Hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim telah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya merupakan parti yang memenangi kerusi kedua terbanyak selepas BN (mahu pun UMNO) tetapi beliau berjaya mengumpulkan DAP dan Pas sebagai parti sekutu untuk mendapat majoriti mudah di DUN Selangor.
Persoalan siapa Menteri Besar bukan lagi isu besar. Namun isu yang lebih besar di kalangan orang Melayu di Selangor ialah mengapa jawatan Timbalan Menteri Besar perlu diwujudkan. Lebih meresahkan mereka mengapa DAP diberi jawatan Timbalan Menteri Besar. Mereka mempersoalkannya kerana ia tiada dalam manifesto PKR-PAS seperti yang dijanjikan kepada orang Melayu dan rakyat Selangor keseluruhannya.
Pas terutamanya perlu menjawab mengapa mereka sanggup bersengkongkol membenarkan parti anti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti DAP mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar?Tidak cukup itu, Pas juga perlu menjawab mengapa pada suatu ketika mereka begitu menentang Majlis Antara Agama (Interfaith Council) yang digerakkan oleh DAP, hari ini bersetuju dengan perlantikan tersebut?
//DAP perak pulaukan Majlis Angkat Sumpah MB!! Nampaknya DAP dah mula tunjuk belang. Hanya boleh katakan padan muka kepada meraka yang sokong DAP ini!! Nah..sekarang terimalah apa yang telah korang pangkah. Hak Melayu di Pulau Pinang pula sudah tergugat. Sekarang masanya untuk buka mata dan minda. Jgn ikut hati!! Meh dengar lagi ni..hayati ok..
Wahai orang-orang melayu Malaysia yang beragama Islam…
Banyakan bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..Malaysia, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita…..siapa yang melahirkan kita? Jawapannya sudah pasti Ibu?Siapa pula yang bersama ibu kita Jawapannya tentulah BAPA !
ukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan….dan lagi! Apakah nama ibu negara kita ? Jawapannya Kuala Lumpur! Apakah nama parti dan bapa kemerdekaan kita? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! Apakah agama rasmi negara kita? Tentulah ISLAM!
Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan takutlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan kepada Ulil Amri (Kerajaan yang memerintah) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.
Disamping itu pemimpinnya yang bukan Islam pula bukan terdiri dari kafir harbi tetapi dari kaum kafir zimmi iaitu yang tidak memusuhi dengan orang-orang Islam yang berpegang kepada agama masing-masing sebagaimana di dlm alQuran surah al Kafirun ayat 6 - BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.
Sekiranya ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan rakyatlah yang memberitahu melalui saluran yang betul seperti melalui Ketua-ketua jabatan/NGO, pegawai-pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung masing-masing.Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan sekiranya kamu hendak memberitahu seseorang itu banyak baiknya atau banyak buruknya? Sekira banyak buruknya kepada diri kmau sehingga menyusahkan kamu adalah lebih baik kamu diam!!
Bukan maksud DIAM itu membiarkan sahaja perkara yang buruk itu terus berlarutan tetapi dengan menyatakan ketidakpuashatian masalah yang dihadapi melalui pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk menyelesaikan segala masalah secara ikhlas dan penuh muhabbah.
HArus di ingat! Islam hadhari bukan agama baru tetapi corak pemerintahan Kerajaan Malaysia yang agama rasminya adalah ISLAM, yang menwujudkan 10 garis panduan yang telah dihebahkan melalui media adn risalah untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama untuk menikmati segala kemudahan yang akan dan telahpun dilaksanakan.
Semoga negara kita sentiasa Selamat, Aman dan Makmur. Jangan tepuk dada tanya selera sebab jiak tanya selera akan sengara, Tanya hati akan mati dan ikut rasa akan binasa. JAdi tanyalah iman, insyallah kita semua akan selamat berbahagia hidup didunia ini, dan insyallah diakhirat juga, Amin!!
Kepada sahabat yang masih lagi panas dengan isu pilihanraya, ketidakpuasan hati kepada pemerintah, pembangkang dan sebagainya. sila komen di sini. Komen yang berbau lucah, terlalu kearah perkauman akan dipadam. Terima kasih!!
BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:
Membela dan berkhidmat untuk rakyat;Sedia mentadbir Negeri Selangor.
Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:
Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan
Tonggak tawaranBA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat. BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata. Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat. Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan. Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan. Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.
Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri. Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri. Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:
Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.
Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.
Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Sosial dan Kebajikan Rakyat:
Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian.
Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.
Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.
Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).
Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.
Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.
Kesihatan Rakyat:
Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).
Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.
Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.
Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.
Ekonomi Rakyat:
Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.
Keselamatan Rakyat:
Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.
Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan. Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat. Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.
Tetiba aku teringat dan rindukan kepimpinan Tun M, ingat lagi ketika beliau menangis semasa persidangan umno, mak dan ayah aku menangis apabila Tun mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN. Bagi aku Tun adalah pemimpin yang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia, Tun disanjungi perlbagai pihak termasuk pembangkang. Kepimpinan Tun pernah tercabar apabila isu Anwar Ibrahim pada krisis kegawatan Ekonomi 1997-1999 yang menyaksikan Anwar dipecat.
Bagi aku Tun telah melaksanakan tugasnya dengan baik dari membiarkan Malaysia yang ketika itu Anwar jugalah menjadi Menteri Kewangan yang menyuruh Malaysia meminjam wang dari IMF dan memendekkan tempoh bayaran semula.
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. (Sebagai ejekan, Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum 1999 dengan undi-undi orang Cina, apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisihannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.)
Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfoliopendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
//update sejuk : sejak musim pilihanraya ni, blog aku diserbu oleh semua penyokong pembangkang dan kerajaan. dalam 2 hari sahaja unique visit aku cecah 10k, dan ianya adalah satu rekod baru bg blog picisan seperti ini. Hurm tak banyak yang berlaku dalam hidup aku. kawasan kediaman aku telah ditakluki oleh PKR, Parlimen tempat kediaman aku pun PKR, dan yang paling sedih negeri kediaman aku iaitu Negeri Selangor sekarang ini telah pun dipimpim oleh PKR. Semoga Allah merahmati kepimpinanmu, Kepada BN, bangkitlah dah rampas kembali negeri ini pada tahun 2012 nanti. Teruskan BN, Aku tetap menyokong BN selagi ianya tak membinasakan bangsaku…
UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.
UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.
UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.
“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”
Salah seorang pelopor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.
Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ iaitu Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!
Kerana itu dengan penuh hikmah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.
Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.
Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.
Keputusan dahpun diketahui. BN terus memerintah kerajaan persekutuan tetapi tanpa majoriti dua-pertiga. Parti-parti bukan BN berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor manakala PAS kekal dan memperkukuhkan lagi kuasanya di Kelantan.
Para penganalisis yang sering kali muncul di kaca tv yang sebelum ini memberi ulasan memberangsangkan terhadap BN dan memperkecilkan kemampuan parti-parti bukan BN, tiba-tiba tersedar dari lamunan dan menyifatkan keputusan kali ini sebagai luar jangkaan. Luar jangkaan siapa?
Kekalahan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin di Sungai Petani memang dijangkakan kerana dia bukan calon yang disukai termasuk di Merbok. Tetapi, entah atas nasihat siapa dan pertimbangan apa, Pak Lah memilihnya bertanding di Sungai Petani. Inila padahnya.
Kita masih ingat bagaimana ZAM dengan begitu angkuh menyatakan dia mahu mengalahkan calon PKR dengan membuatkan calon itu hilang wang pertaruhannya. Apa dah jadi Mamu? Semoga keputusan yang bijaksana oleh para pengundi kali ini akan membuka mata para pemimpin BN, terutama UMNO.
Tahniah kepada semua calon yang menang . Tahniah khas untuk Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Zulkifli Noordin, Jeff Ooi, Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Zuraidah Kamaruddin, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Nor Mohamed Yakcop, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ustaz Taib Azamuddin, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan dan banyak lagi. Tahniah.
Takziah jugak kepada Samy Vello, Sharizat Jalil, Zainudin Maidin, Dr. Awang adek dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Cume perlu diingatkan kepada bangsa malaysia amnya dah khasnya kepada bangsa melayu. Fikirkan kenapa Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dulu. Harap Pulau Pinang tidak akan terjadi sedemikian.
//keputusan rasmi yang menunjukkan BN hilang kuasa 2/3 majoriti. Dan korang harus tau apa kesannya kepada bangsa melayu. Fikirkan sendiri. Jgn jadi macam singapura!!
Parti alternatif, DAP, Keadilan Rakyat dan Pas menang 24 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tewas dengan Dr. P. Ramasany di Batu Kawan, Pulau Pinang
Pas menang 31 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan
Barisan Nasional kuasai 2/3 majoriti di Sabah
Perebutan kerusi di Lembah Pantai, Nurul Izzah tewaskan Dato Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Dr. Awang Adek Husin tewas di Perupok, Omar Mohammed menang
Datuk S. Sammy Vellu tewas di kawasannya sendiri, Sungai Siput
Datuk Zainuddin Maidin tewas kerusi parlimen di Sungai Petani
Khairy Jamaludin menang nasib dengan calon PKR di rembau, Badrul Hisham Shaharin
Calon DAP, M. Manoharan (kini dalam tahanan ISA) menang ke atas calon barisan nasional, Cheng Su Chen bagi kerusi DUN Kota Alam Shah
//update terkini : aku baru lepas membuang undi pada pukul 11.45 pagi tadi. Aku harap calon yang aku undi ini menang dan akan membawa kebaikan dah kemudahan kepada rakyat dihari kelak!! Semoga Allah memberkatimu..Amin!!! Opss luper nak bagitau, aku mengundi bagi N.33 dan P105.
Tidak sampai 24 jam lagi kita akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi bagi menentukan pembentukkan sebuah kerajaan Malaysia dalam PRU 12 ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , janganlah kita mengambil PRU12 ini sebagai medan untuk mencuba dan meluahkan perasaan yang tidak puas hati kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. kerana keputusan yang akan kita lakukan akan menentukan masa hadapan anak - anak kita.
Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis kerana janji-janji manis bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja. Siapa sahaja boleh menabur janji manis kerana tahu bahawa mereka pasti tidak akan dapat menunaikan janji berkenaan kerana mereka hampir pasti mereka tidak mungkin akan menubuhkan kerajaan.
Cakap tak serupa bikin, setakat janji sesiapa sahaja boleh menabur janji , dapatkah mereka melaksanakan janji-janji yang telah ditabur.
Kita hidup dalam aman dan damai serta makmur , anak-anak dan isteri kita tidak takut menjalankan kehidupan harian. Apa perlu kita menyokong parti yang berlandaskan keganasan mahupun parti yang bertopengkan Islam untuk melaga-lagakan orang-orang Islam. Sedangkan kita telah beribadah ke masjid dan surau sama seperti apa yang kita diajar semenjak zaman datuk nenek kita lagi.
Apakah Islam mereka lebih baik dari Islam di zaman datuk nenek kita dahulu. Apakah Islam mereka lebih baik dari apa yang pernah nenek moyang kita amalkan dahulu.
Apakah Islam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu ketika tiada parti PAS dan tiada pengaruh politik bukan Islam sebenar. Apakah PAS sebenarnya agama Islam dan kini bersekongkol pula dengan PKR untuk melengkapkan keislaman mereka.
PAS kini hanya menjadi kuda tunggangan, kuda tunggangan kepada PKR, Anwar Ibrahim telah mengatasi kealaiman Nik Aziz dan mengatasi kealiman Hj Hadi.
Jika BA menang , Anwar akan menajdi Perdana Menteri. PAS akan tengok sahaja, Betulkah perkara ini akan berlaku? Jika Keadilan hanya menang 4 atau 5 kerusi sahaja dan DAP dan PAS akan mengatasi mereka , apakah Anwar akan tetap jadi Perdana Menteri? Mana kah laungan PAS dahulu yang mahu kepimpinan ulamak. Apakah Anwar seorang ulamak??????
Mahukah DAP memberikan laluan kepada Anwar. Pernahkah DAP melantik Anwar sebagai ketua. Pakatan ini adalah pakatan penipu, PAS dan PKR takut untuk menaikkan bendera DAP bersama. Pakatan ini juga takut untuk mengadakan logo bersama. Susah sangat ke mahu mencipta logo pakatan ini. Disini kita dapat lihat betapa pakatan ini menipu dan cuba menipu rakyat.
Berbeza dengan Barisan Nasional semuanya telah terbukti dan bukan mudah untuk memuaskan semua kemahuan rakyat, adakala kita terpaksa menelan sedikit kepahitan , kerana dalam kehidupan tetap akan ada pahit dan manis. Terlalu manis juga tidak baik kepada kesihatan dan adakala pahit adalah penawar.
Kehidupan bukan menjanjikan kesempurnaan. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang , kekalkan kerajaan yang kita ada sekarang, UNDILAH BN.
//Aku masih lagi dalam mode pilihanraya..hahaha saje je. Jom baca!!
Januari 1998 - Anak-anak Qaryah Majid Kampong Rawa menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang solat.
Januari 1998 - Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa. Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..
Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.
Dari maklumat yang di perolehi, tuan tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan lagi dalam masa yang singkat.
Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama kuil.
13 Mac 1998 ( Jumaat ) - Kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampong Raya telah di adakan.
18 Mac 1998 ( Rabu ) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.
20 Mac 1998 ( Jumaat ) - Demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.
22 Mac 1998 ( Ahad ) - Mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dato’ Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam)
Pihak Qaryah dan penduduk Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.
Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan yang berhampiran.Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023 Mac 1998 ( Isnin ) - jam 3.30 petang, penganut Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KOMTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.
Minggu tersebut, bermula dari Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin.
Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak berkumpul pada Jumaat 27 Mac 1998.
Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong Rawa dalam keadaan bersiap sedia.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).24 Mac 1998 (Selasa) - Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut dengan zink.
26 Mac 1998 (Khamis) - Pagi Khamis umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil baru tersebut.
Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang. Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.
Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.27 Mac 1998 (Jumaat) - Kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna:-2.30 ptg
Keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA.3.00 ptg
Polis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.6.00 ptg .Pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.
9.00 mlm - Penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40 hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buat restoran mamak di Penang Road.
Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More