Archive for the ‘Kehidupan’ Category
Thursday, May 15th, 2008 |

Foto diambil dari flickr fendyzaidan.com
Hurm..agak lama aku tak update blog aku ni. Selepas kemalangan yang meragut nyawa sahabat baikku segala kenangan dan memori dulu-dulu sering muncul. Terlalu banyak kenangan bersama. Apepun kehidupan harus diteruskan.
Oh ye!! buah hati ku kini sedang bercuti selama 2 bulan. Tiada perancangan yang dilakukannya. Ingin bekerja tapi dibahas dengan hebat olehku. Hahaha mungkin aku akan jadi cemburu. Cheh!! Dia cuti tapi aku pulak yang kene outstation. Hahaha padan muka aku kan.
Oh ye lagi!! Kereta baru mama aku tak sampai2 lagi. Aku dah tak sabar pulak rasanya nak mengambil alih tampuk pemanduan proton waja lama kepunyaanya. Kalau keinginan aku ini didengar dan kalau2 papa ada baca blog paeh ni ketahuilah bahawa anakmu ini tidak sabar mahu mengupgrade dari segi interior mahupun imej waja.. Mahu tukar jadi kapal terbang boleh tak?
Faiz atau sejuk?? aku pening bile mereka selalu tanyer kenapa nama ko sejuk? kan sedap panggil faiz dan kini virus kepanggilan namaku ini telah merebak. Kini mereka memanggilku Abang Paeh!! Haha Cik Najwa..abg nak beli feleloloshe 2 ek. Kalo ada loly pun ok jugak..hahahaha
p/s : theme lama yang diberikan sentuhan baru..hahaha amacam?
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | 4 Comments »
Friday, May 2nd, 2008 |
Aku baru saja kehilangan sahabat karib aku. Dia kemalangan di highway Nilai arah Kuala Lumpur, Arwah meninggal ditempat kejadian. Aku masih terkenang saat gembira aku bersama dengan dia. Fuad, bagi aku dia sahabat yang pandai mengambil hati sahabat. Ingat lagi ketika berseronok di Sunway Lagoon, Kami naik Tomahawk. Dia dengan selamba kate tak takut tapi pada hakikatnya dia ingin memberhentikan ketika tomahawok membuat pusingan 360 darjah. Hahaha lawak sampai mengalir airmata.
Aku juga masih ingat ketika dia membaling mercun naga kedalam bakul motorsikal aku. Habis semua Kad2 raya yang baru dibeli kononya untuk dibagi kepada awek. Tapi dia dengan selamba je. Macam takde ape yang berlaku.
Masih ingat lagi beliau bersama2 kami berkonvoi ke Melaka. Ahh memang banyak kenangan aku dan dia, Kami sama2 aktif dalam dunia skuter. Skuter ego pink nya banyak memenangi hadiah sehingga layak masuk ke rancangan terbitan Astro iaitu Zon Aktif.
Masih ingat lagi ketika kami berkonvoi ke Lata kijang pada tahun baru 2007, Hahaha bawak awek tapi malu untuk membuka baju. Selapas itu kita sama2 makan kat umah maklong aku kan. Siap landing baik punye…
Memang banyak kenangan kiter bersama. Aku tetap akan ingat ko sampai bile2 nyat. Semoga ko ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Cume aku terkilan sebab aku tak dapat bersama ko bulan lepas. Kali terakhir kite jumpe bulan march ritu, Masa NSP kat usj. Aku betul2 mintak maaf nyat. Aku simpan lagi ubat yang ko suh aku makan. Aku tak lupe. Aku akan sedih bile tgk ubat tu. Ko memang sahabat aku yang paling baik dan akrab. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun ko pergi buat selamanya. Akan ingat pesanan ko yang terakhir kat aku. Ko pesan kat aku jangan makan berat2 lepas kul 8 malam terutamanya nasi. Aku akan ingat pesanan ko tuh. Terima Kasih kawanku!!
Posted in Kehidupan, sejarah, ucapan | 9 Comments »
Tuesday, April 29th, 2008 |

Minggu yang sibuk dan bosan, Ntah la tak tau kenapa. Penat, keliru semua bermain di kepala. Mungkin nak sampai rezeki yang bnyak agaknya..Owh aku nak jawab tag dari ajurina.
One word. No explanation.
1. Yourself: steady
2. Your partner: her
3. Your hair: black
4. Your mother: sporting
5. Your father: male
6. Your favorite item: key
7. Your dream last night: girl
8. Your favorite drink: lemon tea
9. Your dream car: swift
10. The room you are in: big
11. Your ex: none
12. Your fear: jobless
13. What you want to be in 10 years: married
14. Who you hung out with last night: none
15. What you’re not: tought
16. Muffins: burp!
17: One of your wish list items: E90
18: Time: out
19. The last thing you did: smsing!
20. What you are wearing: watch
21. Your favorite weather: sunny
22. Your favorite book: none
23. The last thing you ate: tomyam
24. Your life: excellent
25. Your mood: great
26. Your best friend: you
27. What you’re thinking about right now: dating
28. Your car: otw!
29. What you are doing at the moment: typing
30. Your summer: hot
31. Your relationship status: available
32. What is on your TV: remote
33. What is the weather like: rainny
34. When was the last time you laughed: now
Lain-lain esok la aku cerita..masuk gear jalan!
Posted in Hobi, Kehidupan, photography | 2 Comments »
Saturday, April 26th, 2008 |

Sedikit mengenai poliik semasa.
“Najib mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat 30 orang ahli Parlimen BN bersedia menyertai pakatan pembangkang bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama DAP dan Pas.
Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen manakala BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga apabila hanya mendapat 140 kerusi.
Pakatan pembangkang hanya memerlukan tambahan 30 kerusi bagi membolehkan ia mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Di Kuching semalam, Anwar sekali lagi mengulangi keyakinan untuk mengambil alih kerajaan selewat-lewatnya 16 September ini malah meletakkan sasaran menawan Sarawak pada 2010.”
p/s : DSAI kate dapat tadbir kerajaan persekutuan paling lewat 16 September ini. Kita tunggu dah lihat!!

Aku masih berada di lipis untuk hari terakhir kursus. Takde banyak update dalam kehidupan. Gaji dah masuk. Aku nak pi cari lense 55-250mm untuk dslr aku. Itu sahaja
Oh ye!!semasa dok lepak kat pekan Raub aritu aku ada la practice menangkap gambar panning. Dan dari beberapa keping yang aku tangkap hanya 1 je yang boleh di classifiedkan sebagai berjaya. Hampeh!! kene rajin practice ni!!
Awek aku tgh final exam. Aku doakan dia dapat jawab semua paper yang di ambil. good luck n caiyok2x!!
Posted in Cerita tipu, Hobi, Kehidupan, photography, politik | 2 Comments »
Monday, April 21st, 2008 |

FARAH SYAFIQAH BT MOHD ROSLI.
Farah Syafiqah masih belum pulang sejak jumaat 18 April 2009 setelah ke KFC Jalan Kuchai Lama jam 1.00 tengah hari. Farah berumur 18 tahun, warna kuli cerah/putih, ketinggian 1.6m berambut panjang. Keluarga Farah merayu kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa Farah sila hubunginya segera atau pihak yang bertanggunjawab seberapa segera.
bapa : MOHD ROSLI HJ HUSSAIN
voice : 012 6514278
address : 4-3 QTRS ILPKL, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, Jalan Kuchai lama Kuala Lumpur.
Doakan Farah berada dalam keadaaan yang baik.
Posted in Kehidupan, Kontroversi, ucapan | 5 Comments »
Friday, April 18th, 2008 |
Ahaks filem ni memang best dah bnyk insiden tak sangka berlaku. Hahaha macam hamram pun ada. Nak tau dengan lebih lanjut. Pi tgk sendiri. stanby la maner nak nyorok pastu. Amik jalan mudah nyorok blakang orang pun boleh jugaj. Muahaaha….jgn luper pi tgk ek.
Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang yang membuat kutipan RM 7.5 juta, paling banyak dalam sejarah filem Malaysia. Sekali lagi MIG akan melakar satu lagi sejarah apabila filem terbitan ke 23, Congkak, akan ditayangkan secara serentak di 70 buah pawagam di Malaysia, pembukaan filem Melayu terbesar dalam sejarah perfileman bermula dari Jalan Ampas di Singapura. Filem yang diadun dengan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX yang setaraf dengan filem-filem keluaran Hollywood pastinya akan memberikan satu impak dan kesan yang cukup mendalam kepada peminat-peminat filem seram tanahair.
Filem Congkak menerima arahan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang tidak mengalakkan pesakit jantung, darah tinggi serta ibu-ibu mengandung dari menonton filem ini, memang ada kebenarannya. Congkak telah dicipta untuk menakluki minda dan perasaan peminat filem seram tanahair. Setiap babak yang dihasilkan cukup mendebarkan dan pasti membuatkan anda tidak senang duduk, ini kerana dari ’shoot’ kamera, sistem bunyi yang mengkagumkan dan jalan cerita yang cukup mendebarkan, ianya akan menjadi filem seram ‘blockbuster’ untuk tahun 2008.
Secara keseluruhan, Congkak memaparkan realiti kehidupan dan budaya ‘makhluk halus’ dan ‘penunggu’ yang telah wujud dalam masyarakat nusantara selama ini. Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi, serta pengarah filem ini, Ahmad Idham dan skrip oleh Pierre Andre, yang telah membuat ‘kerja rumah’ bagi memastikan ketepatan dan realiti sebenar bagaimana dunia perubatan Melayu.
Dari sudut teknik pengambaran, Congkak telah memberikan satu perspektif baru serta telah menetapkan satu standard baru filem Malaysia, di mana mutu teknikal yang dihasilkan cukup berkualiti. Selain dari itu, Congkak memaparkan sinematografi yang cukup bagus, menarik dan pasti membuat sesiapa tertawan.
Walaupun dari pandangan beberapa pengkritik, jalan cerita Congkak agak biasa, tapi itulah sebenarnya realiti kehidupan. Jika mahu mencari kelainan, adakah sesuai jika ingin membuat kisah seram di Stesyen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)? Jadi persoalan mengenai jalan cerita yang agak biasa tidak menjadi masalah, selagi penyampaian jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh penonton.
Dari sudut lakonan, penghayatan watak serta impresi wajah memang wajar diberi pujian. Setiap pelakon telah menjiwai watak mereka. Pujian diberikan kepada dua pelakon cilik iaitu Erin Malek serta Erynne Erynna yang berjaya memberi nafas kepada Congkak.
Jika sebelum ini, cerita-cerita seram di nusantara mengambil contoh watak dan karektor hantu berpandukan kepada filem seram dari Hong Kong, tetapi bagi Congkak, nilai dan watak makhluk halus atau penunggu itu sendiri terhasil secara unik dari karektor yang telah wujud melalui lisan dari zaman nenek moyang kita dahulu. Dengan penunggu yang berupa menjadi seorang wanita tua yang cukup hodoh serta suka kepada kanak-kanak, serta makhluk ‘lintasan’ yang akan menguasai sesiapa sahaja yang melalui kawasan mereka, menjadikan watak ‘hantu’ dalam filem Congkak sesuatu yang unik.
Selain dari itu, Congkak menonjolkan nilai-nilai kekeluargaan serta konflik yang perlu dihadapi bersama-sama. Inilah sesuatu yang cukup menarik mengenai Congkak, walaupun filem seram tetapi nilai kekeluarga yang masih dipegang teguh oleh masyarakat nusantara tidak pernah diketepikan.
Namun, di atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dalam produksi tanahair menghasilkan filem seram tempatan. Beberapa babak yang cukup menyeramkan terpaksa dibuat ianya sekadar mimpi. Tetapi ianya tidak mencacatkan garis cerita tetapi ianya menjadikan Congkak lebih suspen dan dramatik. Filem berdurasi sekitar 90 minit ini cukup mencabar jiwa. Selama menonton filem ini, penonton tidak akan merasai betapa cepat masa berlalu.
Selain dari tayangan di Malaysia, Congkak juga telah ditempah untuk tontonan di negara Filipina, Singapura, Indonesia serta Thailand. Namun yang pasti Congkak telah menetapkan satu tahap sendiri untuk pengiat seni tanahair bagi menyaingi atau sekurang-kurangnya setaraf dengan filem ini.
Congkak merupakan filem seram yang cukup bersedia membawa perasaan penonton bersama-sama, dalam mengikuti pengembaraan yang cukup realistik dan menakutkan. Bagi mereka yang inginkan kelainan, atau mereka yang cukup mengemari filem genre seram dan suspen, Congkak menjadi jawapannya.
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | 15 Comments »
Wednesday, April 16th, 2008 |

Hurm aku dapat gambar kat atas ni ntah dari mana ntah. Takde pe cuma nak kongsi je. Ahaks macamni ke kehidupan anak melayu skang. Huhhuhu macam dah kat US je.. Kalo aku ada best jugak!!huhhuhu bak kate nabil, Lu pikir la sendiri!!
p/s : takde gambar bogel pun. sekadar berkongsi
Posted in Kehidupan | 2 Comments »
Tuesday, April 15th, 2008 |
Bengong!!
Bodoh!!
Bahalol!!
itu sahaja…..
Posted in Kehidupan, Kontroversi | No Comments »
Sunday, April 13th, 2008 |

Canon EOS 350D 10sec f/9 55mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop
Kata orang gambar yang baik ialah gambar yang boleh berkata dengan sendirinya. Maksud aku takyah buh caption yang mengatakan/menerangkan apa yang ada dalam gambar itu. Jika kita tgk satu2 gambar dan kita faham maksud yang disampaikan. Ya itu adalah gambar yang baik!!
sejuk : tiada tulisan panjang2. Hanya gambar!!
Posted in Fraud, Kehidupan, photography | 6 Comments »
Friday, April 11th, 2008 |

Ya!! ahakss semenjak aku mempunyai PSP sendiri, aku telah menukarkan diri aku kepada pencinta PSP pulak!! Skang ni aku tgh rancak bermain sejenis game yang diberi PATAPON. Ape itu PATAPON korang google la sendiri ok :). Seyes game ni memang best!! K la aku mau sambung main. Let`s Move Pata pata pata pon!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | 3 Comments »