Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » Blog Archive » Aku dan seseorang!!
blog yang kesejukan

Aku dan seseorang!!

Written on March 21, 2008 – 10:09 am | by sejuk |

//Lama rasanya aku aku tak tulis mengenai diri sendiri. hampir sebulan sibuk dengan isu pilihanraya dan nah..sekarang ramai yang merungut dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

//aku tengah cari patung ni yang besar!!ahakss!!Aku baru balik dari bengkel pemantapan badan kerja. 2 hari je dan tak memberi kesan penat yang berpanjangan. Boleh la nak lepak2 minum bersama kawan2. Oh ye semasa di bengkel pada malamnya aku bermimpi. Ya!! mimpi yang sangat indah. Indah sangat2, tapi yang peliknya aku bukan bermimpi dia!! Aku bermimpi seseorang!! Pelik kenapa seseorang itu ada dalam mimpi aku. Entahlah, mungkin hanya ingin melihat apa yang ada didalam kotak fikiranku ini. Siapa seseorang itu tak perlulah aku ceritakan. :)

//maner ek nak cari patung camni..jenuh daha ku carik!!

//Aku akan cuba mengurangkan enrty mengenai politik selepas ini, Mungkin bila ada isu ataupun ketidakpuasan hati baru akan aku huraikan. Aku amat mengalu2kan soalan, pandangan dan email dari korang untuk aku buat modal entry yang akan datang. So meh la kongsi2 ngan aku…

Baru a’ Kau Tahu Guan Eng!

SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.

Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi ‘kerajaan yang memerintah’. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.

ersoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.

Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.

Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan ‘gangguan-gangguan’ yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya ‘mengambil alih’ tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.

  1. 13 Responses to “Aku dan seseorang!!”

  2. By Azhar Ahmad on Mar 21, 2008 | Reply

    Tapi… Kenapa orang yang marah buat demonstrasi dulu, buat juga ya….

  3. By kumb@ng on Mar 21, 2008 | Reply

    Ramai yang merungut kat Selangor,Perak,Kedah dan Penang?
    Komen : ramai yang berapa ramai tu?10%,20% atau 30%? Anggap saja yang merungut tu golongan minoriti. Golongan yang kalah.Biasalah pihak yang kalah mesti rasa tak puas hati. Sabarlah ya!tunggu 5 tahun lagi.

    Lim Guan Eng yang aku kenali. Seorang bangsa Cina yang pernah dipenjara akibat membela seorang gadis melayu kerana di rogol oleh orang melayu bekas KM Melaka. Walau dia tu Cina, sekurang-kurangnya ada perkara baik dia buat untuk Melayu! Jangan jadi Melayu yang rosakkan Melayu. Kalau tak mahu fikir jangan fikir!

    Tentang demontrasi. Dulu kata pedemontrasi bodohlah, akal pendek, ganggu orang nak berniagalah, golongan beruklah(KJ kata). Nah! sekarang! 2 kali 5 aja. Sendiri cakap, sendiri buat.DEB konon. Benarkah DEB tolong melayu? ya! mungkin, melayu-melayu yang jadi kroni di bawah payung Umno dan BN. Fahamkan. Yang nyata orang paling kaya kat Malaysia pun bukan orang melayu! DEB tu cuma sebab saja nak tunjuk konon boleh buat demontrasi macam BERSIH dan yang penting tak kena simbah dengan air asid.

    Sorry saudara sejuk. Bahasa Keras sikit.

  4. By sejuk on Mar 21, 2008 | Reply

    @kumb@ng : Lim Guan Eng yang aku kenali. Seorang bangsa Cina yang pernah dipenjara akibat membela seorang gadis melayu kerana di rogol oleh orang melayu bekas KM Melaka. Walau dia tu Cina, sekurang-kurangnya ada perkara baik dia buat untuk Melayu! Jangan jadi Melayu yang rosakkan Melayu. Kalau tak mahu fikir jangan fikir! <<—apa lagi kebaikan dia yang ko tau. takkan ni je.ahakss mesti dia pernah bagi ko makan kan. sebab tu ko bela dia sangat. setakat baru buat satu benda dah nak diperbesarkan. ceh!!picisan!!

    ko persoalan apa yang deb bagi pada orang melayu. patut ko tu tanye pada diri ko. apa yang ko dah bagi pada bangsa melayu. Ko cukai pun belum layak bayar dan banyak bunyik. fikir pakai otak bukan pakai lutut.

    p/s : sori kumb@ng..bahasa agak keras sikit!

  5. By kumb@ng on Mar 21, 2008 | Reply

    saudara sejuk, ini bukan soal bagi makan atau tidak. Cuba matang dalam berbicara saudara sejuk. Ini soal maruah bangsa Melayu yang di cabul bangsa Melayu. Saya cuma bagi salah satu contoh kebaikan dia. Salah ke? Saudara marah sangat dengan dia kenapa? kerana dia tu Cina dari parti DAP?  Macamana kalau dia dari MCA atau Gerakan? Tentu tak? Itu lah masalah bangsa kita terlalu prejudis dekat bangsa lain terutama bukan BN. Sedangkan ada mereka-mereka ni ada kebaikan disebaliknya. Cuma orang macam saudara belum nampak lagi.

    Untuk pengetahuan saudara sejuk saya adalah pembayar tegar cukai. Dalam setahun saya bayar rm2000-rm3000. Tak termasuk cukai harta, cukai tanah, cukai jalan, cukai makan kat fast food dan macam-macam cukai yang ada kat Malaysia. Saya tak pernah merungut kerana itu tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia iaitu membayar cukai dan sebahagiannya untuk bayar gaji pekerja kerajaan macam saudara. Walau nampak sedikit, saya tetap ada sumbangan untuk negara. Saudara sejuk harus sedar tu, tanpa pembayar cukai siapalah saudara yang kerja dengan kerajaan.

     Soal DEB ni hanya Umno yang sengaja api-apikan orang melayu. Rasanya tak semua orang Melayu dapat manfaat melainkan kroni-kroni Umno dan BN. Saya pun tak pasti samada saya dapat manfaat dari DEB tu. Mungkin takda kot. DAP buat begitu pun untuk elakkan ada kronisme. Open tender. Bukankah bagus macam tu. Semua kaum berhak. Paling penting setiap projek tu berkualiti. Bukan macam dulu asyik bumbung runtuh sana-sini.

  6. By sejuk on Mar 21, 2008 | Reply

    @kumb@ng : ko adalah seorang melayu yang jahil dengan maksud ketuanan melayu dan kontrak sosial!!

  7. By kumb@ng on Mar 21, 2008 | Reply

    Jahil? Oklah untuk memuaskan hati saudara sejuk saya terima.

    Persoalannya adakah amalan ketuanan melayu dan kontrak sosial telah menjadikan melayu gah? Gah yang macamana tu? Gah sebagai PM dan TPM? Menteri? Itu saja. Lain-lain? Orang paling kaya di Malaysia? Cina, india atau Melayu. Kita ambil 5 teratas paling kaya di Malaysia. Dah dapat jawapan? Orang Melayu cuma ramai jadi CEO. Jadi CEO kepada syarikat orang Cina atau syarikat GLC.

    Walaupun hak istimewa di beri pada Melayu seperti biasiswa, meritokrasi, kuota lesen berniaga, diskaun itu-ini, sesungguhnya tak menjadikan orang Melayu paling kaya di Malaysia. Ya betol ada yang kaya, iaitu anak,menantu, kaum kerabat,kroni PM dan TPM, Menteri. Mungkin mereka nak jadi kaya undercover supaya rakyat tak tahu.

    Dalam sukan pula,siapa yang gah? Nicol David tu Melayu? Chong Wei tu melayu? Pasukan Bolasepak Malaysia, yang paling ramai main Melayu. Contoh orang melayu tak sefahaman sebab tu pasukan bola jadi macam tu tiada peningkatan, ranking dunia jatuh dan jatuh.

    Sebenarnya saudara, ketuanan melayu dan kontrak sosial jadikan orang Melayu leka, malas, tak mahu bersaing. Inginkan sesuatu mesti rujuk kuota. Kata orang mesti ada tongkat. Tun M pun kata macam itu dulu sebab lama dah dia sedar orang Melayu macam tu. Tetapi oleh kerana nak kuasa terpaksalah berlakon pertahankan ketuanan melayu,kontrak sosial. Orang melayu yang sebahagian ni pun sokong macam nak rak, demo sana, demo sini. Dulu mereka juga yang kata demo ni bukan budaya orang Melayu. Nak hujah banyak lagi. Cukuplah.

  8. By sejuk on Mar 21, 2008 | Reply

    @kumb2ng : lebih baik awak tukar je bangsa awak tu selain melayu..

  9. By kumb@ng on Mar 21, 2008 | Reply

    saya lebih suka dikenali sebagai orang Islam..

  10. By amieiezam on Mar 21, 2008 | Reply

    kumbang….untuk gadaikan kepentingan anak bangsa…cucu.. cicit aku pasti bukan itu yang kita hendak. Mungkin saudara sudah berjaya tapi ramai lagi masih baru bertatih!!! Yang dituntut ialah hak sebagai peribumi… tanah ini hak kita…kita kongsikan bersama, atas dasar semangat setiakawan…ini saudara mesti ingat..
    dimana-manapun didunia konsep kepentingan kelompok terbesar masih menjadi amalan..tak perlu jauh, rujuk lah di negara jiran kita Singapura mahupun Indonesia.

    bawa2 lah berfikir dan lihatlah sejenak statistik jabatan pendaftaran negara… “mereka” tidak punya masalah menukarkan kerakyatan mereka kerana “mereka” sendiri tau ini bukan tanah tumpah darah bangsa mereka… tapi ini tanah kita…tanah yang diwariskan kepada kita oleh pejuang2 kita yang mendahului kita.

    nampaknya kumbang lebih jahil tentang DEB…takkan lah dengan adanya DEB hanya melayu yang akan kehadapan.. apakah persamaan ini boleh dikaitkan dengan Nicol Ann David? kemeruduman pasukan “harimauuuuwww” malaya? DEB ialah mekanisma yang diguna pakai kerajaan perikatan bagi menyusun kembali komposisi rakyat tanah melayu supaya kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan..saya yakin saudara takkan mampu membayar ribuan RM untuk bayaran TAX tanpa adanya DEB.

    Lebih tidak adil apabila saudara menjulang guan eng sebagai wira apabila masih mengungkit apa yang berlaku dulu. Andaikata orang yang merogol itu tiada kena mengena dengan pimpinan UMNO saya yakin tiada usaha yang beliau lakukan, dalilnya…kenapa hanya itu dan hanya itulah kes yang dibawa oleh insan yang saudara gelar “pejuang”…

    kuasa kini hanya tinggal k.u.a.s.a

  11. By wawaronny on Mar 22, 2008 | Reply

    sudah2 la kome…
    bila mau belanja aku neh?

  12. By boonlertpratchai on Mar 22, 2008 | Reply

    aku rasa mcm pernah nampaklah patung tu kat pekan air hitam

  13. By sejuk on Mar 22, 2008 | Reply

    @wawa : hahaha ko dah ada kete ek? bila mau bawak aku jalan2 nih. kepingin bangat neh!!

  14. By sejuk on Mar 23, 2008 | Reply

    @ngahaha : tu la..aku dah terjebak dengan entry politik..ni tgh kurang2 kan la ni

Sorry, comments for this entry are closed at this time.

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :