Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Blog Archive » Kenangan lalu
blog yang kesejukan

Kenangan lalu

Written on September 7, 2008 – 6:14 pm | by sejuk |

Satu lagi hari yang bosan, Semalam sebelum tido teringat zaman2 aku kecik dulu. Dulu aku duk kampung sampai aku darjah 2. Macam2 aku dah rasa, makan nasi lauk minyak ngan telur goreng je. kalau ada lauk lain kira nasib la. tapi takde la sampai tak makan langsung. Arwah nenek ngan atuk aku sgt sayang kat aku. Arwah nenek aku seboleh2 nak aku duduk ngan dia sampai bile2. Bile dia tau akan balik dok ngan papa dan mama dia sgt sedih sampai sakit.

Arwah atuk pula garang nak mampos. Aku dulu kat kampung selalu sgt kene buli, maklum la kan dalam geng2 aku tu aku yang paling muda. so kira asyik kene buli je la. suh panjat pokok la, terjun sungai carik udang la, gi curik jagung kat ladang la, hahaha memang banyak kerenah nye, dan yang paling best bile aku tak tahan dibuli aku akan nangis, secara automatiknya arwah atuk aku tu akan melastik sesiapa yang membuat cucunya ini menangis, Arwah atuk bekas askar, jadi dia sangat tegas, Pernah aku dilempang jepun akibat menumpahkan air sirap. Huhuhuhu tapi semua tinggal kenangan je..

Lepas arwah nenek meninggal arwah atuk ikut kami tinggal di KL, itupun setelah dipaksa rela oleh mama yang risaukan kesihatan arwah atuk, sejak itu arwah atuk senyap dan tak bnyk cakap. bagi nak mengembalikan semangan arwah atuk mama dan maklong mencari isteri baru untuk arwah atuk. Mungkin atuk akan kembali ceria sebab pakai minum sakit dia ada orang jaga balik. Dan lepas itu arwah atuk kembali seperti biasa dan pulang duduk dikampung kembali.

Kini setelah 4 tahun berlalu aku masih terkenang gelak tawa, lempang atuk yang mengajar aku erti hidup susah. Aku tak nafikan aku cemburu dengan adik2 aku yang lain yang lebih dulu merasai ape itu burger, kentang goreng dari aku yang hanya kenal ubi bakar, jagung mentah dan juga main lumpur dari bermain di taman permaianan. Terima kasih jugak kepada arwah nenek yang memberikan erti kasih sayang tanpa mengenal usia dan pertalian walaupun sekejap. Alfatihah~…..

p/s : arwah nenek meninggal pada tahun 1994 dan arwah atuk pada 2004. aku panggil arwah atuk - tok, dan arwah nenek - tah!!

Related Posts

Tiada entri yang berkaitan dengan entri diatas!

  1. 2 Responses to “Kenangan lalu”

  2. By Azman on Sep 8, 2008 | Reply

    lor.. kampung aku pun k.kangsar juga (sayong) baru je balik sminggu arituh..

  3. By sejuk on Sep 8, 2008 | Reply

    haha sudah pasti. aku orang kota lama kiri, kuale kangsor..hahaha

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :