Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Entry blogdrive
blog yang kesejukan

Archive for the ‘Entry blogdrive’ Category

Lepak kedah

Friday, July 13th, 2007 |

Esok tempat aku wat kursus ni ada Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah. Hurm ada harapan la aku nak tgk MB Kedah ni.Esok kalo ada masa n kesempatan aku snap la 2-3 keping gambar MB KEdah ni..malam ni aku takda mende nak coretkan.Cume kesihatan aku kurang elok.Selsema sejak aku sampai Kedah ni..daa!

Malaysia kalah lagi

Tuesday, July 10th, 2007 |

huhuhu sedih aku.nak kate takder peluang aku tgk melambak-lambak.Malaysia punyer defend memang lembab gile la.tido ke weh.huuhuh ape da.aku raseMalaysia patut berehat dari meyertai kejohanan antarabangsa la.Menyerlahkan lagi ketidakuatan pasukan di mata dunia.aku sarankan bile Malaysia dah betul2 kuat baru masuk balik perlawanan dipersada antarabangsa. Hati penyokong pun kene jaga.FAM jgn nak melenting je kate penyokong tak memberi semangan dan sokongan tapi nampak nyer strategi Norizan pun tak membuahkan hasil.Kami sebagai rakyat Malaysia menagih kemenangan atau keserian untuk memulihkan kembali semangat kami sebagai rakyat Malaysia yang menyahut seruan kerajaan supaya Memartabatkan Malaysia diperingkat Antarabangsa selaras dengan motto Pak Lah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Aku Harap game lepas ni biar la seri atau kalo berkemampuan menang la.Aku ttp akan Menyokong negara tumpah darah ku ini.Semoga berjaya.

Tadik jugak aku kuar ngan awek aku kira pi dating la.pi makan pizzahut cheesy bite..hahah sedap seyh.aku ada snap gambo tadi.nanti aku upload la ek.nak edit2.Tgh jalan-jalan kat plaza metro kajang ada plak salesman datang kat aku bg pamplet myvi.Hahaha  ni yang membuatkan nafsu nak pakai myvi membuak-buak.myvi here i come.pape pun esok aku akan meninggalkan awek aku selama 5 hari.aku kene outstation ke Kedah di Kuala Nerang.So orang Kuala Nerang nantikan kehadiran aku

Keropok udang!

Monday, July 9th, 2007 |

Huarghhh..ngantuk gile seh harini.malam tadi tido agak lewat setelah pi minum dengan member sekerja aku.kali ni aku tgh menghandle kursus kenegaraan sasaran 1 j-qaf.hahah semua ustaz dan ustazah la dowh.muahahahah aku macam biasa siapkan keje aku yang mane aku boleh siapkan secepat mungkin.

Pagi tadik dewan makan masak mee goreng.huhuhu hampeh!tak sedap langsung.rase minyak pastu dah la kering.last2 aku amik keputusan untuk memakankan diri aku dengan kerupuk mister potato yang telah masuk angin..hahah k la.nak wat keje.kang aku sambung balik..daaaa

Tak jadi nak mulakan keje plak..haha ada buah manggis.huhu lama gilre tak makan buah manggis ni.last skali aku makan buah ni minggu lepas (p/s - lama la sgt).awek aku bg 6 bijik.hahaha gile la.6 bijik je yang lain abes dia makan.huhu ok la tu paperpun  aku tetap menghargainya dan aku telah membuang keseluruhan kulit2 manggis itu di tempat letak kereta KLCC..haha padan muka cleaner KLCC kene kutip kulit manggis aku.muahah gumbira macam burgerMBIRA..hahahaha

 

Skuter yang tulus!

Sunday, July 8th, 2007 |

Erm aku dah bosan dengan alasan bangun lambat la, penat la, lapar la.semua alasan tu membuatkan aku berase muak, mual dan jemu.huhu nak harapkan pada seorang yang pada dulu memang boleh diharapkan.dalam diam2 aku memang tak ske perangai dorang opismate aku ni.nak kate blagak memang pun.dah sampai tahap membongkakkan dirinya.aku tersangat la tak ske.dulu time pangkat biasa dah tertonjol keegoanya maka skang setelah dinaikkan gred lagi la.aku bukan apa sekadar nak mengingatkan hidup dalam dunia kene la tolong menolong.hahaha asyik nak main belakang je sape tahan.tapi thanks sebab punch card aku time terdesak.muahahaha!!

Awek aku dah masuk belajar baik khamis lepas.so now kalo nak dating macam biasa la.balik keje terus pegi Bangi.haha rindu plak kat awek aku.takpe aku balik je kursus ni terus pi dating.haritu sebelum gi outstation ni aku dah bantai ngan dier tgk transformers kat wayang 2 kali dalam seminggu.hahaha giler sial aku.tak penah aku tgk wayang sampai dua kali.tapi akibat penangan transformers ni aku telah memecahkan rekod aku sendiri.tapi paper pun citer ni memang best.tak rugi tgk banyak2 kali Shades.

Kucen busuk!

Tuesday, May 15th, 2007 |

Tengok gambar kat atas tu dah tau dah perangai kucing…hahahah untuk pengetahuan korang mama aku ni suke sangat bela kucing. Ada pernah sekali tu kucing mama aku ni hilang.pergh mama aku punya la sedih.suh aku cari kucing tu satu taman. Mau pening kepale aku nak carik. Biarla mama aku tuh. At least ada jugak peneman dia time bosan selain anak - anak. Papa aku pulak pun same. Hobi yang memang rasenyer dipupul sejak parent aku kecik kot. Pencinta Haiwan!! Papa aku bagi nama kucing kat atas tu ~bengkok~.Sebabnye jgn tanyer aku.

Esok aku akan outstation ke sepang lima hari.Erm sepang ni panas la jugak.Tepi pantai la katakan.Peserta untuk kursus kali ni dijangka akan melepas 150 orang.hahaha tak menang tangan la aku nak key-in data dorang tuh semua.Ada dua jabatan induk iaitu dari KekKwa dan lagi satu dari Jabatan Kastam Malaysia.

okay la..hehe nanti berjumpa lagi.eh Luper pulak.aku dapat panggilan untuk menduduki ujian Penolong Pegawai Tadbir 29 Mei 2007 ni.Doa2kan la aku semoga berjaya ek.Amin~~babai semua…

Penyebab eksiden!!

Monday, May 14th, 2007 |

Aku tak tau la macamane nak kate lagi tentang keadaan pemanduan motorsikal di malaysia pada hari ini. Nak kate aku tak pakai moto tak pulak. Dah dekat 7 tahun pengalaman aku bawak moto.alhamdulliah setakat ni aku masih selamat dan boleh meneruskan hidup di bumi Allah ini. Korang tengok je gambar kat atas yang sempat aku snap dalam perjalanan nak balik. Lebih kurang pukul 5.15 petang. Korang yang duk kat selangor tau la kan keadaan Federal Highway time - time cenggini.banyak kete nak mampos!.

Tapi dalam keadaan jem camtu ada jugak manusia yang tak tau menghargai nyawa sendiri atau tak tau membezakan mane jalan moto dan mane jalan kereta yang mungkin akan menyebabkan pemandu - pemandu kereta yang tak bersalah akan menjadi pembunuh tanpa mereka kehendaki. Lepas je aku eksiden aritu aku jadi takut kalo nampak moto lalu kat jalan kete. Ala aku pun kalo nak cepat ikut jalan kete.Hipokrit la kalo aku kate tak kan.memang penipu besar.tapi Insyallah lepas jer aritu aku dah paham n tau kalo bende ni terjadi akan menyebabkan aku rugi yang teramat sgt2.

Kepada mereka yang masih nak lagi menggunakan jalan pintas ini ingatlah bahawa jalan ini hanya akan menyebabkan atau salah satu sebab kemalangan - kemalangan maut berlaku di Malaysia.Wallahualam! Lebih baik jadi camni.lagi bagus :)

Aku eksiden!

Thursday, May 10th, 2007 |

aku balik keje smalam dalam kul 6 lebih n sampai umah dalam kul 6.30 ptg..biasa dari shah alam ke jalan kelang lama melalui NPe ni dah jadik kejap je.kene la bayar tol Rm1.10 kat federal highway dan Rm 1.60 untuk npe.Tu tak masuk lagi duit parking kete Rm 10.00 sehari.

Dah sampai umah aku pun rehat la sebarang 10 minit.dalam kepala lapar pulak.aku pun try la hint bapak aku suh blanje sate.ngam pulak kepala bapak aku tuptap dier hulur rm50.00 suh beli sater.aku pun amik kunci kete terus la start nak gi kajang.sebelum tu aku dah call awek aku suh teman aku gi skali.

Tapi aku tak sangka dalam perjalanan nak kesane rupenya akan menyebabkan aku kempunan nak makan sate.ada ke lagi dalam 40 meter ke pintu plaza tol sg.besi ada sebijik moto tgh nak cross line dari line 3.hhuhuhu ngeri beb.aku tengok dier betul2 depan kete aku.Allah je la tau ape nak jadi time tu.yang aku boleh pikir hanya cuber mengelak semampu yang stereng ni boleh pusing.elak punyer elak akhirnya dier terlanggar jugak sisi depan kiri kete aku.aduss eksiden jugak.aku dengan serta merta bagi signal kiri benti kat bahu jalan.aku tgk mamat tu dah terbaring kat atas jalan raya tu.Mati ker? tanya aku.dah jadi kes lain pulak ni.aku pun terus usha dier secepat kilat.seb baik idup lagi.cumer ada beberapa kecedaraan yang mamat tu dapat.motor dier jgn cakap la.teruk nak mampos.rim balakang dah jadi no.8. tu kira seb baik la mamat tu idup lagi.kete aku pulak lampu signal ngan fender rosak terus.langsung pintu depan kiri tak boleh bukak.aku dah hangin dah ni.moto buat la cara moto.ikut la jalan moto.yg ko nak ikut jalan kete watpe.ikutkan hati aku nak tumbuk je ko smalam.seb baik muke ko macam orang nerd jer.lagipun ko belajar.tapi aku tetap geram.ni sape nak ganti nih..huhuuh

lepas aku nego ngan mamat tuh..sah!mamat tu takder duit dah kalo nak ganti dier kater kene bagi dier masa.aku pun tggu la bapak aku call n bg keputusan dier.last2 bapak aku suh maafkan dier dan pi report polis.mamat tu pun satu.dah tau pakai handphone canggih,pi la jual duit tu pi la repair kete nih.bukan salah aku.kalo masuk court pun memang salah ko.yg ko guner jalan kete pasal!!!!!!!

awek aku dah nangis2 ingat aku teruk eksiden.asyik call jer.tapi aku dah gitau aku takde paper.Thanks la sebab caring.nanti ada masa ayang blanje saya sate tau.dah kempunan dah ni……gambar kejadian semalam sempat la aku snap tapi kualiti kureng la sebab malam..

dulaluboo daday!!

Friday, April 13th, 2007 |

Hahaha aku pun tak tau nak coret pe pagi - pagi nih. yang aku tau hari ini aku kene pulangkan balik laptop yang selama ni aku pakai untuk aku buat semua kerja aku..rasa macam dah sebati diri aku dengan bende ni.Takper la lagipun ni bukan harta aku.takyah la rase sesedih sangat.ada duit nanti insyallah aku nak beli satu.Komputer au kat umah tu tahun 1998 dan tak penah update dari memula beli.haha lambat n lembab nak mampus..

Ahad ni (14/4/07) aku ada reheasel untuk majlis konvokesyen aku..isnin ngan selase tu pulak aku bakal berhadapan dengan semua member2 sekuliah dulu.alangkah rindunya aku dengan dorang..ahaha ape cerita dorang ek.tp ada jugak memember aku nih tak dapat approval cuti.tu yg aku kecewa sket.aku pun kalo tidak taknak pegi, tapi memandangkan aku dah bayar n bende ni hanya berlaku dalam hidup aku 2 kali. yang pertama masa aku amik sijil dulu kat politeknik port dickson dan ini kali kedua di politeknik shah alam..yang ketiga mungkin akan datang dalam masa 10 tahun lagi :) who know?

*aku tulis dalam mode sakit peyut!!ahakss~

Hari Jadi Aku!!

Wednesday, April 11th, 2007 |

*8 April 2007 - Genap umur aku 23 Tahun.

Huhuhu…ini kali kedua burfday aku disambut didalam mode aku tengah kerja..huhu sedih la jugak..tapi tak sesedih masa 1st time dulu. Dulu aku kene wish betul - betul depan mesin ATM.kat bangi.sedih giler.Tahun ni kat sepang pulak.tak kisah la.yang penting aku masih hidup.

Awek aku call 10 minit sebelum kul 12.00..katenye nak jadi org yg pertama wish.hehe aku pun layan la.memandangkan kat area sepang coverage dier tak baper elok.ckp putus cakap putus membuatkan awek aku give up n nak wish melalui sms.aku tak kisah sebab itu pun dah memadai bg aku.Thanks mamaBebear!!

So, untuk jangka masa 30 minit yang pertama ni aku mendapat dalam 20 lebih sms ucapan selamat hari jadi.ada yg anta mms la.anta lagu la..aku cukup2 terharu dan berterima kasih pada korang.aku tak kisah kalo takde org wish asalkan aku hidup sudey!!..ahahahaha

dalam kegembiraan aku menyambut hari jadi sengsorang terigat aku kat family aku.huwaaa dorang takder wish pun.mungkin dorang luper ke? tapi mustahil la dorang boleh luper.uwaaa ni yang sedih ni..

Dah la dalam time kekeje ni aku kene blame gile babeng ngan bos aku.tak pernah orang marah aku selain family n cekgu aku..tapi aku pikir2 balik biarla.memang salah aku pun, kalo dier tak marah aku mungkin sampai mende ni ditulis ni pun aku tak sedar akan kesalahan aku tuh.yang penting aku ni pekerja biasa jer.dier pegawai!!

Moto aku pulak adik aku buat jatuh.abes scratch cover set.Aku jaga leklok tau2 jatuh.aduh ni pun satu hal.dah la aku baru tembak kaler baru..nak buat camner.mungkin dier nak mintak kaler baru kot..aahahaha adioz.nanti kalo ada mase aku tulih lagi..daaaaaaaaaa

Sehari selepas Nuzul Quran!

Wednesday, October 11th, 2006 |

huwaa…malam tadi aku kuar ngan memember aku usha kl…bajet nak gi minum2 jerk tapi terlepas la pulak kat kl..aku awal2 dah bgtau awek aku yg aku nak kuar minum..perghh dier tak bg..katenyer dier risau kalo aku usha pompuan2 lain katernyer..terharu la jugak..sayang dier kat au..so aku yakinkan dier yg aku tak usha pompuan.aku just kuar nak gi minum jerk..

lepas pusing2 kl lepak kat dataran jap..meriah macam malam minggu je aku nengok..biasala pemandangan rempit beraksi task boleh dipisahkan dengan dataran merdeka..lepas nak dekat sejam baru kitorang bergerak ke jalan 223 untuk merasai nasi lemak panas…aku santak 3 bungkus nasi lemak dengan nescafe o ais..

dalam perjalan nak balik ada pulak aksi kejar mengejar civic 2.0 hitam dengan rxz cenanga..ntah pasal aper dah macam dalam filem lak…seb baik la tak eksiden..lantak pi depa la..yang penting aku ngan kawan2 aku selamat…otw nak ke jalan 223 tu member2 aku ni sempat la merempit…macam biasa ajis dol yg naik nouvo s berada di depan di ikuti oleh nyat ego merah jambu..blakang skali dah tentu la burn badak!!ahaksss biar jer la..sekadar suker2

lepas minum terus gerak gi uptown sj..sajer usha kemeja nak bawak gi keje..last2 pilih sumer saiz m..maner muat maa…akhirnya aku beli suar pendek untuk kegunaan waktu malam aku…ahaksss kopak la…..balik umah tgk tinggal RM13 jer..seb baik dah isi minayk.kalo tak nahas aku..

pagi tadik aku nak gi keje bunyik ego aku garang semacam jerk..adesh ni mesti penangan race malam tadik la..adui..nak kene repair la balik…mintak2 la bukan major problem..k la aku nak pi repair motor sementara keje takder nih..daaaa

hari ini aku gaduh besar ngan awek aku…..tensionnye….aku sayang dier arrr!!

p/s PERKEMBANGAN TERBARU

1. Awek aku dah ok da…heheh pujuk punye pujuk akhirnya setel..mwaaahhh aku sayang dia sangat2…

2. Moto aku pun dah setel..tggu masa nak rempit balik je nih.rupenyer aku nyer skru kat kipas magnet tak keta.tu yang bunyi garang semacam jerk.

3.Aku dapat datu call dari Timbalan Pengarah aku…dier warn aku pasal kuar tak bitau dier..rupenyer member aku nak pedajal aku..sial dah naik biru muke aku mintak maaf…sial laa

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :