Debat Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!!
//kemaskini terbaru 17 Julai 2008

Assalamualaikum..aku baru je balik dari sabah. Sampai di rumah dalm pukul 4.30 petang tadi. Sempat la beli sedikit cenderamata untuk mereka yang terdekat dengan aku. Beli rantai mutiara, baju barik sabah dan juga ikan kering, masin khas untuk mak aku.
Tadi aku sempat tgk perdebatan antara penasihat PKR iaitu Dato` Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Alhamdulillah, Datuk Ahmad Shabery Cheek berjaya meyakinkan rakyat megenai isu minyak. Dapat aku ulaskan disini DSAI sudah tidak mempunyai banyak idea yang dapat meyakinkan rakyat. Sikit2 isu duit Petronas, bercakap seolah2 Petronas itu hanya untuk rakyat semata2. Tapi sebelum semuanya dapt kepada rakyat. Sumber dan hasil daripada Petronas itu hendaklah dilaburkan untuk generate keuntungan yang kita sekarang dapat rasa melalui kemajuan negara kita.
DSAI nak kate kita punya minyak mahal, kenapa tak bandingkan dengan Indonesia. Adakah pendapatan perkapita kite lebih rendah daripada indonesia, dan terbukti di Indonesia minyak mereka mahal. Wahai DSAI selepas kami iaitu rakyat yang menyokong kepimpinan Dato` Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ini mendengar apa yang dihujahkan oleh tuan, Dan mendengar pula penerangan daripada Menteri Penerangan, maka sahihlah apa yang dicakap oleh DSAI itu belum dapat dibuktikan lagi keberkesanannya dalam menurunkan harga minyak. Kami semakin teguh dengan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, Dulu, Kini dan Selamanya..
Wahai penyokong Pakatan Rakyat, berhentilah dari melakukan demontrasi yang akan menyusahkan rakyat yang lain. Berhentilah mengkritik yang menjatuhkan. Bersama la membangunkan Negara, Agama dan Bangsa Kita. Semoga PAS dan UMNO akan sepakat dalam isu menegakkan Agama Islam Dan Bangsa Melayu. Ingatlah, jangan menjadi rakyat yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit!!
Hidup UMNO, hidup BN, Hidup Pak Lah!! dan tahniah kepada Menteri Penerangan Malaysia. Kau sungguh hebat!! Terima kasih kerana penjelasanmu itu.

























23 Responses to “Debat Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!!”
By 50 / 50 on Jul 16, 2008 | Reply
bagi saya…kedua duanya…sama….dah tak pecaya dah sangat percakapan///yg kita nak Result…memnag kita nak harga minyak turun..sperti anwar kata..tapi ini tak bermaksud saya sokong anwar..atau BN…saya nak bagitau..yg bila naik harga minya…semua barang akan naik dengan mendadaknya..tapi gaji pekerja tetap sama..kecuali pekerja kerajaan.
Bagi saya…kerja BN hanyalah cakap dan janji..dan tidak ada keadilan juga dalam perkara ini semua….
Dalam malaysia ni..bukan semua ada manusia yg sebijak dan senang nak memahami semua perkara….yg mereka tahu…minyak naik..pasti semua barang harag akan naik…..
kenapa tak naik kan..harga gaji pekerja swasta juga…supaya adanya’ BALANCE”……
sekian terimakasih..
By saya on Jul 16, 2008 | Reply
50/50 cuba anda fikir kalau nak naikkan gaji lebih baik kekalkan subsidi. sebab kenaikan dia masih sama. sampai bile rakyat nak disogok dengan subsidi tinggi. kadangkala rakyat perlu rasa apabila subsidi dikurangkan. tindakan kerajaan ni adalah tepat memandangkan negara malaysia tidaklah sekaya yang anda sangkakan. cukuplah kita sekadar makan dan pakai untuk anak cucu kita nanti. jgn kerana keuntungan petronas yang bnyk rakyat dah melatah. teliti dulu kemana duit itu pergi!! fikirkan ok!!
By ex-umno on Jul 16, 2008 | Reply
hang ni tgk tv bapa smalam?aku oang umno sblom tgk debate n tukar pkr lpas debate smalam..
tkejot aku denga morgan stanley punye report ade corruption 300billion..xbleh ka bagi rakyat?mane audit rasmi petronas den mau tgk?
dsai 1 sabery 0..perluka attack peribadi sdangkan rakyat mau penyelesaian tntang isu minyak?xkne tempat..malu aku jadi oang umno..be straight to the fact la bro..pegi tgk balek kat youtube..makin aku tgk makin aku yakin yg sabery ni 50 percent provocative n unprofessional 10 percent fact 20 percent beat around the bush and 20 percent merapu xmenjawab soalan
By kamika on Jul 16, 2008 | Reply
salam sejahtera
membaca komen saudara membuatkan saya tersenyum. tidak keterlaluan jika saya katakan saudara seperti Shabery Chik, hanya tahu berkokok tanpa meninggalkan fakta untuk dijadikan panduan. majoriti yang menonton debat mengakui bahawa hujah, komen dan fakta daripada Anwar jauh lebih bernas bebrbanding Shabery. Jika persoalan harga minyak yang saudara utarakan itu rasanya saudara perlu membuat perbandingan antara Malaysia dengan Brunei barulah adil. Kedua-dua negara ini merupakan pengeluar minyak. Jika pendapatan perkapita, jelas Brunei jauh melebihi Malaysia. Tapi harga minyak? Malaysia jauh mendahului Brunei. sepatutnya saudara sedar bahawa selaku negara pengeluar minyak kita mendapat durian runtuh atas peningkatan harga minyak global. Malah minyak yang kita keluarkan berkualiti tinggi yang secara langsung menjadikan harganya jauh lebih baik berbanding negara Timur Tengah. Oleh yang demikian, tentunya menjadi satu persoalan mengapa kita harus terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia? mengapa perlu naikkan harga minyak dan kemudiannya memberikan rebat atau insentif? Mengapa jika ingin menyelamatkan syarikat syarikat GLC kita katakan bail-out tapi untuk membantu rakyat dikatakan sebagai subsidi?
Terlupakah saudara bahawa konsep asas negara demokrasi adalah kerajaan oleh rakyat untuk rakyat? jika kerajaan sudah tidak mampu untuk menjaga rakyat maka wajarlah untuk rakyat menukar kerajaan…
By pesara on Jul 16, 2008 | Reply
salam sejahtera
mengapakah kerajaan tidak menghantar orang yg berkelayakan untuk berdebat dgn datuk seri anwar. menteri penerangan bukanlah orang yg setanding dengan datuk seri anwar dan jelas hujahnya tidak sebaik lawan
By al on Jul 17, 2008 | Reply
Aku xreti brpolitk,tp bila mlihatkn debat ni,wakil UMNO ckp mcm no point.xde idea nak mematahkn hujah2 dan fakta D.S Anwar.xbersikap profesional.nampak sgt xbrkaliber nya dia.D.S Anwar lebih mnyebut tentang kajian beliau,fakta,hujah yg relevan brbanding dgn wakil UMNO,tiada fakta,hanya ungkitan yg lame dan ulang berkali2,bercakap brdasarkn pndapat sndiri je,dan berulang2 guna serangan peribadi..xprofesional.xmembincangkan topik sebenar debat..nak jd wakil kerajaan tp tunjuk sikap yg memalukan..
By sejuk on Jul 17, 2008 | Reply
ini fakta yang aku ada..sila baca ok!!
1. Isu PETRONAS dan subsidi minyak merupakan isu yang kerap dibahaskan terutama dengan kenaikan harga minyak global. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak tetapi dengan jumlah yang kecil iaitu lebih kurang 650 ribu tong sehari berbanding dengan negara-negara lain seperti Iran dan Arab Saudi.
2. PETRONAS telah ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Akta Syarikat dan diberi tanggungjawab untuk mengawal dan membangunkan petroleum di Malaysia. Mengikut peraturan, PETRONAS menyediakan Laporan Tahunan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri.
3. Ketika ini, harga minyak mentah global terus meningkat kerana asas ekonomi - permintaan melebihi penawaran. Ekonomi negara China dan India yang baru muncul amat memerlukan petroleum untuk menjana tenaga elektrik, pengangkutan dan perhubungan serta gas untuk memasak. Misalnya di China, dalam tahun 2006 kereta atau kenderaan baru berjumlah lebih kurang 7 juta dengan anggaran penggunaan minyak dalam satu hari sebanyak 10 liter.
4. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan harga minyak. Antaranya permintaan terhadap minyak yang dilihat melebihi penawaran minyak mentah; terdapat aktiviti spekulasi dalam kenaikan harga minyak dalam kalangan negara-negara pengguna dan pengeluar minyak; dan adanya elemen geopolitik dunia yang tidak stabil.
5. Rizab minyak negara terhad, tidak seperti di sesetengah negara seperti Nigeria dan Indonesia yang merupakan negara pengeluar minyak yang besar dan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
6. Dijangkakan Malaysia akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang 2011 atau 2014. Ketika itu nanti, Malaysia tidak mampu lagi mengeksport petroleum seperti sekarang. Malaysia akan hanya memproses petroleum dan menjual semula petroleum yang telah diproses.
7. Dalam perancangan PETRONAS bercadang untuk memanjangkan jangka hayat simpanan minyak sehingga 20 atau 22 tahun akan datang.
8. Subsidi minyak diberikan oleh kerajaan kepada semua syarikat yang mengendalikan penyelidikan termasuk PETRONAS, SHELL, EXXON dan sebagainya. PETRONAS mendapat keuntungan yang lebih tetapi perlu membayar cukai kepada kerajaan sebanyak 38%.
9. Keuntungan PETRONAS sehingga 2007 adalah RM570 bilion dengan bayaran kepada kerajaan sebanyak RM336 bilion. Bakinya PETRONAS gunakan untuk melabur dalam paip saluran gas, loji-loji penapis, loji-loji petrokimia dan sebagainya.
10. Kos pengendalian cari gali di kawasan lautan yang meningkat jika dibandingkan cari gali minyak di kawasan padang pasir. Misalnya kos cari gali di kawasan padang pasir adalah sebanyak USD4.5 juta sementara kos cari gali di kawasan laut cetek adalah USD7 juta.
11. Pengeluaran minyak di Malaysia tidak dimonopoli oleh PETRONAS semata-mata. Melalui Kontrak Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Contract), terdapat syarikat-syarikat lain seperti SHELL dan EXXON berkongsi dengan PETRONAS. Dalam 700 ribu tong sehari, PETRONAS hanya menguasai 56% dan di campur dengan PETRONAS Carigali menjadikan jumlah sebanyak 75%.
12. NGV diperkenalkan dengan tujuan untuk menjaga alam sekitar daripada pencemaran alam. Dalam isu PETRONAS yang dikatakan memonopoli penjualan NGV, apa yang sebenarnya berlaku adalah syarikat-syarikat minyak lain tidak mahu terlibat di dalam penjualan/pembekalan NGV kepada kenderaan memandangkan kos penyelenggaraan elektrik yang tinggi dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira contohnya, jarak stesen dengan saluran paip gas.
13. Dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan NGV, PETRONAS akan mewujudkan 200 stesen lagi yang menyediakan perkhidmatan penjualan NGV menjelang tahun 2010 di seluruh negara.
By rakyat on Jul 17, 2008 | Reply
salam bro..
pada aku…
1)ko suka minyak naik!
2)ko tak perihatin dengan kesan minyak naik yg menyebabkan rakyat bawahan menderita akibat minyak naik dan harga barang naik..
3)fakta yg ko perincikan itu memang benar(copy paste). akan tetapi apa yg kita rakyat persoalkan “kemana duit petronas yg diberi pada kerajaan dibelanjakan?”untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam saje ke?
4)ko setuju cara sabery debat yg lari tajuk.asyik2 serang peribadi anwar(sampai mulut berbuih).apa kena-mengena dengan sejarah anwar dengan janji dia nak turunkan harga minyak bila PR memerintah? sepatutnya sabery tangkis hujah anwar dengan fakta bahawa kerajaan terpaksa naik harga minyak sebab duit yg ada dah habis guna masa PRU-12 lalu, so duit yang akan datang ni digunakan untuk persiapan PRU akan datang dan untuk kroni-kroni. biar pemimpin kaya-raya asalkan rakyat ‘cukup-cukup’ makan..
kesimpulan:
Minyak naik disebabkan kelemahan keraJAAN pakLAH menguruskan sumber kekayaan negara. Tanggungjawab petronas selesai bila menyumbang pada keraJAAN dlm bentuk cukai(banyak tu bilion2). yang rakyat persoalkan KEMANA DUIT ITU DIBELANJAKAN?
rakyat faham minyak naik adalah masalah global yg melibatkan permainan golongan kapitalis spt US.bila harga dunia minyak naik, untung petronas semakin besar. bila untung petronas besar maka cukai yang diberi pada kerajaan juga besar(meningkat dari tahun2 sebelumnya). hasilnya kerajaan dapat banyak duit dari petronas. PERSOALANNYA BILA KERAJAAN DAPAT BANYAK DUIT BILION2 DARI PETRONAS, KEMANA DUIT ITU DIBELANJAKAN? soalan yang murid tahun 1 pun bole faham.
untuk pengetahun bro, kesan minyak naik telah menyebabkab apa yg berada disekiling kita akan berubah. ini termasuk perbelanjaan keluarga. kalau dulu minyak kereta rm300 sebulan. sekarang dah jadi rm500 sebulan. meningkat rm200. itu tak termasuk belanja dapur,makan2 kat luar. meningkat lebih kurang 200 sebulan. anggaran pertambahan perbelanjaan rm400. dulu rm400 ni kita boleh simpan utk kegunaan masa hadapan. sekarang ini kena tampung pula akibat dari minyak naik. jika ini berterusan duit simpanan tiada kemudian perbelanjaan jadi negatif. lepas tu berhutang pula. bila hutang tak boleh bayar, diistihar muflis dan seterusnya. rakyat yang beriman boleh bersabar dengan keadaan ini. masalahnya kalau ada yang tertekan dengan kesan minyak naik, jalan singkat dengan mencuri, pecah rumah, merompak dan berbagai masalah sosial lain. kesan minyak naik ni bukan saja boleh memiskin rakyat malah boleh meningkatkan gejala sosial. harap bro faham KENAPA RAKYAT TAK SETUJU MINYAK NAIK!..kalau bro suka minyak naik maka bro bersetuju dengan apa yang bakal terjadi pada masa akan datang…wassalam
itu saja buat masa ini
By sejuk on Jul 17, 2008 | Reply
aku setuju sebab bukan malaysia saja yang minyak naik.satu dunia.
dan aku akan bangkang kalau malaysia in the one and only je yang naik!! fikir secara rasional ok. thanks
By rakyat on Jul 17, 2008 | Reply
salam bro..
maknanya bro halalkan kalau rumah bro kena rompak dan pencuri tersebut tinggalkan nota..”saya terpaksa rompak rumah ini kerana duit tak cukup sebab harga barang naik kerana minyak naik…”
By sejuk on Jul 17, 2008 | Reply
rasanya kalo nak merompak ni pun. orang akan fikir dulu. zaman nabi pun ada kes rompak2 ni. kalau nak rompak mane2 pun ada. kembali kepada asal. setiap yang berlaku ada hikmahnya.
By antiBN on Jul 17, 2008 | Reply
aku tak sangka ada lagi orang bodoh macam hang!!!! mesti dah kembung perut termakan duit rasuah!!!!
By ngahaha on Jul 18, 2008 | Reply
tapi sejuk.. sila nyatakan..
kenapa perlu menjaga kepentingan china n india walaupun diaorg mcm ko cakap ekonomi baru muncul kan? kenapa terlalu menjaga kepentingan diaorg sampai anak cucu sendirip sakit? kera dihutan disusukan?
lagi tambah hairan.. nape sokong gile2 minyak naik? ini yg sangat aku heran siottt… membantu kerajaan utk meringankan beban hutang? aku rasa bantu diaorg naik sekali masa pilihan raya tu pun dah besar betuah dah.. tu jek tanggungjawab kita.. bawak naik utk tolong kita.. takkan dok atas pun nk kena tolong lagi kan? lagi satu sejuk.. ko penah hidup susah? sesusah mana ko penah hidup? penah rasa seminggu tu takde duit nk makan tak?
heh…
By stanley on Jul 19, 2008 | Reply
salam sejahtera..
kenapa kamu bansa melayu suka gaduh berkenaan perkara kecil..kami bangsa cina sangat memahami kenaikan harga minyak kerana harga minyak dunia naik.kamu satu bangsa dan agama bergaduh tapi kami bangsa cina terus maju dan maju.tetapi bangsa kamu bergaduh dan tidak mahu memajukan diri dan bangsa.kami bangsa cina bertuah tinggal dimalaysia aman dan makmur.tidak berharap kepada kerajaan kerana kami mampu kerja sendiri dan bantu membantu untuk menjadikan bangsa kami kaya dan maju.kami tidak menjadikan alasan tiada duit untuk hidup susah tetapi bila tiada duit kami perlu cari duit untuk hidup.tapi kamu tidak membantu sesama kamu dan hanya bergaduh perkara yang sama setiap tahun mahukan kuasa.kami tiada kuasa tetapi boleh maju.ini adalah pandangan jujur daripada saya sebagai seorang rakyat malaysia.terima kasih.
By rakyat on Jul 22, 2008 | Reply
salam semua dan salam sejahtera…
wahai stanley, 51 tahun melayu,cina,india dalam negara ini diperintah oleh Parti Bangsa Melayu Bersatu, sape yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB kalau mentaliti orang melayu macam ini dan orang cina macam itu? Pemerintah atau Rakyat?
By stanley on Jul 22, 2008 | Reply
Selama ini kami bangsa cina tidak bergantung kepada pemerintah semata-mata..bangsa kami tidak suka tunjuk gaduh-gaduh untuk tunjuk kuat kepada orang lain.kami rakyat cina sentiasa belajar dan bekerja kuat untuk majukan diri kami kerana kami tahu jika bukan kami siapa lagi yang boleh memajukan diri dan bangsa kami.Jika masing-masing rajin dan kuat bekerja mesti berjaya semuanya..kamu ‘rakyat’ jangan semata-mata salahkan pemerintah..kamu bersama bangsa kamu mesti pandai berdikari dan mesti kuat belajar dan bekerja..bangsa kamu ramai yang bijak dan pandai tetapi tidak berjaya kerana malas.minta maaf sekiranya ada menyakitkan hati sesiapa.saya sekadar memberi pendapat.
By rakyat on Jul 22, 2008 | Reply
salam sejahtera semua..
wahai stanley,isu sekarang ialah PATUTKAH MINYAK NAIK? kamu baca saya punya komen kat atas, KEMANA DUIT YANG PETRONAS BAGI KAT KERAJAAN DIBELANJAKAN? sebab itu Anwar kata kalau PR memerintah, bila2 masa minyak boleh turun.
saya nak bagi tahu dengan kamu,walau sehebat mana pun bangsa kamu saya rasa bangsa kamu juga akan merungut dengan perubahan ekonomi akibat dari minyak naik.
apa akan jadi kalau kita orang melayu berjimat cermat, kemudian ekonomi meleset, inflasi tinggi dan peniaga2 cina bangsa kamu punya bisnes drop, untung sikit atau tarak untung? bila bisnes sudah lingkup,lepas tu hutang dengan Along,tak boleh bayar lepas tu bunuh diri, habis cerita!
sebab itu kami gaduh2 pasal minyak naik! kami bimbang dengan masa akan datang! kami bimbang masalah sosial bertambah akibat minyak naik! kami perihatin sebab itu kami gaduh2. kalau ekonomi bagus,bukan saja kami senang, bangsa kamu juga senang dan banyak kumpul wang maaa….
ada faham kaaa?
By Nonama on Jul 24, 2008 | Reply
Salam semua,
Lawati blog rymza.blogdrive.com, ada ulasan menarik dan pandangan yg bernas tentang isu debat ini.
By :) on Jul 24, 2008 | Reply
Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato’ Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?
Realitinya boleh baca dalam Blommberg.Com
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=azEwo3AUV31w&refer=asia
By pesara on Aug 1, 2008 | Reply
lain kali kalau nak adakan debat tolonglah cari orang yang pandai berdebat dan bukan macam mad sabery. memalukan bangsa.
By lemon on Sep 14, 2008 | Reply
to rakyat,
i frankly think that u r emotional.. very emotional.. cakap macam x sekolah..mcm xde IQ.. salahkan kerajaan kerana mentaliti kamu begitu? sebenarnya, kamu hanyalan insan yg dimanjakan dengan kelebihan dan kesitimewaan sebagai org melayu.. tetapi, bile kamu rase tergugat, kamu jadik kalut.. dan mule menyalahkan org lain.. mentaliti kamu yg sememnag nyer rendah..bukan salah pemerintah kerana majoriti org lain masih berfikiran waras tentang aper yang berlaku….
By pesara on Sep 17, 2008 | Reply
kamu pun sama macam mad sabery lain yang di cakap lain yang di faham..sebaiknya elok orang macam kamu masuk balik sekolah