Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Blog Archive » Jalan - jalan menjelang raya
blog yang kesejukan

Jalan - jalan menjelang raya

Written on September 24, 2008 – 5:02 pm | by sejuk |

Semalam kat pkns shah alam ni ada buat majlis amal, tiap2 tahun macamni, ada artis jemputan, so semalam giliran Ina naim dengan husband dia. Sempatlah aku snap walaupun gambar tak sharp. Lepas je habis waktu keje semalam aku jalan-jalan nak cari kad raya untuk awek aku. Huhuhu kalau aku jadi bagi kadraya tu ini bermakna ianya adalah kad raya yang pertama aku bagi kat dia selama kami berkenalan. Dia cakap dia nak yang lebih besar dari apa yang dia bagi kat aku. So jawapan aku mudah je. Suratkhabar!! hahahaha…..

Keadaan di bazar ramadhan sekitar kompleks pkns, memang ramai umat yang datang kesini, tak tau apa tarikan yang ada kat bazar ni. cume kalau lalu kat bazar ni aku tgk ramai yang beratur nak beli murtabak. Mungkin sedap kot. Aku belum berkesempatan nak merasai murtabak tu. tgk la hari-hari terakhir puasa nanti.

Malamnye pulak aku ngan kawan aku gi Jalan Tunku Abdul Rahman, niat nak cari sampin songket untuk papa dan adik aku. Warna biru muda satu dengan warna hijau lumut. Aku punya awal2 aku dah beli. Sekarang ni cuma seluar je aku tak beli, ingat nak sambar satu levi’s ahad atau isnin ni, lepaskan dulu seluar untuk setahun punya kegunaan.Dan malam tadi jugak la sejarah aku menapak paling jauh dalam kl. Aku park kete aku kat hotel grand season jalan ipoh depan hospital dan menampak untuk pegi bazar yang di jalan masjid india, bak kate member aku, ” ni bukan sebatang rokok nyer pejalanan, ni pegi balik mau 4 batang” hahahaha….

p/s : kat mane ek nak carik kad raya cantik-cantik!

Related Posts

Related Post

  1. One Response to “Jalan - jalan menjelang raya”

  2. By Ngahaha on Oct 15, 2008 | Reply

    aku terpaksa cakap..
    aku suka entry ko yg ni..
    bukan sebab tulisan ko..
    tapi gambar ko suma bertemakan purple walaupun hati ko hati pink… syabas!!!!

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :