Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » Blog Archive » Keputusan Undian Anwar Ibrahim!!
blog yang kesejukan

Keputusan Undian Anwar Ibrahim!!

Written on May 28, 2008 – 10:28 am | by sejuk |


Akhirnya setelah hampir sebulan undian mengenai layakkah Anwar ibrahim Memasuki semula dunia politik tanahair aku paparkan, kini masanya aku mengeluarkan keputusannya. Hurm tak sangka aku dalam masa sebulan aku menerima lebih 300 undian dan keputusannya adalah seperti berikut :

20 % mengatakan dan setuju bahawa Anwar Ibrahim memang tidak layak menjadi perdana menteri.
25 % pula menyokong Anwar tidak layak dari dulu, kini dan selamanya.

ini memberikan undi tidak layak kepada Anwar Ibrahim sebanyak 45 %, Manakala keputusan untuk sebaliknya seperti berikut :

16 % setuju Anwar layak dan sememangnya berbakat.
36 % pula memberikan undian mereka dengan bersetuju bahawa Anwar memang layak dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

jadi keputusan yang menyokong Anwar Ibrahim adalah 52 % manakala undi berkecuali adalah sebanyak 3 %.

Ulasan dan komen aku mungkin sebab mereka yang menyokong Anwar ibrahim ini adalah rata-rata anak muda dan tidak mengetahui dengan lanjut mengenai sejarah negara. Mungkin disebabkan mereka telah diprovok oleh situasi2 yang cuba diatasi oleh kerajaan seperti isu minyak, harga barang dan sebagainya. Bagi aku tak impian untuk Anwar menjadi Perdana Menteri hampir tiada. Entahlah, aku bukan ekstremis sangat dengan dunia politik. Cuma mengambil kesempatan untuk menaikkan hits blog aku sahaja..

p/s : hanya pendapat seorang rakyat yang inginkan kedamaian.

  1. 7 Responses to “Keputusan Undian Anwar Ibrahim!!”

  2. By adila on May 29, 2008 | Reply

    Sebelum ni UMNO. (saya sebut yang hot jer nih)

    Pastu kita makin berpecah pada BN, PAS, Semangat 46…
    Pas tu naik DAP, then PKR…lepas tu…apa pulak lepas ni…

    Orang lain makin bersatu, makin membentuk kesatuan, tapi kita semkin berpecah…

    kalau bergabung untuk kemenangan, selepas menang…ke mana selepas ini.

    Sesama melayu, sesama Islam, kenapa kita tak bergabung dengan sesama kita?

    Kalau PKR bergabung dengan PAS dan BN, Masya ALlah hebatnya negara Malaysia.

    Tapi kita semua dibatasi dengan sikap ego dan rasa ingin berkuasa. Lebih rela berkongsi dan bersatu dengan bangsa lain.

    Bila seseubuah kerajaan naik, kenapa tidak kita saling bahu membahu memberikan yang terbaik.

    Allah naikkan pemimpin tu sebab DIA tau pemimpin itu berkelayakan.

    sekadar pandangan…

  3. By sejuk on May 29, 2008 | Reply

    betul..aku setuju dengan pendapat. ngah bile la dorang nak sedar. setuju kalo dorang bergabung kan :) mesti hebat

  4. By NoktahHitam on May 29, 2008 | Reply

    Wajarkah Anwar masuk politik semula? Ya, semua orang layak masuk politik jika dia benar2 ikhlas memperjuangkan hak orang lain.

    Bergabung tak semestinya bagus. Manusia secara lumrahnya perlukan perselisihan pendapat utk kembangkan minda. Melalui cara ini, wujud sikap berlumba-lumba & healthy competition.

    Kalau semua bersatu, lepas tu ape? Lupuskan PRU? Since tade pembangkang.

  5. By sejuk on May 29, 2008 | Reply

    maksud aku yang islam melayu ni bergabung.dan tinggalkan dap keseorang!!

  6. By NoktahHitam on May 29, 2008 | Reply

    Even zaman (sebelum dan selepas) Nabi SAW pon orang arab berpuak2.

    Ape yang ke utarakan ini sangat ideal dan langkah yg bijak. Tp susah utk kecapi kalau masalah sekarang tidak diatasi terlebih dahulu.

  7. By sejuk on May 30, 2008 | Reply

    @noktah : ini disebabkan oleh perangai sesetangah individu yang mementingkan pribadi. anda tahu apa disebalik perjuangan BN, PKR dan lain. Hanya mereka yang tahu. Dan kita sebagai rakyat berhak memilih yang ok. Aku kalau diberi pilihan untuk mengambil risiko memilih pakatan rakyat rela berdiam diri. Aku tak mahu pakatan rakyat yang belum tentu dapat memerintah seperti BN.

  8. By anwaribrahimdotcom on Jun 14, 2008 | Reply

    Salam

    Betulkah Anwar Agent Amerika ?

    http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

    Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?

    http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

    Sumber :

    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :