Archive for the ‘Kehidupan’ Category
Monday, June 16th, 2008 |
Jumaat
bangun tido, mesej opismate, msj si dia, mandi, iron baju, start enjin moto, gi opis, lepak2 main internet sambil siapkan keje, alamak!!dah waktu solat jumaat, kemas laptop, balik umah, semayang jumaat, tido sampai petang, bangun kul 6.00, mandi, tgk berita, main psp, lepak2 tgk euro, tido, abes cerita hari jumaat!!
Sabtu
Bangun cam biasa, amik si dia kat umah, pegi midvalley, tgk kungfu panda, beli sushi kat jusco, bayar parking, makan pizza kat kuchai lama, hantar si dia balik, aiseh!!lupe beli makanan hamster, balik umah, main psp, malam tgk euro, tido!
Ahad
dari pagi sampai petang main game, futsal, kendian gosok baju pastu tido!!
2 pasukan favourite aku. Sepanyol dengan Perancis!!


p/s : aku pening selepas tido banyak pada cuti ni.hahahaha
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | No Comments »
Friday, June 13th, 2008 |
dorang : weh abg, tgk kad kawin pesal ni?
aku : ler saje la tgk, cantik dorang design, lagipun member suh design satu. Ni nak carik idea la..
dorang : eleh ye la tuh. Dah sampai seru ek
aku : ceh poyo je. Bile last kene smackdown!!
p/s : saje merapu pepagi jumaat. Situasi atas atas adalah benar cuma ayat diolah balik. Cek nuffang aku akan clear arini.yes!!
Posted in Cerita tipu, Kehidupan, Lepak, Suka, ucapan | 2 Comments »
Wednesday, June 11th, 2008 |

Yup..gambar diatas menerangkan segala2nya.. Miahaha setelah hampir 6 bulan aku join nuffnang. Cek pertama aku dah sampai semalam dan akan diikuti cek kedua, ketiga dan seterusnya. Alhamdullilah, dengan duit yang aku dapat dari nuffnang ni boleh la aku topup mane2 perbelanjaan yang tersangkut kan.
Heboh Malaysia dengan isu minyak sekarang dan aku berani kata kalau buat pilihanraya harini esok konfem pakatan rakyat memerintah. Apepun aku nak amik sikap berkecuali untuk isu minyak ini kerana bukan malaysia saja yang naik malah satu dunia.
Kehidupan seperti biasa, takde penambahan, adik2 aku dah balik kerumah seperti biasa, ada yang baru abes plkn, ada yang tgh cuti sem dan ada yang akan menjalani praktikal. Yehaaa rumah ibu bapa ku kembali ceria seperti dulu, mama kini lebih banyak ketawa. Papa pula menghadiahkan sebuah motor baru kepada adik aku. Aku? hahaha masih menunggu waja yang akan turun kepada saya selepas ini. Lambat gile proton BLM ni nak dapat. Sian mama, hari2 merungut bila nak dapat.
p/s : bulan depan kene menyertai bengkel di Besut, Terengganu, Jauh seyh!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Tag | 5 Comments »
Wednesday, June 4th, 2008 |


Canon 350D, f/36, ISO 100
Lokasi : New Pantai expressway, Jalan Klang Lama, PJ
Waktu : 10.32 malam dalam hujan
Tarikh : 3 Jun 2008
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, bersih, photography | 2 Comments »
Monday, June 2nd, 2008 |

Jangan tengok filem Apa Kata Hati!! Tak best langsung!! Nasihat aku baik duit tiket tu korang gi makan nasik kandar pelita lagi best!!kenyang dan mengasyikkan!! Nyesal tgk!!
p/s : Gambar je. Waktu tangkap seperti dalam jam tuh. Oh ye hutang tag yang lagi 2 tu ada idea aku taruk ek ajurina. Malas gile la ni :).
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, photography | 7 Comments »
Thursday, May 29th, 2008 |

Aku kembali ditag oleh mereka yang sangat aktif mengetag. Miahaha lama jugak aku tak ditag. Lagipun ketandusan idea untuk mengapdet blog. Kiranya tag ini datang tepat pada masanya. Terima kasih diucapkan kepada ajurina. Yuhuu rasanya tag ni aku pernah buat dulu dan telah dihentam dengan hebat oleh pakngah and the gang. Dorang cakap aku tak telus dalam memberikan fakta tersebut. Miahaha okeh kali ni aku berikan fakta yang mungkin amat tepat berkenaan dengan aku. Let`s gone~~(nabil yg ajar aku ckp camtuh)…..
8 Fakta yang mungkin akan digunakan apabila menjawab kertas soalan Bahasa Melayu STPM :
Fakta Pertama
Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Hahaha ini adalah fakta sahih. Jabatan pendaftaran negara telah pun mengesahkan bahawa aku adalah lelaki tulen.
Fakta Kedua
Aku adalah anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Miahaha aku ada bukti kukuh dimana aku tiada abang mahupun kakak.
Fakta Ketiga
Jika diberi pilihan antara tido, makan dan perempuan aku akan letakkan tido dulu, kemudian makan, makan dan diakhiri dengan perempuan. Opss silap2 aku nak ubah la..aku akan pilih perempuan dulu. Mesti tertanya2 apa sebab aku letak perempuan dulu kan. Ini disebabkan apabila kita dah dapat/ada perempuan secara automatiknya kita akan ajak perempuan itu makan. Selepas makan bersama2 dan mengenal hati budi, kita akan kawin( kira ada jodoh la ). So bila dah kawin dapatlah tido bersama2. Hahaha ini adalah fakta ok!!
Fakta Keempat
Amat fasih berbahasa melayu. Ini adalah satu kelebihan yang amat ketara. Aku dapat bercakap, mengeja malah mengalih bahasa kepada bahasa melayu tanpa merujuk kepada kamus dwibahasa. Ada sape nak upah aku jadi jurualih bahasa melayu kepada bahasa melayu.
sambungan :
Fakta Kelima
Aku pelik, Nak kata ada sakit kronik tak pulak, dah gi jumpa doktor dan doktor pun tak dapat detect apa yang mengganggu gugat ketenteraman aku. Macam ni, Aku konfius sebab bile malam je aku akan mengantuk dan tido. Benda ni dah berlarutan dari aku kecik sampai la ni. Malam je ngantuk pastu tido, kalo tido je mesti mengantuk time malam, mengantuk je mesti tido waktu malam. Entahlah, Aku dah runsing memikirkan fenomena ini. Ada sesiapa tau ini sindrom ape?
Fakta keenam
Pernah satu ketika dulu semasa kecik2, aku ni suka memancing. Biasalah kan duduk kampung. So selain daripada bermain di bendang, memanjat pokok, roundes, tangkap ikan, mandi sungai sehinggalah kepada permainan buluh bedal. Jadi ada satu hari tu, aku memancing ikan berseorang. Mancing punyer mancing dapat la sekor ikan teroboi(aku tak taktau nama lain). So dengan ikan tu la aku jaja sampai kepetang, bile ada makcik pakcik lalu belakang aku, Aku pun berlakon pancing aku mengena. padahal ikan tu dah mampos! Hahah eksyen je lebih. Hahahaha sama jugak dengan lintah. Aku ni kalo depan awek2 masa kecik dulu wah!!hero kampung lagaknye. Tak takut langsung ngan lintah ni. Tapi bile takde awek2 nak diusha. Macam gempa bumi aku hentak kaki nak buang lintah yang melekat tu. Cam haram!!
p/s : heheh macam biasa. idea tarak!! lagi 2 hutang
Posted in Kehidupan, Suka, Tag, sejarah | 7 Comments »
Friday, May 23rd, 2008 |
THE HAGUE, Belanda 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.
Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.
Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.
Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.
Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.
Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.
Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.
Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.
Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.
Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.
Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.
Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. - Utusan
Posted in Kehidupan, Kontroversi, sejarah | No Comments »
Thursday, May 22nd, 2008 |
Huhuhu semalam hidup aku ada tunggang langgang sikit. Bangun pagi dikejutkan dengan maki dan telah memspoilkan mood aku selama 4 jam. Shet!! bangun tido je terus kene pressure. Hakdoi…
Opis pulak pun sama. Hahaha malas cite. wat sakit ati je. cakap kene tak cakap pun kene. Baik senyap. Hahaha yang tak terlibat pun boleh jadi mental. Aiyok!!
Awek aku pulak 2,3 menjak ni moody je. Mungkin bosan duk kat umah kot. Lagipun cuti semester ada sebulan lebih lagi. Malam tadi kuar pun dok muke ketat je. Hakdoi, susahke nak senyum!! at least kalau senyum tu sejuk la hati ni. Pape pun insyallah jodoh masih kuat lagi. hahaha cayang ayang. caiyok!!
Oh ye!! Kepada penyokong Chelsea. Jangan bersedih ye. Lain tahun cuba lagi ok!! Hahaha cayalah MU!!Lain kali chelsea berlatih sepak penalti je ok!! Hahaha suke nye aku..lalalalalala~
p/s : perut sakit, Mahu berak dulu!!!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Lepak, Suka | 4 Comments »
Tuesday, May 20th, 2008 |

Kehidupan seperti biasa. Tiada penambahan dalam jadual harian. Kewangan semakin susut semenjak hati riang bergembira. Ah~ tak kisah la. Bulan depan stabil balik. Simpanan ku pun dah kurang. Haha camner nak kawin ni. Takper la, buat dulu semua perkara yang diingini sebelum ia datang.
Hurm mimpi seseorang itu kini kerap datang. Kejap datang dalam ketawa, kejap datang membawa duka. Ntah tak dapat dalam nyata mungkin dalam mimpi pun sudah memadai. Siapa sesorang itu pun aku tak pasti. Yang aku tau aku dan dia macam sangat rapat.
Keluargaku semakin ceria. Hari2 mesti ada benda yang hendak digelakkan bersama. Papa dan Mama semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak2mu ini..Hahaha mama, nanti kete baru pinjam seround ek!!
Awek aku ok!! Semalam kami pi dating. Tgk wayang. Lama rasenye tak menghabiskan masa sehari bersama. hilang rindu sekejap. Ahaks~ ada sesape jeles tak? meh angkat tangan.
p/s : Oh..bulan ni ramai member aku kawin. Selamat pengatin baru kepada mereka. Aku bile lagi. 3,4 tahun lagi mungkin :).
Posted in Kehidupan, Lepak, Suka, ucapan | 1 Comment »
Saturday, May 17th, 2008 |

kami main funfair di Raub, Pahang, Hahahaha memang best giler. Layan!! Macam satu family yang sungguh ceria. Bile mau pegi funfair lagi weh!
Posted in Kehidupan, Lepak, Suka | 3 Comments »