Archive for the ‘Kontroversi’ Category
Tuesday, July 15th, 2008 |
//kemaskini terbaru 17 Julai 2008

Assalamualaikum..aku baru je balik dari sabah. Sampai di rumah dalm pukul 4.30 petang tadi. Sempat la beli sedikit cenderamata untuk mereka yang terdekat dengan aku. Beli rantai mutiara, baju barik sabah dan juga ikan kering, masin khas untuk mak aku.
Tadi aku sempat tgk perdebatan antara penasihat PKR iaitu Dato` Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Alhamdulillah, Datuk Ahmad Shabery Cheek berjaya meyakinkan rakyat megenai isu minyak. Dapat aku ulaskan disini DSAI sudah tidak mempunyai banyak idea yang dapat meyakinkan rakyat. Sikit2 isu duit Petronas, bercakap seolah2 Petronas itu hanya untuk rakyat semata2. Tapi sebelum semuanya dapt kepada rakyat. Sumber dan hasil daripada Petronas itu hendaklah dilaburkan untuk generate keuntungan yang kita sekarang dapat rasa melalui kemajuan negara kita.
DSAI nak kate kita punya minyak mahal, kenapa tak bandingkan dengan Indonesia. Adakah pendapatan perkapita kite lebih rendah daripada indonesia, dan terbukti di Indonesia minyak mereka mahal. Wahai DSAI selepas kami iaitu rakyat yang menyokong kepimpinan Dato` Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ini mendengar apa yang dihujahkan oleh tuan, Dan mendengar pula penerangan daripada Menteri Penerangan, maka sahihlah apa yang dicakap oleh DSAI itu belum dapat dibuktikan lagi keberkesanannya dalam menurunkan harga minyak. Kami semakin teguh dengan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, Dulu, Kini dan Selamanya..
Wahai penyokong Pakatan Rakyat, berhentilah dari melakukan demontrasi yang akan menyusahkan rakyat yang lain. Berhentilah mengkritik yang menjatuhkan. Bersama la membangunkan Negara, Agama dan Bangsa Kita. Semoga PAS dan UMNO akan sepakat dalam isu menegakkan Agama Islam Dan Bangsa Melayu. Ingatlah, jangan menjadi rakyat yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit!!
Hidup UMNO, hidup BN, Hidup Pak Lah!! dan tahniah kepada Menteri Penerangan Malaysia. Kau sungguh hebat!! Terima kasih kerana penjelasanmu itu.
Posted in Kehidupan, Kontroversi, politik | 21 Comments »
Monday, July 14th, 2008 |
Ni la gambar Nabila Huda anak kepada penyanyi rock lagenda negara. Bapak dah insaf tapi anak ntah la. Huhhuhu gi umrah tapi perangai masih tak berubah. Mungkin dah terikut2 dengan budaya barat. tak tau nak bezakan tanah haram yang suci barangkali…

p/s : aku akan balik ke semenanjung esok!! tak tau nak beli ape untuk mereka disana!!
Posted in Kontroversi | 4 Comments »
Friday, July 4th, 2008 |
Hoh~ aku lari kejap dari kursus semata untuk jumpe awek aku bagi mencari ketenangan. Banyak dugaan sejak2 akhir ni. Malas cerita cume kesimpulannya kami pulih seperti biasa. Kosong2!!
Thanks untuk najwa ngan mila. Huhuh layan perasaan tadi. Hahaha semua penah heart feeling ngan aku. mungkin benar aku ni diberi lebih perhatian. Jadi ape yang aku buat semua perasan!! dan aku suka keadaan macam ni. Thanks sebab sudi jadi kawan abg korang memang best, jangan le lelupe kat abg kalau dah ada marka sat gi na!! ingat daku dalam doamu!!hahaha ceh~
p/s : hati masih lagi tak sedap!!pesal yeh!!
Posted in Kehidupan, Kontroversi, bersih | 1 Comment »
Tuesday, June 24th, 2008 |
Kereta prototaip proton terbaru. MPV katanye. Akan release 2009 nanti. Berminat la pulak. Ahaks!!

Is it look likes Toyota Wish?

How much do you think it will cost?

Posted in Kontroversi | 2 Comments »
Friday, May 23rd, 2008 |
THE HAGUE, Belanda 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.
Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.
Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.
Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.
Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.
Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.
Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.
Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.
Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.
Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.
Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.
Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. - Utusan
Posted in Kehidupan, Kontroversi, sejarah | No Comments »
Monday, April 21st, 2008 |

