Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » Blog Archive » Ada apa lagi!!
blog yang kesejukan

Ada apa lagi!!

Written on March 13, 2008 – 10:13 am | by sejuk |

//DAP perak pulaukan Majlis Angkat Sumpah MB!! Nampaknya DAP dah mula tunjuk belang. Hanya boleh katakan padan muka kepada meraka yang sokong DAP ini!! Nah..sekarang terimalah apa yang telah korang pangkah. Hak Melayu di Pulau Pinang pula sudah tergugat. Sekarang masanya untuk buka mata dan minda. Jgn ikut hati!! Meh dengar lagi ni..hayati ok..


nak lagu ini. Sila klik sini

Wahai orang-orang melayu Malaysia yang beragama Islam…

Banyakan bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..Malaysia, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita…..siapa yang melahirkan kita? Jawapannya sudah pasti Ibu?Siapa pula yang bersama ibu kita Jawapannya tentulah BAPA !

ukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan….dan lagi! Apakah nama ibu negara kita ? Jawapannya Kuala Lumpur! Apakah nama parti dan bapa kemerdekaan kita? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! Apakah agama rasmi negara kita? Tentulah ISLAM!

Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan takutlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan kepada Ulil Amri (Kerajaan yang memerintah) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.

Disamping itu pemimpinnya yang bukan Islam pula bukan terdiri dari kafir harbi tetapi dari kaum kafir zimmi iaitu yang tidak memusuhi dengan orang-orang Islam yang berpegang kepada agama masing-masing sebagaimana di dlm alQuran surah al Kafirun ayat 6 - BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.

Sekiranya ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan rakyatlah yang memberitahu melalui saluran yang betul seperti melalui Ketua-ketua jabatan/NGO, pegawai-pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung masing-masing.Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan sekiranya kamu hendak memberitahu seseorang itu banyak baiknya atau banyak buruknya? Sekira banyak buruknya kepada diri kmau sehingga menyusahkan kamu adalah lebih baik kamu diam!!

Bukan maksud DIAM itu membiarkan sahaja perkara yang buruk itu terus berlarutan tetapi dengan menyatakan ketidakpuashatian masalah yang dihadapi melalui pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk menyelesaikan segala masalah secara ikhlas dan penuh muhabbah.

HArus di ingat! Islam hadhari bukan agama baru tetapi corak pemerintahan Kerajaan Malaysia yang agama rasminya adalah ISLAM, yang menwujudkan 10 garis panduan yang telah dihebahkan melalui media adn risalah untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama untuk menikmati segala kemudahan yang akan dan telahpun dilaksanakan.

Semoga negara kita sentiasa Selamat, Aman dan Makmur. Jangan tepuk dada tanya selera sebab jiak tanya selera akan sengara, Tanya hati akan mati dan ikut rasa akan binasa. JAdi tanyalah iman, insyallah kita semua akan selamat berbahagia hidup didunia ini, dan insyallah diakhirat juga, Amin!!

  1. 36 Responses to “Ada apa lagi!!”

  2. By Nokemikal on Mar 13, 2008 | Reply

    Kita dah semakin hilang punca dan perjuangan. Semoga apa yang berlaku skrg mengembalikan smgt perjuangan kita, dan aku sarankan kursus BTN (Biro Tatanegara) yg sering diadakan dulu sewaktu zaman Tun Dr.Mahathir diadakan kembali untuk membawa generasi muda kita skrg ke landasan yg betul. Dah jauh sgt tergelincir ni!

  3. By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply

    kursus btn sampai la ni ada lagi la..bile pulak dimansuhkan!

  4. By Nokemikal on Mar 13, 2008 | Reply

    Nampak mcm x der jer…….tak sehebat mcm dulu

  5. By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply

    ada je..cuma lebih tertumpu kepada kakitangan kerajaan!!pernah ikut btn ker?

  6. By Nokemikal on Mar 13, 2008 | Reply

    Dah lama tak ikut…..sebab aku keje swasta……dulu masa join belia dulu ada jugak……..bagus kursus nie sebab dia terapkan smgt kebangsaan.  Aku tak pasti skrg kursus nie hanya untuk org Melayu jer atau untuk semua kaum?

  7. By Azhar Ahmad on Mar 13, 2008 | Reply

    Kursus BTN masih ada ya…. Tetapi modulnya banyak berubah. Lebih kepada Jatidiri…

    Tapi, dah tak berapa popular, kepada remaja. Itu yang saya tahu. Katanya, Khidmat Negara, adalah Modul yang dipindahkan dari BTN, dan ditambah/diperbaiki.

    Wallahualam.

  8. By Nokemikal on Mar 13, 2008 | Reply

    Ooh….macam tu ceritanya. Thanks for the info.

  9. By pade doh on Mar 13, 2008 | Reply

    pade doh..dulu perintah main-main..kan dah…ayooo..

  10. By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply

    @hurm teringat kembali lagu warisan…sedih wooo~

  11. By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply

    @takla..modul plkn dah btn adalah lain. btn masih mengekalkan ciri2 yang lama. cume pertambahan dari segi modal insan

  12. By hana on Mar 13, 2008 | Reply

    kalau DAP itu tau adab dan ada sifat2 baik sebagai pemimpin(tolak ansur,saling menghormati dll ) ada kah dia akan memboikot keputusan seorang Sultan yang berhak sepenuhnya ke atas negeri?
    itu pun masih dinafikan oleh penyokong2 BA. sedarlah, kita sudah mula ditindas demi kepentingan perjuangan mereka

  13. By pade doh on Mar 13, 2008 | Reply

    pemimpe gapo dio kut quran dn hadis..biar maksiak banyok! tolok sunnah! aurak tok jago!sale denge buke muhrim!islam tok ajo hat tu!mu kalo tingge islam,mace ni la jadik!Allah balas kek kaum kito jadi sehino-hino manusio!maghi kawe-kawe penuhke masjid kak tompat mu..solat jamaah,brulah kuak ime..jange lupo doh!klau tok pade doh!

  14. By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply

    @pade doh : terima kasih la sebab mengingatkan sesama umat :)

  15. By amieiezam on Mar 13, 2008 | Reply

    pade doh paham tuh saje demer buat tak paham. Hehehe dulu buka main demer kater orang puan tak boleh mimpin, ate teman nengok udah ramai pulak yg jadi pemimpin…dulu lain sekarang lain.

    dulu bukan mengkomer kater ker PAS untuk Islam ate sekarang udoh tuko? Pas untuk Semua… ate patut ler ader wanita yang bukan islam jadi wakil rakyat kepimpinan ulamak!! wallahualam… dulu lain sekarang lain….

    kater miker allah balaskan pada kaum ini dengan sehina-hina manusia…ate miker kaum aper..kalau miker bukan kaum atau bangse melayu…RENTIKAN LE MAN!!!!

    moh ke mesjid!! mekasih pade doh….

  16. By mantoba on Mar 13, 2008 | Reply

    MB Perak udah angkat sumpah dah yop. DAP pun hadie. tausah ghiso..  dah compromi. DAP cuma mintak je kalo dapat.. tapi dah tak dapt MB takapa le. 

  17. By ciko hangit on Mar 14, 2008 | Reply

    DAP tunjuk belang apa.. belang jalo gemilang ke.. he hee…  DAP tu jangan tak tau ahli dalamnya ada melayu, india, singh dan lain.. kekawan takut DAP mngapa.. DAP tu cina ye… elleh hari-hari beli barang  kat cina tu tak ingat ye.. kamu yang sokong ekonominya.

  18. By nodee on Mar 14, 2008 | Reply

    Salam,

    pade pendapat saya kursus BTN ni dah jauh menyimpang dari tujuan asal….byk sgt kutuk2 org terutamanya dari BA…buang mase je….gmbr presiden PAS peluk Lim Kit Siang pun jadi isu….ape daa…xde isu laen ke….

    p/s: saya baru je abis kursus BTN pada taun lepas…..

  19. By sejuk on Mar 14, 2008 | Reply

    @oho..nodee best ke kursus btn?

  20. By nodee on Mar 14, 2008 | Reply

    salam…..

    saya rasa kursus ni memang elok utk generasi muda mcm saya…..cuma klau boleh jgn campur dgn politik…..baru best sikit…ni x byk sgt isu2 politk masa sy kursus dulu….yg peliknya org2 yg handle kursus ni hanya tahu kutuk pembangkang…..tu yg xpatut….yg lain…ok je…

  21. By sejuk on Mar 14, 2008 | Reply

    @nodee : owh…sejuk pun penah kursus jugak..kat ulu sepri. awak pulak kene kat ne?

  22. By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply

    ciko…selagi boleh teman akanbeli di kedai orang melayu..selagi boleh teman elak beli kat kedai cina…didepan rumah teman di gunung rapat ipoh….ada lebih kurang 200 buah kedai…pecahanye 1 pintu melayu..jiran teman jual komputer, 2 kedai india (jual paper ngan sewa video…yang lain cina…tapi teman rela ke sg rokam sebuah kg melayu di pinggir bandar ipoh untuk beli barang…tapi bohongle teman kalau tak pegi langsung…tapi teman tak heran..teman tau mcmana hidup dlm komuniti cina… yang elok teman kawan…ciko di kelate rama mane sangak la cine…hok ader pung make budu doh!!!!

    ate mantoba…udah DAP tak heran dengan orang melayu…dia buat le ghoper itu…bila mb perak dilantik…ajer tak boleh dipercaya…

    mujor ader tuanku sultan dan pemangku sultan, alhamdulillah.

  23. By nodee on Mar 14, 2008 | Reply

    Salam,

    saya kursus kat kem bumi jati….klau xsilap kem ni kat selangor….

  24. By anakmelayu on Mar 17, 2008 | Reply

    Alhamdulillah.. penuh bersemangat kawan-kawan  kita dari BA bila bersuara. Semangat yang memang bagus untuk orang melayu… tetapi..
    perlu diingat kalau apa yang kalian katakan itu mengikut satu sudut sahaja nescaya melayu akan terjajah. Saya taknak menjawab apa yang kalian katakan kerana saya percaya ianya tak akan selesai dan berkesudahan.

    Cuma satu.., cuba ketepikan seketika fahaman politik kerana semuanya telah terkeluar dari landasan perjuangan masing-masing secara amnya. Bagi generasi muda yang dah berkeluarga, tengok muka anak-anak kita, yang belum tengok muka adik-adik kita.., mahukah anda melihat mereka merempat dibumi sendiri. Seharusnya kita berbincang bagaimana untuk mengembalikan kekuasaan orang melayu di bumi Tanah Melayu ini.., bukan bertelagah memenangkan parti masing-masing ! Menyanjung pemimpin masing-masing !
    RENTIKANLAH !!! Sekarang masanya untuk melayu bersatu padu dalam satu komuniti melayu.., perjuangan untuk orang melayu , umat Islam.

    DAP dengan lantang dan berani menghadkan atau mungkin menghapuskan DEB… kalian semua masih lagi bertegang leher pasal benda remeh temeh..? Menghina kedaulatan raja-raja dan sultan.. kalian masih lagi anggap benda nie macam lawak… kalian ingat benda ini funny ke..?

    Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kayu atau ranting sebatang senang dipatahkan tetapi kalau seberkas.., agak payah. Jangan sampai melayu hanya tinggal nama dan menjadi kuli batak bangsa asing esp. cina.

    Bersatulah atas nama MELAYU !

    Assalamualaikum.

  25. By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply

    hidup anak melayu!!!

  26. By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply

    harapan aku BN akan menang besar utk next PRU…aku tak dpt terima kenyataan kalau Anwar Ibrahim jadik PM Malaysia…hancur orang Melayu..tanahair kita pun akan hancur

  27. By amieiezam on Mar 18, 2008 | Reply

    tak semudah tuh NUAR nak naik…dalam politik, hari ini kawan…sok lusa? hari  nih peluk cium…lepas nih?

  28. By bedah jambu on Mar 18, 2008 | Reply

    ye tak ye jugak kan : )

  29. By takbir!! on Mar 22, 2008 | Reply

    Saya setuju dengan statement awak…

    “takutlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan kepada Ulil Amri (Kerajaan yang memerintah)”

    saya nak betulkan sikit la. “dan juga kepada Ulil Amri” Maksud dia adalah orang yang berkuasa di kalangan kamu. bukan kerajaan yang memerintah. “di kalangan kamu” konsep di sini bukan bermaksud kerajaan yang memerintah, bukan juga bermaksud orang melayu, bukan bermaksud org malaysia dan bukan juga bermaksud org ISLAM!

    Ayat Al-Quran adalah ayat yang paling indah dan tiada sesiapa pun yang dapat menandinginya. Untuk memahami maksud “di kalangan kamu” dalam ayat di atas kita perlu berbalik kepada permulaan ayat ini… iaitu..

    “Wahai orang-orang yang beriman….”

    So maksud dia adalah dikalangan orang yang beriman. Bukan semua orang islam itu orang yang beriman. Itu sebab dalam Quran ada banyak meyebut “Wahai orang-orang yang beriman”, if semua org islam confirm beriman mestilah dalam Al-Quran sebut “Wahai orang-orang Islam”.

    Kalau dah pemimpin yang beragama islam… membenarkan orang islam murtad… ( statement PM kita dalam NST)
    mengatakan hukum islam bodoh…(komen Rafidah Aziz yang disiarkan dalam TV3 semasa pelancaran dokumen negara islam PAS)
    mengatakan yang org perempuan jika nak bersukan tak perlu pakai tudung…(Komen Azalina Othman semasa jadi Menteri KBS)
    meletupkan seorang manusia menggunakan C4 explosive untuk menutup rahsia…(Altantuya)
    Mufti Johor mengatakan “Kita tak boleh laksanakan hukum islam kerana kita tak bersedia” (Komen Nooh Gadut semasa forum negara islam semasa Piliharaya 2004.. buat malu org johor!)…..
    mengamalkan sikap perkauman…. (dalam Hadis mengatakan “sesiapa yang mengamalkan perkauman maka dia terkeluar dari golongan aku”.
    tidak ada satu usaha untuk menuju ke arah pentabiran dan undang-undang islam…
    memomokkan orang bukan islam tentang islam…

    ke mana akidah dan iman orang2 ni?

    Ayat di atas selalu dilaungkan oleh org UMNO…tetapi tak pernah pulak dia refer ayat lepas tu. Sambungan dia…

    ” Dan jika kamu berbantah-bantah (berselisihan di dalam satu perkara), maka hendaklah kamu kembalikan kepada Kitab Allah (Al-Quran)”

    Pernah ke kita merujuk kepada Al-Quran?

    Ke kita rujuk pada Common Law of British?

    Orang UMNO selalu marah bila orang PAS cakap org UMNO ni kafir la, murtad la, fasik la, zalim la.

    Pernah tak tanya kenapa org PAS cakap mcm tu?

    “Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.”

    “Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. ”

    “Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

    Al-Maidah , Ayat 44,45 dan 47

    Tak cukup terang ke ayat di atas ni? Pegi rujuk Al-Quran samada ayat di atas ni betul tak. Dan tiada pula ayat atau hadis yang mengatakan hukum islam itu boleh digantikan dengan hukum lain jika ada org cina dan india.

    Dalam islam ada Rukun Islam dan Rukun Iman…
    dan salah satu rukun iman adalah Percaya kepada Al-Quran. Dan jika kita meragui akan kasahihan Al-Quran maka di waktu itu jatuhlah akidah kita.

    Michael Hart’s book “100 most influential man in the world” menyenaraikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai No 1! Pengarang buku ni bukanlah orang islam tetapi dia mengakui Nabi Muhammad orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Boleh tgk apa dia tulis di sini

    http://www.amaana.org/ismailim.html

    Sebab dia pilih :

    “My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels”

    Ini membuktikan dialah satu-satunya manusia di bumi ini yang berjaya dalam bidang sekular dan agama. SATU-SATUNYA! Bagaimana beliau melakukan? Dengan Hukum Allah! Perlu ke saya bercerita lagi? Sedangkan org bukan islam pun boleh nampak… kenapa la org melayu yang beragama islam ni lagi nak banyak alasan….

    Cukuplah setakat disini.. kalau saya nak cerita sampai pagi besok tak abis…

    Wallahua’lam

  30. By amieiezam on Mar 23, 2008 | Reply

    wallahualam….

    tapi ustaz azizan di kedah tak jadi tarik plak lesen jual arak, sebab menghormati penduduk bukan islam….

    terkadang tuh tertanya-tanya juga…sedalam mana ilmu kita mempersoalkan ilmu seorang mufti!! yupp kalau mempersoalkan apa yg di canang oleh menteri2 yess…silakan…mereka pun dapat mandat menteri atas ihsan rakyat.

    hukum allah, hudud? kenapa sampai sekarang masih tak terlaksana di kelantan yang majoritinya melayu islam..

    ini masanya kerajaan negeri baru membuktikan setinggi mana nilai islam yang akan dibawa dalam pemerintahan… jangan jadi pak turut sudah

  31. By sejuk on Mar 23, 2008 | Reply

    @amiezam : terima kasih tolong jwabkan. hehe nanti aku blanje lepak minum..sedekah amal jariah

  32. By kumb@ng on Mar 23, 2008 | Reply

    amieiezam..sebelum saudara tanya kenapa kelantan belum laksana hudud,tanya dulu senator zaid ibrahim kenapa fail petisyen saman kerajaan kelantan sebab nak laksana hudud?

    JAWAPAN:kerana zaid kata perlaksanaan hudud di kelantan melanggar perlembagaan persekutuan. Selagi kerajaan persekutuan masih lagi umno/BN yang teraju maka diperingkat negeri sampai bila-bila takkan terlaksana.saudara kena faham tu.SELAGI berPMkan UMNO dari BN SAMPAI BILA-BILA KERAJAAN NEGERI TIDAK DAPAT LAKSANA HUDUD.dah faham?bagusss…

    Selain memperjuang ketuanan melayu,umno juga beria-ia benar perjuang islam hadhari. SOALANNYA..kenapa sampai sekarang negara ni tak laksana hukum islam,hudud sejak 50 tahun dulu?kenapa?kenapa?kenapa?

    mungkinlah jawapanya..
    1)rakyat berbilang kaum
    2)rakyat berbilang agama
    3)belum bersedia (50 tahun belum bersedia?)
    4)takut ramai rakyat tangan kodong(kalau tak buat salah apa nak takut)
    5)habis batu-batu buat rejam(boleh habis ke?)
    6)tak tahu macamana nak laksana(ulamak umno kan ramai,firdaus,mashitah,hamid osman,abdulah zin dan ramai lagi..)

    Daripada melalak kononnya perjuang bangsa, meramaikan umat Islam lagi bagus..

  33. By takbir!! on Mar 23, 2008 | Reply

    Terima kasih En kumb@ng kerana menjelaskan. Tak perlu la saya menjawab soalan bodoh en amieiezam.
    kesian tgk dia. Dia ingat islam ada hudud saja. n i really respect u en kumb@ang kerana masih sorang2 mempertahankan Islam dalam thread yang dah kena pindah tu.

    Masalah dalam UMNO N BN ni adalah soal akidah. Dulu, Zainudin Maidin (Burma, Myanmar.. the police dont fire anybody…)pernah mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat tentang RMK-9. Tetapi isu tu terus senyap dan tiada respons. Bagi org UMNO dan penyokongnya sahaja la. kerana jawapan Tuan Guru tidak disebarkan dalam akhbar dan juga televisyen.

    Tuan Guru menganggap perkara ini adalah remeh. Semua negara dalam dunia ada rancangan 5 tahun mcm RMK. Masa baru nak start bercerita la poyo2 nak buat tu la, nak buat ni la…. tapi after 5 years lagi la byk cite mengarut yang kita sendiri malas nak dengar. So benda tu akan berulang-ulang cerita benda yang sama. Membazir. Tuan Guru cakap kenapa nak berbicara tentang ranting dan daun sedangkan batang pokok tu sendiri dah salah. Tuan Guru mencabar balik untuk buat perdebatan bertajuk “Akidah Sesebuah Negara”. Kerajaan panggil la org UMNO yang paling hebat sekali, berdebat 1 lawan 1 tanpa pengerusi. (Macam kat US). Setiap pihak mempertahankan hujah masing-masing. Tapi.. tiada jawapan dari pihak kerajaan.

    Kenapa?

    kerana mereka tahu jika mereka berdebat tentang soal akidah… mmg confirm BN/UMNO akan kalah.

    Jika BN/UMNO di pihak yang benar kenapa tak buat je perdebatan tu? Lagi la jika terbukti mereka di pihak yang benar.. mmg parti PAS akan berkubur.

