Halatuju Politik Semasa!!

Kepada sahabat yang masih lagi panas dengan isu pilihanraya, ketidakpuasan hati kepada pemerintah, pembangkang dan sebagainya. sila komen di sini. Komen yang berbau lucah, terlalu kearah perkauman akan dipadam. Terima kasih!!






















79 Responses to “Halatuju Politik Semasa!!”
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
kepada kerajaan pusat n negeri BN:
beringat…kita dah terkena
berubah…ubahlah yang rakyat mahu ubah
bangkit…kita dah lama lena
berani…kita semakin penakut
berjuang…kita dah ramai petualang
amalkanlah "suci" bukan "cuci"
Kerajaan Negeri yang dulunya pembangkang.
berjanji…silalah tepati
berkerjalah…jangan penuh agenda sendiri
bersahabatlah…bukan hanya menunjukkan kawan
bersih…itu yang anda tuntut dan kini kami tuntut
jangan bermain api…terbakar diri sendiri rugi
terbakar negara rakyat sengsara
By Sky Angel on Mar 12, 2008 | Reply
mak ai.. byknyer
By navakumar on Mar 12, 2008 | Reply
bagi saya keputusan pilihanraya umum 12 merupakan suatu yang menunjukkan sistem demokarsi negara kita sangat sihat seperti india dan australia.Jadi kuasa yang tinggi memang terletak di tangan rakyat serta akan memberi peluang kepada calon mengikut kriteria yang penting serta berguna.Oleh itu pru kali ini merupakan sangat baik dimana masyarakat memang peka dengan perkembangan negara sejak kebelakangan ini,terutama yang berkaitan dengan peningkatan harga barangan,minyak,isu kaum minoriti dan lain lain.
By Nokemikal on Mar 12, 2008 | Reply
Kepada BN
Fight back! Never give up!
By HaRiZ on Mar 12, 2008 | Reply
hahaha…kepada semua barisan yang ade di malaysia ini…nantikan kemunculan PUNDAK (parti Undi Rosak) 4 taun lagi…hahaha…kami akan menghasut rakyat supaya merosakkan undi supaya semua tak dapat berpolitik…padan muka…hahahah
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
aku akan tetap sokong bn, dulu, kini dan selamanya
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@hariz : aku pun nak join jugak parti tu. aku boleh jadi calon
By Abdills on Mar 12, 2008 | Reply
APA KEJADAH KORANG NIE
By hantu on Mar 12, 2008 | Reply
sekarang ni kita tengok. negeri selangor masih tidak lagi ditubuhkan kerajaan negeri. Sultan masih belum perkenankan.Ada jugak terdengar isu-isu mengapa masih blum ditubuhkan, tp perkara itu tidak sahih,rasa ye tak perlu saya beritahunya disini lagi.
aku rasa bangga kerana UMNO di selangor masih bersatu padu. sperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Khir, mereka akan memastikan semua manisfesto yang di war-warkan oleh pihak BA mesti dilaksanakan. kepada yang diberi peluang memerintah, silalah kotakan janji-janji anda, kerana rakyat kini sedang menuntut janji yang diberi.
By miszbeauty on Mar 12, 2008 | Reply
bile tol NPE nak mansuh nih????? mane janji PKR kat area sane???? erghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@beauty : betul…tol NPE kat Taman Medan ni bila nak mansuh!!
By dusuntomod on Mar 12, 2008 | Reply
pengundi hantu hangat diperbahaskan oleh pembengkang sebelum pilihan raya pada 8 march tetapi yang anihnya bila pembangkang sudah menang isu pengundi hantu lenyap terus. adakah pengundi hantu itu mengundi pembangkang supaya mereka tutup mulut.
