Archive for June, 2008
Monday, June 30th, 2008
Yuhu…tuh ha happy-0-meter. lawa, nampak kewl bile ditenung lama2. Iklan dari digi. Haha sambil beriklan dia akan paparkan mood blogger tersebut. yes!! aku rasa bertuah sangat sebab menjadi antara blogger yang boleh dikatakan terawal untuk mencuba ads versi sebegini.
Aku baru lepas upgrade sistem audio waja aku tuh. Hahaha masuk player sony dan in-dash monitor. Lepas la kalau bosan2 ada gak hiburan. Waja kalau dulu standard dia pakai kaset. Zaman skang nak cari kaset susah dah. Kat pasar malam jgn harap la kalau nak jumpe kaset lagi. Zaman dah berubah. Bluray pun dah ramai yang pakai. cuma tak mampu nak beli cd dia. harga sampai 200 untuk sekeping cd. Belum tgk harga player dia pulak.
Minggu depan aku akan ke Kundasang, Sabah. Inysallah kalau diizinkan Allah. Lepas tu ke Besut, Terengganu pula. kadang2 rasa penat tapi itulah kerja yang aku paling suke buat. Aku keje dengan hat yang gembira walaupun kadang2 masa untuk diri dan awek serta famlily terpaksa dibataskan.Aku harus bersyukur sebab mereka semua memahami terutama awek aku. Thanks ayang…
p/s : jap gi nak gi Putrajaya jap. ada seminar ke ape ntah kat sana!! esok aku update lain. chow~
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, ucapan | No Comments »
Sunday, June 29th, 2008
Hi Mohd Faiz bin Abu Bakar,
Congratulations!
You are one of the first bloggers in Nuffnang to run the first
widgetized functional ad called the Happy-O-Meter, on Blog Yang Kesejukan.
The new widgetized ad will last from:
Campaign:
Digi Happy O Meter W1
Week(s):
30th June - 5th July
p/s : aku pun taktau apekebende happy-o-meter ni..pape aku bagitau kendian ok!!
Posted in Suka | 1 Comment »
Thursday, June 26th, 2008
Harini hosting yang aku tumpang kat viere.net.my ni keexpiredtan tempohnye. Tapi senja tadi dah ok!! Aku serba salah plak ngan owner hosting ini. Yela aku ym dia selalu macam aku ni bayar kat dia. Aku tau aku tak berhak untuk claim or nak komen. Ahahahkk maafkan aku viere..
Bagi aku ni mungkin petanda bahawa aku memerlukan sebuah domain dan hosting sendiri. Kepada viere kalau anda baca entri ini ketahuilah bahawa saya sudah bersedia untuk standalone!! Kalau boleh bagi aku seberapa segera database backup untuk aku dump balik kat hosting baru nanti. Sebelum semua tu terjadi izinkan aku pinjam dan menumpang sementara aku mencari tempat yang sesuai ek..

p/s : Hahaha weh bekas ape tuh. berjemur pakai bra je ke. hahaha kepada kengkawan ada suggestion domain dan hosting untuk aku tak? nak gune domain ape ek. mohdfaiz.com atau akusejuk.net
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, ucapan | 1 Comment »
Wednesday, June 25th, 2008
Hahaha sejak dua menjak ni ramai yg kata dan tanye aku kenapa kene martabatkan melayu lebih dari agama islam. bagi aku sapa yang ckp macam tu hanya cakap untuk melepakan batu diatas kepala sendiri je.
Untuk mentaliti orang Malaysia dan diketahui di serata dunia. Bila bercakap je mnegenai orang melayu mesti secara automatiknya mesti beragama islam dan bile Islam di Malaysia majoriti mesti orang melayu. Aku sedih bile ada yang mula mempersoalkan isu kontrak sosial dan DEB. Kenapa itu harus diungkit. Kepada mereka yang asalnya dulu adalah pendatang. Terimalah hakikat yang anda memang pendatang di Tanah Melayu ini. Jadi tolonglah hormati hak keistimewaan orang-orang melayu.
Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, ” Kalau u tak suka dan u mintak yang bukan-bukan seperti menguggat hak-hak istimewa orang melayu bererti u meletakkan pistol di kepala u. kalau u berani u buatlah”..
Kalau Tunku masih ada sekarang mesti Tunku mengalirkan airmata melihat senario yang melanda negara dan bangsa kita pada hari ini…wallahualam.
p/s : lapar….nak diet la!!ahakss~~
Posted in Kehidupan, politik, sejarah, ucapan | 6 Comments »
Tuesday, June 24th, 2008
Kereta prototaip proton terbaru. MPV katanye. Akan release 2009 nanti. Berminat la pulak. Ahaks!!

Is it look likes Toyota Wish?

How much do you think it will cost?

Posted in Kontroversi | 2 Comments »
Friday, June 20th, 2008
Dia : Abg, Mak ckp dia mimpi ular besar masuk lam rumah!!
Aku : Hoh!! dah kene dah tu, lagi dia cakap pe?
Dia : Dia tanye la dah ada orang baru ker? Hahaha. Kawan baik mak kate ada orang besar nak mai masuk minang.
Aku : Huhu ni kalau abg tak cerita takut serba salah la pulak. Kang kalau cerita ckp abg tipu!!
Dia : Ala abg cite je la….
Aku : Macam ni, mak abg pun ada mimpi jugak. Lebih kurang sama macam mimpi tu…
Dia : Huhuhu tipu la abg. Mimpi camne?
Aku : Dia ckp dia mimpi ular besar yang dia bela lam mimpi tu dah terlepas. Tak tau pi mane? huhuhuhu….
Dia : Hahahahahaa!! gegeh la abg ni!!!
p/s : bestnye la makan bubur time ujan lebat sambil tgk tibi kan 
Posted in Cerita tipu, Kehidupan, Suka | 4 Comments »
Wednesday, June 18th, 2008
//Lokasi Uptown Danau Kota, Semalam.
Aku : Amcam weh!! ada berani ke bet game pagi nih. kate peminat Perancis.
Onjut : Ape pulak, euro kali ni aku ada 3 team, germany, perancis ngan itali!!
Aku : Hoh!! bile pulak ko ada tiga ni. Suke suki ko je amik tiga!! so ada berani ke bet!! Aku amik Italy ko amik Perancis, 5 hengget sudey!!
Onjut : Ah!!aku takmo Perancis, aku mau Italy. Deal?
Aku : **sigh..Balik umah dengan penuh konfiden. Sebelum tu makan steamboat cucuk2 3 jenis dulu. Baru cukup syarat gi Uptown..
//Lokasi pagi tadi, tgk handset ada 1 sms, bunyinya camni..
“weh, hahaha jangan lupe malam ni, haha 5 hengget aku weh!! hahaha 2-0 tu bro”

p/s : aku kalah 5 hengget, hahahaha tak kisah la kan. Oh ye!! Proton Saga BLM mama aku dah kuar, Kaler biru. So Proton Waja skang boleh gune bersama ngan papa aku. Tiada lagi halangan, yes!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, ucapan | 3 Comments »
Tuesday, June 17th, 2008
Situasi dalam opis, berlaku jap tadi. Ahaks~
Aku : **sigh..tgh main psp, Final Fantasy Crisis Core…
Officemate 1 : Ko pun main game, yang tu main game, yang depan tu main game…
Aku : ala kak, keje tak banyak sgt, main game la dulu..
Officemate 2 : Korang ni takde fail yang nak tutup ke. Huhuhu (ayat pekerja yang mantap)
Aku : Hoh!! ni kene letak dalam diari ni, mane diari aku,hahaha jap gi buh lam blog la…hahahaha ni betul2 anugerah khidmat cemerlang tahun ni nampaknya
Officemate 3 : Abg..abg dok kate mila ek!!
Aku : erk!! bile pulak!!huhuhhu
p/s : bosan gile, sakit perut pun ada!!
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, ucapan | No Comments »
Monday, June 16th, 2008
Jumaat
bangun tido, mesej opismate, msj si dia, mandi, iron baju, start enjin moto, gi opis, lepak2 main internet sambil siapkan keje, alamak!!dah waktu solat jumaat, kemas laptop, balik umah, semayang jumaat, tido sampai petang, bangun kul 6.00, mandi, tgk berita, main psp, lepak2 tgk euro, tido, abes cerita hari jumaat!!
Sabtu
Bangun cam biasa, amik si dia kat umah, pegi midvalley, tgk kungfu panda, beli sushi kat jusco, bayar parking, makan pizza kat kuchai lama, hantar si dia balik, aiseh!!lupe beli makanan hamster, balik umah, main psp, malam tgk euro, tido!
Ahad
dari pagi sampai petang main game, futsal, kendian gosok baju pastu tido!!
2 pasukan favourite aku. Sepanyol dengan Perancis!!


p/s : aku pening selepas tido banyak pada cuti ni.hahahaha
Posted in Hobi, Kehidupan, Suka | No Comments »
Friday, June 13th, 2008
dorang : weh abg, tgk kad kawin pesal ni?
aku : ler saje la tgk, cantik dorang design, lagipun member suh design satu. Ni nak carik idea la..
dorang : eleh ye la tuh. Dah sampai seru ek
aku : ceh poyo je. Bile last kene smackdown!!
p/s : saje merapu pepagi jumaat. Situasi atas atas adalah benar cuma ayat diolah balik. Cek nuffang aku akan clear arini.yes!!
Posted in Cerita tipu, Kehidupan, Lepak, Suka, ucapan | 2 Comments »