Bajet 2009, Bonus, Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » politik
blog yang kesejukan

Archive for the ‘politik’ Category

Lim Guan Eng dan seluar pendek!!

Monday, March 17th, 2008 |

Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

“Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

“Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald,” kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana “tidak ada apa yang hendak dirahsiakan”.

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

“Di rumah, dia biasa sahaja dengan “seluaq katok” (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

“Dia (Lim) jawab: ‘Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya’

“Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu,” kata Mohamad Sabu.

Surat dari rakyat: Melayu Makan Melayu

Saturday, March 15th, 2008 |

 BELUM seminggu menikmati kemenangan dalam pilihan raya, DAP telah mula menunjukkan belang sikap cauvinis dan ‘kiasu’ dengan tidak menghormati dasar sosial melindungi hak orang Melayu.

Orang Melayu Pas dan PKR hanya pandai menunjukkan kehebatan politik demonstrasi jalanan dan keseronokan berpesta pilihan raya. Tetapi DAP menunjukkan kehebatan menerusi penyatuan undi Cina dengan memperlekeh orang Melayu dan rakan kongsi mereka iaitu PKR dan Pas.

Dengan kebijaksanaan, manipulasi dan dendam politik, DAP dengan berani menolak perlaksanaan DEB di Pulau Pinang.

Mereka akan mengadakan sistem pilihan raya majlis perbandaran dan akan mendesak sistem yang sama untuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Oleh kerana orang Cina adalah penduduk dan pengundi majoriti di semua bandar besar, DAP yakin dapat memiliki pentadbiran bandar dan majlis tempatan. Mereka akan memastikan Cina, yang kini menguasai ekonomi dan kekayaan negara, akan terus diperkasakan sementara Melayu terus dipinggir.

Pada masa yang sama mereka berikrar menjadikan Pulau Pinang negeri termaju dengan meminta kerajaan BN terus menyalurkan wang pembangunan. Mereka juga mahu Petronas membiayai kos membina jambatan kedua Pulau Pinang untuk mengelakkan kemungkinan membayar tol.

Mereka mahu keselesaan untuk rakyat Pulau Pinang sahaja, peduli apa dengan orang lain. Yang sudah ada hendak ditambah, hak orang lain hendak dinafikan. Ini sikap kiasu yang sememangnya tamak dan jijik.

Kerajaan DAP yang kononnya multi-racial mengwujudkan setiap satu jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk orang Melayu dan orang India, dengan alasan mereka akan mengadili kepentingan sendiri. Ini adalah bukti bahawa DAP dan PKR yang multi-racial tidak dapat berlaku adil dan menjaga semua rakyat sehingga terpaksa mengamalkan pemerintahan mengikut pecahan kaum.

Perkara yang sama dilakukan di Perak dan Selangor kerana DAP hanya mahu menjaga kepentingan Cina sahaja dan tidak mempercayai PKR dan Pas yang mengetuai kerajaan-kerajaan negeri tersebut.

Inilah akibatnya perbuatan orang Melayu yang menyokong DAP menerusi sokongan mereka kepada PKR dan Pas. Mereka sebenarnya pengkhianat bangsa dan agama. PKR tidak langsung membantah kerana mereka hanya berminat untuk berkongsi kuasa dengan DAP. Pemimpin utama PKR juga menolak DEB terutama ketika berceramah di hadapan hadirin bukan Melayu. Selain itu, ramai calon bukan Melayu turut bertanding atas tiket PKR. Maka segala momokan bahawa PKR mengutamakan kepentingan Melayu adalah penipuan paling besar dalam sejarah politik tanah air. PKR sebenarnya bergerak atas landasan dendam peribadi pemimpinnya. DAP ternyata mempergunakan PKR untuk agenda mereka dan terbukti berjaya besar. PKR pula bergantung kepada DAP untuk menarik undi bukan Melayu. Sebab itu, PKR sanggup bersekongkol dengan gerakan undi jentera DAP iaitu ‘undi Cina untuk Cina’.

Atas percaturan itu, masyarakat Cina turut menyokong PKR kerana parti itu diyakini bukan membawa agenda Melayu sebagaimana UMNO. Lebih pasti, PKR menjadi alat untuk DAP lemahkan kuasa politik Melayu. Itulah jasa terbesar PKR kepada umat Islam dan Melayu.

Timbalan Menteri Besar Satu Penipuan Kepada Orang Melayu

Thursday, March 13th, 2008 |

Hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim telah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya merupakan parti yang memenangi kerusi kedua terbanyak selepas BN (mahu pun UMNO) tetapi beliau berjaya mengumpulkan DAP dan Pas sebagai parti sekutu untuk mendapat majoriti mudah di DUN Selangor.

Persoalan siapa Menteri Besar bukan lagi isu besar. Namun isu yang lebih besar di kalangan orang Melayu di Selangor ialah mengapa jawatan Timbalan Menteri Besar perlu diwujudkan. Lebih meresahkan mereka mengapa DAP diberi jawatan Timbalan Menteri Besar. Mereka mempersoalkannya kerana ia tiada dalam manifesto PKR-PAS seperti yang dijanjikan kepada orang Melayu dan rakyat Selangor keseluruhannya.

Pas terutamanya perlu menjawab mengapa mereka sanggup bersengkongkol membenarkan parti anti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti DAP mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar?Tidak cukup itu, Pas juga perlu menjawab mengapa pada suatu ketika mereka begitu menentang Majlis Antara Agama (Interfaith Council) yang digerakkan oleh DAP, hari ini bersetuju dengan perlantikan tersebut?

Ada apa lagi!!

Thursday, March 13th, 2008 |

//DAP perak pulaukan Majlis Angkat Sumpah MB!! Nampaknya DAP dah mula tunjuk belang. Hanya boleh katakan padan muka kepada meraka yang sokong DAP ini!! Nah..sekarang terimalah apa yang telah korang pangkah. Hak Melayu di Pulau Pinang pula sudah tergugat. Sekarang masanya untuk buka mata dan minda. Jgn ikut hati!! Meh dengar lagi ni..hayati ok..


nak lagu ini. Sila klik sini

Wahai orang-orang melayu Malaysia yang beragama Islam…

Banyakan bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..Malaysia, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita…..siapa yang melahirkan kita? Jawapannya sudah pasti Ibu?Siapa pula yang bersama ibu kita Jawapannya tentulah BAPA !

ukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan….dan lagi! Apakah nama ibu negara kita ? Jawapannya Kuala Lumpur! Apakah nama parti dan bapa kemerdekaan kita? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! Apakah agama rasmi negara kita? Tentulah ISLAM!

Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan takutlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan kepada Ulil Amri (Kerajaan yang memerintah) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.

Halatuju Politik Semasa!!

Wednesday, March 12th, 2008 |

halatuju-politik.png

Kepada sahabat yang masih lagi panas dengan isu pilihanraya, ketidakpuasan hati kepada pemerintah, pembangkang dan sebagainya. sila komen di sini. Komen yang berbau lucah, terlalu kearah perkauman akan dipadam. Terima kasih!!

Rakyat Selangor, Jom tuntut semua ni!!

Tuesday, March 11th, 2008 |

 

manifestoba.png

BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:

Membela dan berkhidmat untuk rakyat;Sedia mentadbir Negeri Selangor.

Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:

Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan

Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat. BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata. Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat. Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan. Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan. Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.

Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri. Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri. Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:

Kemungkinan yang ditakutkan!!

Tuesday, March 11th, 2008 |

politik.png

p/s : nampaknye apa yang aku takutkan selama ini hampir terjadi. Ya Allah selamatkanlah bangsa dan tanah airku ini!!Amin…

UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

Monday, March 10th, 2008 |

//update sejuk : sejak musim pilihanraya ni, blog aku diserbu oleh semua penyokong pembangkang dan kerajaan. dalam 2 hari sahaja unique visit aku cecah 10k, dan ianya adalah satu rekod baru bg blog picisan seperti ini. Hurm tak banyak yang berlaku dalam hidup aku. kawasan kediaman aku telah ditakluki oleh PKR, Parlimen tempat kediaman aku pun PKR, dan yang paling sedih negeri kediaman aku iaitu Negeri Selangor sekarang ini telah pun dipimpim oleh PKR. Semoga Allah merahmati kepimpinanmu, Kepada BN, bangkitlah dah rampas kembali negeri ini pada tahun 2012 nanti. Teruskan BN, Aku tetap menyokong BN selagi ianya tak membinasakan bangsaku…

UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

Tahniah kepada Mereka dan Keputusan Rasmi PRU 12

Sunday, March 9th, 2008 |

Keputusan dahpun diketahui. BN terus memerintah kerajaan persekutuan tetapi tanpa majoriti dua-pertiga. Parti-parti bukan BN berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor manakala PAS kekal dan memperkukuhkan lagi kuasanya di Kelantan.

Para penganalisis yang sering kali muncul di kaca tv yang sebelum ini memberi ulasan memberangsangkan terhadap BN dan memperkecilkan kemampuan parti-parti bukan BN, tiba-tiba tersedar dari lamunan dan menyifatkan keputusan kali ini sebagai luar jangkaan. Luar jangkaan siapa?

Kekalahan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin di Sungai Petani memang dijangkakan kerana dia bukan calon yang disukai termasuk di Merbok. Tetapi, entah atas nasihat siapa dan pertimbangan apa, Pak Lah memilihnya bertanding di Sungai Petani. Inila padahnya.

Kita masih ingat bagaimana ZAM dengan begitu angkuh menyatakan dia mahu mengalahkan calon PKR dengan membuatkan calon itu hilang wang pertaruhannya. Apa dah jadi Mamu? Semoga keputusan yang bijaksana oleh para pengundi kali ini akan membuka mata para pemimpin BN, terutama UMNO.

Tahniah kepada semua calon yang menang . Tahniah khas untuk Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Zulkifli Noordin, Jeff Ooi, Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Zuraidah Kamaruddin, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Nor Mohamed Yakcop, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ustaz Taib Azamuddin, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan dan banyak lagi. Tahniah.

Takziah jugak kepada Samy Vello, Sharizat Jalil, Zainudin Maidin, Dr. Awang adek dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Cume perlu diingatkan kepada bangsa malaysia amnya dah khasnya kepada bangsa melayu. Fikirkan kenapa Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dulu. Harap Pulau Pinang tidak akan terjadi sedemikian.

//keputusan rasmi yang menunjukkan BN hilang kuasa 2/3 majoriti. Dan korang harus tau apa kesannya kepada bangsa melayu. Fikirkan sendiri. Jgn jadi macam singapura!!

keputusan-pru-12.GIF

  1. Parti alternatif, DAP, Keadilan Rakyat dan Pas menang 24 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang
  2. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tewas dengan Dr. P. Ramasany di Batu Kawan, Pulau Pinang
  3. Pas menang 31 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan
  4. Barisan Nasional kuasai 2/3 majoriti di Sabah
  5. Perebutan kerusi di Lembah Pantai, Nurul Izzah tewaskan Dato Shahrizat Abdul Jalil
  6. Datuk Dr. Awang Adek Husin tewas di Perupok, Omar Mohammed menang
  7. Datuk S. Sammy Vellu tewas di kawasannya sendiri, Sungai Siput
  8. Datuk Zainuddin Maidin tewas kerusi parlimen di Sungai Petani
  9. Khairy Jamaludin menang nasib dengan calon PKR di rembau, Badrul Hisham Shaharin
  10. Calon DAP, M. Manoharan (kini dalam tahanan ISA) menang ke atas calon barisan nasional, Cheng Su Chen bagi kerusi DUN Kota Alam Shah

 

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!!

Saturday, March 8th, 2008 |

//update terkini : aku baru lepas membuang undi pada pukul 11.45 pagi tadi. Aku harap calon yang aku undi ini menang dan akan membawa kebaikan dah kemudahan kepada rakyat dihari kelak!! Semoga Allah memberkatimu..Amin!!! Opss luper nak bagitau, aku mengundi bagi N.33 dan P105.

Tidak sampai 24 jam lagi kita akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi bagi menentukan pembentukkan sebuah kerajaan Malaysia dalam PRU 12 ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , janganlah kita mengambil PRU12 ini sebagai medan untuk mencuba dan meluahkan perasaan yang tidak puas hati kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. kerana keputusan yang akan kita lakukan akan menentukan masa hadapan anak - anak kita.

Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis kerana janji-janji manis bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja. Siapa sahaja boleh menabur janji manis kerana tahu bahawa mereka pasti tidak akan dapat menunaikan janji berkenaan kerana mereka hampir pasti mereka tidak mungkin akan menubuhkan kerajaan.

Cakap tak serupa bikin, setakat janji sesiapa sahaja boleh menabur janji , dapatkah mereka melaksanakan janji-janji yang telah ditabur.

Kita hidup dalam aman dan damai serta makmur , anak-anak dan isteri kita tidak takut menjalankan kehidupan harian. Apa perlu kita menyokong parti yang berlandaskan keganasan mahupun parti yang bertopengkan Islam untuk melaga-lagakan orang-orang Islam. Sedangkan kita telah beribadah ke masjid dan surau sama seperti apa yang kita diajar semenjak zaman datuk nenek kita lagi.

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :