Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » 2008 » July
blog yang kesejukan

Archive for July, 2008

PERANAN PETRONAS: INDUSTRI MINYAK NEGARA

Tuesday, July 8th, 2008

1. Isu PETRONAS dan subsidi minyak merupakan isu yang kerap dibahaskan terutama dengan kenaikan harga minyak global. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak tetapi dengan jumlah yang kecil iaitu lebih kurang 650 ribu tong sehari berbanding dengan negara-negara lain seperti Iran dan Arab Saudi.

2. PETRONAS telah ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Akta Syarikat dan diberi tanggungjawab untuk mengawal dan membangunkan petroleum di Malaysia. Mengikut peraturan, PETRONAS menyediakan Laporan Tahunan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri.

3. Ketika ini, harga minyak mentah global terus meningkat kerana asas ekonomi - permintaan melebihi penawaran. Ekonomi negara China dan India yang baru muncul amat memerlukan petroleum untuk menjana tenaga elektrik, pengangkutan dan perhubungan serta gas untuk memasak. Misalnya di China, dalam tahun 2006 kereta atau kenderaan baru berjumlah lebih kurang 7 juta dengan anggaran penggunaan minyak dalam satu hari sebanyak 10 liter.

4. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan harga minyak. Antaranya permintaan terhadap minyak yang dilihat melebihi penawaran minyak mentah; terdapat aktiviti spekulasi dalam kenaikan harga minyak dalam kalangan negara-negara pengguna dan pengeluar minyak; dan adanya elemen geopolitik dunia yang tidak stabil.

5. Rizab minyak negara terhad, tidak seperti di sesetengah negara seperti Nigeria dan Indonesia yang merupakan negara pengeluar minyak yang besar dan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

6. Dijangkakan Malaysia akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang 2011 atau 2014. Ketika itu nanti, Malaysia tidak mampu lagi mengeksport petroleum seperti sekarang. Malaysia akan hanya memproses petroleum dan menjual semula petroleum yang telah diproses.

7. Dalam perancangan PETRONAS bercadang untuk memanjangkan jangka hayat simpanan minyak sehingga 20 atau 22 tahun akan datang.

8. Subsidi minyak diberikan oleh kerajaan kepada semua syarikat yang mengendalikan penyelidikan termasuk PETRONAS, SHELL, EXXON dan sebagainya. PETRONAS mendapat keuntungan yang lebih tetapi perlu membayar cukai kepada kerajaan sebanyak 38%.

9. Keuntungan PETRONAS sehingga 2007 adalah RM570 bilion dengan bayaran kepada kerajaan sebanyak RM336 bilion. Bakinya PETRONAS gunakan untuk melabur dalam paip saluran gas, loji-loji penapis, loji-loji petrokimia dan sebagainya.

10. Kos pengendalian cari gali di kawasan lautan yang meningkat jika dibandingkan cari gali minyak di kawasan padang pasir. Misalnya kos cari gali di kawasan padang pasir adalah sebanyak USD4.5 juta sementara kos cari gali di kawasan laut cetek adalah USD7 juta.

11. Pengeluaran minyak di Malaysia tidak dimonopoli oleh PETRONAS semata-mata. Melalui Kontrak Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Contract), terdapat syarikat-syarikat lain seperti SHELL dan EXXON berkongsi dengan PETRONAS. Dalam 700 ribu tong sehari, PETRONAS hanya menguasai 56% dan di campur dengan PETRONAS Carigali menjadikan jumlah sebanyak 75%.

12. NGV diperkenalkan dengan tujuan untuk menjaga alam sekitar daripada pencemaran alam. Dalam isu PETRONAS yang dikatakan memonopoli penjualan NGV, apa yang sebenarnya berlaku adalah syarikat-syarikat minyak lain tidak mahu terlibat di dalam penjualan/pembekalan NGV kepada kenderaan memandangkan kos penyelenggaraan elektrik yang tinggi dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira contohnya, jarak stesen dengan saluran paip gas.

13. Dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan NGV, PETRONAS akan mewujudkan 200 stesen lagi yang menyediakan perkhidmatan penjualan NGV menjelang tahun 2010 di seluruh negara.

Thanks semua!!

Friday, July 4th, 2008

Hoh~ aku lari kejap dari kursus semata untuk jumpe awek aku bagi mencari ketenangan. Banyak dugaan sejak2 akhir ni. Malas cerita cume kesimpulannya kami pulih seperti biasa. Kosong2!!

Thanks untuk najwa ngan mila. Huhuh layan perasaan tadi. Hahaha semua penah heart feeling ngan aku. mungkin benar aku ni diberi lebih perhatian. Jadi ape yang aku buat semua perasan!! dan aku suka keadaan macam ni. Thanks sebab sudi jadi kawan abg korang memang best, jangan le lelupe kat abg kalau dah ada marka sat gi na!! ingat daku dalam doamu!!hahaha ceh~

p/s : hati masih lagi tak sedap!!pesal yeh!!

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :