Bajet 2009, Bonus, Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » Blog Archive » Lim Guan Eng dan seluar pendek!!
blog yang kesejukan

Lim Guan Eng dan seluar pendek!!

Written on March 17, 2008 – 1:02 pm | by sejuk |

Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

“Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

“Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald,” kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana “tidak ada apa yang hendak dirahsiakan”.

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

“Di rumah, dia biasa sahaja dengan “seluaq katok” (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

“Dia (Lim) jawab: ‘Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya’

“Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu,” kata Mohamad Sabu.

 Komen:

Mat Sabu oh Mat Sabu, sampai kemana mahu kau pergi. Bertanding Pilihan Raya kalah, anjur Bersih kena cekup, mana tempat lagi yang kau mahu pergi. Di Kelantan kena tolak macam bola, ke sana sini kena campak macam batu. Nasib baiklah ada si Norma kalau tak dengan kau-kau sekali kena campak keluar Hotel.

Sekarang nampak sangat buat-buat baik dengan Ketua Komunis Pulau Pinang. Kira sekarang berunding dengan mereka semata-mata nak tagih simpati jawatan dalam Pulau Pinang ke? Eloklah tu! Feri kita pun banyak yang nak kena cat. Bagus juga kau masuk, boleh sama-sama kebas harta orang Melayu, boleh sama-sama cari jalan nak hancurkan orang Melayu Pulau Pinang.

Si Ketua Komunis ni pula nampak sangat sengaja nak timbulkan perasaan kasihan rakyat. Konon nak tunjuk yang mereka ni baiklah sangat. Tak payah nak dolak-dalih, najis yang makan harta rakyat kalau ditutup dalam roket pun orang boleh tahulah. Kalau dah dasar Komunis, buat apa pun orang meluat nak dengaq! Eloklah berseluar katok sebab hanya itu sahaja seluar yang tak guna duit rakyat. Tolak RM 100 ribu tapi dibelakang telan RM 1 Juta. Kalau dah dasar Komunis tu sama je takde beza.

Bak kata pepatah baru
Kalau Dah Ketua Komunis Kencing Berdiri, Bau Wangi Hanya Di Depan Tapi Hancing Tersebar Di Belakangdengan pembelot Melayu sama-sama sokong walaupun terpaksa jual bangsa sendiri semata-mata nak selamatkan diri.

Yang menjadi agak pelik, kenapa mesti membelanjakan sampai RM100 ribu untuk baiki rumah ketua menteri?
sedangkan rumah kediaman rasmi ketua menteri sebelum ni sudah cukup selesa dan masih elok lagi. Tidak ada apa yang kurangnya. Alasan yang diberikan oleh Guan Enn hanya hipokrit semata-mata!

 

//Credit kepada lahabau.blogspot.com

Related Posts

Related Post

  1. 9 Responses to “Lim Guan Eng dan seluar pendek!!”

  2. By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply

    mat sabu ni org kuat PAS yg paling aku meluat…ceramah dia cukup dgn maki hamun& mencarut jek..takde tokoh langsung jadik pemimpin. skang kamcing plak dgn MB Penang tuh. tgk ajelah pasni apa akan berlaku

  3. By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply

    Harakah snin 17 Mac 2008 | 9 Rabi’ul Awal 1429 HijrahFitnah terhadap kerajaan baru Perak - PAS minta polis ambil tindakan

    "IPOH, 17 Mac (Hrkh) - PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

    Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

    Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

    Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

    "Sebaran ini merupakan fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu dengan niat dan tujuan jahat serta ingin menimbulkan perasaan kurang senang dan gelisah sebahagian masyarakat di Perak," katanya.

    Menurut beliau dakwaan kononnya PAS yang memerintah Negeri Perak, dan kenyataan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak senang DAP, PKR dan penyokong-penyokongnya.

    "PAS tidak memerintah negeri Perak, yang memerintah adalah Kerajaan Barisan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS," ujar beliau.

    "Sebaran ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan rakyat dari kalangan masyarakat Cina dan India khususnya," katanya lagi.

    komen sket:

    aku mcm pelik lak…bukan ke PAS nak bina negara Islam…apsal tetiba cuak semacam plak bila isu ni timbul? PAS dok hentam kerajaan selama ni dgn isu pusat hiburan dan arak..dok hentam Selangor ada 2 kilang besar Carlsberg dgn Anchor.dok canang kat sume orang duit gaji kita skang ni tak berkat..skang ni plak takut org Cina dgn India marah dgn isu2 mcm nih walaupun maybe betul isu risalah ni fitnah…agak-agak korang boleh lagi ke PAS kembangkan syiar Islam yg digembar-gemburkan selama nih?

  4. By sejuk on Mar 17, 2008 | Reply

    @memang pun. ntah la.mungkin tunggu nik aziz nasihat kot!!

  5. By amieiezam on Mar 17, 2008 | Reply

    hemmmm…. jh hadi taknak nasihat juga?

    teman nak dengor nasihat ciko!

  6. By Perampok on Mar 19, 2008 | Reply

    just nak response pada berita/komen yang bedah jambu ambil:

    "aku mcm pelik lak…bukan ke PAS nak bina negara Islam…apsal tetiba cuak semacam plak bila isu ni timbul? PAS dok hentam kerajaan selama ni dgn isu pusat hiburan dan arak..dok hentam Selangor ada 2 kilang besar Carlsberg dgn Anchor.dok canang kat sume orang duit gaji kita skang ni tak berkat..skang ni plak takut org Cina dgn India marah dgn isu2 mcm nih walaupun maybe betul isu risalah ni fitnah…agak-agak korang boleh lagi ke PAS kembangkan syiar Islam yg digembar-gemburkan selama nih?"

    tindakan Ketua Penerangan PAS Perak dengan membuat laporan polis adalah satu bentuk counter-response yang akhirnya akan memberikan mereka lebih simpati dan sokongan.

    apa sahaja bentuk fitnah/risalah/berita yang di yakini di bawa oleh pihak yang menentang mereka, tanpa mengira ianya betul/salah atau pon condong ke arah mereka akan di eksploit untuk meraih perhatian dan simpati. dalam kes risalah di Perak, mungkin sebahagiannya benar akan tetapi mereka tidak akan sekali-kali mengakuinya kerana mereka tiada upaya untuk berbuat sedemikian pada masa sekarang. untuk mengalihkan perhatian dan demi survival mereka counter-response di buat atas isu fitnah.

  7. By amieiezam on Mar 20, 2008 | Reply

    mereka dah biasa dengan firnah begini

    mereka dah biasa menghentam kini takut dihentam.

    mereka dan biasa…

  8. By kns on Mar 26, 2008 | Reply

    ooi, jangan kau cemburu DAP menang..Ini usaha mereka selama berdekad-dekad..Msian shd b more open minded..I don’t believe Malay cant survive without DEB..Chinese and Indian can, y not Malay..We need time for some changes, and it is the time now. We want a better nation for ALL Malaysian, not a nation for either party or races.

  9. By amieiezam on Mar 26, 2008 | Reply

    kns..hehehe yah open ur mind please

  10. By mas on Apr 2, 2008 | Reply

    Kat atas dunia semua orang ada hak untuk bersuara dan bagi pendapat tetapi harus diingat bahawa bila dah mati satu kata pun tak dapat keluar dari mulut dan itu bukan penamatnya lagi.Selepas itu semua makhluk yang namanya manusia akan dihimpunkan di satu padang yang saya rasa tuan2 sedia maklim padang yang mana satu dan disitulah segala kebenaran akan dibentangkan kepada semua dan jika tuan2 tidak percaya akan adanya perhimpunan ini tuan2 boleh berpesan kepada keluarga tuan2 andainya tuan2 mati sila tanamkan dikawasan kubur bukan islam kerana jika islam perhimpunan ini adalah wajib untuk kita beriman kepadanya

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :