Archive for the ‘Hobi’ Category
Friday, April 11th, 2008 |

Ya!! ahakss semenjak aku mempunyai PSP sendiri, aku telah menukarkan diri aku kepada pencinta PSP pulak!! Skang ni aku tgh rancak bermain sejenis game yang diberi PATAPON. Ape itu PATAPON korang google la sendiri ok :). Seyes game ni memang best!! K la aku mau sambung main. Let`s Move Pata pata pata pon!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | 3 Comments »
Monday, March 24th, 2008 |

Hari ini amat magik!! Kerana ada perkara sedang,akan dan telah pun berlaku. Hehe amat lawak sungguh kehidupan hari ini. Boleh diibaratkan seperti kera mendapat botol susu siap dengan putingnya sekali.
1. Aku terlewat masuk ke ofis (ahakss kepada yang paham maksud tersebut jgn gelak ok), dan akhirnya aku terlewat untuk masuk meeting. Alamak. Bos Aku buat meeting tergempar la. seb baik baru mula so sempat la aku menyelinap masuk!!
2. Uikss member aku masuk awal arini. Hahaha rasanya first time tuh!!syabas dan tahniah kepadanya.
3. Malam ni gaji aku akan dicreditkan kedalam akaun aku. yahoo!! tapi aliran keluar duit itu telah ditetapkan. Cuma mengharapkan duit ganjaran yang akan aku terima nanti. Cepatlah sikit masuk ek!!
4. Awek aku ada presentation harini. Ahaha persiapan untuk present tersebut amatlah rapi seperti orang nak buat kenduri kawin. Ahakss smalam aku pi beli kasut untuk dia present dan aku memang malas nak thggu lama2. Biasala kalau perempuan shopping memang lama kan. Mereka ni mahkluk teliti kot!! So aku tak tolong dia cari. senyap je!! oho dan akhirnya dia beli jugak kasut yang aku kata cantik dalam hati!! Citarasa kita memang sama la…
5. Si seseorang yang datang dalam mimpi aku dah jarang dah. Ahakss takut kot terkenan ngan aku!!takper2 aku tggu sesorang tu muncul secara zahir pulak!!
6. Najwa oo najwa (officemate), selamat menyabut hari jadi yang ke-21, hahaha dah boleh jadi makcik da pun. dan yang penting jgn luper untuk mendaftar sebagai pengundi ok!!
7. Mila oo mila…bagi ikan pekasam ek! Hahaha berbau satu opis ngan ikan ni, gelimat!!~
p/s : gambar diatas aku snap secara kandid pada 24/03/2008 di National Scooterprix 2008 di Litar USJ Elite Expressway subang!! lawa kan dia..hehe perut pun cantik miahahah!!
Posted in Hobi, Suka, photography, ucapan | 10 Comments »
Sunday, March 23rd, 2008 |

Erm..lama rasanya tidam membuat entry yang bebas politik. Penat nak memikirkan isu yang mungkin 3 atau 4 bulan lagi silih berganti. Ya sabtu dan ahas (22-23 Mac 08) aku mengambil kesempatan untuk bersama dengan teman2 ke National Scooterprix 2008 1st round di Litar Elite Speedway USJ, Subang.
Aku ada mengambil beberapa keping gambar dan kalau berkesempatan boleh la bagi komen di akaun flickr sejuk. Hahaha masih banyak perlu diperbaiki dari segi pencahayaan. Takper la pelan2 kayuh ok :).
Erm berbalik kepada mimpi. Huhuhu semalam seseorang itu masuk lagi dalam mimpi, nak merisik lagi sekali mungkin. Chais!! lagi sekali ko masuk mimpi aku. aku tangkap dan takkan lepaskan ko. Jadi tahanan aku seumur hidup yeh!!
p/s : orang yang riang itu tak semesti hatinya sentiasa tenang!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, photography | 6 Comments »
Friday, March 21st, 2008 |
//Lama rasanya aku aku tak tulis mengenai diri sendiri. hampir sebulan sibuk dengan isu pilihanraya dan nah..sekarang ramai yang merungut dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
//
Aku baru balik dari bengkel pemantapan badan kerja. 2 hari je dan tak memberi kesan penat yang berpanjangan. Boleh la nak lepak2 minum bersama kawan2. Oh ye semasa di bengkel pada malamnya aku bermimpi. Ya!! mimpi yang sangat indah. Indah sangat2, tapi yang peliknya aku bukan bermimpi dia!! Aku bermimpi seseorang!! Pelik kenapa seseorang itu ada dalam mimpi aku. Entahlah, mungkin hanya ingin melihat apa yang ada didalam kotak fikiranku ini. Siapa seseorang itu tak perlulah aku ceritakan.
//maner ek nak cari patung camni..jenuh daha ku carik!!
//Aku akan cuba mengurangkan enrty mengenai politik selepas ini, Mungkin bila ada isu ataupun ketidakpuasan hati baru akan aku huraikan. Aku amat mengalu2kan soalan, pandangan dan email dari korang untuk aku buat modal entry yang akan datang. So meh la kongsi2 ngan aku…
Baru a’ Kau Tahu Guan Eng!
SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.
Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi ‘kerajaan yang memerintah’. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.
ersoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.
Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.
Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan ‘gangguan-gangguan’ yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya ‘mengambil alih’ tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.
« Hide it
Posted in Cerita tipu, Hobi, Kehidupan, Kontroversi, Lepak, Suka, politik | 13 Comments »
Wednesday, February 27th, 2008 |

Tadi DSLR kesayangan aku jatuh dan bercalar….
Bukan aku buat tetapi seseorang….
Aku hanya mampu tgk….
DSLR aku telah tercalar….
Nak kata apa lagi….
Terima je lah….
Harap takde effect pada lens aku….
Setakat ni takde masalah lagi….
kalo najwa baca,abg tak marah pun :), memula je tadi sentap. skang dah tak pun.hahahahaha baru bolehgosip baeknyer!!
p/s : aku tgh bersedih. Takde mood!! DSLR aku dah calar..huwaaaaa
Posted in Hobi, Kehidupan, ucapan | 7 Comments »
Saturday, February 9th, 2008 |

Tadi aku pi beli hamster. Aku beli Hamster jenis golden. Aku beli 2 ekor. Aku beli sebagai hadiah besday mama aku. Ini semua angkara adik aku. Dia pi bawak balik hamster yang dia ada. So mama aku dah terkenan. Aku sonok bila dia gembira dan senyum bila aku ckap hamster ni aku beli hadiah untuk besday dia. Papa pulak sibuk tanyer bape harga semua skali. Erm lebih kurang RM130 la siap ngan cage n permainan, makanan. Aku bagi nama yang jantan Bubu dan yang betina Pupu. Nanti aku up gambar dorang ek.WEh hariz, Aku pun ada hamster la. ko tunggu hamster aku beranak.
Tadi jugak aku beli besday cake 2 orang adik aku yang besday dorang jatuh 10/2 dan 12/2 ni. hahaha Takper la duit apa la sangat. Tgk adik aku happy pun dah cukup untuk membuatkan aku luper pasal duit. Ahaks..besday aku bulan 4 ni. Jgn dorang lupe dah le
Awek aku baru balik dari family holiday di cameron highland. aku pesan kat dia macam2. Ahaks suh petik daun teh 10 helai untuk aku buat penanda buku. pastu aku pesan strawberry sepuluh kontena dan dia ada beli sayur salad ngan brokoli untuk mama aku. Sebelum dia balik tadi dia sempat belikan teh perisa strawbery. Sedap ke weh? esok aku akan ambik semua skali barangan yg telah dibeli itu sebelum aku ke Midvalley untuk menonton wayang CJ7. Ahaks bak lepas rindu dendam la katakan.
Hari insin ni aku akan ada bengkel selama 3 hari. so maybe aku tak dapat updet blog ni dalam asa tuh. aku jugak baru menerima satu tag dari angriani. Kak nanti sejuk balik dari bengkel sejuk setelkan utang tu ok. Tunggu..
p/s : bahagiakan orang lain sebelum anda merasa bahagia…..
« Hide it
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, ucapan | 21 Comments »
Tuesday, February 5th, 2008 |

Erm aku malas nak updet awal2. petang kang kalo ada masa aku updet ek. tu ha gambar kat atas tu aku tangkap malam semalam pukul 12.30 tghmalam. Tgk la federal Highway bnyak gile kete time tuh..petang kang aku updet lain ok!!
Aku updet la ni, Semalam eh ari jumaat ritu Besday mama aku yang ke-51. aku belikan dia cheese cake semalam setelah hampir 2 jam lebih tersangkut dalam traffic jam. Korang perasan tak KL skang ni jam dia melampau2 kan. Ada kalanya aku naik menyampah dah hampir putus asa untuk drive ke KL. aku pikir better aku nek scooter aku msuk kl lagi bagus kan.
Hadiah aku tak beli la untuk mak aku. Mungkin aku akan fikirkan benda ape yang aku nak bagi. Tapi yang pastinya hadiah untuk besday awek aku dah clear sebab aku dah belikan dia Purse Guess di Times Square dan nampaknya dia amat berpuas hati dengan hadiah tu.
Aku skang semakin galak pulak mengambil gambar tapi aku malu untuk tunjuk kat orang. Aku rasa skill aku masih lagi tak cukup bagus. Cuma aku tgh biasa2 untuk adjust shutter nih. Hehehehe nantila, kalo ada gambar menarik aku tunjuk ok
p/s : سلامت هاري جادي ماما Hari jadi adik lelaki aku hari ahad ni. hahaha kene beli cake la lagi nampak gayanye 
Posted in Hobi, Suka, photography, ucapan | 19 Comments »
Wednesday, January 30th, 2008 |

Erm aku baru je mencuba pakai slr aku semalam, percubaab pertama aku nak buat lightrail dan hasil nya seperti diatas dan dibawah. Huhuhu seyes aku tak berskill penuh lagi untuk menggunakan slr ni. Tapi kate orang skill itu terletak pada individu tu kan :).Gambar - gambar lain akau menyusul selepas aku berjaya memahami sistem kamera ini. Hahahahaha usaha tangga kejayaan….

Oh ye!! Aku belum lagi bagi hadiah kat awek aku dan aku masih tak tau nak bg adiah ape? Erm korang ada cadangan tak nak bagi adiah ape? tolong la aku..aku masalah sket dalam nak membeli hadiah ni. Cume pada hari kejadian aku dah beli sebiji kek 1 kg dan hanya makan berdua. Kek itu sungguh sedap dan aku hanya mampu untuk makan sepotong je..manis giler. Takperla asalkan awek aku rasa dihargai cukup la kan
lagipun itu yang amat diperlukan dalam perhubungan sesama manusia.
p/s : aku semakin sibuk bekerja mencari wang!!
« Hide it
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, photography | 19 Comments »
Friday, January 25th, 2008 |
Semalam aku dah gaji. Aku dah bayar dah semua utang aku. Esok aku nak beli slr pulak. Doakan aku selamat membelinya. Amin!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | 5 Comments »
Monday, January 21st, 2008 |

Malas sungguh rasanya untuk memulakan kerja arini. Macam malas je!! Nak cuti tapi macam tak best je duk umah hari isnin ni. Hahaha dah la. aku dah kat opis lagipun. Gaji akan kuar hari khamis ni…tak sabar sungguh rasanya untuk kembali berboros.
Insyallah hari sabtu ni aku akan mempunyai sebuah slr sendiri. Yes!!! sungguh tidak tertahan lagi nafsu aku mahu menangkap gambar peha dan pangkal dada amoi yang gebu. Hahahaha nak buat keuntungan dengan menjualkanya pada laman web Bangbros ataupun badjojo ataupu kalo korang mahu buat koleksi peribadi aku akan pertimbangkan..hahahaha sungguh celaka kan niat itu!!
Bercerita mengenai perkenalan aku dengan dunia internet ini amat tragis. Aku ingat lagi dulu semasa aku mempunyai sebuah komputer yang boleh dikatakan paling hebat pada tahun 1999 iaitu sebuah desktop intel celeron berkelajuan 700mhz. Hahahaha bagi aku itulah super komputer yang telah mengenalkan aku kepada dunia internet. Itu baru pengenalan gajet yang aku gunakan tapi yang betul2 menjebakan aku adalah sahabat baik yang boleh dikatakan sangat nerd!! Beliau mengatakan internet boleh diakses dengan menggunakan line telefon umah tanpa perlu meregisterkan diri di telekom. Dalam erti kata lain menggunakan akaun orang lain. Bermula dari tahun 1999 bil telefon rumah mencanak dari rm 30+ kepada hampir rm150+. Ape ketidaknya, aku online hampir 10 jam sehari dan ini berterusan sehingga la aku masuk ke pusat pengajiann tinggi pada tahun 2002, selepas itu bapak aku telah menterminatekan lain tipon umah sehingga kini.
Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ini, banyak dah dugaan yang aku tempuhi tapi tak kurang pulak kepuasan yang dah aku kecapi. Pernah terlibat secara langsung dalam dunia PHP-NUKE dan mengajar CMS itu kepada orang lain, namun kelebihan itu telah lama hilang dari otak aku. Ntah la mungkin terlalu banyak makan kepala ikan ataupun makan semut. Dan kini aku merangkak balik untuk mengenal string2 dan code yang ada dalam wordpress. Susah shiaal mahu buat theme wordpress. Aku dah try tapi masih gagal. Nampaknya kene bukak buku balik la ini macam. Takpun belajar secara online dengan sifoo2 themes wordpress malaysia seperti flisterz ataupun BOB.
Aku pernah mempunyai 2 laman web yang diselenggara secara sendiri iaitu http://smtklang.net yang aku reka khas untuk sekolah teknik aku. Masa tu aku gune cms php-nuke dan kadang2 kalo aku rajin aku tukar kepada postnuke. Ikut mood la time tu. Dan satu lagi ialah http://bunge2.net, jangan tanyer kenapa nama domain itu sungguh pelik. Aku pun tak boleh nak jawab. Sebelum ni aku menggunakan hosting dari syokz.org dan ianya telah ditamatkan tanpa sebab, aku bernaung pula di bawah hosting viere. Mujurlah viere amat memahami akan keperluan seorang noob dalam dunia wordpress..hahahaha takpe kan viere. Nanti duit aku dah cukup aku blah la. Sori le susahkan ko, aku tengah kumpul dana la ni. So sape ada yang nak derma boleh mintak nombor akaun aku melalui email atau pun ym id = sejukscript , aku amat mengalu2kan hahahahahahahaha derma anda mestilah ikhlas untuk menjamin kehalalanya :)…….
p/s : internet boleh membuat anda ketagih tapi tidak memudaratkan sangat kesihatan anda tapi ianya boleh memudaratkan poket anda kerana membayar bil steamyx dan api. Awas!!
« Hide it
Posted in Hobi, Kehidupan, Wordpress, ucapan | 7 Comments »