar, kalo jadi ni kali kedua aku sembahyang raya kat situ. Sejak atuk ngan nenek aku belah mak aku takde,kami dah jarang balik kuala kangsar, Kalo balik pun mungkin tak tido sane.yang tinggal kat kuala ni pun boleh kira je dah bape orang suku sakat belah mak aku..huwaaa rindu tah ngan tok la!!Gambar kat sebelah ni gambar aku ngan sepupu aku,anak maklong,nama dia zura.hehehe orang kate aku kecik2 comel,betul ke atau sekadar fitnah?heheh :)

ok la kepada sahabat2 blogging pangah, sankai, pola, hariz, rachel, irarox, puterikure2, azrul angkasawan, palie, bulus, julia dan semua nama yang aku tak sempat nak sebut, Selamat hari raya,maaf zahir dan batin. Kalo ada terkasar bahasa, tertaip jahat ke, terpecah rahsia yang ngah ngan sankai tu pasangan gay ke aku mintak maaf ek…raya datang la umah!!untuk yang berorientasi lurus je tau :P

kepada sahabat handai sekolah dulu sham katok, paan mp, kadir, shayd, dorm bb1, izwan waris, leman, bob, amir, gedabak, capin, maulidin, dorm bg2, budak aspuri teknik klang dan semua yang mengenali aku aku pun nak mintak maaf jugak,

kawan setaman, kawan selepak macam burn, onjut, nyat, ae, gemok, deuce, dugong, budak2 denai aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku, raya nanti datang la umah tapi bukan untuk usha adik aku ek.datang untuk makan laksa sudah

dan yang paling penting ialah papa, mama, adik aku aishah, fauziah, amir dan atiqah, abg mintak maaf kalo abg ada buat salah ke, kedekut ke, termarah ke, terkasar ke maafkan la yeh.takde niat pun.semua tu abg buat sebab abg sayang korang semua.paper pun selamat hari raya, maaf zahir batin.tahun ni ada angpau sket dari abg..haha pastu korang kene blanje abg balik ek..

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :