Archive for the ‘Hobi’ Category
Friday, January 18th, 2008 |
Yahuu…sejuk kembali menceriakan hari anda. Bagaimana hari anda harini? Semakin bagus dengan berita-berita yang menggembirakan atau semakin tak best akibat dikejar hutang along, bayaran semula PTPTN ataupun disuruh rakan-rakan anda untuk membelanjakan wang anda yang semakin kurang itu. Hahahahaha seperti biasa aku nak rangkumkan semua akitiviti aku sepanjang minggu lepas.

gambar ni aku tangkap masa pilihanraya tahun 2004 di Sungai Congkak
Kerjaya - Minggu lepas aku berada di Hulu Langat, Selangor. Erm ok la, tempat yang cantik cume keadaan bukit menyebabkan aku malas untuk turun makan lagipun aku dalam mode diet!! hahaha mau mengambil alih tempat sazali samad ke sukan olimpik nanti. Hujan pulak hari2 turun membuatkan aku berasa amat selesa berada didalam bilik sambil menonton astro. Tapi menjelang musim pilihanraya ini dijangka aku akan mengalami kesesakan kerja yang maha dahsyat!! Ura-ura mengatakan parlimen akan dibubarkan pada 24 Januari 2008 ini. Apa-apa pun tunggu kenyataan rasmi dari PM dan aku berharap tuntutan Cuepacs supaya kerajaan memberikan saguhati sebanyak RM2000 juga diterima.
Ekonomi - Alamak!! Wang simpanan aku semakin berkurangan. Aku boleh isytiharkan inilah kali pertama setelah aku bekerja aku mengalami krisis kewangan yang amat teruk. Bukan setakat catu-mencatu tapi dah sampai ketahap kedekut gile bagbies!! Hahaha inilah akibat memperbaharui cukai jalan kereta dan membeli sebuah laptop baru. shet!! minggu depan nak sambar DSLR pulak!! hahahah sungguh boros aku kan. Tapi kate orang baik beli ape yang dihajati sebelum berumah tangga kerana apabila dah kawin semua perbelanjaan akan disekat dan diaudit oleh isteri yang sungguh mithali……Kata orang la!!
Sosial - 2 orang sahabat aku telah pun meluahkan isi hati mereka untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini dan paling lewat awal tahun depan. Erm aku tumpang makan je la kalo korang berjaya kawin dengan wanita yang sungguh bertuah itu. Harap2 anak pertama korang nanti bubuh nama aku ek. Sedap pe Mohd Faiz tuh..hahahaha credit sket kepada aku sebab slalu blanje korang minum.
Percintaan - Aku jugak bergaduh ngan awek aku, Hanya perkara yang kecik dan akhirnya menjadi besar! Isu yang berbangkit ialah soal kepercayaan. Hurm aku bukan nak mengatakan yang aku ni seorang yang perfect tapi kita mesti berjaga-jaga. Hahahaha kalau awek aku baca ni. Syg buat semua tu sebab cintakan ayang tau..jgn marah. Nanti tak comel dah..
Erm itu saja je kot. Oh ya!! aku telah menjadi ahli Glitterati Nuffnang dan hanya itu saja medium untuk aku generate sedikit wang bagi membeli domain. Cukuplah dengan permulaan, aku telah bercakap dengan viere dan dia telahpun memberi persetujuan untuk menumpang hostingnya selama setahun lagi. Thanks Viere. Ada rezeki aku belanja ko ok! Youth08 telah menghantar hampir 5 SMS dan juga email menjemput aku untuk ke perasmianya di PWTC pada esok. Arghh!! niat dihati nak pegi tapi akibat kesibukan dengan sosial life membataskan niat tuh lagipun takde awek yang mempunyai peha yang gebu menjemput aku untuk menemaninya. kalo sesiapa yang rasa dia seorang wanita dan mempunyai peha yang gebu bak gula2 kapas, sila tinggalkan no. telefon bimbit anda diruangan komen saya ok!! saya akan menyusul kemudian. Oklah, penat taip. nak pi buat keje sket!! chow~
p/s : Harap2 penyokong pembangkang lekas sedar akan kesalahan mereka menyokong parti keadilan!! Namum semuanya adalah subjektif dan hanya mereka yang benar2 faham maksud ketuanan melayu dan kontrak sosial akan membuat keputusan tanpa ragu2. Fikir-fikirkan lah……
« Hide it
Posted in Hobi, Kehidupan, Lepak | 14 Comments »
Thursday, January 3rd, 2008 |
Yah…tadi aku ada terbaca di blog sape ntah pasal menatang Nufflets nih. Aku tgk sahabat panoda yang pertama pakai adalah setiausaha gei kepada pakngah iaitu harizmuthu!! Hahahah weh hariz, bape juta keuntungan yang ko dah kaut ek. Aku tgk ngah pun dah taruk iklan nuffnang kat blog dia. Hahahah bagus2 mari semua buat duit. Kempen iklan Nuffnang aku akan berakhir pada 2 minggu lagi. setakat ni almost RM 40 dah aku collect cume waktu menunggu kempen masuk je kesabaran aku ni tercabar. Tak macam advertlets aku tuh. Hahaha akhirnya dah kene block walaupun aku nyer income kat situ hampir RM50. Ntah advertlets kata aku menipu. Hurm terpulanglah, aku malas nak aktifkan balik. Takper la Mereka punya kuasa dan mereka tahu apa yang mereka buat. Aku tak kisah pun!!
Nufflets, Mungkinkah gabungan perkataan ataupun gabungan 2 syarikat besar pengiklanan blog iaitu Nuffnang dan Advertlets? Dengan menggunakan format iklan teks sebagai medium, Nufflets tidak syak lagi adalah versi Asia (atau Malaysia) untuk Google Adsense. Dan, aku harap aku dapat buat banyak duit untuk aku membeli hosting tanpa mengeluarkan wang sendiri.. Hahahaha sungguh kedekut kan. Biasalah aku tengah mengumpul wang untuk membeli DSLR mungkin? Dari semalam aku memikirkan dan harap ada mimpi yang boleh guide aku samada untuk beli secara ansuran di Seng Heng atau secara tunai di kedai Canon yang bertauliah. Model? sudah semestinya Canon EOD 350D. Jangan tanya kenapa model itu sebab aku pun tak tau. Mungkin sebab ramai sahabat aku menggunakan Canon (ilmu fotografi aku amat cetek ok!)
p/s : Oh ya!!mungkin cara penulisan aku dah berubah. Hahaha salah satu azam tahun baru kot. Lupakanlah yang penting aku gembira, Lagi satu Daftar sekarang dengan Nufflets & dan anda akan terima USD15 serta-merta! erm
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, Wordpress | 7 Comments »
Monday, December 17th, 2007 |
Semalam aku tengok wayang. Dengan siapa seperti biasalah kan :). So kami tgk cerita I AM LEGEND. Bagi aku boleh bagi 4 1/2 bintang dari 5. Best la jugak cume jalan cerita yang agak slow sikit dan memerlukan masa untuk korang paham jalan dia.
Jujue ngan Kelapa ais ada buat review pasal citer ni, so aku buat separuh sinopsis.Cerita ni mengisahkan seorang kolonel askar yang jaga kawasan New York. 1 hari ada seorang doktor tu dia dah jumpe penawar untuk penyakir barah dan ubat tu adalah virus campak yang telah di struktur semula. Tapi langit tak selalunye cerah. Ubat tu rupe2nye adalah satu ancaman kepada kepupusan manusia sebab dia akan menukarkan manusia ni jadi parasit yang tak boleh kene cahaya. bukan manusia even haiwan pun kalo kene boleh transform jadi resakse tau. Huhuhu cite memang suspen gile. Aku nak citer lelebih takut korang lagi tak paham lak kang. Better korang gi tgk la ek. Kat jiwang torrent pun dah ada orang up citer ni. Apa lagi pi la seduuutt!!!
Malam tadi ada Asian Idols..hahahah ada ke patut singapore nyer idols tu boleh menang. Aku rasa suara Jaclyn, Mike dari indon lagi sedap dari dia. Tapi inilah yang dikatakan kuasa SMS kan. Walaupun Indonesia tu besar dan ramai penduduk tak menjamin idols dorang menang. Semua tu duit punya cerita. Sebab itu Singapore yang kecik tu boleh memang. Apepun itu semua bergantung pada nasib sms 100% dan bukan berlandaskan bakat.
p/s : kepada bulus, ape cerita YNWA ko tuh. Kalah ngan MU aku, Hahahaha takde la hebat sngt kan. Kat home pun boleh kalah. Usaha lagi tau!!
Posted in Cerita tipu, Hobi, Kehidupan | 10 Comments »
Friday, November 16th, 2007 |
Adindaku arini akan ke Bentong Pahang selama 10 hari untuk mengikuti kem rakan muda.aku pun tak tau ape objektif kem tu.macam hampeh je..
Aku pulak akan ke menjadi urusetia kursus pada 24-28 ni kat Nilai dan seterusnya aku pula akan dikursuskan di Besut, Terengganu.
Kerusi ruang tamu mama dah sampai,tapi bukan sofa seperti yang diuar-uarkan. Rupenye memang 100% kayu jati. Hakdoi!! tak boleh la aku nak tgk dvd sambil baring kat atas sofa lagik. Bosan!!
Isu bersih dah reda. elokla tu dari bergaduh pendapat.PRU semakin dekat.Undi anda adalah rahsia.
Malam tadi aku mimpi pakngah jadi bapok!! Shet camner dia boleh masuk mimpi aku.
Ada budak nak tolak ngan aku DSLR Canon EOS350D RM1800. Ok ker?
-

3.09 petang : aku baru balik dari kl sentral menghantar adindaku pergi pahang. hahaha semata-mata dari shah alam cumer untuk makan McD bersama. Sungguh romantik terharu.
Posted in Hobi, Suka | 9 Comments »
Thursday, November 15th, 2007 |
Tajuk enrty diatas tidak ada kene mengena dengan posting aku kali ini. Mungkin menyuarakan sedikit kesedihan. Jiran aku yang menghidap kanser telinga telah meninggal dunia semalam. Aku diberitahu bahawa arwah terjatuh dari katil dan dia tak mampu untuk bangun. Isteri arwah balik dari kerja dan terkejut suaminya telah tiada.Pagi tadi hujan semacam mengiri pemergian arwah.Al-fatihan.Semoga arwah ditempatkan orang yang beriman. Sepanjang hdup arwah memang baik dengan aku. Arwah tidak pernah lokek dengan senyuman. Memang terase sikit la.
Tadi kami sepejabat menyerbu pizza hut sacc mall kat shah alam ni. Yela opis aku pun kat sebelah dia je kan
makan sorang sepinggan pizza.hahahah macam nak muntah pulak bile makan terlampau banyak.Eh! minum air pepsi kat pizza boleh mabuk ek? aku baru tau tadi sebab ada sorang mamat ni terlanggar pintu cermin pizza hut tuh macam pintu tu dah terbukak.hahah semua orang dalam pizza hut tu terkejut macam ada bom meletup.kuat seyh mamat tu langgar.aku rasa idung mamat tu berdarah pasal ada saki baki taik idung bercampur darah beku melekat kat pintu cermin.Moral masuk pizza jgn oder pepsi sebab boleh menyebabkan korang berhalusinasi macam mamat tu. Malam kang nak pi melantak satey. Harapan nak melantak satey ngan awek aku malam selasa tu tak kesampaian sebab kami pi shopping.

Bos aku call aku tadik..haha korang mesti ada baca entry pasal aku langgar kambing kan.so kete tu dah ada kat bengkel dan korang tau baper bill dia.hahah RM900 so bos aku mintak aku bayar Rm500 dan belen dia akan tanggung.Mesti korang nak puji bos aku baik kan sebab siap topup lagi bill tapi pada hakikatnya aku ada menyimpan rahsia yang maha dahsyat pasal bos aku ni.sebab tu kawtim..ngeh3x time ni la nak gune kan kuasa aku.hahahah so aku topup RM400 je.tu pun bos aku suh bayar lagi RM100 biler OT aku dah clear.Buat bodoh sudah!. k la aku nak rehat daripada menaip entry berbau politik yang hanya menyebabkan kite sesame bermusuhan.Peace!!
p/s : aku nyer photoshop jadi bengong. Tau naper sebab biler aku gune pixel dia pecah macam icon untuk dikmal dengan wawa.Aku nak install baru jap gi!
« Hide it
Posted in Hobi, Kehidupan | 11 Comments »
Wednesday, November 7th, 2007 |
Shutter :
Shutter speed bermakna banyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya korang mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar Korang, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah “panning”, dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

(COntoh Gambar Panning)Apperture :
Setting utk apperture dan shutter speed boleh dipelbagaikan bergantung pada apa hasil akhir yang hendak kita capai. Contohnya, jika hendak bermain dgn Depth of Field (DOF), korang boleh bermain dengan apperture. Bukaan apperture yang besar (contoh f2) menghasilkan DOF yang sempit. Kesannya subjek utama yg korang fokuskan akan jelas dan tajam, manakala subjek lain / latarbelakang akan menjadi kabur (soft). Teknik ini selalu digunakan ketika mengambil gambar potret atau alam benda.Sebaliknya apabila menggunakan apperture yang sempit (contoh f16). DOF akan menjadi sangat luas. Dengan lain perkataan, subjek yg diraakamkan akan jelas dan tajam dari depan ke belakang. Teknik ini selalu digunakan ketika mengambil gambar lanskap. Jika di sawah padi, gambar buah padi yg terletak hampir dgn korang sama tajamnya dengan gambar bukit dan gunung di hujung bendang.Oleh itu settingnya actually bergantung kepada apa sebenarnya yg nak dicapai, atau gambar apa yg nak diambil. Setiap setting memberi hasil yg berbeza. Tepuk dada, tanya kamera…

Contoh Gambar DOF
ISO :
ISO ialah kepekaan terhadap cahaya. Lebih tinggi ISO, lebih peka ia terhadap cahaya. Tetapi, ISO yg tinggi ada efek terhadap kualiti gambar, gambar jadi ada noise.
(Noise Pada waktu siang, ISO rendah dah memadai, tapi pada waktu malam, ada yg gunakan ISO tinggi.*Noise ni Lebih kurang macam Unwanted Pixel la…die Bintik2 kat pic kite..biasanya jadi ni sebab naikkan ISO
p/s : terima kasih!masih dalam penyimpanan wang untuk membeli dslr ini!!
« Hide it
Posted in Hobi | 3 Comments »
Friday, November 2nd, 2007 |
aku tengah kemaruk nak beli dan pakai dslr.itu saje.terima kasih!!so ada sape nak sponsor!!

Posted in Hobi | 15 Comments »
Saturday, October 27th, 2007 |
Hari ni aku banyak sangat keje yang kene buat. Tersangat banyak sehingga memenatkan mata aku untuk melihat screen laptop aku neh.Jari aku terasa kebas sebab dari pagi tadi aku menaip. Hakdoi, betul la orang ckp, keje ni sampai mati pun tak abes! Da la,malas nak membebel.Arini aku ada updet blogroll aku dengan image yang aku create sendiri.takde ciplak2 ngah boncet tu lagi. Aku ingin berdikarikanmamak hahaha so check it out bebeh.
p/s : harini aku langgar pantang orang yang tengah berdiet la.aku termakan “nasi’ la ini hari!!
Posted in Hobi | 3 Comments »