    Saya bukanlah seorang yang arif tentang agama, tetapi apa yang saya pelik ialah :

    Jika dengan menyokong BN/UMNO, akidah seseorang itu tidak terpesong, dan seseorang itu boleh menjadi seorang Islam yang sempurna, kenapa ramai sgt orang-orang yang kuat agama di Malaysia ni, yang pada satu ketika dulu menjadi idola seperti Haron Din, Ismail Kamus, Hassan Ali dan ramai lagi kesemuanya berjuang untuk PAS? Tak pelik ke? Nak cakap pemikiran diorang ni semua dah rosak? Kalau seorang je masuk PAS takpela. Ini dah berlambak.

    Jika BN/UMNO tu ok… kenapa mereka ni nak gatal2 masuk PAS? Takyah masuk PAS lagi duit masyuk. Dipanggil untuk ceramah sana sini. Bila masuk PAS, nak keluar tv pun sikit punya susah!

    Soalan bocor dalam kubur yang kita dah tau jawapannya salah satunya ialah “Siapa imam kamu?” Kalau ikutkan mmg confirm kita dapat jawab la. Semua soalan dah bocor dah.

    Tetapi kita org melayu islam tak pernah menghargai Al-Quran. Sedangkan itulah mukjizat yang terbesar! Yang pemimpin kita ni mempersendakan Al-Quran ada la. Salah satu rukun iman adalah “Beriman kepada Al-Quran”. Kalau dah mempersendakan Al-Quran, mana pergi iman org2 sebegini?

    Tepuk dada, tanya selera, tanya iman.

    En Sejuk n the geng. Silalah behujah. Dalam kubur nanti bila ditanya :

    Siapa imam kamu?
    Jawapan org BN : Common Law of British dan Perlembagaan Malaysia

    p/s : jangan terasa lak. Anggaplah kita berdebat secara sihat.

  34. By amieiezam on Mar 25, 2008 | Reply

    hehehe…nak laksanakan hudud tapi takut kena saman dengan zaid ibrahim dan petisyen kerajaan..kenapa tak berjuang habis-habisan…fisabilillah…sekarang nak tanya kumbang dan takbir.

    takutkan hukum allah atau hukum manusia?

    bagaimana pulak saudara “kumbang dan takbir” nak jelaskan yang dengan persahabatan PAS dan DAP akan membawa kepada PENUBUHAN AGAMA ISLAM yang HAKIKI DI MALAYSIA…saya perlukan hujah saudara untuk merungkaikan soalan “bodoh” saya sebagaimana dikatakan oleh takbir… bodoh orang nampak…bodoh sendiri siapa yang tahu!!!!

    takbir….siapa anda yang anda sendiri akui tak cukup ilmu agama (rujuk komen anda) nak melabelkan keislaman dan keimanan seseorang. marahkan individu kenapa nak marahkan semua orang? duduk diluar tak sama dengan view didalam… bagaimana pulak dengan beberapa alim ulamaq yg masih didalam UMNO. Siapakah anda untuk menidakkan iman mereka?

    jangan bermain dengan soalan tu…belum tentu anda boleh menjawapnya dengan baik.

    tepik dada tanya iman…tak perlu nak tanya selera… tanya selera tepuk perut

  35. By bedah jambu on Mar 28, 2008 | Reply

    pening sungguh la tgk penyokong fanatik PAS nih…bersungguh-sungguh pertahankan yg PAS saja mentadbir ikut Islam..PAS saja yg betul-betul ikut Quran…tp aku tgk Perak dgn Kedah ni tak dgr khabar berita pun nak ditadbir ikut pentadbiran Islam

  36. By PAS on Mar 29, 2008 | Reply

    Somebody wrote: ‘tp aku tgk Perak dgn Kedah ni tak dgr khabar berita pun nak ditadbir ikut pentadbiran Islam’

    PAS Kedah dan Perak baru je memegang tempok pemerintahan tak sampai sebulan. Takkan dalam tempoh ni dah nak komen macam2. Berilah mereka peluang untuk stabilkan keadaan dulu. Dlm Islam, orang yg baru peluk Islam tidak terus disuruh melakukan semua ajaran Islam serentak, buatlah beransur2. Islam pun diturunkan peringkat demi peringkat, bukannya al-Quran diturunkan dlm tempoh satu malam je. Sama juga dgn kerajaan PAS Perak dan Kedah. Tunggu dan lihat sajelah. Jika ada peluang, kita bantu mereka utk tegakkan sistem yg benar2 ikut Islam.

    Kalau nak menuduh, kenapa tak tuduh UMNO lama dan UMNO (Baru) yg dah lebih 50 tahun memerintah tapi belum dapat tegakkan Islam secara total kat Malaysia ni? Saya akui BN ada buat bbrp perubahan mengikut Islam dalam pemerintahannya. Namun walau dah lebih 50 tahun memimpin negara, tahap pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh. 50 tahun bukan satu masa yg sekejap jika nak banding keraajaan BA Perak dan Kedah yg baru beberapa hari menang pilihanraya…

    Bacalah komen2 dalam blog, harakah dan lain2 dan buatlah pertimbangan akal berpandukan Quran dan Sunah, jangan ikut nafsu dan emosi semata2. Jika anda rasa UMNO (Baru) adalah 100% mengikut Islam dan PAS tak ikut Islam 100%, terpulanglah kepada anda. Pilihan di tangan anda. Hanya ALlah yg mengetahui. Kita dapat tahu sama ada kita betul atau salah bila soal jawab kat akhirat nanti. Tapi takkan nak tunggu mati baru nak jumpa yg mana benar dan salah. Gunalah peluang masa hidup utk kaji yg mana betul dan salah. Carilah guru2 yg mursyid, selain baca kat internet, surat kabar dan tengok tv.

    Saya harap apa yg saya ikut ini adalah betul dan paling hampir mengikut Islam berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

  37. By sam on Apr 3, 2008 | Reply

    ASALAMUALAIKUM .. SALAM SEJATERA.. maafla kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan pendapat peribadi saya ini ye. tapi anggaplah pendapat ini cuma luahan hati semat-mata ye…

    RASANYA RATA-RATA PENDAPAT YANG DIUTARAKAN DALAM RUANGAN INI DIAJUKAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG MASIH MUDA(BELUM MATANG KOT), MUNGKIN BARU 29 TAHUN KE BAWAH, BAHASA, IDEA DAN HUJAH YANG DIKETENGAHKAN TIDAK DISOKONG BUKTI SAHIH DAN LEBIH KEPADA LUAHAN EMOSI SEMATA-MATA..MENGAMBIL CONTOH DARI KEMENANGAN PEMBANGKANG DI BEBERAPA BUAH NEGERI, DENGAN PANTAS, RAKUS DAN TERBURU-BURU DIKATAKAN DAP & ORANG-ORANG CINA( BUKAN MELAYU) AKAN MENGUASAI DAN MENINDAS ORANG MELAYU DALAM NEGERI BERKENAAN..MALAH TAMBAH TERUK LAGI KEADAAN INI DISAMAKAN DENGAN PEMERINTAHAN SEPERTI DI SINGAPURA.. TUDUHAN SEPERTI ITU DIBUAT AGAKNYA KERANA TERLALU KECEWA DAN MARAH DENGAN KEKALAHAN KERAJAAN BN MENAWAN NEGERI TERSEBUT…TETAPI SEBENARNYA MEMANG TELAH TERBUKTI ORANG-ORANG CINA TELAH MENGUASAI SELURUH MALAYSIA INI, BUKAN HANYA SELEPAS PILIHANRAYA KE 12 INI TAPI SEMENJAK ZAMAN PENJAJAH DAHULU LAGI, WALAUPUN BUKAN MENGUASAI PENTADBIRAN NEGARA, KEKUATAN EKONOMI KAUM CINA MAMPU MENUMBANGKAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEDIA ADA… TIDAK PERLU MEMANDANG KEMANA-MANA.. PERGILAH KE PEKAN/BANDAR YANG BERHAMPIRAN TENGOKLAH KEDAI-KEDAI DI SITU, CUBALAH KIRA BERPA BUAH SANGAT YANG DIMILIKI OLEH KAUM BUMIPUTERA? ORANG-ORANG MELAYU PULA HANYA SEBILANGAN SAHAJA YANG NAJU DALAM PERNIAGAAN.. MAJORITINYA MAKAN GAJI DARI KERAJAAN DAN MENJADI PELANGGAN KEPADA ORANG-ORANG CINA YANG SEMAKIN MAJU.. SAYA PUN SALAH SEORANG DARIPADANYA…

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :