Update 05.15 petang 14/03/08 - KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama
//Semalam aku dating ngan dia. lepak kajang je. Aku nak cari seluar untuk majlis minggu depan. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Oh ye semalam aku ada la sikit konflik dengan dia. isu kepercayaan. Ntah la, rasanya kepercayaan mesti ada dalam sesebuah perhubungan cume peratus kepercayaan itu sahaja menjadi kayu ukur. Hahaha Lagi satu dalam perhubungan kite perlulah telus dan tidak berselindung. Kalau dia baca ni betul sy pun ada kekurangan dan kelemahan. Dan kita sama2 membuat perubahan kearah kebaikan bersama. Ahad ni kite pi shopping ok
//Tempat kerja aku kini suram, mungkin kesan daripada pilihanraya tempoh hari. Officemate pun ok!! Tiada masalah cume filling aku ada la beberapa yang masih belum lagi siap. Minggu depan aku cube habiskan baki yang tinggal ini.
//Selangor telahpun mempunyai Menteri Besarnya yang baru. Semoga kepimpinan kali ini dapat memberikan perkhidmatan yang sebaik Dr. Khir Toyo ataupun Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Jangan luper untuk tunaikan janji Manifesto. Jangan jadi macam DAP yang kini sudah berdolak-dalik dalam menunaikan janji!! Ingat rakyat sudah pandai!! (pandai memboikot tapi cube ckp sumbangan apa yang telah rakyat beri kepada kerajaan selain cukai).
p/s : rehat sebentar berbicara mengenai politik. Penat kot!!
//DAP perak pulaukan Majlis Angkat Sumpah MB!! Nampaknya DAP dah mula tunjuk belang. Hanya boleh katakan padan muka kepada meraka yang sokong DAP ini!! Nah..sekarang terimalah apa yang telah korang pangkah. Hak Melayu di Pulau Pinang pula sudah tergugat. Sekarang masanya untuk buka mata dan minda. Jgn ikut hati!! Meh dengar lagi ni..hayati ok..
Wahai orang-orang melayu Malaysia yang beragama Islam…
Banyakan bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..Malaysia, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita…..siapa yang melahirkan kita? Jawapannya sudah pasti Ibu?Siapa pula yang bersama ibu kita Jawapannya tentulah BAPA !
ukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan….dan lagi! Apakah nama ibu negara kita ? Jawapannya Kuala Lumpur! Apakah nama parti dan bapa kemerdekaan kita? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! Apakah agama rasmi negara kita? Tentulah ISLAM!
Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan takutlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan kepada Ulil Amri (Kerajaan yang memerintah) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.
Disamping itu pemimpinnya yang bukan Islam pula bukan terdiri dari kafir harbi tetapi dari kaum kafir zimmi iaitu yang tidak memusuhi dengan orang-orang Islam yang berpegang kepada agama masing-masing sebagaimana di dlm alQuran surah al Kafirun ayat 6 - BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.
Sekiranya ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan rakyatlah yang memberitahu melalui saluran yang betul seperti melalui Ketua-ketua jabatan/NGO, pegawai-pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung masing-masing.Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan sekiranya kamu hendak memberitahu seseorang itu banyak baiknya atau banyak buruknya? Sekira banyak buruknya kepada diri kmau sehingga menyusahkan kamu adalah lebih baik kamu diam!!
Bukan maksud DIAM itu membiarkan sahaja perkara yang buruk itu terus berlarutan tetapi dengan menyatakan ketidakpuashatian masalah yang dihadapi melalui pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk menyelesaikan segala masalah secara ikhlas dan penuh muhabbah.
HArus di ingat! Islam hadhari bukan agama baru tetapi corak pemerintahan Kerajaan Malaysia yang agama rasminya adalah ISLAM, yang menwujudkan 10 garis panduan yang telah dihebahkan melalui media adn risalah untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama untuk menikmati segala kemudahan yang akan dan telahpun dilaksanakan.
Semoga negara kita sentiasa Selamat, Aman dan Makmur. Jangan tepuk dada tanya selera sebab jiak tanya selera akan sengara, Tanya hati akan mati dan ikut rasa akan binasa. JAdi tanyalah iman, insyallah kita semua akan selamat berbahagia hidup didunia ini, dan insyallah diakhirat juga, Amin!!
Keputusan dahpun diketahui. BN terus memerintah kerajaan persekutuan tetapi tanpa majoriti dua-pertiga. Parti-parti bukan BN berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor manakala PAS kekal dan memperkukuhkan lagi kuasanya di Kelantan.
Para penganalisis yang sering kali muncul di kaca tv yang sebelum ini memberi ulasan memberangsangkan terhadap BN dan memperkecilkan kemampuan parti-parti bukan BN, tiba-tiba tersedar dari lamunan dan menyifatkan keputusan kali ini sebagai luar jangkaan. Luar jangkaan siapa?
Kekalahan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin di Sungai Petani memang dijangkakan kerana dia bukan calon yang disukai termasuk di Merbok. Tetapi, entah atas nasihat siapa dan pertimbangan apa, Pak Lah memilihnya bertanding di Sungai Petani. Inila padahnya.
Kita masih ingat bagaimana ZAM dengan begitu angkuh menyatakan dia mahu mengalahkan calon PKR dengan membuatkan calon itu hilang wang pertaruhannya. Apa dah jadi Mamu? Semoga keputusan yang bijaksana oleh para pengundi kali ini akan membuka mata para pemimpin BN, terutama UMNO.
Tahniah kepada semua calon yang menang . Tahniah khas untuk Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Zulkifli Noordin, Jeff Ooi, Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Zuraidah Kamaruddin, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Nor Mohamed Yakcop, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ustaz Taib Azamuddin, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan dan banyak lagi. Tahniah.
Takziah jugak kepada Samy Vello, Sharizat Jalil, Zainudin Maidin, Dr. Awang adek dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Cume perlu diingatkan kepada bangsa malaysia amnya dah khasnya kepada bangsa melayu. Fikirkan kenapa Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dulu. Harap Pulau Pinang tidak akan terjadi sedemikian.
//keputusan rasmi yang menunjukkan BN hilang kuasa 2/3 majoriti. Dan korang harus tau apa kesannya kepada bangsa melayu. Fikirkan sendiri. Jgn jadi macam singapura!!
Parti alternatif, DAP, Keadilan Rakyat dan Pas menang 24 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tewas dengan Dr. P. Ramasany di Batu Kawan, Pulau Pinang
Pas menang 31 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan
Barisan Nasional kuasai 2/3 majoriti di Sabah
Perebutan kerusi di Lembah Pantai, Nurul Izzah tewaskan Dato Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Dr. Awang Adek Husin tewas di Perupok, Omar Mohammed menang
Datuk S. Sammy Vellu tewas di kawasannya sendiri, Sungai Siput
Datuk Zainuddin Maidin tewas kerusi parlimen di Sungai Petani
Khairy Jamaludin menang nasib dengan calon PKR di rembau, Badrul Hisham Shaharin
Calon DAP, M. Manoharan (kini dalam tahanan ISA) menang ke atas calon barisan nasional, Cheng Su Chen bagi kerusi DUN Kota Alam Shah
//update terkini : aku baru lepas membuang undi pada pukul 11.45 pagi tadi. Aku harap calon yang aku undi ini menang dan akan membawa kebaikan dah kemudahan kepada rakyat dihari kelak!! Semoga Allah memberkatimu..Amin!!! Opss luper nak bagitau, aku mengundi bagi N.33 dan P105.
Tidak sampai 24 jam lagi kita akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi bagi menentukan pembentukkan sebuah kerajaan Malaysia dalam PRU 12 ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , janganlah kita mengambil PRU12 ini sebagai medan untuk mencuba dan meluahkan perasaan yang tidak puas hati kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. kerana keputusan yang akan kita lakukan akan menentukan masa hadapan anak - anak kita.
Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis kerana janji-janji manis bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja. Siapa sahaja boleh menabur janji manis kerana tahu bahawa mereka pasti tidak akan dapat menunaikan janji berkenaan kerana mereka hampir pasti mereka tidak mungkin akan menubuhkan kerajaan.
Cakap tak serupa bikin, setakat janji sesiapa sahaja boleh menabur janji , dapatkah mereka melaksanakan janji-janji yang telah ditabur.
Kita hidup dalam aman dan damai serta makmur , anak-anak dan isteri kita tidak takut menjalankan kehidupan harian. Apa perlu kita menyokong parti yang berlandaskan keganasan mahupun parti yang bertopengkan Islam untuk melaga-lagakan orang-orang Islam. Sedangkan kita telah beribadah ke masjid dan surau sama seperti apa yang kita diajar semenjak zaman datuk nenek kita lagi.
Apakah Islam mereka lebih baik dari Islam di zaman datuk nenek kita dahulu. Apakah Islam mereka lebih baik dari apa yang pernah nenek moyang kita amalkan dahulu.
Apakah Islam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu ketika tiada parti PAS dan tiada pengaruh politik bukan Islam sebenar. Apakah PAS sebenarnya agama Islam dan kini bersekongkol pula dengan PKR untuk melengkapkan keislaman mereka.
PAS kini hanya menjadi kuda tunggangan, kuda tunggangan kepada PKR, Anwar Ibrahim telah mengatasi kealaiman Nik Aziz dan mengatasi kealiman Hj Hadi.
Jika BA menang , Anwar akan menajdi Perdana Menteri. PAS akan tengok sahaja, Betulkah perkara ini akan berlaku? Jika Keadilan hanya menang 4 atau 5 kerusi sahaja dan DAP dan PAS akan mengatasi mereka , apakah Anwar akan tetap jadi Perdana Menteri? Mana kah laungan PAS dahulu yang mahu kepimpinan ulamak. Apakah Anwar seorang ulamak??????
Mahukah DAP memberikan laluan kepada Anwar. Pernahkah DAP melantik Anwar sebagai ketua. Pakatan ini adalah pakatan penipu, PAS dan PKR takut untuk menaikkan bendera DAP bersama. Pakatan ini juga takut untuk mengadakan logo bersama. Susah sangat ke mahu mencipta logo pakatan ini. Disini kita dapat lihat betapa pakatan ini menipu dan cuba menipu rakyat.
Berbeza dengan Barisan Nasional semuanya telah terbukti dan bukan mudah untuk memuaskan semua kemahuan rakyat, adakala kita terpaksa menelan sedikit kepahitan , kerana dalam kehidupan tetap akan ada pahit dan manis. Terlalu manis juga tidak baik kepada kesihatan dan adakala pahit adalah penawar.
Kehidupan bukan menjanjikan kesempurnaan. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang , kekalkan kerajaan yang kita ada sekarang, UNDILAH BN.
Tadi DSLR kesayangan aku jatuh dan bercalar….
Bukan aku buat tetapi seseorang….
Aku hanya mampu tgk….
DSLR aku telah tercalar….
Nak kata apa lagi….
Terima je lah….
Harap takde effect pada lens aku….
Setakat ni takde masalah lagi….
kalo najwa baca,abg tak marah pun :), memula je tadi sentap. skang dah tak pun.hahahahaha baru bolehgosip baeknyer!!
p/s : aku tgh bersedih. Takde mood!! DSLR aku dah calar..huwaaaaa
Tadi aku pi beli hamster. Aku beli Hamster jenis golden. Aku beli 2 ekor. Aku beli sebagai hadiah besday mama aku. Ini semua angkara adik aku. Dia pi bawak balik hamster yang dia ada. So mama aku dah terkenan. Aku sonok bila dia gembira dan senyum bila aku ckap hamster ni aku beli hadiah untuk besday dia. Papa pulak sibuk tanyer bape harga semua skali. Erm lebih kurang RM130 la siap ngan cage n permainan, makanan. Aku bagi nama yang jantan Bubu dan yang betina Pupu. Nanti aku up gambar dorang ek.WEh hariz, Aku pun ada hamster la. ko tunggu hamster aku beranak.
