Awek aku!!
February 2nd, 2009 Posted in Suka
Entri ini didedikasikan khas untuk aku memenangi minyak wangi..hahaha
Aku tahu ramai diluar sana mempunyai kekasih hati, kekasih gelap bahkan juga mungkin sudahpun berumah tangga, namun tak banyak yang korang perasan tentang kekasih hati anda itu. Disini aku nak tulis serba sedikit mengenai kekasih hati aku ini.
1. Sejak aku kenal dengan dia paling lama aku bercakap dengan dia dalam telefon tak lebih dari 10 minit, masa yang aku tunjukkan tu akan menurun apabila datangnye sindrom wanita setiap bulan. Aku pun heran kenapa la dia tak berapa minat nak bercakap lama2 dan lebih suka untuk bersms!! Tapi bagi aku ianya amat baik dalam untuk mewujudkan bibit-bibit rindu. Hahaha tak la nanti aku kehabisan modal bercakap bile dating!!
2. Bila keluar dating dah tentulah ada benda yang nak dibuat, contohnye tengok wayang. Selalunya kami akan osom(one two juz) untuk menentukan cerita ape yang ingin ditonton. Aku sukakan cerita yang ringan dan tak terlalu serabut, cerita melayu pun ok la tapi lain pulak bagi dia, kalau boleh dia nak tgk cerita yang ganas-ganas, seram- seram dan semestinya english. Yang peliknya dia ni penakut dan selalu menjerit dalam wayang asalkan ada elemen hantu walaupun cerita tu tak sehantu mana la..huhuhu aiyok aku kene standby la time die menjerit. takut aku pulak yang terkejut!! Hahahaha
3. Lepas tengok wayang, kadang2 ada masa terlebih kami pi shopping, aku jarang la nak membeli-belah ni. ada duit terlebih selalunya aku akan habiskan ke makan. bak kata pepatah “gendang gendut tali kecapi, hahaha kenyang perut suka hati la”, tapi si kekasih hati aku ni lain. barang wajib disurvey kalau di shopping mall adalah handbag dan kasut. Perkara wajib tu. kalau aku malas nak pegi konfem muncung mulut dia tuh sampai aku hantar depan umah tak nak kedalam balik. Huhuhu padahal aku tengok kasut tiap2 minggu tukar lain. handbag dah macam2 bentuk. Bila dah masuk kedai tu, konfem la akan merebak ke kedai yang lain dan yang kadang2 sakit hatinya sampai kesudah tak beli apa2 pun, huhuhu Alahai nasiblah lelaki kebanyakkan tak macamtu, kalau tak kene beli rak kasut banyak2 la nampak gayanye…
4. Bab makan pulak, aku macam biasalah selagi ada tanda halal dan poket mengizinkan semua aku sapu, mamak ke, stall tepi jalan ke semua aku hentak tapi si dia ni lain sikit tempat makan pertama yang diblacklist adalah foodcourt kat mall tu, kalau kat midvalley yang belah atas sekali. Huhuhu crowded dan tak sedap. Aku pun heran jugak. makan tak la banyak mana pun tapi memilih hahahaha macam nak pilih tempat kahwin je.. aku tak kisah makan mana2 pun lagi2 kalau dia yang belanja, memang aku ajak makan seafood je la..huhuhu
5. dan yang terakhirnya aku dapat ingat dia ni tak kisah aku ni macamane orangnye. Aku membebel dia tak kisah, dia senyap je bila aku membebel, dia tak kisah bila aku call dan nak ckp lama dia senyap je sampai la aku habis cakap, dia tak kisah bila kalah osom untuk tgk wayang dan aku nak tgk cerita melayu dia ikut je, dia tak kisah kalau aku pun buat sama macam dia, masuk semua kedai yang aku nak masuk tapi satu benda pun aku tak beli di senyum je sambil geleng kepada dan yang paling best dia dapat menerima aku dengan seadanya walaupun aku tau kadang2 aku ngan dia lain, dia suka tu aku suka ni, tapi sebab benda-benda yang kat atas tu la aku masih bertahan dengan dia. Hahaha itulah awek aku!!
p/s : hari jadi aku dah dekat. kalau sidia baca minyak wangi pun okep jugak, kat sini ada jual murah2, original plak tuh, weh hafreze aku nak menang perfume tu, perfume aku dah habis la..ni pakai yang miniature je…bagi aku memang yeh! hehehe










10 Responses to “Awek aku!!”
By chokilala on Feb 2, 2009
nyehnyeh.. akan ku cantas kemenanganmu~
By sejuk on Feb 2, 2009
hahah takpe. rezeki ada dimana2, persaingan yang sihat
By ida_mn on Feb 2, 2009
hehehe awek ko cam rosma khai lerr.. rosma ker…kekekeke
By Azhar Ahmad on Feb 3, 2009
Ahahahah
By Fizz on Feb 5, 2009
chokilala – akan ku cantasmu jua.. hahahahaha.. wait n see..
By SiBintang on Feb 5, 2009
akan menjadi pencabarnmu lalalala…
By Fizz on Feb 5, 2009
chokilala.. akan ku cantas mu jua.. keh keh keh..
By Syafirah Yasmin on Feb 14, 2009
Informasi yang sangat best. Terima kasih!
By JohnsonOlive29 on Mar 15, 2010
Various people all over the world receive the mortgage loans in different creditors, because that’s easy.
By mortgage loans on Jul 30, 2010
Houses and cars are not very cheap and not every person can buy it. But, business loans are invented to aid different people in such cases.