Cerita sendiri!!
Update 05.15 petang 14/03/08 - KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama
//Semalam aku dating ngan dia. lepak kajang je. Aku nak cari seluar untuk majlis minggu depan. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Oh ye semalam aku ada la sikit konflik dengan dia. isu kepercayaan. Ntah la, rasanya kepercayaan mesti ada dalam sesebuah perhubungan cume peratus kepercayaan itu sahaja menjadi kayu ukur. Hahaha Lagi satu dalam perhubungan kite perlulah telus dan tidak berselindung. Kalau dia baca ni betul sy pun ada kekurangan dan kelemahan. Dan kita sama2 membuat perubahan kearah kebaikan bersama. Ahad ni kite pi shopping ok
//Tempat kerja aku kini suram, mungkin kesan daripada pilihanraya tempoh hari. Officemate pun ok!! Tiada masalah cume filling aku ada la beberapa yang masih belum lagi siap. Minggu depan aku cube habiskan baki yang tinggal ini.
//Selangor telahpun mempunyai Menteri Besarnya yang baru. Semoga kepimpinan kali ini dapat memberikan perkhidmatan yang sebaik Dr. Khir Toyo ataupun Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Jangan luper untuk tunaikan janji Manifesto. Jangan jadi macam DAP yang kini sudah berdolak-dalik dalam menunaikan janji!! Ingat rakyat sudah pandai!! (pandai memboikot tapi cube ckp sumbangan apa yang telah rakyat beri kepada kerajaan selain cukai).
p/s : rehat sebentar berbicara mengenai politik. Penat kot!! ![]()

























One Response to “Cerita sendiri!!”
By zulkarnain md yusof on Mar 15, 2008 | Reply
kalau aku sentiasa telus dan berselindung dah tentu no1 akan serang no2, dan kalau aku sentiasa berselindung dan telus lagi..gi..gi..dah tentu aku tak dapat cukupkan kuata aku 3 dan seterusnya 4 he..he..23x hehehe…..huk..huk..gh…tersedak sampai….