Krisis Menteri Besar Perak!
May 23rd, 2009 Posted in SukaMahkamah Rayuan petang tadi telah mengesahkan Zambri sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan mengatakan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini sebagai satu keputusan yang silap.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat harap bersabar dan terimalah dengan redho kerana keputusan ni memang telah dijangka dan sebenarnya semua orang tidak terperanjat. Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang ‘tersilap’ adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan ‘kesilapan’ tersebut.
Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.
Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.
Mahkamah Atasan terdiri dari 3 iaitu
1. Mahkamah Persekutuan – paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan – kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi – ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.
Terdapat juga Mahkamah Bawahan iaitu
1. Mahkamah Sesyen (bukan seksyen) membicarakan kes sivil melibatkan tuntutan RM25,000 hingga ke RM250,000
2. Mahkamah Majistret melibatkan tuntutan di bawah RM25,000
3. Mahkamah lain iaitu Mahkamah penghulu yang melibatkan tuntutan bawah RM50.
Juga jangan lupa Mahkamah yang paling glamour tetapi ramai yang pandang sebelah mata iaitu Mahkamah Syariah. Sebab itu ada artis yang dipenjarakan kerana tidak datang ke Mahkamah apabila dipanggil. Mahkamah Syariah yang membicarakan kes-kes dalam yang melibatkan undang-undang berkaitan Agama Islam bukan kes nikah kahwin cerai sahaja.
Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.
Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.
Tags: isu hangat, Keputusan menteri besar perak, Mahkamah Rayuan, Menteri Besar, Menteri Besar Perak, Nizar, perak, politik di perak, Politik Perak, Zambry










5 Responses to “Krisis Menteri Besar Perak!”
By Adam on May 23, 2009
Dah serabut. Kenapa tak diadakan pilihanraya? Membazir katanya. Haha.
By sejuk on May 23, 2009
betull..sepatutnya biar rakyat yang tentukan. buat je pilihanraya semula!
By mohdisa on May 23, 2009
tak boleh nak wat pilihanraya lg…selagi ada yang merayu…jap lagi org ni merayu…sampai bila tah…
By sejuk on May 23, 2009
sultan kene masuk campur. perkenankan je bubar dun. biar rakyat pilih sendiri
By anuar on Jun 15, 2009
ambo ahli PAS..ambo Hormat Keputusan MAHKAMAH.trima ja zamry jd MB.Kita Tengok PRU Ke 13..Dia akankecundang akhirnya.TAKBIR