Raya dah dekat ni

Masjid Shah Alam, Amik malam tadi Isnin 22 September pukul 10.26 malam.
Raya dah dekat dah weh. Hehehe Mungkin bagi yang keje ngan kerajaan harini dah gaji. Masuk sekali dengan bonus, sama la ngan aku. Persiapan raya aku tahun ni agak lambat jika nak dibandingkan dengan tahun2 yang sudah. Hahaha ekonomi sedang meruncing ni.
Tahun ni meriah sikit la rumah papa mama aku. Aku siap beli pelita panjut untuk menaikkan kemeriahan raya tuh. sekadar 5 botol je.tu pun RM 1.99 sebotol. Lagipun kalau pasang banyak2 kang marah pulak jiran tetangga. Ye la dengan bau diesel nyer lagi. Oh ye Aku pakai minyak diesel sebab minyak tanah kat area umah aku dah semakin pupus, kalau kat kampung gerenti banyak kan

Tu ha, meriah tak..hehehe boleh la dari nak merasa suasana raya kat kampung. Aku mula cuti hari sabtu ni dan mungkin akan lajak sampai raya ke 8 baru masuk opis balik. Haha cuti tahun memang aku spare kan untuk raya dan kes2 khas macamni la. Lagipun segala kerja aku dah disiapkan awal2 lagi. jadi sebab cuti lama, blog aku pun mungkin cuti jugak la kan :).
So dikesempatan yang ada lagi ni. aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin jika selama aku berblog ni ada nukilan2 aku yang menyentuh perasaan sesape, Kira kosong2 balik la yeh.
p/s : takde sapa nak mintak alamat aku untuk hantar kad raya ker?

























3 Responses to “Raya dah dekat ni”
By KALSOM on Sep 22, 2008 | Reply
selamat ahri raya
By miszbeauty on Sep 22, 2008 | Reply
Selamat Hari Raya Aidilfitri Ssejuk… Beauty mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki…. Mane tau de salah silap sengaja atau tak sengaja…. Moga raya tahun nih penuh keberkatan…. Amin =)
By sejuk on Sep 23, 2008 | Reply
selamat hari raya kalsom. selamat hari raya jugak ntuk az!