kesejukan | kepanasan | keseraman | tido la kalau dah sejuk

ekor cahayaekor cahayaekor cahayaekor cahayaaway~stesen keretapi kuala kangsarkamikamiselepas hdr

Berskuter!!

March 23rd, 2008 Posted in Hobi, Kehidupan, Suka, photography

Erm..lama rasanya tidam membuat entry yang bebas politik. Penat nak memikirkan isu yang mungkin 3 atau 4 bulan lagi silih berganti. Ya sabtu dan ahas (22-23 Mac 08) aku mengambil kesempatan untuk bersama dengan teman2 ke National Scooterprix 2008 1st round di Litar Elite Speedway USJ, Subang.

Aku ada mengambil beberapa keping gambar dan kalau berkesempatan boleh la bagi komen di akaun flickr sejuk. Hahaha masih banyak perlu diperbaiki dari segi pencahayaan. Takper la pelan2 kayuh ok :) .

Erm berbalik kepada mimpi. Huhuhu semalam seseorang itu masuk lagi dalam mimpi, nak merisik lagi sekali mungkin. Chais!! lagi sekali ko masuk mimpi aku. aku tangkap dan takkan lepaskan ko. Jadi tahanan aku seumur hidup yeh!!

p/s : orang yang riang itu tak semesti hatinya sentiasa tenang!!

Tags: , , , , ,

  1. 6 Responses to “Berskuter!!”

  2. By kumb@ng on Mar 23, 2008

    By amieiezam on Mar 21, 2008 | Reply

    kumbang….untuk gadaikan kepentingan anak bangsa…cucu.. cicit aku pasti bukan itu yang kita hendak. Mungkin saudara sudah berjaya tapi ramai lagi masih baru bertatih!!! Yang dituntut ialah hak sebagai peribumi… tanah ini hak kita…kita kongsikan bersama, atas dasar semangat setiakawan…ini saudara mesti ingat..
    dimana-manapun didunia konsep kepentingan kelompok terbesar masih menjadi amalan..tak perlu jauh, rujuk lah di negara jiran kita Singapura mahupun Indonesia.

    bawa2 lah berfikir dan lihatlah sejenak statistik jabatan pendaftaran negara… “mereka” tidak punya masalah menukarkan kerakyatan mereka kerana “mereka” sendiri tau ini bukan tanah tumpah darah bangsa mereka… tapi ini tanah kita…tanah yang diwariskan kepada kita oleh pejuang2 kita yang mendahului kita.

    nampaknya kumbang lebih jahil tentang DEB…takkan lah dengan adanya DEB hanya melayu yang akan kehadapan.. apakah persamaan ini boleh dikaitkan dengan Nicol Ann David? kemeruduman pasukan “harimauuuuwww” malaya? DEB ialah mekanisma yang diguna pakai kerajaan perikatan bagi menyusun kembali komposisi rakyat tanah melayu supaya kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan..saya yakin saudara takkan mampu membayar ribuan RM untuk bayaran TAX tanpa adanya DEB.

    Lebih tidak adil apabila saudara menjulang guan eng sebagai wira apabila masih mengungkit apa yang berlaku dulu. Andaikata orang yang merogol itu tiada kena mengena dengan pimpinan UMNO saya yakin tiada usaha yang beliau lakukan, dalilnya…kenapa hanya itu dan hanya itulah kes yang dibawa oleh insan yang saudara gelar “pejuang”…

    kuasa kini hanya tinggal k.u.a.s.a
    —————————————————
    Oleh kerana saudara block ruang komen untuk entry ni,izinkan saya menjawab disini.

    amieiezam..adakah kerana saya mengkritik perjuangan KETUANAN MELAYU, maka saya dicop ingin menggadai kepentingan bangsa. Berkali-kali sudah saya katakan agenda ketuanan melayu tidak akan membawa melayu kemana-mana. Melainkan menjurangkan antara yang kaya dengan miskin. Lagipun agenda KETUANAN MELAYU ini lebih bersifat perkauman.UMNO,MCA dan MIC ada agenda untuk kaum masing-masing. UMNO dengan melayunya,MCA dengan cina dan MIC dengan india. Atas semangat SETIAKAWAN sejak merdeka maka negara ini dibina sehingga hasilnya boleh dilihat hari ini. Setiap kaum ada peranan masing-masing dan punya hak di tanah ini. Walaubagaimanapun, tidak semestinya apa yang dihasilkan hari ini adalah yang terbaik. Kelebihan dan kekurangan tetap ada. Cuma yang tak baiknya rasa curiga antara kaum masih wujud sedangkan perasaan ini sepatutnya sudah diNYAH dalam diri masing-masing atas semangat PERPADUAN dan SETIAKAWAN.

    Sebagai contoh, di singapura,PAP tidak pernah perjuang ketuanan cina melainkan menggalakkan semua kaum bersaing.Nah!hasilnya singapura muncul negara kelas ke-2 didunia,sementara malaysia masih dikelas ke-3.Itu hakikat, singapura dulu sebahagian dari tanah melayu dan sekarang sudah maju kehadapan. Disana, orang melayu yang dikata ditindas,golongan minoriti,masih mampu beli tanah di Johor,beli rumah harga teres rm200-300k,beli rumah banglo 1 juta.INI CONTOH! Diulangi sekali lagi, INI CONTOH! Jangan pula saudara tuduh saya cuba belot dan memuja pemimpin mereka.Pada saya yang baik jadikan TAULADAN,yang tidak baik jadikan SEMPADAN. Lagi satu, saudara mungkin lupa,tak ingat atau tak tahu di Johor lama dah tanah milik melayu digadaikan kepada singapura.Siapa yang gadai?

    Saudara amieiezam..saya sebenarnya KASIHAN,
    Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai penghuni PENJARA.
    Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai penghuni PUSAT SERENTI.
    Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi MAT REMPIT.
    Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi BOHSIA,BOHJAN.
    Kerana terlalu asyik dengan agenda KETUANAN MELAYU,hingga lupa MELAYU paling ramai jadi ITU,jadi INI yang ada kaitan dengan gejala NEGATIF.

    Boleh, bukan tak boleh asyik dengan KETUANAN MELAYU,mestilah seimbang dengan tuntutan AKHIRAT. Pada saya perjuangan kaum hanya terhad pada kaum sahaja.Mustahil agenda perjuangan kaum masing-masing boleh menyatupadukan kaum di tanah ini. Bagi saya, hanya SATU wadah sahaja yang boleh menyatukan kaum dibumi ini iaitu ISLAM. Sebab itu saya meletakkan perjuangan ISLAM no.1 dan BANGSA no.2. Saya tidak rasa pimpinan sekarang perjuangkan AGAMA ISLAM seiring dengan BANGSA.

    Saudara amiezam..saudara anggap saya sudah berjaya tetapi masih JAHIL DEB.Oh! saya terlupa rupanya ramai masih bertatih. Ramai ke? Bukankah DEB sudah ada sejak 1969 atas sebab menaik taraf kaum MELAYU seiring dengan kaum lain. DEB telah sebabkan ramai masih bertatih atau pimpinan sekarang terlalu asyik dengan KETUANAN MELAYU hingga lupa ramai rakyat yang masih bertatih! Hakikat yang terserlah sekarang ketidakeimbangan DEB menyebabkan ramai rakyat terutama melayu MEREMPAT di negara sendiri. Masih ramai yang tinggal di setinggan,rumah murah dan umno gunakan golongan ini untuk meraih sokongan dengan menabur janji palsu. Janji yang tinggal janji dan akhirnya rumah mereka diroboh tanpa belas kasihan.

    Saya rasa,daripada melalak sana-sini perjuang KETUANAN MELAYU lebih baik sampaikan kebaikan ISLAM tentang keadilan SYARIAT ISLAM kepada kaum BUKAN ISLAM. Bukan memaksa mereka memeluk ISLAM cuma nak bagi tahu ISLAM sebenarnya menjaga keamanan,adil dan menjaga harta benda tidak kira mereka orang ISLAM atau bukan. MUNGKIN, siapa tahu dengan izin ALLAH melalui program pemahaman ISLAM kepada BUKAN ISLAM boleh meramaikan UMAT ISLAM di tanah ini. Saya redha mempunyai pemimpin seorang CINA atau INDIA dengan syarat dia seorang ISLAM.

    Saudara amieiezam..SUKAN dan DEB memang tak boleh disamakan tetapi boleh diambil contoh atas semangat PERPADUAN.Tokoh sukan hari ini kebanyakan lahir secara individu bukannya berkumpulan. Sebab itu saya ambil contoh sukan BOLASEPAK.Sukan ini menuntut PERPADUAN disamping PERSEFAHAMAN untuk mencapai matlamat iaitu menjaringkan GOL. Tanpa jaringan GOL yang kerap maka jadilah PASUKAN HARIMAU MALAYA merudum dan merudum. Tidak dinafikan, ada atlit negara ini yang berjaya tetapi secara INDIVIDU bukan BERPASUKAN.

    Tentang GUAN ENG pula, salah juga ke saya beritahu kebaikan dia? menceritakan kebaikan orang kan lebih baik dari memburukkan. Atau saudara suruh saya berhasad dengki macam apa yang terjadi di Terengganu sekarang, orang melayu menderhaka pada SULTAN? Bagaimana pula dengan SOI LEK? Rasanya tak sopan nak cerita apa yang dia telah buat sampai terpaksa undur diri dari politik. Ingin digelar pejuang tak perlu tengok pada warna kulit. Saya ambil contoh GUAN ENG kerana masakini dia antara tokoh paling popular dan kisah masa lampaunya ada kaitan dengan tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia.

    Saudara amieiezam…sayang sekali saudara sungguh petah berkata-kata tetapi tidak punya blog untuk luahkan bicara..

  3. By Ziffi on Mar 23, 2008

    Mat Rempit? oh Ziffi Tak Minat Mat Rempit…Itu Tak Baek Punyer ~~~

  4. By sejuk on Mar 24, 2008

    @hariz : ko dah jadi au ke hariz!!

  5. By hadhari on Mar 24, 2008

    amieiezam,ko dah gagap ke?taknak lwn kumbang tu..kalo pikir2 btol gak dia kate..point ko kelaut mcm pithing out..ko kene byk menuntut kalo nak lwn mat kumbang tu..haha

  6. By amieiezam on Mar 25, 2008

    singapura tak perlu lagi agenda bangsa dan kaum jadi mainan mereka…lets talk about komposisi kaum, berapa ramai orang melayu singapura di kota singa itu? mereka (PAP)tak perlu takut lagi dengan orang melayu dan islam…mereka dah punya hak dan segalanya…bagaimana pulak kumbang nak jelaskan yang mana di singapura, azan di masjid tidak boleh menggunakan pebesar suara. berapa buah masjid yang terdiri megah di singapura….persamaan hak…silakan tapi kita lupa dengan persamaan hak kemana perginya UITM? apa akan jadi kepada MRSM dan MARA.

    baiklah…mari kita berbicara tentang ISLAM. adakah dengan pengusaan kaum cina dimalaysia nanti(sebagaimana singapura PAP) atau perkongsian kuasa antara melayu dan cina/india…DAP dimalaysia dan rakanya PAS dan KEADILAN maka hasrat penubuhan negara ISLAM secara total akan terlaksana? atas dasar apakah DAP akan menyokong penubuhan negara ISLAM ini. saya mohon kumbang jelaskan kepada saya? tolong hujahkan kepada saya bahawa dengan cara “persahabatan” yang didukung oleh PAS ini maka cita-cita murni semua umah islam dimalaysia bakal terlaksana…silakan…saya mohon penjelasan saudara.

    Saya juga redha dipimpin oleh seorang cina atau india muslim tetapi siapakah mereka itu? kenapa tak lahirkan generasi pemimpin islam dikalangan bangsa mereka itu….ada atau tidak?adakah PAS telah sediakan generasi mereka ini? tak cukup sedara kalau sekadar seorang 2… yang saya tahu hanya ada DR lolo’ dan seorang Adun di kelantan.

    adakah DEB ini hanya menjurus kepada sesebuah kaum? tidak…DEB menyusun semula kekayaan rakyat malaysia…supaya kekayaan dikongsi bersama…tuduhan bahawa DEB mengayakan UMNO adalah tidak tepat sama sekali.. Ketuanan melayu sangat berbeza dengan DEB…itu perlu jelas.

    Ketuanan melayu menggariskan beberapa perkara Melayu diakui sebagai penduduk tetap di malaysia dan melayu mengakui bangsa cina,india dan lain2 sebagai warganegara. agama islam sebagai agama rasmi dan diketuai oleh raja-raja melayu.

    sila rujuk blog kit siang…dan beberapa tulisan kuan yew tentang ketuanan melayu sehingga ada antaranya yang menggunakan hadis rasul dan ayat alquran untuk menidakkan ketuanan melayu..saya gusar, siapa mereka untuk memahami segala apa yang dimaksudkan dalam kitabullah dan sabda rasul… wallahualam

    dah saya katakan DEB tak sama dengan sukan hehhehe….rentikanlah.. bolasepak kita takkan kemana. perpaduan memang agenda sukan tapi tak sama dengan agenda DEB.

    ya saya juga sedih dengan apa yang berlaku kepada umat melayu…terlalu banyak yang jelas merosakkan dan lebih merosakkan. maka atas dasar itu melayu perlu dipertahankan. saya juga sedih dengan pelbagai isu umat melayu sprti bohsia/bohjan/rempit/pusat serenti… siapa pula yang akan membantu mereka ini? kalau melayu sendiri meminggirkan mereka.

    yupp…kita juga kini di momokkan dengan isu murtad namun dalam masa yang sama sesetengah drpd kita menyokong mereka (DAP) yang kini memperjuangan kebebasan beragama…mereka memperjuangkan isu malaysian berhak menentukan agama mereka sendiri pada usia 21 tahun… dan mereka memperjuangkan hak agama lain selain ISLAM di malaysia, just because of being a malaysian.

    guan eng sebagaimana yang telah saya katakan hanya kerana ia melibatkan pemimpin umno maka dia di junjung sebagai pejuang…silakan. saya harap beliau akan terus memperjuangkan isu umah islam di penang dan parlimen.

    saya punyai blog sendiri yang mengisahkan perjalanan hidup saya dan isteri tercinta. namun biarlah blog bicara sepi itu untuk kami berdua…selagi sejuk mengizinkan saya akan terus disini insyallah…tapi kalau nak lawat juga YM saya muzaimie.

    di sana mungkin kita boleh berinteraksi dengan baik lagi insyaallah.

    melayu itu bangsa saya dan islam itu pegangan hidup saya….islam is the way of my life

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 23, 2008: Ketuanan Melayu vs Islam « destinasi kumb@ng : suka-suka, adakala serius..

Post a Comment