Ahmad Fua`ad, Maafkan aku…

May 2, 2008 – 2:59 am

Aku baru saja kehilangan sahabat karib aku. Dia kemalangan di highway Nilai arah Kuala Lumpur, Arwah meninggal ditempat kejadian. Aku masih terkenang saat gembira aku bersama dengan dia. Fuad, bagi aku dia sahabat yang pandai mengambil hati sahabat. Ingat lagi ketika berseronok di Sunway Lagoon, Kami naik Tomahawk. Dia dengan selamba kate tak takut tapi pada hakikatnya dia ingin memberhentikan ketika tomahawok membuat pusingan 360 darjah. Hahaha lawak sampai mengalir airmata.

Aku juga masih ingat ketika dia membaling mercun naga kedalam bakul motorsikal aku. Habis semua Kad2 raya yang baru dibeli kononya untuk dibagi kepada awek. Tapi dia dengan selamba je. Macam takde ape yang berlaku.

Masih ingat lagi beliau bersama2 kami berkonvoi ke Melaka. Ahh memang banyak kenangan aku dan dia, Kami sama2 aktif dalam dunia skuter. Skuter ego pink nya banyak memenangi hadiah sehingga layak masuk ke rancangan terbitan Astro iaitu Zon Aktif.

Masih ingat lagi ketika kami berkonvoi ke Lata kijang pada tahun baru 2007, Hahaha bawak awek tapi malu untuk membuka baju. Selapas itu kita sama2 makan kat umah maklong aku kan. Siap landing baik punye…

Memang banyak kenangan kiter bersama. Aku tetap akan ingat ko sampai bile2 nyat. Semoga ko ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Cume aku terkilan sebab aku tak dapat bersama ko bulan lepas. Kali terakhir kite jumpe bulan march ritu, Masa NSP kat usj. Aku betul2 mintak maaf nyat. Aku simpan lagi ubat yang ko suh aku makan. Aku tak lupe. Aku akan sedih bile tgk ubat tu. Ko memang sahabat aku yang paling baik dan akrab. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun ko pergi buat selamanya. Akan ingat pesanan ko yang terakhir kat aku. Ko pesan kat aku jangan makan berat2 lepas kul 8 malam terutamanya nasi. Aku akan ingat pesanan ko tuh. Terima Kasih kawanku!!

 

Tags: , , , ,

  1. 9 Responses to “Ahmad Fua`ad, Maafkan aku…”

  2. Al-Fatihah…

    tumpang simpati ke atas kehilangan sahabat kamu.

    By puterikurekure on May 2, 2008

  3. sedih beauty bace entry nih… wlu pun beauty xbrp kenal dier tp beauty ingat skut pink dier… dengan kebaikan yg dier ade moga dier ditempatkan dikalangan umat yg soleh serta dicucuri rahmat dari Nya yang Maha Esa. Amin.

    Al-fatihah.

    By miszbeauty on May 2, 2008

  4. @semua : huwaaa aku lagi sedih.asyik terkenang kenangan bersama arwah je…

    By sejuk on May 2, 2008

  5. semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman…

    amin~~

    By wawaronny on May 2, 2008

  6. hum…aku pon x leh trima brita tuu.coz aku pon rapat ngan dia…x leh lupa mase kita ramai2 nek genting sempah…balik aku race ngan dia…semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman…

    By berg on May 5, 2008

  7. Al-Fatihah buat arwah..
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang dicinta Allah. Amin…

    By flinty.farah on May 6, 2008

  8. Tuhan sayangkan die lebih dr segala yg ada kat dunia ni.. sabar. doakan rohnya dicucuri rahmat.
    al fatihah..

    By fara on May 7, 2008

  9. sedih la
    hilang sahabat
    ’sakit’ kehilangan itu tidak tertanggung rasanya
    al-fatihah

    By bulus on May 10, 2008

  10. sejuk pun kena jadi seorang kawan yg baik ok.. macam arwah fuad ni. dia baik.. bila dia dah takde.. org ingat kebaikan dia sampai bila2.

    salam takziah..

    By julia on May 14, 2008

Post a Comment