Archive for the ‘Kehidupan’ Category
Friday, April 11th, 2008 |
Aku nak ucapkan terima kasih la kepada mereka yang ucap selamat hari jadi kat aku tempoh hari. Hahah terasa diri ini amatlah dihargai dan di ingati. Kepada mereka yang menghantar hadiah seperti ju, thanks bebanyak. hadiah ju tu menang comel giler :). Ahaks siap bagi sepasang lagi kan. Ok nanti sejuk passkan lagi satu kat gf sejuk ok. Thanks bebanyak.
Tengok la gambar hadiah ju tuh. Hahaha parent aku gelak je nengok. katanye umur dah besor tak sedor main bende cengitu. Eleh paeh tau mama jeles kan sebab dapat adiah ni. Hahahahahaha. Yang sotong aku nak pass ke gf. Aku amik cendawan tu ok la. Oh ye nama benda tu ialah back massanger. Simpan wat kenangan sudah :).
Officemate aku bagi Dunkin Donut sebagai ganti adiah. Hehe at least dia ingat jugak la kan. Tak harap pape pun, Dapat wish pun kira ok :). Mekasih yeh!!
Oh ye!! aritu aku ada tulis yang gf aku nak bagi stokin sempena besday kali ni. Ahakss aku ngan dia siap bergaduh la, siap ckp kalo stokin aku tak mu terima hadiah tu (demand giler, tak bersyukur orang nak bagi ape kan). Tapi sebaliknya pulak yang aku dapat, sesuatu yang aku tak jangka langsung. Ya aku menerima sebuah Sony PSP yang aku rasakan terlalu mahal bagi seorang student spt gf aku ni. Huhuhu sori ayg, Syg tak berniat nak mintak bebetul pun. Tapi dah dapat amik je la. Aku pulak yang jadi serba salah. Ye la takut duit belanja dia berkurangan ke. Student kan kene pakai duit banyak. So aku kene bersedia mane la tau dia memerlukan bantuan nanti. Yuhuu aku dah ada psp!!
Sebelah tu la PSP yang aku terima. Dia cakap dia beli di Sony Center MidValley. Sahih Original!! So tak boleh nak main pirate. Hahah semalam aku dah hacked kepada version 3.90-M33. jadi segala bapak game pirate aku dah boleh main. Thanks sgt2 ayg. Nextime syg mintak ayg belikan kereta pulak ek. Ayg bayar down payment pun kira ok. Bulan2 kite cite lain. Hahahahaha
Posted in Kehidupan, Suka, ucapan | 10 Comments »
Monday, April 7th, 2008 |

Yo!! Hurm tak sampai 24 jam lagi harijadi aku yang ke-24 akan tiba. Hurm dah besar rupenye aku kan. Bak kate orang dah boleh jadi bapak budak dah pun :). oH ye gambar diatas aku snap menggunakan Canon 350D aku dan diedit menggunakan photshop+lightroom. Ahakss kalendar olskool katakan. Nampak tarikh keramat ditengah2 tuh. Yup!! harijadiku sama dengan hari keputeraan Baginda Sultan Johor :).
Ape ek yang aku nak sempena besday aku esok? Mungkin aku boleh listkan ape harapan aku tahun ini..
1. Sempena aku dah hidup 24 tahun di bumi Allah ni, aku nak panjatkan seribu kesyukuran tak terhingga kepadaNya sebab masih lagi beri peluang kepada aku untuk bernyawa dan meneruskan hidup di alam nyata. Aku akui selama ni mungkin aku bnyk melakukan perkara yang sia2. Insyallah aku akan lakukan penghijrahan dalam diri ini kearah kebaikan. Mudah-mudahan :).
2. Nak bahagiakan mama papa aku, buat masa sekarang aku dah tak berkira langsung pasal duit. Asal ada je mak atau bapak aku teringin sesuatu akan aku usahakan cari. selagi duit ada dalam bank tu insyallah semua akan aku try tunaikan. tapi mama papa jgn la ngidam benda yang susah nak carik ek..hahahha thanks le sebab jage paeh sampai sihat waalfiat seperti sekarang, Ma tolong carik jodoh yang baek punyer sorang!!
3. Kengakawan aku, Ahaks jgn harap korang dapat bagi telor busuk+air tembakau @ longkang kat aku ini malam. Aku akan menyorok sampai kelubang cacing ok!! Eh kepada yang ada no aku silalah wish. Aku menunggu kehadiran sms2 korang dikotak inbox ku malam ni :). juga menunggu hadiah daripada erni!!jgn luper ek cepotet
4. Cinta hatiku pulak kata nak bagi aku present paling best. Ahaks dia ada ckp adiah kali ni nak bagi aku stoking comel yang berbulu2. Wohoho aku takmo stoking la. Saya mahu PSP, game boy ataupun lens untuk dslr ku ini. Ahaks, takde la ayang. bagi ape pun tak kisah. janji ikhlas ok!! ape yang ayang bagi semua best!! hahahahaha……
Apepun aku nak mengucapkan sekali lagi selamat hari jadi kepada diri aku sendiri. Mane la tau kot2 takde orang wish langsung kan. Semoga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki..Amin!!
Posted in Kehidupan, Suka, photography, ucapan | 7 Comments »
Friday, April 4th, 2008 |

Aha..agak lama aku tidak ditagged. kali ni aku ditag oleh cik. erni dengan tajuk tunjukkan handphone anda. Nah!!atas tu adalah handphone yang sedang aku gunakan. Ya sebuah sony ericsson k810i berwarna perak. Sebelum ni aku pernah menggunakan nokia 6280, nokia 3650, nokia 3200, nokia 3310, ericsson c30 dan ericsson t10. Semuanya dibeli menggunakan duit sendiri tanpa dibiayai oleh subsidi keluarga. Alhamdulillah handphone yang sekarang agak memenuhi citarasa aku la.. bolehla setakat nak bergambar dengan awek yang gebu2 dengan kamera berpixel 3.2 mb. flash xeon yang agak power jugak!! ada sape pakai handphone macam aku tak?
p/s : aku nak tag sape ek? hurm nak tag wawa kot. cik wawa sila jawab ok!!
Posted in Kehidupan, Suka | 5 Comments »
Monday, March 31st, 2008 |

Miahaha sebelum ni aku ada ckp kan pasal kereta yang aku bawak ke lipis aritu rosak. Pomen sane ada ckp masa dok2 belek kete tuh. Dia ckp plug dah kong 2. mungkin akan kong balik nanti. so kene standby la ape yang patut dari segi fizikal dan mental. Hahahaha lagi satu dia bagi jaminan bahawa kalau aku lepas je naik bukit tinggi tu insyaallah selamat la aku sampai ke rumah.
Planning aku yang pertama ialah dengan menukarkan penumpang yang ada dalam tu dengan penumpang yang lebih lelaki sket!!! bukan ape incase kalau la tekaan pomen tu betul kan. Yela takkan nak biarkan gadis menunggu tepi jalan sambil naik tow truck!!hahahaha
Akhirnya tekaan pomen tu betul Buat kali pertama dalam sejarah aku memandu ni berjaya jugak aku naik tow truck. Hahahaha panas shiaal!! Macam haram pun ada. naik bukit 2 kali high tempreture!! So aku pun tnggu la tepi jalan dengan macho sambil menunggu ketibaan kereta kebal itu!! korang tgk la kete kebal kat atas. warna oren tuh. Meleket!!hahaha
p/s : kene carik alternatif lain pasni kalau nak bersosial!!hakdoi jom naik skuter reramai nak!!
Posted in Kehidupan, sejarah | 6 Comments »
Saturday, March 29th, 2008 |
Hari ini aku suka sngt, tak tau la sebab ape? Aku sebenarnya tengah dalam keadaan yang maha kelam kabut yang mengundah-gulanakan hati ini,ntah la….kete dah rosak!! Kete menjadi berat. ya aku akui aku memang tak arif sangat dalam hal2 berkaitan masalah kereta dan mungkin juga pengalaman dalam kemahiran berkerata aku amatlah terhad.hurm, tak tau nak balik naik ape ahad ni.takut jugak kekalau tak boleh nak balik. Aku tak risau pasal diri aku. ye la aku ada cuti tahun dan boleh amik cuti..tapi dorang yg tumpang ngan aku camne.huhuhu kesian plak kat dorang. ye tak pasal2 involved dalam problem aku. Cuma seronok la sebab korang ada masa tu. kalau sesorang rasenya dah tekanan mental jadinya…..
Hati aku skang ni usah dok ckp la perasaanye, kejap dok happy kejap dok termenung kejap dok gelak balik. Ntah la mungkin nak bagi otak ni tak fikir pasal masalah. kate orang hati, mulut memang boleh tipu tapi ekspresi muka dan perasaan budak tadika pun tau samada tu muka ada masalah ke, muka tak bersalah ke dan muka memang muke selenga!!!
Tapi masa ni aku memang bnyk sgt pikir, dari mula nak datang lipis ni aku dah tak baper nak enjoy. Ye la aku diarahkan ke lipis ni betul2 last minute. Memang tak dijangka. Aku memang tak suke dalam keadaan macamni dan apabila ianya menjadi satu kegembiraan kepada pihak yang lain. Mungkin mereka merasakan wahyu yang harus dikongsikan bersama.
Kepada mereka2 yang bersama2 ke lipis ini dengan aku, Huhuhu kalo ditakdirkan kete tu ok kita balik sesame yeh tapi sebaliknya kalau malik ada tumpang la dorang okeh!!! Lagi satu sori sgt2 sebab jadi macamni. sori sgt2 bnyk2 yeh!!!!
Posted in Kehidupan | 4 Comments »
Wednesday, March 26th, 2008 |
Hari ini aku mahu menceritakan mengenai nombor dalam kehidupan aku… haha aku bukannya kaki nombor ok. Aku tidak pernah mengenal apekah ertinya toto, magnum serta kude. Alah sekali sekala masa belum mumaiyiz dulu ada la pi main kuda kat dalam kedai game sampai bapak aku terpaksa menjadi ultraman dan mengesan dimanakan aku berada!!
Tapikan aku macam malas la pulak nak tulis pasal nombor2 ni. pening weh!!aku kalo nampak nombor bnyk2 ni aku konfius melainkan nombor yang ada warna macam nombor 5 yang kaler hijau, nombor 10 yang kaler merah dan no 50 yang kaler hijau2 biru. Owh nombor seratus kaler aper ek?
Semalam pi cek mata, specialist mata u ckp rabun aku ni dah tahap kene pakai spec!! Hakdoi inilah akibat menggunakan internet yang berlebihan. Ke aku terushar lebih awek..miahahahahahaha!!!
p/s : gambar mcd itu telah dipakse letak dengan rela..miahaha
Posted in Kehidupan, Lepak, Suka, sejarah, ucapan | 2 Comments »
Sunday, March 23rd, 2008 |

Erm..lama rasanya tidam membuat entry yang bebas politik. Penat nak memikirkan isu yang mungkin 3 atau 4 bulan lagi silih berganti. Ya sabtu dan ahas (22-23 Mac 08) aku mengambil kesempatan untuk bersama dengan teman2 ke National Scooterprix 2008 1st round di Litar Elite Speedway USJ, Subang.
Aku ada mengambil beberapa keping gambar dan kalau berkesempatan boleh la bagi komen di akaun flickr sejuk. Hahaha masih banyak perlu diperbaiki dari segi pencahayaan. Takper la pelan2 kayuh ok :).
Erm berbalik kepada mimpi. Huhuhu semalam seseorang itu masuk lagi dalam mimpi, nak merisik lagi sekali mungkin. Chais!! lagi sekali ko masuk mimpi aku. aku tangkap dan takkan lepaskan ko. Jadi tahanan aku seumur hidup yeh!!
p/s : orang yang riang itu tak semesti hatinya sentiasa tenang!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, photography | 6 Comments »
Friday, March 21st, 2008 |
//Lama rasanya aku aku tak tulis mengenai diri sendiri. hampir sebulan sibuk dengan isu pilihanraya dan nah..sekarang ramai yang merungut dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
//
Aku baru balik dari bengkel pemantapan badan kerja. 2 hari je dan tak memberi kesan penat yang berpanjangan. Boleh la nak lepak2 minum bersama kawan2. Oh ye semasa di bengkel pada malamnya aku bermimpi. Ya!! mimpi yang sangat indah. Indah sangat2, tapi yang peliknya aku bukan bermimpi dia!! Aku bermimpi seseorang!! Pelik kenapa seseorang itu ada dalam mimpi aku. Entahlah, mungkin hanya ingin melihat apa yang ada didalam kotak fikiranku ini. Siapa seseorang itu tak perlulah aku ceritakan.
//maner ek nak cari patung camni..jenuh daha ku carik!!
//Aku akan cuba mengurangkan enrty mengenai politik selepas ini, Mungkin bila ada isu ataupun ketidakpuasan hati baru akan aku huraikan. Aku amat mengalu2kan soalan, pandangan dan email dari korang untuk aku buat modal entry yang akan datang. So meh la kongsi2 ngan aku…
Baru a’ Kau Tahu Guan Eng!
SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.
Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi ‘kerajaan yang memerintah’. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.
ersoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.
Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.
Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan ‘gangguan-gangguan’ yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya ‘mengambil alih’ tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.
« Hide it
Posted in Cerita tipu, Hobi, Kehidupan, Kontroversi, Lepak, Suka, politik | 13 Comments »
Friday, March 14th, 2008 |
Update 05.15 petang 14/03/08 - KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama
//Semalam aku dating ngan dia. lepak kajang je. Aku nak cari seluar untuk majlis minggu depan. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Oh ye semalam aku ada la sikit konflik dengan dia. isu kepercayaan. Ntah la, rasanya kepercayaan mesti ada dalam sesebuah perhubungan cume peratus kepercayaan itu sahaja menjadi kayu ukur. Hahaha Lagi satu dalam perhubungan kite perlulah telus dan tidak berselindung. Kalau dia baca ni betul sy pun ada kekurangan dan kelemahan. Dan kita sama2 membuat perubahan kearah kebaikan bersama. Ahad ni kite pi shopping ok
//Tempat kerja aku kini suram, mungkin kesan daripada pilihanraya tempoh hari. Officemate pun ok!! Tiada masalah cume filling aku ada la beberapa yang masih belum lagi siap. Minggu depan aku cube habiskan baki yang tinggal ini.
//Selangor telahpun mempunyai Menteri Besarnya yang baru. Semoga kepimpinan kali ini dapat memberikan perkhidmatan yang sebaik Dr. Khir Toyo ataupun Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Jangan luper untuk tunaikan janji Manifesto. Jangan jadi macam DAP yang kini sudah berdolak-dalik dalam menunaikan janji!! Ingat rakyat sudah pandai!! (pandai memboikot tapi cube ckp sumbangan apa yang telah rakyat beri kepada kerajaan selain cukai).
p/s : rehat sebentar berbicara mengenai politik. Penat kot!! 
Posted in Kehidupan, Lepak, Suka, ucapan | 1 Comment »
Monday, March 10th, 2008 |
//update sejuk : sejak musim pilihanraya ni, blog aku diserbu oleh semua penyokong pembangkang dan kerajaan. dalam 2 hari sahaja unique visit aku cecah 10k, dan ianya adalah satu rekod baru bg blog picisan seperti ini. Hurm tak banyak yang berlaku dalam hidup aku. kawasan kediaman aku telah ditakluki oleh PKR, Parlimen tempat kediaman aku pun PKR, dan yang paling sedih negeri kediaman aku iaitu Negeri Selangor sekarang ini telah pun dipimpim oleh PKR. Semoga Allah merahmati kepimpinanmu, Kepada BN, bangkitlah dah rampas kembali negeri ini pada tahun 2012 nanti. Teruskan BN, Aku tetap menyokong BN selagi ianya tak membinasakan bangsaku…
UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.
UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.
“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”
Salah seorang pelopor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.
Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ iaitu Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!
Kerana itu dengan penuh hikmah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.
Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.
Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera
UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.
« Hide it
Posted in Kehidupan, Suka, politik, sejarah | 4 Comments »