Timbalan Menteri Besar Satu Penipuan Kepada Orang Melayu
Hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim telah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya merupakan parti yang memenangi kerusi kedua terbanyak selepas BN (mahu pun UMNO) tetapi beliau berjaya mengumpulkan DAP dan Pas sebagai parti sekutu untuk mendapat majoriti mudah di DUN Selangor.
Persoalan siapa Menteri Besar bukan lagi isu besar. Namun isu yang lebih besar di kalangan orang Melayu di Selangor ialah mengapa jawatan Timbalan Menteri Besar perlu diwujudkan. Lebih meresahkan mereka mengapa DAP diberi jawatan Timbalan Menteri Besar. Mereka mempersoalkannya kerana ia tiada dalam manifesto PKR-PAS seperti yang dijanjikan kepada orang Melayu dan rakyat Selangor keseluruhannya.
Pas terutamanya perlu menjawab mengapa mereka sanggup bersengkongkol membenarkan parti anti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti DAP mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar?Tidak cukup itu, Pas juga perlu menjawab mengapa pada suatu ketika mereka begitu menentang Majlis Antara Agama (Interfaith Council) yang digerakkan oleh DAP, hari ini bersetuju dengan perlantikan tersebut?

























5 Responses to “Timbalan Menteri Besar Satu Penipuan Kepada Orang Melayu”
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
Demi mendapatkan kuasa..mereka lakukan segalanya
By zulkarnain md yusof on Mar 15, 2008 | Reply
mereka tak kenal malu
By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply
kagum tgk gambo Hadi Awang peluk Lim Kit Siang tuh….pasnih PAS akan terus jilat ludah sendirik
By Teruna on Mar 18, 2008 | Reply
Siapa menteri besar siapa timbalan nya tak menjadi soal. Asalkan kerajaan yang baru dapat menjalankan tugasnya dengan sepakat. Bukan lah menjadi satu kesalahan apabila kita bersatu dengan kaum cina atau india untuk menegakkan negara. Malah UMNO sendiri bersatu dengan MIC dan MCA tak salah kan. Kalau kita kaji siapa yg banyak menyokong Parti gerakan islam (PAS). Orang UMNO tak sokong. DiA takut nanti bila islam memerintah Malaysia, Hukum Hudud akan terlaksana. Banyak tangan orang Umno yang akan kena potong. Tapi kenapa cina dan india tak takut?, sebab yang takut adalah yang buat salah. kita lihat siapa yg banyak robohkan masjid dan surau? bukan kaum cina atau india. lihat pula tarian separu bogel menjelang piliharaya yang diadakan dihadapan surau ketika orang sedang solat,Siapa sebenarnya anti islam? adakah ini yang dikatakan islam hadari?. Malah pengasas islam hadari sendiri berpeluk dengan ramai perempuan-perempuan, itu ke ajarannya yang sebenar. itu ke pemimpin yang patut kita hormat. Soal keistimeawan dan hak orng melayu. Dalam pelajaran siapa yang menghapuskan Biasisuwa untuk pelajar-pelajar Univesiti, Sehingga anak yang pandai tapi kurang mampu takdapat meneruskan pelajarannya. Berapa banyak tanah rizeb orang melayu yang telah dijual pada tauke-tauke. kita lihat pula peniaga orang melayu jalanan, selalu dikacau olek majlis perbandaran.ini ka yg dikatakan hak keistimewaan orang melayu, Apa mereka masih tak sedar lagi?. Kita lihat singapura beli air kat malaysia dengan harga yang murah. tapi kita sendiri beli air dengan harga yg begitu tinggi. Mujur lah parti BA dapat tawan beberapa buah negeri. Bulan April ini harga Air akan di turunkan. Semoga BA akan terus memerintah. INSAALLAH.
By amieiezam on Mar 18, 2008 | Reply
heheh…teruna dan isu lamanya…ikut la…
1. DAP nanti la nak tolong mengISLAM kan MALAYSIA(yang dulunya tanah melayu). tapi tunggu karpal singh "jalan dulu" sebab perlu over his dead body…kit siang?..guan eng?…saudara Anwar Ibrahim?
2. Semudah tu la ekk nak buat hukum hudud…kejap nak buat kejap tak buat…tak buat sebab takut hilang undi cina/india..takutkan manusia dari yang esa? tak semudah tu dik nak buat hukum…banyak nak diperhalusi..sbb tu sampai sekarang kelantan gagal jalankan hukum huduh…takkan nak tunggu dapat malaysia (yang dulunya tanah melayu)?
3. PAS = Parti Gerakan Islam…baca buku dulu!!
4. tak tahu pun ada tarian bogel depan surau masa orang solat…kat mana?…heheh yang tak solat jer tau ada benda nih..idak gitu ker?
5. Pak lah pegang tangan bukan muhrim…hemmm yang nih kena tegur!!kena marah!!…tegur la pemimpin…mereka pun perlu dipimpin apa!
6. biasiswa dah hapus ker? adik aku belajor kat UNITEN Muadzam Shah dapat juga biasiswa. Yang penting kena dapat dean list la!!! Bakal-bakal lecturer nak sambung sarjana dapat biasiswa SLAB/SLAI nak sambung phd pun dapat….tak percaya gi check.
7. tanah rizab mana tuh? toke mana yang dapat?
8. harga air akan diturunkan??? bukan nak bagi pree ke 20m padu air….RM11 jer sebulan tapi cuba kali berapa buah rumah…hehhehe
selamat bertugas kepada semua YB-YB.