FriendsterKu!
Saturday, August 30th, 2008

p/s : Tepat pada pukul 6.33 petang pada 31/08/2008 aku dah tutup friendster aku. Sori kengkawan. nanti kalau hati aku dah terbuka untuk main fs aku akan inform. selamat berpuasa semua
Kadangkala kesejukan itu membawa kepada kehangatan yang dahsyat!!


p/s : Tepat pada pukul 6.33 petang pada 31/08/2008 aku dah tutup friendster aku. Sori kengkawan. nanti kalau hati aku dah terbuka untuk main fs aku akan inform. selamat berpuasa semua
29/08/2008 5:23pm
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kakitangan kerajaan akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar dua kali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bonus itu akan dibayar pada September dan Disember.
”Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara,’’ katanya. - Utusan
Melayu Mudah Lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
A poem written and recited by Tun Mahathir during UMNO General Assembly in 2001.
p/s : Tun suruh Pak Lah bertanggungjawab atas kehilangan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN. baca blog Tun hari ni.
Nak bagitau tadi pagi aku bangun tengok2 rambut aku dah jadi warna merah sikit. kenapa ek? Mungkin adik aku main water colour dan tertumpah kot. Takpe nanti aku buh kaler itam balik. Huhuhuhuhuhu….
DSAI dah menang. Tahniah!! Tapi kene ingat tak semua rakyat Malaysia sokong dan suka kepada beliau!!
p/s : aku bosan!
Kad raya sejuk kini kembali. Aku menerima tempahan untuk merekabentuk kad raya tak kira rupa. Kalau korang nak buat kad raya ada gambar korang sekali pun aku tak kisah. Bayaran dijamin paling murah pernah korang dengar. silap harga macam kat kedai mamak je. Kalau berminat tinggalkan mesej anda di sini. kalau ada ym kita boleh bincang. Add ym aku : sejukscript@yahoo.com . Bawah ni adalah contoh kad yang aku pernah design dulu. Free source je ni. Amik dan pakai la ikut suke korang ek. Ape2 pun selamat berpuasa kepada semua. Happy Ramadhan!!


p/s : esok rakyat permatang pauh akan mengundi .Aku mengharapkan akan ada kejutan buat PKR. Aku berdoa kepada-Nya. Amin!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

sumber asal entri ini adalah dari laman blog Tun Dr. Mahathir di chedet.com dan dikarang sendiri oleh beliau. Aku cuma salin dan tampal untuk beri kesedaran kepada semua
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

aku berdiri barisan belakang no.5 dari kiri
aku rasa macam dah malas nak berblog. Tapi bile difikirkan balik. Banyak kenangan. Lagipun time boring boleh baca. Mungkin blog aku ni kekal sampai ke anak cucu aku, sape tahu kan?
Oh ye aku rini genap bersama ngan awek aku 2 tahun 4 bulan. Hahahaha lama dah rupanya tapi masih tak cukup lagi untuk mengenal hai budi. Setakat ni aku bahagia dengan dia. Harap2 ada la jodoh hendaknye ok!! (^_^)v
Bulan ni aku amat sengkek. Bila nak gaji. OWh bajet 2009 makin dekat. Kerajaan kate ada hadiah untuk rakyat, Bonus kami jangan lupe yek. Tahun lepas dah la tak dapat. Hehehe dengar2 minyak akan turun 30sen 1 September ni. Baguslah kalau camtu. Kurang bebanan sikit. BOleh simpan untuk buat duit raya kan
p/s : aku dah takde kursus. OT pun kene catu. Jadi kene berjimat-cermat dari hari ni. Boleh diet skali!!
1. Lens 55-200mm aku dah dijual.
2. sebab jual nak repair kete aku yang eksiden hari khamis.
3. Bulan ini bulan yang amat kering bagi poketku.
4. Aku nak simpan duit untuk beli lens baru. Beli versi yang ada image stabilizer.
p/s : Pilihanraya kecil. Eh MB Selangor kate UITM kene open kepada semua! Mane boleh. Itulah antara keistimewaan orang melayu. Jgn la diganggu gugat!

Aku rasa hukuman mati sepatutnya takde kan. Sebab setiap manusia telah diberi peluang untuk hidup! Jadi kenapa perlukan hukuman mati? ada sape2 dapat jelaskan kat aku tak? Kalau hukuman mati tuk mereka yang derhaka pada agama islam (murtad) aku amat setuju!!
Jenis-jenis Hukuman mati yang aku search ada seperti bawah ni.
1. Hukuman Gantung
2. Hukuman Tembak
3. Hukuman Pancung
4. Kerusi elektrik
5. Suntikan Maut