By fizzy on Mar 12, 2008 | Reply
hai sejuk n kengkawan,
berbalik pada isu yang aku post di shoutbox tu, betul ke tadika kemas dah ditutup. kalau betul la kasihan kat budak2 tu..
then pasal tol, aku ada dengar gak pasal tol batu tiga nak ditutup..tp tgk masih on je..
peliknye aku, yang kemas tu beriya2 nak tutup, padahal tpt tu bukanlah kuar duit macam tol ni. kalau nak tutup tol tu awal2.barulah jadi negeri berkebajikan.tak kira la pilihanraya baru je abis. janji ttp janji, coz diorang patut dah ready ngn semua2 ni bile menang..dah tau pada sape nak dituju, bukan asyik nak fikir sape j nak memerintah..
terpanjang pulak bile beri komen kat sini, tu la sejuk..kalau kat shoutbox tu, skit je ko kena jawap. kat sini panjang bebenor lak pertanyaan aku..hahaha..sila2 respon ya
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
tol tu ada dengar jugak cerita tapi takut jadi macam penang je. Asyik dok dolak dalih skang ni.
Pasal isu kemas pulak mungkin PAS atau PKR atau DAP takut akan kemas mempengaruhi minda anak2 kecil ni..ntah la..sekadar berkongsi
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@dusuntomod : hehehehe mungkin hantu2 ni undi pembangkang kot. tu yang dok buat luper isu ni..biasalah kalo kalah semua salah
By hantu on Mar 12, 2008 | Reply
saya rasa berkaitan dengan isu tol tu, berkemungkinan kerajaan negeri yang baru ini dah nmpk benefit adanya tol ini, jadinya mungkin diorang terasa rugi bile tol ini dimansuhkan.
@dusuntomod: mungkin isu pengundi hantu ni senyap, sbbnya pihak pembangkang dah menang.jadi tak perlu la nak heboh2..
By Jin Kelate on Mar 12, 2008 | Reply
Di Kelantan sebenarnya rakyat tidak berterima kasih. Segala kemudahan dan bantuan telah diberi dengan begitu banyak. Subsidi padi, baja padi, rumah PPRT, janji untuk memajukan Kelantan dengan menghapuskan parkir letak kereta, hapus bayaran perniagaan kecil-kecilan, hapus bayaran tunggakan cukai pintu, air dan sebagainya. Jalan diturap begitu baik dan memberi keselesaan kpd. penduduk. Tapi semua itu diterbalik dengan tidak mengundi BN. Ramai pengundi dari KL balik dengan peruntukan BN tapi mengundi PAS/PKR. Berjuta-juta peruntukan dibelanja untuk pengundi luar. Bagi yang balik dengan kereta, belum memasuki sempadan Kelantan semua pasang bendera BN apabila masuk Kelantan tukar bendera PAS. Itu yang mengecewakan saya.
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
kekuatan UMNO akan diperkuatkan apabila "kelemahan" dalam umno diperbaiki… kekuatan UMNO adalah tunjang kekuatan Barisan Nasional.
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
kejutan demi kejutan…kalau yang ada masalah dengan jantung kena jaga2.
hari ini DAP memperkenalkan 1 lagi budaya pemerintahan mereka. Timbalan ketua menteri 1 dan 2. nampak macam sangat adil, tetapi penuh dengan kekaburan. Satu demi satu dirompak dan dirombak….dan kita hanya memandang sepi dan sunyi..tanpa suara untuk memprotes kerana mulut terkunci rapat sekalipun suara ngauman bergema.
Lihat lah anak bangsa, lepaskan lah apa yang ada kepada mereka kerana kini….kuasa hanya tinggal K.U.A.S.A
By dapur on Mar 12, 2008 | Reply
Latest news, ‘The Star Online Wednesday March 12, 2008
MYT 8:24:38 PM
DAP to boycott Perak MB swearing-in. Lim said DAP leaders, members and supporters are shocked at the decision to appoint a PAS assemblyman as Perak MB.’
So apa nak jadi ni? Kesimpulannya komponen parti dalam BN yang paling relevan di Malaysia nih.
By Ciko Hangit on Mar 12, 2008 | Reply
Pulau Pinang tu dulu masa BN cina juga yang pegang. Sekarang ni cina juga. takde beza, ko rang je buat tak tahu yang menjadi Ketua Menteri sekarang ni pernah ISA pasal tolong kes budak melayu kene rogol. (Melaka). BN memang benak segala apapun tak tau. Pasai tol NPE tak boleh diturunkan sebab BN memerintah lagi tau!! baghal betul.
By Ciko Hangit on Mar 12, 2008 | Reply
Sejuk kata PKR penipu bangsa.. yg mana satu, bangsa Melayu ke, Bangsa Cina ke, Bangsa India ke.. yang jelas BN yang menipu Bangsa.. lahir je ke dunia dah kena hutang dan pelbagai caj, surat beranak, K/pengenalan, hospital, sekolah, kemudian dibeban hutang PTPTN, setakat ijazah sarjana je dah hutang RM28,000.00, tak bayar ha.. mahkamah.. BN boleh tolong ke.. tolong uruskan borang berhutang tu je yang tau.
By guri on Mar 13, 2008 | Reply
betul kata ciko. selangor belum sahkan lagi pun siapa menteri besar nya. tak confirm lagi. kenapa dah minta macam2? pergi la mintak kat khir toyo yang penuh rasuah tu. tunggu masa je meringkuk dalam jail.
By amieiezam on Mar 13, 2008 | Reply
@ciko : memang benar BN pernah memerintah pulau pinang tetapi dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh parti komponen. mungkin ini yang ciko taktahu…kurang amik tahu…so cuba amik tahu, kenapa penang walaupun dengan BN masih dikuasai cina. persoalanya cina yang macamana pulak yang memerintah. hakikatnya parti sebelum ini masih terkawal kuasanya, tapi lihatlah sekarang…dimana suara kita..baru 2 hari dah ditolak ketepi…harap ciko tak marah nanti kalau azan diibaratkan pencemaran bunyi… cuba ciko tuntut hak ciko disana…silakan
seorang lagi mangsa tipu dikesan, cuba renung permainan politik mereka…kenapa setelah menang kerusi negeri dan tewas parlimen maka mulalah menjaja, janji manifesto tak dapat dibawa kerana ia manifesto pusat bukan negeri….kenapa kini baru diberitahu…tidak dinyatakan dalam manifesto mereka "manifesto kami takkan dapat dibuat sekiranya kami tidak dapat menawan pusat…pemerintahan negeri akan mengguna pakai sesuatu yg dirasakan perlu sahaja" last-last kerajaan pusat juga yang salah. sebab tuh aku cadangkan tarik balik subsidi biar kita merana demi membuktikan ia bukan suatu cereka yang di reka. tapi aku pasti kerajaan pusat kita tak sekejam itu…ehh aku!
ntahlah mahal sangat ke nak bayar bila bersalin di wad bersalin kerajaan? tambah pulak kalau 20 tahun yang lalu…kalu umur ciko lebih dari 20 la..meh bagi resit…sejuk leh bayorkan tapi khas untuk ciko je la yang laintengok je la…subsidi sejuk
berapa ratus ringgit perlu dibayar untuk sekeping sijil lahir?mahal ke nak buat K/p??? first time aku buat k/p tak bayar sekupang habuk pun…tukar k/p pun aku tak bayar apa…kecualilah dah 3 kali ilang tu pun baru seratus..nak pakai sampai mati..kalau ikut marketing plan Courts sehari berapa hinggit kena simpan ekkk?..takleh kira la sebab tak tahu bila setiap umat manusia itu menemui ajalnya… kena bayar mahal juga ke? di bantu lak lagi dengan khariat kematian…alhamdulillah. takkan nak free jugak?
sakit pening ke hospital RM1 jer yang perlu aku bayar tak tau la kalau dah naik…wife buka buku ibu anak pun tak ingat beapa sen aku bayor..hehe sebab duit wife aku…. mungkin ciko tak biasa ke hospital….tak nafila layanan yg diterima tak seberapa la pulak!!
di sekolah berapa biji buku teks yang ciko beli…aku yang kini umur diambang 30an rasanya takpenah beli buku teks semasa belajar dulu…lain la buku latihan…masak la nak BN tanggung.
takkan semua nak melepas bercangkung,
makan minum ditanggung. dalam quran tak suruh macam tuh.
yang nih lain sikit intonasi korang kena baca tau…..PTPTN, aku pun tak setuju tapi kalau tak meminjam pada ptptn macamana nak masuk U. mak bapa aku tak mampu…kejer gomen yg sentiasa mengenang budi majikanya alhamdulillah. tapi mahalkah sangat dengan ijazah sarjana (sarjana = masters holder tuh) yg dah dalam genggaman… nak free jugak ker? tangan memberi baik dari meminta.. apasalah memberi kembali…aku bayor juga, tak mampu aku minta kurang…tak bagi aku bayor seberapa ada sebab aku nak jadi warganegara bertanggung jawap…tak caya check resit aku..tapi kalau nak check aku nak claim sikit. goverment tax je pun…5%
dah ke mahkamah nak tolong camner? itu aqad yang dah kita buat, masa sign kenapa tak pikir itu ini….dah selamat baru nak tuntut hak… aqad tu diterima dalam islam cuma tang interest tuh…yang tu aku tak puas hati sikit..sebab tuh aku bayo berapa ada. tak masuk mahkamah lagi la….
