Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Blog Archive » 8 Fakta mengenai Mohd Faiz
blog yang kesejukan

8 Fakta mengenai Mohd Faiz

Written on May 29, 2008 – 2:59 pm | by sejuk |

Aku kembali ditag oleh mereka yang sangat aktif mengetag. Miahaha lama jugak aku tak ditag. Lagipun ketandusan idea untuk mengapdet blog. Kiranya tag ini datang tepat pada masanya. Terima kasih diucapkan kepada ajurina. Yuhuu rasanya tag ni aku pernah buat dulu dan telah dihentam dengan hebat oleh pakngah and the gang. Dorang cakap aku tak telus dalam memberikan fakta tersebut. Miahaha okeh kali ni aku berikan fakta yang mungkin amat tepat berkenaan dengan aku. Let`s gone~~(nabil yg ajar aku ckp camtuh)…..

8 Fakta yang mungkin akan digunakan apabila menjawab kertas soalan Bahasa Melayu STPM :

Fakta Pertama
Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Hahaha ini adalah fakta sahih. Jabatan pendaftaran negara telah pun mengesahkan bahawa aku adalah lelaki tulen.

Fakta Kedua
Aku adalah anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Miahaha aku ada bukti kukuh dimana aku tiada abang mahupun kakak.

Fakta Ketiga
Jika diberi pilihan antara tido, makan dan perempuan aku akan letakkan tido dulu, kemudian makan, makan dan diakhiri dengan perempuan. Opss silap2 aku nak ubah la..aku akan pilih perempuan dulu. Mesti tertanya2 apa sebab aku letak perempuan dulu kan. Ini disebabkan apabila kita dah dapat/ada perempuan secara automatiknya kita akan ajak perempuan itu makan. Selepas makan bersama2 dan mengenal hati budi, kita akan kawin( kira ada jodoh la ). So bila dah kawin dapatlah tido bersama2. Hahaha ini adalah fakta ok!!

Fakta Keempat
Amat fasih berbahasa melayu. Ini adalah satu kelebihan yang amat ketara. Aku dapat bercakap, mengeja malah mengalih bahasa kepada bahasa melayu tanpa merujuk kepada kamus dwibahasa. Ada sape nak upah aku jadi jurualih bahasa melayu kepada bahasa melayu.

sambungan :

Fakta Kelima
Aku pelik, Nak kata ada sakit kronik tak pulak, dah gi jumpa doktor dan doktor pun tak dapat detect apa yang mengganggu gugat ketenteraman aku. Macam ni, Aku konfius sebab bile malam je aku akan mengantuk dan tido. Benda ni dah berlarutan dari aku kecik sampai la ni. Malam je ngantuk pastu tido, kalo tido je mesti mengantuk time malam, mengantuk je mesti tido waktu malam. Entahlah, Aku dah runsing memikirkan fenomena ini. Ada sesiapa tau ini sindrom ape?

Fakta keenam
Pernah satu ketika dulu semasa kecik2, aku ni suka memancing. Biasalah kan duduk kampung. So selain daripada bermain di bendang, memanjat pokok, roundes, tangkap ikan, mandi sungai sehinggalah kepada permainan buluh bedal. Jadi ada satu hari tu, aku memancing ikan berseorang. Mancing punyer mancing dapat la sekor ikan teroboi(aku tak taktau nama lain). So dengan ikan tu la aku jaja sampai kepetang, bile ada makcik pakcik lalu belakang aku, Aku pun berlakon pancing aku mengena. padahal ikan tu dah mampos! Hahah eksyen je lebih. Hahahaha sama jugak dengan lintah. Aku ni kalo depan awek2 masa kecik dulu wah!!hero kampung lagaknye. Tak takut langsung ngan lintah ni. Tapi bile takde awek2 nak diusha. Macam gempa bumi aku hentak kaki nak buang lintah yang melekat tu. Cam haram!!

p/s : heheh macam biasa. idea tarak!! lagi 2 hutang

Related Posts

Related Post

  1. 7 Responses to “8 Fakta mengenai Mohd Faiz”

  2. By Icednyior on May 29, 2008 | Reply

    Eee..muka gedik

  3. By sejuk on May 29, 2008 | Reply

    hahaha cis!!mana ada gedik..sikit je

  4. By palie on May 29, 2008 | Reply

    btul laa.. gedik santai nampak.. hahaha…

  5. By ajurina on May 29, 2008 | Reply

    hoi.. ape men utang2 lak..
    lekas baya! (along)

  6. By sejuk on May 30, 2008 | Reply

    @palie : aiyak….santai je betul la..
    @ajurina : cis!! nanti la aku byar..penin nak pikir

  7. By wawaronny on Jun 1, 2008 | Reply

    haha..gedix siot!

  8. By sejuk on Jun 2, 2008 | Reply

    @semua : yaya aku memang gedik.shet!!

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :