Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Suka
blog yang kesejukan

Archive for the ‘Suka’ Category

Gambar lagi

Tuesday, May 20th, 2008 |

Kehidupan seperti biasa. Tiada penambahan dalam jadual harian. Kewangan semakin susut semenjak hati riang bergembira. Ah~ tak kisah la. Bulan depan stabil balik. Simpanan ku pun dah kurang. Haha camner nak kawin ni. Takper la, buat dulu semua perkara yang diingini sebelum ia datang.

Hurm mimpi seseorang itu kini kerap datang. Kejap datang dalam ketawa, kejap datang membawa duka. Ntah tak dapat dalam nyata mungkin dalam mimpi pun sudah memadai. Siapa sesorang itu pun aku tak pasti. Yang aku tau aku dan dia macam sangat rapat.

Keluargaku semakin ceria. Hari2 mesti ada benda yang hendak digelakkan bersama. Papa dan Mama semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak2mu ini..Hahaha mama, nanti kete baru pinjam seround ek!!

Awek aku ok!! Semalam kami pi dating. Tgk wayang. Lama rasenye tak menghabiskan masa sehari bersama. hilang rindu sekejap. Ahaks~ ada sesape jeles tak? meh angkat tangan.

p/s : Oh..bulan ni ramai member aku kawin. Selamat pengatin baru kepada mereka. Aku bile lagi. 3,4 tahun lagi mungkin :).

Funfair?

Saturday, May 17th, 2008 |

kami main funfair di Raub, Pahang, Hahahaha memang best giler. Layan!! Macam satu family yang sungguh ceria. Bile mau pegi funfair lagi weh!

faiz atau sejuk!!

Thursday, May 15th, 2008 |

Foto diambil dari flickr fendyzaidan.com

Hurm..agak lama aku tak update blog aku ni. Selepas kemalangan yang meragut nyawa sahabat baikku segala kenangan dan memori dulu-dulu sering muncul. Terlalu banyak kenangan bersama. Apepun kehidupan harus diteruskan.

Oh ye!! buah hati ku kini sedang bercuti selama 2 bulan. Tiada perancangan yang dilakukannya. Ingin bekerja tapi dibahas dengan hebat olehku. Hahaha mungkin aku akan jadi cemburu. Cheh!! Dia cuti tapi aku pulak yang kene outstation. Hahaha padan muka aku kan.

Oh ye lagi!! Kereta baru mama aku tak sampai2 lagi. Aku dah tak sabar pulak rasanya nak mengambil alih tampuk pemanduan proton waja lama kepunyaanya. Kalau keinginan aku ini didengar dan kalau2 papa ada baca blog paeh ni ketahuilah bahawa anakmu ini tidak sabar mahu mengupgrade dari segi interior mahupun imej waja.. Mahu tukar jadi kapal terbang boleh tak?

Faiz atau sejuk?? aku pening bile mereka selalu tanyer kenapa nama ko sejuk? kan sedap panggil faiz dan kini virus kepanggilan namaku ini telah merebak. Kini mereka memanggilku Abang Paeh!! Haha Cik Najwa..abg nak beli feleloloshe 2 ek. Kalo ada loly pun ok jugak..hahahaha

p/s : theme lama yang diberikan sentuhan baru..hahaha amacam?

Alfatihah

Monday, May 5th, 2008 |

Masih lagi dalam mode kesedihan, ntah la mungkin sebab aku sangat rapat dengan arwah. Dan rasa terkilan sebab kali terakhir berjumpa dengan arwah pada bulan 2 rasanya..Allah lebih sayangkan arwah. Al-fatihan.



p/s : oh ye!! Anwar Ibrahim mahu cadangkan bini dia sebagai Perdana menteri. Macam ada udang sebalik batu. Kepada rakyat Malaysia bersedialah menerima sebarang kemungkinan. Melayu malaysia akan hilang dek kegilaan kuasa mereka yang bergelar pejuang rakyat kononya….

Review filem : Congkak

Friday, April 18th, 2008 |

Ahaks filem ni memang best dah bnyk insiden tak sangka berlaku. Hahaha macam hamram pun ada. Nak tau dengan lebih lanjut. Pi tgk sendiri. stanby la maner nak nyorok pastu. Amik jalan mudah nyorok blakang orang pun boleh jugaj. Muahaaha….jgn luper pi tgk ek.

Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang yang membuat kutipan RM 7.5 juta, paling banyak dalam sejarah filem Malaysia. Sekali lagi MIG akan melakar satu lagi sejarah apabila filem terbitan ke 23, Congkak, akan ditayangkan secara serentak di 70 buah pawagam di Malaysia, pembukaan filem Melayu terbesar dalam sejarah perfileman bermula dari Jalan Ampas di Singapura. Filem yang diadun dengan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX yang setaraf dengan filem-filem keluaran Hollywood pastinya akan memberikan satu impak dan kesan yang cukup mendalam kepada peminat-peminat filem seram tanahair.

Filem Congkak menerima arahan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang tidak mengalakkan pesakit jantung, darah tinggi serta ibu-ibu mengandung dari menonton filem ini, memang ada kebenarannya. Congkak telah dicipta untuk menakluki minda dan perasaan peminat filem seram tanahair. Setiap babak yang dihasilkan cukup mendebarkan dan pasti membuatkan anda tidak senang duduk, ini kerana dari ’shoot’ kamera, sistem bunyi yang mengkagumkan dan jalan cerita yang cukup mendebarkan, ianya akan menjadi filem seram ‘blockbuster’ untuk tahun 2008.

Secara keseluruhan, Congkak memaparkan realiti kehidupan dan budaya ‘makhluk halus’ dan ‘penunggu’ yang telah wujud dalam masyarakat nusantara selama ini. Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi, serta pengarah filem ini, Ahmad Idham dan skrip oleh Pierre Andre, yang telah membuat ‘kerja rumah’ bagi memastikan ketepatan dan realiti sebenar bagaimana dunia perubatan Melayu.

Dari sudut teknik pengambaran, Congkak telah memberikan satu perspektif baru serta telah menetapkan satu standard baru filem Malaysia, di mana mutu teknikal yang dihasilkan cukup berkualiti. Selain dari itu, Congkak memaparkan sinematografi yang cukup bagus, menarik dan pasti membuat sesiapa tertawan.

Walaupun dari pandangan beberapa pengkritik, jalan cerita Congkak agak biasa, tapi itulah sebenarnya realiti kehidupan. Jika mahu mencari kelainan, adakah sesuai jika ingin membuat kisah seram di Stesyen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)? Jadi persoalan mengenai jalan cerita yang agak biasa tidak menjadi masalah, selagi penyampaian jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh penonton.

Dari sudut lakonan, penghayatan watak serta impresi wajah memang wajar diberi pujian. Setiap pelakon telah menjiwai watak mereka. Pujian diberikan kepada dua pelakon cilik iaitu Erin Malek serta Erynne Erynna yang berjaya memberi nafas kepada Congkak.

Jika sebelum ini, cerita-cerita seram di nusantara mengambil contoh watak dan karektor hantu berpandukan kepada filem seram dari Hong Kong, tetapi bagi Congkak, nilai dan watak makhluk halus atau penunggu itu sendiri terhasil secara unik dari karektor yang telah wujud melalui lisan dari zaman nenek moyang kita dahulu. Dengan penunggu yang berupa menjadi seorang wanita tua yang cukup hodoh serta suka kepada kanak-kanak, serta makhluk ‘lintasan’ yang akan menguasai sesiapa sahaja yang melalui kawasan mereka, menjadikan watak ‘hantu’ dalam filem Congkak sesuatu yang unik.

Selain dari itu, Congkak menonjolkan nilai-nilai kekeluargaan serta konflik yang perlu dihadapi bersama-sama. Inilah sesuatu yang cukup menarik mengenai Congkak, walaupun filem seram tetapi nilai kekeluarga yang masih dipegang teguh oleh masyarakat nusantara tidak pernah diketepikan.

Namun, di atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dalam produksi tanahair menghasilkan filem seram tempatan. Beberapa babak yang cukup menyeramkan terpaksa dibuat ianya sekadar mimpi. Tetapi ianya tidak mencacatkan garis cerita tetapi ianya menjadikan Congkak lebih suspen dan dramatik. Filem berdurasi sekitar 90 minit ini cukup mencabar jiwa. Selama menonton filem ini, penonton tidak akan merasai betapa cepat masa berlalu.

Selain dari tayangan di Malaysia, Congkak juga telah ditempah untuk tontonan di negara Filipina, Singapura, Indonesia serta Thailand. Namun yang pasti Congkak telah menetapkan satu tahap sendiri untuk pengiat seni tanahair bagi menyaingi atau sekurang-kurangnya setaraf dengan filem ini.

Congkak merupakan filem seram yang cukup bersedia membawa perasaan penonton bersama-sama, dalam mengikuti pengembaraan yang cukup realistik dan menakutkan. Bagi mereka yang inginkan kelainan, atau mereka yang cukup mengemari filem genre seram dan suspen, Congkak menjadi jawapannya.

Pata pata pata pon!!

Friday, April 11th, 2008 |

Ya!! ahakss semenjak aku mempunyai PSP sendiri, aku telah menukarkan diri aku kepada pencinta PSP pulak!! Skang ni aku tgh rancak bermain sejenis game yang diberi PATAPON. Ape itu PATAPON korang google la sendiri ok :). Seyes game ni memang best!! K la aku mau sambung main. Let`s Move Pata pata pata pon!!

Terima kasih!!

Friday, April 11th, 2008 |

Aku nak ucapkan terima kasih la kepada mereka yang ucap selamat hari jadi kat aku tempoh hari. Hahah terasa diri ini amatlah dihargai dan di ingati. Kepada mereka yang menghantar hadiah seperti ju, thanks bebanyak. hadiah ju tu menang comel giler :). Ahaks siap bagi sepasang lagi kan. Ok nanti sejuk passkan lagi satu kat gf sejuk ok. Thanks bebanyak.

Tengok la gambar hadiah ju tuh. Hahaha parent aku gelak je nengok. katanye umur dah besor tak sedor main bende cengitu. Eleh paeh tau mama jeles kan sebab dapat adiah ni. Hahahahahaha. Yang sotong aku nak pass ke gf. Aku amik cendawan tu ok la. Oh ye nama benda tu ialah back massanger. Simpan wat kenangan sudah :).

Officemate aku bagi Dunkin Donut sebagai ganti adiah. Hehe at least dia ingat jugak la kan. Tak harap pape pun, Dapat wish pun kira ok :). Mekasih yeh!!

Oh ye!! aritu aku ada tulis yang gf aku nak bagi stokin sempena besday kali ni. Ahakss aku ngan dia siap bergaduh la, siap ckp kalo stokin aku tak mu terima hadiah tu (demand giler, tak bersyukur orang nak bagi ape kan). Tapi sebaliknya pulak yang aku dapat, sesuatu yang aku tak jangka langsung. Ya aku menerima sebuah Sony PSP yang aku rasakan terlalu mahal bagi seorang student spt gf aku ni. Huhuhu sori ayg, Syg tak berniat nak mintak bebetul pun. Tapi dah dapat amik je la. Aku pulak yang jadi serba salah. Ye la takut duit belanja dia berkurangan ke. Student kan kene pakai duit banyak. So aku kene bersedia mane la tau dia memerlukan bantuan nanti. Yuhuu aku dah ada psp!!

Sebelah tu la PSP yang aku terima. Dia cakap dia beli di Sony Center MidValley. Sahih Original!! So tak boleh nak main pirate. Hahah semalam aku dah hacked kepada version 3.90-M33. jadi segala bapak game pirate aku dah boleh main. Thanks sgt2 ayg. Nextime syg mintak ayg belikan kereta pulak ek. Ayg bayar down payment pun kira ok. Bulan2 kite cite lain.  Hahahahaha

Harapan harijadiku!!

Monday, April 7th, 2008 |

Yo!! Hurm tak sampai 24 jam lagi harijadi aku yang ke-24 akan tiba. Hurm dah besar rupenye aku kan. Bak kate orang dah boleh jadi bapak budak dah pun :). oH ye gambar diatas aku snap menggunakan Canon 350D aku dan diedit menggunakan photshop+lightroom. Ahakss kalendar olskool katakan. Nampak tarikh keramat ditengah2 tuh. Yup!! harijadiku sama dengan hari keputeraan Baginda Sultan Johor :).

Ape ek yang aku nak sempena besday aku esok? Mungkin aku boleh listkan ape harapan aku tahun ini..

1. Sempena aku dah hidup 24 tahun di bumi Allah ni, aku nak panjatkan seribu kesyukuran tak terhingga kepadaNya sebab masih lagi beri peluang kepada aku untuk bernyawa dan meneruskan hidup di alam nyata. Aku akui selama ni mungkin aku bnyk melakukan perkara yang sia2. Insyallah aku akan lakukan penghijrahan dalam diri ini kearah kebaikan. Mudah-mudahan :).

2. Nak bahagiakan mama papa aku, buat masa sekarang aku dah tak berkira langsung pasal duit. Asal ada je mak atau bapak aku teringin sesuatu akan aku usahakan cari. selagi duit ada dalam bank tu insyallah semua akan aku try tunaikan. tapi mama papa jgn la ngidam benda yang susah nak carik ek..hahahha thanks le sebab jage paeh sampai sihat waalfiat seperti sekarang, Ma tolong carik jodoh yang baek punyer sorang!!

3. Kengakawan aku, Ahaks jgn harap korang dapat bagi telor busuk+air tembakau @ longkang kat aku ini malam. Aku akan menyorok sampai kelubang cacing ok!! Eh kepada yang ada no aku silalah wish. Aku menunggu kehadiran sms2 korang dikotak inbox ku malam ni :). juga menunggu hadiah daripada erni!!jgn luper ek cepotet :)

4. Cinta hatiku pulak kata nak bagi aku present paling best. Ahaks dia ada ckp adiah kali ni nak bagi aku stoking comel yang berbulu2. Wohoho aku takmo stoking la. Saya mahu PSP, game boy ataupun lens untuk dslr ku ini. Ahaks, takde la ayang. bagi ape pun tak kisah. janji ikhlas ok!! ape yang ayang bagi semua best!! hahahahaha……

Apepun aku nak mengucapkan sekali lagi selamat hari jadi kepada diri aku sendiri. Mane la tau kot2 takde orang wish langsung kan. Semoga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki..Amin!!

Telefon bimbitku!!

Friday, April 4th, 2008 |

Aha..agak lama aku tidak ditagged. kali ni aku ditag oleh cik. erni dengan tajuk tunjukkan handphone anda. Nah!!atas tu adalah handphone yang sedang aku gunakan. Ya sebuah sony ericsson k810i berwarna perak. Sebelum ni aku pernah menggunakan nokia 6280, nokia 3650, nokia 3200, nokia 3310, ericsson c30 dan ericsson t10. Semuanya dibeli menggunakan duit sendiri tanpa dibiayai oleh subsidi keluarga. Alhamdulillah handphone yang sekarang agak memenuhi citarasa aku la.. bolehla setakat nak bergambar dengan awek yang gebu2 dengan kamera berpixel 3.2 mb. flash xeon yang agak power jugak!! ada sape pakai handphone macam aku tak?

p/s : aku nak tag sape ek? hurm nak tag wawa kot. cik wawa sila jawab ok!!

Aku dan nombor

Wednesday, March 26th, 2008 |

Mcd Seksyen 3, Shah AlamHari ini aku mahu menceritakan mengenai nombor dalam kehidupan aku… haha aku bukannya kaki nombor ok. Aku tidak pernah mengenal apekah ertinya toto, magnum serta kude. Alah sekali sekala masa belum mumaiyiz dulu ada la pi main kuda kat dalam kedai game sampai bapak aku terpaksa menjadi ultraman dan mengesan dimanakan aku berada!!

Tapikan aku macam malas la pulak nak tulis pasal nombor2 ni. pening weh!!aku kalo nampak nombor bnyk2 ni aku konfius melainkan nombor yang ada warna macam nombor 5 yang kaler hijau, nombor 10 yang kaler merah dan no 50 yang kaler hijau2 biru. Owh nombor seratus kaler aper ek?

Semalam pi cek mata, specialist mata u ckp rabun aku ni dah tahap kene pakai spec!! Hakdoi inilah akibat menggunakan internet yang berlebihan. Ke aku terushar lebih awek..miahahahahahaha!!!

p/s : gambar mcd itu telah dipakse letak dengan rela..miahaha

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :