Aku dulu - dulu…..
November 20, 2008 – 8:43 pm
Yup..tajuk entri yang panjang kot. Ape yang pernah aku terjadi kat aku dulu-dulu dan kalau ada kesempatan aku nak buat balik. Mungkin ada yang tak kan dapat diulangi semula. Yang lepas tu lepasla kan. Tapi takde seorang pun yang mahu kenangan yang ada dilupuskan dari fikiran mereka.
1. kalau boleh aku nak balik ke zaman 80-an, dimana aku main bersama kawan - kawan. Aku masa kecil tinggal bersama datuk dan nenek. Tempat pertama yang membesarkan aku ialah Sungai Siput (Taman Muhibbah), Perak. Masa tu permainan paling top ialah topeng Mamee Monters. Bila lalu je lori Mamee Monsters kami semua akan tggu dan mintak kat driver tu topeng. Tapi selalunye tak semua akan dapat. So adalah insiden2 pergaduhan yang akhirnya akan ada mereka yang kecundang. Sekarang maner ada dah topeng Mamee tuh, Yang ada Power rangers!!
2. Kemudian zaman aku kartun yang paling top Thuder cats, G.I Joe dan beberapa yang aku tak ingat. Hahaha bile sampai je time tu sejam sebelum dah ngadap duk depan tv. Jangan ada sape2 yang gatal tangan nak tukar cenel lain. Mengamuk la jawabnye.
3. Masa mula dapat basikal. Basikal budak2 kan ada tayar 2 kat belah kanan dan kiri. Untuk sokongan supaya dapat imbang la. Tapi biasalah naluri budakkan, kalau takde tayar kecik tu lagi bangga. Haha seboleh aku hari kedua dah buang tayar tu. Dan akibatnya bapak aku ngamuk sebab pegi patahkan bende tu pakai penukul. Ganas beb!! kemudian bila dah pandai sket terus bawak basikal tua arwah atok aku. Bangga weh. Lebih2 lagi biler ada budak perempuan lalu. Kontrol macho punye…
to be continued…..(masih lupa ape yang aku nak tambah)
























One Response to “Aku dulu - dulu…..”
hello! what u doing?
By puterikurekure on Nov 21, 2008