Sunday, April 13th, 2008 |

Canon EOS 350D 10sec f/9 55mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop
Kata orang gambar yang baik ialah gambar yang boleh berkata dengan sendirinya. Maksud aku takyah buh caption yang mengatakan/menerangkan apa yang ada dalam gambar itu. Jika kita tgk satu2 gambar dan kita faham maksud yang disampaikan. Ya itu adalah gambar yang baik!!
sejuk : tiada tulisan panjang2. Hanya gambar!!
Posted in Fraud, Kehidupan, photography | 6 Comments »
Friday, January 4th, 2008 |
Semalam member aku ada hantar satu mesej di YM mengatakan bahawa ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka SphiNx Team. Kalau dibaca pada laman web yang meraka buat ini mereka mengatakan bahawa :
SphiNx Team adalah pertubuhan rahsia dimana sebahagian kecil dari kami mempunyai agenda tersendiri. Malah kami mempunyai akses ke bahagian administration yang anda fikir ianya adalah mustahil.Sekitar lewat tahun 2006, kita digemparkan dengan “untraceable” peminjam PTPTN. Seseorang yang harus bayar RM18,000.00-RM30,000.00 dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian, tidak perlu membayar satu sen pun kerana rekod pinjamannya hilang tanpa dapat dikesan kerana PTPTN menggunakan sistem manual. Anda fikir ia satu kebetulan? Fikirkan lagi..Pada pertengahan tahun 2007, kerajaan mula memberi perhatian kepada isu peminjam PTPTN, dimana sekarang mereka menggunakan teknologi canggih untuk menyimpan, update dan lupuskan sesuatu pinjaman secara online. Satu lagi kesilapan terbesar kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada teknologi canggih.
Amaran!! Kami tidak akan bertolak ansur dengan penipu. Jika anda sesekali cuba menipu kami, kami akan gandakan wang pinjaman anda. Kami akan memberikan bukti pengesahan sebelum menerima bayaran. Jika bayaran tidak dijelaskan, kami akan menggandakan pinjaman anda sebanyak tiga kali ganda dan memasukkan nama anda ada dalam senarai hitam di beberapa agensi. Jaminan wang dikembalikan jika anda tidak menerima surat pengesahan pembatalan dalam masa 30hari. Sebarang cubaan memerangkap kami, termasuk polis, kami akan memastikan anda menerima PADAH.Nak tahu lebih lanjut boleh tgk laman web
MEREKA. Tapi awas jangan terpedaya ok!! Kes - kes penipuan seperti ini banyak berlaku pada dunia IT Malaysia pada hari ini. Dahulu kita pernah digemparkan dengan berita yang mengatakan bahawa Maybank2u jugak di pishing oleh mereka yang mempunyai pengetahuan menciplak atau menduplicate laman2 web dan memperdaya meraka dengan memberikan link untuk login.
Entahlah, mungkin mereka yang menjadi mangsa ini terdesak untuk menyelesaikan hutang meraka dengan cara yang mudah. Apa2 pun Awas, Rujuk dan buat kajian dulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sekadar ingin berkongsi maklumat.
p/s : Aku pun pinjam PTPTN jugak..hahaha tak abes bayar pun lagik. Insyallah tahun depan abes la
« Hide it
Posted in Cerita tipu, Fraud, Kehidupan, Penipu | 13 Comments »