Tuesday, December 18th, 2007 |
Situasi adalah malam tadi di rumah ketika aku sibuk main game Premiere Manager 08.
Mama : Paeh, amik duit ni gi beli Domino pizza seploh pastu ko tukar kad ni, dah nak expired dah!!
Aku : ejap lagi la ma, nak main game ni, baru je nak memang kang la lepas berita ke.
Adik : Ala bang, gi la cepat, kang papa nak pakai kete lagik. skang tak ramai orang.
Aku : Kete mama kan ada, pakai je la.huhuuhu sibuk je. Nak cepat call je la, biar dorang hantar.
last2 aku pi beli jugak sebab lapa. tapi itu bukan point yang sebenar untuk aku bercerita pasal itu..tapi ini yang patutnya..
Mama : Haritu mama ngan kakyah makan western food kat KL, Nanti mama belanja korang pulak ok.
Adik : Hokey mama, Mama ala bagi je abg duit malam ni. Suh dia beli kat kampung baru tuh. Tapau makan kat umah.
Aku : WTF!!(dalam hati la) maner ada orang makan western siap tapau makan kat umah la. Kalo nak ko gi beli, Aku belanje pulak. Huuhuhuhu!!
p/s : jgn menderhaka terhadap kedua ibubapa anda. Buruk padahnya.
Posted in Cerita tipu, Kehidupan, Lepak, Suka | 15 Comments »
Monday, November 19th, 2007 |
Selamat hari isnin semua. Dah sarapan ke korang semua arini? Sarapan ape je? Aku pagi ni mama masak nasi goreng cili kering. Kata aku makanan yang paling sedap dalam dunia adalah makanan yang dimasak daripada tangan seorang ibu. Sebab tu adik beradik aku semua sihat2 belaka, Alhamdulillah!
So dalam 2 hari cuti wajib aku sabtu dah ahad ni banyak perkara-perkara yang aku buat. So lepas je aku hantar adindaku ke KL sentral untuk gi camp kat Bentong, Pahang aku pun sambung keje balik. Standby dan2 time tu aku diarahkan untuk dikursuskan kat Besut,arahan serta merta. Nak tak nak kene la gagahkan pergi. Aku tau aku takkan dapat jumpe adidaku sampai la 6 Disember 2007. Sungguh lama tanpa dapat berSMS dan call sebab handset awek aku diambil oleh urusetia. Hahah baru aku tau perasaan biler orang yang kita sayangi tak dapat dihubungi. Selama ni asyik ambik handset peserta sendiri tanpa mengira perasaan tapi bak kata bos aku masa nak ambik handset peserta “berat tangan yang menyerah berat lagi tangan yang mengambil”. Insyallah ada rezeki dapat la kita jumpe lagi ek ayang.
ceh!!macam nak gi haji la pulak!

Bil Pak Li Kopitiam yang sungguh tipikal designnya
Malam Jumaat tu aku ngan member aku melepak sambil melepaskan tensen. Memula dorang ajak lepak Wangsa Maju pekene shisha (aku tak isap rokok k, dah lama benti) tapi ditukar ke tempat lepak yang lain last2 minit akibat sebab2 yang tak dapat dielakkan. Sape penah dengar Pak Li Kopitiam sdn. bhd? Hahahaha aku pun tak penah dengar sebelum ni sebab kalo lepak kat sec.7 mesti ingat hakim je.kalo hakim je mesti sec.7( naif sungguh aku pasal restoran kat Shah Alam ni kan). Bagi aku Pak Li Kopitiam ni okla. Macam bistro2 yang lain jugak, Kalo korang penah lepak kat kedai kopi Shah Alam, sure korang nak rase lagi kopi dia kan. Malam tu aku pun berlagak macam orang berada sebab rata2 malam tu semua naik brabus! Mungkin dorang baru balik meeting kot! terasa aku berada dalam kelompok high class (perasaan sekali-sekala tidak menjejaskan fungsi buah pinggang anda ok!).Minum white coffee ngan mee udang sudah. Dan konklusi yang aku dapat kat Pak Li ni. Memang best dan semua sedap!!Murah pun murah. Korang pi la try pulak!

Sahabat aku merasai kenikmatan Mee Udang diiringi White Coffee
Sabtu tuh pulak aku duk umah sampai la kul 2 ptg. Tak tau nak buat ape? Memang bosan biler awek aku takde. terase sungguh bile aku tak dating pada hari sabtu yang sungguh free. Nak tido memang dah puas.Tengok tv program semua cam hampeh je. Takkan nak tgk cenel ESPN petang2 camtu kan. Last2 aku call member aku jom usha DSLR, Hahahaha abes satu KL petang tu kami tawaf naik moto kapcai bapak aku. Aku tau kalo aku naik kete time cenggitu nampaknya aku seperti berlari setempat la jawabnye. Paling Murah Harga DSLR pada hari tu ialah di Lowyat dimana Nikon D40 berharga RM1800 siap tripon semua. Hahaha cine tu ckp la, Aku haram tak tau ape dia mencarut ngan aku kan. Lantakla aku hanya jalan2 je.Lupe pulak. OTW nak ke Lowyat tu aku dan member aku tergelak besar bile melihat sebuah EX5 memakai no plat kete di tungganganya. Sungguh mengikut peraturan. Mungkin penunggang motor ni adalah seorang yang amat patuh kepada tatasusila. Ada lagi ek plat motor macamni. Ingat dah pupus dah.

Ni plat motor ke kereta?
p/s : aku sungguh rindu awek aku. Huwaa cepatlah balik! Dah ketagih nak makan sushi sama2 nih.
« Hide it
Posted in Kehidupan, Lepak | 6 Comments »