Selamat Tahun Baru 2008
Wednesday, January 2nd, 2008 |
Kadangkala kesejukan itu membawa kepada kehangatan yang dahsyat!!

Aku dalam mode cuti, biasala akhir tahun.so aku nak abeskan cuti tahun aku sambil main game yang aku baru beli. CM4 dan Fifa 2008. Aku akan kembali online pada 4 hb Jan 2008. Jumpa lagi. Mahu tidur puas2….
Situasi adalah malam tadi di rumah ketika aku sibuk main game Premiere Manager 08.
Mama : Paeh, amik duit ni gi beli Domino pizza seploh pastu ko tukar kad ni, dah nak expired dah!!
Aku : ejap lagi la ma, nak main game ni, baru je nak memang kang la lepas berita ke.
Adik : Ala bang, gi la cepat, kang papa nak pakai kete lagik. skang tak ramai orang.
Aku : Kete mama kan ada, pakai je la.huhuuhu sibuk je. Nak cepat call je la, biar dorang hantar.
last2 aku pi beli jugak sebab lapa. tapi itu bukan point yang sebenar untuk aku bercerita pasal itu..tapi ini yang patutnya..
Mama : Haritu mama ngan kakyah makan western food kat KL, Nanti mama belanja korang pulak ok.
Adik : Hokey mama, Mama ala bagi je abg duit malam ni. Suh dia beli kat kampung baru tuh. Tapau makan kat umah.
Aku : WTF!!(dalam hati la) maner ada orang makan western siap tapau makan kat umah la. Kalo nak ko gi beli, Aku belanje pulak. Huuhuhuhu!!
p/s : jgn menderhaka terhadap kedua ibubapa anda. Buruk padahnya.
Semalam aku tengok wayang. Dengan siapa seperti biasalah kan :). So kami tgk cerita I AM LEGEND. Bagi aku boleh bagi 4 1/2 bintang dari 5. Best la jugak cume jalan cerita yang agak slow sikit dan memerlukan masa untuk korang paham jalan dia.
Jujue ngan Kelapa ais ada buat review pasal citer ni, so aku buat separuh sinopsis.Cerita ni mengisahkan seorang kolonel askar yang jaga kawasan New York. 1 hari ada seorang doktor tu dia dah jumpe penawar untuk penyakir barah dan ubat tu adalah virus campak yang telah di struktur semula. Tapi langit tak selalunye cerah. Ubat tu rupe2nye adalah satu ancaman kepada kepupusan manusia sebab dia akan menukarkan manusia ni jadi parasit yang tak boleh kene cahaya. bukan manusia even haiwan pun kalo kene boleh transform jadi resakse tau. Huhuhu cite memang suspen gile. Aku nak citer lelebih takut korang lagi tak paham lak kang. Better korang gi tgk la ek. Kat jiwang torrent pun dah ada orang up citer ni. Apa lagi pi la seduuutt!!!
Malam tadi ada Asian Idols..hahahah ada ke patut singapore nyer idols tu boleh menang. Aku rasa suara Jaclyn, Mike dari indon lagi sedap dari dia. Tapi inilah yang dikatakan kuasa SMS kan. Walaupun Indonesia tu besar dan ramai penduduk tak menjamin idols dorang menang. Semua tu duit punya cerita. Sebab itu Singapore yang kecik tu boleh memang. Apepun itu semua bergantung pada nasib sms 100% dan bukan berlandaskan bakat.
p/s : kepada bulus, ape cerita YNWA ko tuh. Kalah ngan MU aku, Hahahaha takde la hebat sngt kan. Kat home pun boleh kalah. Usaha lagi tau!!
Kepada Kontijen Malaysia ke Sukan Sea 2007 di Thailand, Tahniah kerana berjaya melepasi sasaran 64 pingat emas. Kami rakyat Malaysia berbangga walaupun banyak dugaan dan halangan yang dilakukan oleh tuan rumah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Tahniah sekali lagi.
p/s : kepada mereka yang menyampah baca blog aku macam user yang bernama taksejuk. Ko tak suke aku jiwang2 blah la dari sini.hahah aku bukan buat blog untuk bagi ko puas baca. Sendiri mahu paham la kenapa nama dia blog. Hahahaha kalo ko mahu banyak ilmu dan maklumat baik ko layar laman web berkenaan sains ke, kimia ker takpun kalo takde internet baca la buku sejarah, nak lagi best ko buat la blog sendiri bagi kami baca pulak. Jgn marah!! ini blog aku! Memang blog inip sampah pun..hahahahahaha
Aku balik je dari Terengganu ada mereka yang telah mengetag aku dengan sengaja. Hahaha at least aku tau ada orang jugak ingat kat aku walaupun aku tak online.hahaha cayalah korang!! Tag kali ni berbunyi 8 fakta mengenai diri anda. So inilah 8 bende tersebut. Opps lupe, tengkiu bulus sebab buat ambi ikut nama betul aku. cantik seyh. Tengkiu beb!!
dan aku takmo tag sesape..hahaha malas la pulak. So kepada korang, Selamat Hari Raya Aidiladha. Jangan luper pi Korban sekali ek.
aku baru balik dari kursus semalam dari Besut, Terengganu. So nak rehat, nanti aku updet lain ok!! Penat tak ilang lagi!!
1. Aku sibuk. Kerja melambak2. Keje sampat mati pun tak abis.
2.Awek aku dah balik.hahaha semalam dah dating. Malam ni nak kuar makan pulak.
3.Esok malam aku akan bertolak ke Besut, Terengganu selama ntah baper hari ntah, sampai 6/12/2007 kemudian cuti sampai 12/12/2007. Jadi aku akan kurang update sket.

Aku mane ada angau la.Awek aku dah diserapkan ke hari2 terakhir camp dia tu. Skang dia tinggal ngan family angkat selama 3 hari dan handsetnya telah dipulangkan. Hahaha dah sms 24jam pulak sampai nak wat keje susah sket. Takpe la tu semua menunjukkan kami masih lagi ingat mengingati antara satu sama lain.
Ngah telah memberikan aku virus hamram iaitu game farm frezny. Shet!!main kutip telur itik itu sungguh ketagih. Baik korang jgn main. Abaikan je kalo ada orang nak ajar korang main secara percuma sebab game itu ada dadah!!seyes boleh ketagih punye. Tak caya tanye aku. Ngah pun dah jadi penagih tegar sebab meminta2 aku supaya bagi cheat nak buat duit jadi banyak. Weh ngah kate ko terer nape nak pakai cheat!!mo mati ka!!
p/s :Akaun advertlets aku kene block pulak!!apasal beb!!ni yang aku marah ni..josh lim tolong semak!!
Hari ini gaji. So macam2 nak kene bayar. Tau je la kan. Opkos pertama skali nak kene bayar adalah bil maxis.Tau2 je gaji kuar arini terus maxis block acc. aku. Ptptn adalah perkara selanjutnya yang kene bayar. Pastu opis aku buat donation sebab salah sorang staff opis aku bapak dia baru meninggal, Pastu nak donate lagi sebab sorang budak praktikal kat opis aku ni baru eksiden dan memerlukan duit untuk repet motor tuh..bnyk la lagi..tapi takpe semua bende tu korang akan alaminya bile dapat gaji..hahahahaha

” SODAQALLAHULAZEEM ”
p/s : Tu lah dahsyat nya malam Jumaat…… aku rindu awek aku lagik..hahahha jiwang ke aku nih? hahah bukan jiwang la sengal tapi sifat seorang lelaki la!