Tadi jugak aku beli besday cake 2 orang adik aku yang besday dorang jatuh 10/2 dan 12/2 ni. hahaha Takper la duit apa la sangat. Tgk adik aku happy pun dah cukup untuk membuatkan aku luper pasal duit. Ahaks..besday aku bulan 4 ni. Jgn dorang lupe dah le
Awek aku baru balik dari family holiday di cameron highland. aku pesan kat dia macam2. Ahaks suh petik daun teh 10 helai untuk aku buat penanda buku. pastu aku pesan strawberry sepuluh kontena dan dia ada beli sayur salad ngan brokoli untuk mama aku. Sebelum dia balik tadi dia sempat belikan teh perisa strawbery. Sedap ke weh? esok aku akan ambik semua skali barangan yg telah dibeli itu sebelum aku ke Midvalley untuk menonton wayang CJ7. Ahaks bak lepas rindu dendam la katakan.
Hari insin ni aku akan ada bengkel selama 3 hari. so maybe aku tak dapat updet blog ni dalam asa tuh. aku jugak baru menerima satu tag dari angriani. Kak nanti sejuk balik dari bengkel sejuk setelkan utang tu ok. Tunggu..
p/s : bahagiakan orang lain sebelum anda merasa bahagia…..
Erm aku malas nak updet awal2. petang kang kalo ada masa aku updet ek. tu ha gambar kat atas tu aku tangkap malam semalam pukul 12.30 tghmalam. Tgk la federal Highway bnyak gile kete time tuh..petang kang aku updet lain ok!!
Aku updet la ni, Semalam eh ari jumaat ritu Besday mama aku yang ke-51. aku belikan dia cheese cake semalam setelah hampir 2 jam lebih tersangkut dalam traffic jam. Korang perasan tak KL skang ni jam dia melampau2 kan. Ada kalanya aku naik menyampah dah hampir putus asa untuk drive ke KL. aku pikir better aku nek scooter aku msuk kl lagi bagus kan.
Hadiah aku tak beli la untuk mak aku. Mungkin aku akan fikirkan benda ape yang aku nak bagi. Tapi yang pastinya hadiah untuk besday awek aku dah clear sebab aku dah belikan dia Purse Guess di Times Square dan nampaknya dia amat berpuas hati dengan hadiah tu.
Aku skang semakin galak pulak mengambil gambar tapi aku malu untuk tunjuk kat orang. Aku rasa skill aku masih lagi tak cukup bagus. Cuma aku tgh biasa2 untuk adjust shutter nih. Hehehehe nantila, kalo ada gambar menarik aku tunjuk ok
p/s : سلامت هاري جادي ماما Hari jadi adik lelaki aku hari ahad ni. hahaha kene beli cake la lagi nampak gayanye
Alhamdulillah..akhirnya aku dah ada DSLR sendiri tanpa perlu meminjam daripada kengkawan yang memang kedekut. Hahahaha Canon 350D menjadi sahabat karib aku lepas ni. Semoga jodoh aku dengan Canon akan berpanjangan.
Owh, Hari ni birthday awek aku. Aku luper wish malam tadi akibat kerja yang tak siap. Ayang, selamat hari jadi yang ke-20. Semoga ayang menjadi orang yang paline best bagi sayang kat dunia ini dan semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin!!
Malas sungguh rasanya untuk memulakan kerja arini. Macam malas je!! Nak cuti tapi macam tak best je duk umah hari isnin ni. Hahaha dah la. aku dah kat opis lagipun. Gaji akan kuar hari khamis ni…tak sabar sungguh rasanya untuk kembali berboros.
Insyallah hari sabtu ni aku akan mempunyai sebuah slr sendiri. Yes!!! sungguh tidak tertahan lagi nafsu aku mahu menangkap gambar peha dan pangkal dada amoi yang gebu. Hahahaha nak buat keuntungan dengan menjualkanya pada laman web Bangbros ataupun badjojo ataupu kalo korang mahu buat koleksi peribadi aku akan pertimbangkan..hahahaha sungguh celaka kan niat itu!!
Bercerita mengenai perkenalan aku dengan dunia internet ini amat tragis. Aku ingat lagi dulu semasa aku mempunyai sebuah komputer yang boleh dikatakan paling hebat pada tahun 1999 iaitu sebuah desktop intel celeron berkelajuan 700mhz. Hahahaha bagi aku itulah super komputer yang telah mengenalkan aku kepada dunia internet. Itu baru pengenalan gajet yang aku gunakan tapi yang betul2 menjebakan aku adalah sahabat baik yang boleh dikatakan sangat nerd!! Beliau mengatakan internet boleh diakses dengan menggunakan line telefon umah tanpa perlu meregisterkan diri di telekom. Dalam erti kata lain menggunakan akaun orang lain. Bermula dari tahun 1999 bil telefon rumah mencanak dari rm 30+ kepada hampir rm150+. Ape ketidaknya, aku online hampir 10 jam sehari dan ini berterusan sehingga la aku masuk ke pusat pengajiann tinggi pada tahun 2002, selepas itu bapak aku telah menterminatekan lain tipon umah sehingga kini.
Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ini, banyak dah dugaan yang aku tempuhi tapi tak kurang pulak kepuasan yang dah aku kecapi. Pernah terlibat secara langsung dalam dunia PHP-NUKE dan mengajar CMS itu kepada orang lain, namun kelebihan itu telah lama hilang dari otak aku. Ntah la mungkin terlalu banyak makan kepala ikan ataupun makan semut. Dan kini aku merangkak balik untuk mengenal string2 dan code yang ada dalam wordpress. Susah shiaal mahu buat theme wordpress. Aku dah try tapi masih gagal. Nampaknya kene bukak buku balik la ini macam. Takpun belajar secara online dengan sifoo2 themes wordpress malaysia seperti flisterz ataupun BOB.
Aku pernah mempunyai 2 laman web yang diselenggara secara sendiri iaitu http://smtklang.net yang aku reka khas untuk sekolah teknik aku. Masa tu aku gune cms php-nuke dan kadang2 kalo aku rajin aku tukar kepada postnuke. Ikut mood la time tu. Dan satu lagi ialah http://bunge2.net, jangan tanyer kenapa nama domain itu sungguh pelik. Aku pun tak boleh nak jawab. Sebelum ni aku menggunakan hosting dari syokz.org dan ianya telah ditamatkan tanpa sebab, aku bernaung pula di bawah hosting viere. Mujurlah viere amat memahami akan keperluan seorang noob dalam dunia wordpress..hahahaha takpe kan viere. Nanti duit aku dah cukup aku blah la. Sori le susahkan ko, aku tengah kumpul dana la ni. So sape ada yang nak derma boleh mintak nombor akaun aku melalui email atau pun ym id = sejukscript , aku amat mengalu2kan hahahahahahahaha derma anda mestilah ikhlas untuk menjamin kehalalanya :)…….
p/s : internet boleh membuat anda ketagih tapi tidak memudaratkan sangat kesihatan anda tapi ianya boleh memudaratkan poket anda kerana membayar bil steamyx dan api. Awas!!
p/s : Selamat menyambut tahun baru hijrah 1429. Kepada mereka yang beragama Islam. Mulakan tahun baru anda dengan baik. Kurangkan lah kemungkaran. Amar Makruf Nahi Mungkar!!
Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More