FARAH SYAFIQAH BT MOHD ROSLI.
Farah Syafiqah masih belum pulang sejak jumaat 18 April 2009 setelah ke KFC Jalan Kuchai Lama jam 1.00 tengah hari. Farah berumur 18 tahun, warna kuli cerah/putih, ketinggian 1.6m berambut panjang. Keluarga Farah merayu kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa Farah sila hubunginya segera atau pihak yang bertanggunjawab seberapa segera.
bapa : MOHD ROSLI HJ HUSSAIN
voice : 012 6514278
address : 4-3 QTRS ILPKL, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, Jalan Kuchai lama Kuala Lumpur.
Doakan Farah berada dalam keadaaan yang baik.
Posted in Kehidupan, Kontroversi, ucapan | 5 Comments »
Tuesday, April 15th, 2008 |
Bengong!!
Bodoh!!
Bahalol!!
itu sahaja…..
Posted in Kehidupan, Kontroversi | No Comments »
Friday, March 21st, 2008 |
//Lama rasanya aku aku tak tulis mengenai diri sendiri. hampir sebulan sibuk dengan isu pilihanraya dan nah..sekarang ramai yang merungut dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
//
Aku baru balik dari bengkel pemantapan badan kerja. 2 hari je dan tak memberi kesan penat yang berpanjangan. Boleh la nak lepak2 minum bersama kawan2. Oh ye semasa di bengkel pada malamnya aku bermimpi. Ya!! mimpi yang sangat indah. Indah sangat2, tapi yang peliknya aku bukan bermimpi dia!! Aku bermimpi seseorang!! Pelik kenapa seseorang itu ada dalam mimpi aku. Entahlah, mungkin hanya ingin melihat apa yang ada didalam kotak fikiranku ini. Siapa seseorang itu tak perlulah aku ceritakan.
//maner ek nak cari patung camni..jenuh daha ku carik!!
//Aku akan cuba mengurangkan enrty mengenai politik selepas ini, Mungkin bila ada isu ataupun ketidakpuasan hati baru akan aku huraikan. Aku amat mengalu2kan soalan, pandangan dan email dari korang untuk aku buat modal entry yang akan datang. So meh la kongsi2 ngan aku…
Baru a’ Kau Tahu Guan Eng!
SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.
Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi ‘kerajaan yang memerintah’. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.
ersoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.
Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.
Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan ‘gangguan-gangguan’ yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya ‘mengambil alih’ tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.
« Hide it
Posted in Cerita tipu, Hobi, Kehidupan, Kontroversi, Lepak, Suka, politik | 13 Comments »
Saturday, March 15th, 2008 |
BELUM seminggu menikmati kemenangan dalam pilihan raya, DAP telah mula menunjukkan belang sikap cauvinis dan ‘kiasu’ dengan tidak menghormati dasar sosial melindungi hak orang Melayu.
Orang Melayu Pas dan PKR hanya pandai menunjukkan kehebatan politik demonstrasi jalanan dan keseronokan berpesta pilihan raya. Tetapi DAP menunjukkan kehebatan menerusi penyatuan undi Cina dengan memperlekeh orang Melayu dan rakan kongsi mereka iaitu PKR dan Pas.
Dengan kebijaksanaan, manipulasi dan dendam politik, DAP dengan berani menolak perlaksanaan DEB di Pulau Pinang.
Mereka akan mengadakan sistem pilihan raya majlis perbandaran dan akan mendesak sistem yang sama untuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Oleh kerana orang Cina adalah penduduk dan pengundi majoriti di semua bandar besar, DAP yakin dapat memiliki pentadbiran bandar dan majlis tempatan. Mereka akan memastikan Cina, yang kini menguasai ekonomi dan kekayaan negara, akan terus diperkasakan sementara Melayu terus dipinggir.
Pada masa yang sama mereka berikrar menjadikan Pulau Pinang negeri termaju dengan meminta kerajaan BN terus menyalurkan wang pembangunan. Mereka juga mahu Petronas membiayai kos membina jambatan kedua Pulau Pinang untuk mengelakkan kemungkinan membayar tol.
Mereka mahu keselesaan untuk rakyat Pulau Pinang sahaja, peduli apa dengan orang lain. Yang sudah ada hendak ditambah, hak orang lain hendak dinafikan. Ini sikap kiasu yang sememangnya tamak dan jijik.
Kerajaan DAP yang kononnya multi-racial mengwujudkan setiap satu jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk orang Melayu dan orang India, dengan alasan mereka akan mengadili kepentingan sendiri. Ini adalah bukti bahawa DAP dan PKR yang multi-racial tidak dapat berlaku adil dan menjaga semua rakyat sehingga terpaksa mengamalkan pemerintahan mengikut pecahan kaum.
Perkara yang sama dilakukan di Perak dan Selangor kerana DAP hanya mahu menjaga kepentingan Cina sahaja dan tidak mempercayai PKR dan Pas yang mengetuai kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
Inilah akibatnya perbuatan orang Melayu yang menyokong DAP menerusi sokongan mereka kepada PKR dan Pas. Mereka sebenarnya pengkhianat bangsa dan agama. PKR tidak langsung membantah kerana mereka hanya berminat untuk berkongsi kuasa dengan DAP. Pemimpin utama PKR juga menolak DEB terutama ketika berceramah di hadapan hadirin bukan Melayu. Selain itu, ramai calon bukan Melayu turut bertanding atas tiket PKR. Maka segala momokan bahawa PKR mengutamakan kepentingan Melayu adalah penipuan paling besar dalam sejarah politik tanah air. PKR sebenarnya bergerak atas landasan dendam peribadi pemimpinnya. DAP ternyata mempergunakan PKR untuk agenda mereka dan terbukti berjaya besar. PKR pula bergantung kepada DAP untuk menarik undi bukan Melayu. Sebab itu, PKR sanggup bersekongkol dengan gerakan undi jentera DAP iaitu ‘undi Cina untuk Cina’.
Atas percaturan itu, masyarakat Cina turut menyokong PKR kerana parti itu diyakini bukan membawa agenda Melayu sebagaimana UMNO. Lebih pasti, PKR menjadi alat untuk DAP lemahkan kuasa politik Melayu. Itulah jasa terbesar PKR kepada umat Islam dan Melayu.
Posted in Kontroversi, politik, ucapan | 19 Comments »
Tuesday, March 11th, 2008 |

p/s : nampaknye apa yang aku takutkan selama ini hampir terjadi. Ya Allah selamatkanlah bangsa dan tanah airku ini!!Amin…
Posted in Kontroversi, politik | 3 Comments »