Keputusan dahpun diketahui. BN terus memerintah kerajaan persekutuan tetapi tanpa majoriti dua-pertiga. Parti-parti bukan BN berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor manakala PAS kekal dan memperkukuhkan lagi kuasanya di Kelantan.
Para penganalisis yang sering kali muncul di kaca tv yang sebelum ini memberi ulasan memberangsangkan terhadap BN dan memperkecilkan kemampuan parti-parti bukan BN, tiba-tiba tersedar dari lamunan dan menyifatkan keputusan kali ini sebagai luar jangkaan. Luar jangkaan siapa?
Kekalahan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin di Sungai Petani memang dijangkakan kerana dia bukan calon yang disukai termasuk di Merbok. Tetapi, entah atas nasihat siapa dan pertimbangan apa, Pak Lah memilihnya bertanding di Sungai Petani. Inila padahnya.
Kita masih ingat bagaimana ZAM dengan begitu angkuh menyatakan dia mahu mengalahkan calon PKR dengan membuatkan calon itu hilang wang pertaruhannya. Apa dah jadi Mamu? Semoga keputusan yang bijaksana oleh para pengundi kali ini akan membuka mata para pemimpin BN, terutama UMNO.
Tahniah kepada semua calon yang menang . Tahniah khas untuk Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Zulkifli Noordin, Jeff Ooi, Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Zuraidah Kamaruddin, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Nor Mohamed Yakcop, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ustaz Taib Azamuddin, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan dan banyak lagi. Tahniah.
Takziah jugak kepada Samy Vello, Sharizat Jalil, Zainudin Maidin, Dr. Awang adek dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Cume perlu diingatkan kepada bangsa malaysia amnya dah khasnya kepada bangsa melayu. Fikirkan kenapa Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dulu. Harap Pulau Pinang tidak akan terjadi sedemikian.
//keputusan rasmi yang menunjukkan BN hilang kuasa 2/3 majoriti. Dan korang harus tau apa kesannya kepada bangsa melayu. Fikirkan sendiri. Jgn jadi macam singapura!!
Parti alternatif, DAP, Keadilan Rakyat dan Pas menang 24 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tewas dengan Dr. P. Ramasany di Batu Kawan, Pulau Pinang
Pas menang 31 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan
Barisan Nasional kuasai 2/3 majoriti di Sabah
Perebutan kerusi di Lembah Pantai, Nurul Izzah tewaskan Dato Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Dr. Awang Adek Husin tewas di Perupok, Omar Mohammed menang
Datuk S. Sammy Vellu tewas di kawasannya sendiri, Sungai Siput
Datuk Zainuddin Maidin tewas kerusi parlimen di Sungai Petani
Khairy Jamaludin menang nasib dengan calon PKR di rembau, Badrul Hisham Shaharin
Calon DAP, M. Manoharan (kini dalam tahanan ISA) menang ke atas calon barisan nasional, Cheng Su Chen bagi kerusi DUN Kota Alam Shah
//update terkini : aku baru lepas membuang undi pada pukul 11.45 pagi tadi. Aku harap calon yang aku undi ini menang dan akan membawa kebaikan dah kemudahan kepada rakyat dihari kelak!! Semoga Allah memberkatimu..Amin!!! Opss luper nak bagitau, aku mengundi bagi N.33 dan P105.
Tidak sampai 24 jam lagi kita akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi bagi menentukan pembentukkan sebuah kerajaan Malaysia dalam PRU 12 ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , janganlah kita mengambil PRU12 ini sebagai medan untuk mencuba dan meluahkan perasaan yang tidak puas hati kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. kerana keputusan yang akan kita lakukan akan menentukan masa hadapan anak - anak kita.
Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis kerana janji-janji manis bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja. Siapa sahaja boleh menabur janji manis kerana tahu bahawa mereka pasti tidak akan dapat menunaikan janji berkenaan kerana mereka hampir pasti mereka tidak mungkin akan menubuhkan kerajaan.
Cakap tak serupa bikin, setakat janji sesiapa sahaja boleh menabur janji , dapatkah mereka melaksanakan janji-janji yang telah ditabur.
Kita hidup dalam aman dan damai serta makmur , anak-anak dan isteri kita tidak takut menjalankan kehidupan harian. Apa perlu kita menyokong parti yang berlandaskan keganasan mahupun parti yang bertopengkan Islam untuk melaga-lagakan orang-orang Islam. Sedangkan kita telah beribadah ke masjid dan surau sama seperti apa yang kita diajar semenjak zaman datuk nenek kita lagi.
Apakah Islam mereka lebih baik dari Islam di zaman datuk nenek kita dahulu. Apakah Islam mereka lebih baik dari apa yang pernah nenek moyang kita amalkan dahulu.
Apakah Islam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu ketika tiada parti PAS dan tiada pengaruh politik bukan Islam sebenar. Apakah PAS sebenarnya agama Islam dan kini bersekongkol pula dengan PKR untuk melengkapkan keislaman mereka.
PAS kini hanya menjadi kuda tunggangan, kuda tunggangan kepada PKR, Anwar Ibrahim telah mengatasi kealaiman Nik Aziz dan mengatasi kealiman Hj Hadi.
Jika BA menang , Anwar akan menajdi Perdana Menteri. PAS akan tengok sahaja, Betulkah perkara ini akan berlaku? Jika Keadilan hanya menang 4 atau 5 kerusi sahaja dan DAP dan PAS akan mengatasi mereka , apakah Anwar akan tetap jadi Perdana Menteri? Mana kah laungan PAS dahulu yang mahu kepimpinan ulamak. Apakah Anwar seorang ulamak??????
Mahukah DAP memberikan laluan kepada Anwar. Pernahkah DAP melantik Anwar sebagai ketua. Pakatan ini adalah pakatan penipu, PAS dan PKR takut untuk menaikkan bendera DAP bersama. Pakatan ini juga takut untuk mengadakan logo bersama. Susah sangat ke mahu mencipta logo pakatan ini. Disini kita dapat lihat betapa pakatan ini menipu dan cuba menipu rakyat.
Berbeza dengan Barisan Nasional semuanya telah terbukti dan bukan mudah untuk memuaskan semua kemahuan rakyat, adakala kita terpaksa menelan sedikit kepahitan , kerana dalam kehidupan tetap akan ada pahit dan manis. Terlalu manis juga tidak baik kepada kesihatan dan adakala pahit adalah penawar.
Kehidupan bukan menjanjikan kesempurnaan. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang , kekalkan kerajaan yang kita ada sekarang, UNDILAH BN.
//Aku masih lagi dalam mode pilihanraya..hahaha saje je. Jom baca!!
Januari 1998 - Anak-anak Qaryah Majid Kampong Rawa menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang solat.
Januari 1998 - Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa. Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..
Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.
Dari maklumat yang di perolehi, tuan tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan lagi dalam masa yang singkat.
Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama kuil.
13 Mac 1998 ( Jumaat ) - Kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampong Raya telah di adakan.
18 Mac 1998 ( Rabu ) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.
20 Mac 1998 ( Jumaat ) - Demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.
22 Mac 1998 ( Ahad ) - Mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dato’ Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam)
Pihak Qaryah dan penduduk Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.
Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan yang berhampiran.Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023 Mac 1998 ( Isnin ) - jam 3.30 petang, penganut Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KOMTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.
Minggu tersebut, bermula dari Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin.
Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak berkumpul pada Jumaat 27 Mac 1998.
Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong Rawa dalam keadaan bersiap sedia.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).24 Mac 1998 (Selasa) - Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut dengan zink.
26 Mac 1998 (Khamis) - Pagi Khamis umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil baru tersebut.
Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang. Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.
Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.27 Mac 1998 (Jumaat) - Kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna:-2.30 ptg
Keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA.3.00 ptg
Polis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.6.00 ptg .Pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.
9.00 mlm - Penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40 hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buat restoran mamak di Penang Road.
Tadi DSLR kesayangan aku jatuh dan bercalar….
Bukan aku buat tetapi seseorang….
Aku hanya mampu tgk….
DSLR aku telah tercalar….
Nak kata apa lagi….
Terima je lah….
Harap takde effect pada lens aku….
Setakat ni takde masalah lagi….
kalo najwa baca,abg tak marah pun :), memula je tadi sentap. skang dah tak pun.hahahahaha baru bolehgosip baeknyer!!
p/s : aku tgh bersedih. Takde mood!! DSLR aku dah calar..huwaaaaa
Dalam keadaan Malaysia yang sedang hangat dengan isu pilihanraya ada jugak insan yang ingin mengetag aku. Ahaks, azman ni tag ape bende plak niu. Miahaha ok jugak aku buat dalam keadaan ketensenan berkerja yang amat berat ni main tag-tag. Apepun jom la layan….
2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan anda?
Son Goku
3. Kenapa / untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Aku nak hapuskan negara israel dari muka bumi.
Boleh ugut amerika jgn tindas negara orang lain. kang aku jahanamkan negara dia.
4. Kelemahan superpower anda?
cepat penat, sebab aku bukan orang super saiya dan tak mempunyai kacang dewa yang dapat menyembuhkan serta memulihkan kecergasan badan. Ahaks hanya mampu untuk minum tongkat ali dan kadang2 minum 100 plus je..
5. Nama anda sebagai hero?
PenJahanaMan
6. Motto anda sebagai superhero?
Jahanamkan sebelum dijahamkan. Ikut resmi 6 Jahanam (aku pun tak tau ape resmi dia, main tabuh je)
p/s: tag kali ni aku mau tag puterikure2..dan sesape yang rasa nak buat dipersilakan la ek..hahaha
Tadi aku pi beli hamster. Aku beli Hamster jenis golden. Aku beli 2 ekor. Aku beli sebagai hadiah besday mama aku. Ini semua angkara adik aku. Dia pi bawak balik hamster yang dia ada. So mama aku dah terkenan. Aku sonok bila dia gembira dan senyum bila aku ckap hamster ni aku beli hadiah untuk besday dia. Papa pulak sibuk tanyer bape harga semua skali. Erm lebih kurang RM130 la siap ngan cage n permainan, makanan. Aku bagi nama yang jantan Bubu dan yang betina Pupu. Nanti aku up gambar dorang ek.WEh hariz, Aku pun ada hamster la. ko tunggu hamster aku beranak.
Tadi jugak aku beli besday cake 2 orang adik aku yang besday dorang jatuh 10/2 dan 12/2 ni. hahaha Takper la duit apa la sangat. Tgk adik aku happy pun dah cukup untuk membuatkan aku luper pasal duit. Ahaks..besday aku bulan 4 ni. Jgn dorang lupe dah le
Awek aku baru balik dari family holiday di cameron highland. aku pesan kat dia macam2. Ahaks suh petik daun teh 10 helai untuk aku buat penanda buku. pastu aku pesan strawberry sepuluh kontena dan dia ada beli sayur salad ngan brokoli untuk mama aku. Sebelum dia balik tadi dia sempat belikan teh perisa strawbery. Sedap ke weh? esok aku akan ambik semua skali barangan yg telah dibeli itu sebelum aku ke Midvalley untuk menonton wayang CJ7. Ahaks bak lepas rindu dendam la katakan.
Hari insin ni aku akan ada bengkel selama 3 hari. so maybe aku tak dapat updet blog ni dalam asa tuh. aku jugak baru menerima satu tag dari angriani. Kak nanti sejuk balik dari bengkel sejuk setelkan utang tu ok. Tunggu..
p/s : bahagiakan orang lain sebelum anda merasa bahagia…..
Foto terbaru yang aku snap semalam. Nama kucing tu Pingu!!
Aku percaya korang semua tak kira la jantan ke, gadis ke, mak janda ke, mak budak ke, lesbian atau seangkatanye pernah mendengar nama seluar pendek kan? Apatah lagi untuk memakainya..hahaha Mesti pelik aku buat entry pasal seluar pendek kan. Oh ye!! Aku ada sejarah dalam memakai suar pendek ni. Yela bagi aku yang mempunyai kaki yang seksi haruslah menggunakanya untuk menggoda amoi2 yang mempunyai dada yang gebu dan mata yang galak. Ahakss~
Sejarah seluar pendek bola bagi aku.
1. Semasa aku belajar di Port Dickson dulu aku pernah diperdajalkan oleh housemate aku. Aku masih ingat malam tu..lebih kurang dalam pukul 10.30 malam la. Masa tu memang lapar dan housemate aku ni pun ajak la pi makan katanye. Ahakss dah lapar kan. so tak pikir dah pasal assignment ke, mengantuk ke, janji perut kene isi dulu :). Jadi dengan hanya memakai seluar pendek berwarna kuning, berselipar jepun dan tshirt round neck aku pun selamba merempitkan diri sambil moto aku dibonceng lagi sorang housemate aku. jadi kami 2 moto yakni 4 orang terus membelah angin sepoi2 bahasa teluk kemang pukul 10.30 tuh. memula aku tak syak la pape kan. Kami menuju kearah tanjung tuan iaitu sempadan negeri melaka. Dan akhirnya aku ditipu kerana hanya mengikut kata kawan aku untuk makan disebuah kedai yang sedap. Korang tau ape terjadi.. Yaa!!secara magiknye aku telah terlepas ke Melaka dengan hanya memakai seluar pendek, berselipar jepun dan baju tshirt tanpa memakai jaket tahan sejuk. Shet!! menggigil aku pagi tu sampai semua yang ada kat badan aku menjadi kecut seperti siput sedut!! Fak!!korang tipu aku, shiaal nye akil!!hahahaha
2. Disebab melawan kata orang tua aku yang slalu kuar malam dengan hanya memakai seluar pendek. Aku ter eksiden dan bahagian yang luka betul2 tepat dikawasan yang tidak dapat dicover oelh seluar pendek aku. Hasilnya aku menerima hampir 34 jahitan. Sakit gile kene jahit!!Nasib baik tak patah atau pun kene potong kaki :(( Lain kali dengar cakap orang tua ok!
3. Dan tragedi seperti no satu tu berlaku lagi minggu lepas, Aku terpaksa memakai seluar pendek bola dari puncak alam untuk balik kerumah di petaling jaya pada pukul 3 pagi. Dah la hujan. sejuk weh!! apsal la malam tu aku tak bawak kete kan. Tu la pasal. Nak feel naik motor la kononye..padan muka. Kejung semua bende!!
p/s : pakai seluar pendek ni kadang kala memudahkan perkara2 yang susah untuk dilakukan ketika memakai seluar jeans spt membuang air kecik.Ahaks~ Kepada pompuan,anda digalakkan memakai boxer apabila bersama dengan kekasih diwaktu malam!!kenapa? ntah saya pun tak tau :)) miahaha
Erm aku baru je mencuba pakai slr aku semalam, percubaab pertama aku nak buat lightrail dan hasil nya seperti diatas dan dibawah. Huhuhu seyes aku tak berskill penuh lagi untuk menggunakan slr ni. Tapi kate orang skill itu terletak pada individu tu kan :).Gambar - gambar lain akau menyusul selepas aku berjaya memahami sistem kamera ini. Hahahahaha usaha tangga kejayaan….
Oh ye!! Aku belum lagi bagi hadiah kat awek aku dan aku masih tak tau nak bg adiah ape? Erm korang ada cadangan tak nak bagi adiah ape? tolong la aku..aku masalah sket dalam nak membeli hadiah ni. Cume pada hari kejadian aku dah beli sebiji kek 1 kg dan hanya makan berdua. Kek itu sungguh sedap dan aku hanya mampu untuk makan sepotong je..manis giler. Takperla asalkan awek aku rasa dihargai cukup la kan lagipun itu yang amat diperlukan dalam perhubungan sesama manusia.
Alhamdulillah..akhirnya aku dah ada DSLR sendiri tanpa perlu meminjam daripada kengkawan yang memang kedekut. Hahahaha Canon 350D menjadi sahabat karib aku lepas ni. Semoga jodoh aku dengan Canon akan berpanjangan.
Owh, Hari ni birthday awek aku. Aku luper wish malam tadi akibat kerja yang tak siap. Ayang, selamat hari jadi yang ke-20. Semoga ayang menjadi orang yang paline best bagi sayang kat dunia ini dan semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin!!
Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More