"jangan bertanya apa yang negara berikan pada anda sebaliknya bertanyalah apa sumbangan kita pada negara"
mudah jer - orang2 sebegini akan cakap
"itu dah jadi responsibilities kerajaan pemerintah"…
jadi bila kerajaan dah jalankan tanggungjawap maka kerajaan itu adalah kerajaan yg bertanggung jawap.
aku dah jawap…semuanya adalah bersifat peribadi tanpa dipengaruhi manusia, dadah,alkohol mahupun rokok.
yang baik dari allah jua dan yang salah adalah atas kelemahan diriku sebagai hambanya.
suci bukan cuci..kerana cuci kotoranya akan datang kembali
By amieiezam on Mar 13, 2008 | Reply
@guri : khir toyo dah jadi x-MB apa ada!! tapi dia tak janji pun sebelum nih…nak kena penampo ke gi mintak..kawan dah la tngh serabut!!!heheh
By hantu on Mar 13, 2008 | Reply
@amieizam: aku setuju ngn pendapat ko kerana aku pun sependapat begitu.
@ciko hangit: budi bahasa mencerminkan kita.jadi fikir-fikirkanlah. saudara/i ciko, mengapa nak tunggu jadi pemerintah negara baru nak diturunkan tol.takkan rakyat nak tunggu lagi 5 tahun baru manisfesto itu dijalankan.(tu pun kalau 5 tahun lagi pembangkang berjaya merampas kerajaan dari BN, kalau tak takkan nak tunggu lagi 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun lagi, aleh2 sampai sudah tak ditunaikan). Kalau dah tahu sukar, mengapa nak berjanji. Memang sekarang rakyat menuntut hak yang dijanjikan, masakan mereka memilih pembangkang. Pasal isu hutang pinjaman tu, baru rm28,000 dah mengungkit. Aku ni yang dah cecah rm40,000 pun tak kecoh, lagi bersyukur adalah, sebab dengan duit pinjaman itulah yang menampung aku untuk belajar. Bila kita dah pinjam duit tu, kita ada tanggungjawab nak lunaskan balik. Apa yang jadi bila mahkamah antar surat saman, sbb kita tak bayar2, mmg la diorang marah. Masa pinjam itu hari, nak cepat je dapat. tp bila dah dapat, liat sungguh nak bayar. Then awak pernah ke mengutarakan masalah saman tu pada BN, mana tahu awak minta tolong.tup-tup dibantu.jangan suka membuat andaian kalau sendiri tak pernah try lagi.
@guri: uish mesti minta, sebagaimana cepat ye pembangkang mengambil alih selangor, sepantas itu jugalah janji-janji mesti dikotakan.
By hantu on Mar 13, 2008 | Reply
@amieizam: aku setuju ngn pendapat ko kerana aku pun sependapat begitu.
@ciko hangit: budi bahasa mencerminkan kita.jadi fikir-fikirkanlah. saudara/i ciko, mengapa nak tunggu jadi pemerintah negara baru nak diturunkan tol.takkan rakyat nak tunggu lagi 5 tahun baru manisfesto itu dijalankan.(tu pun kalau 5 tahun lagi pembangkang berjaya merampas kerajaan dari BN, kalau tak takkan nak tunggu lagi 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun lagi, aleh2 sampai sudah tak ditunaikan). Kalau dah tahu sukar, mengapa nak berjanji. Memang sekarang rakyat menuntut hak yang dijanjikan, masakan mereka memilih pembangkang.
Pasal isu hutang pinjaman tu, baru rm28,000 dah mengungkit. Aku ni yang dah cecah rm40,000 pun tak kecoh, lagi bersyukur adalah, sebab dengan duit pinjaman itulah yang menampung aku untuk belajar. Bila kita dah pinjam duit tu, kita ada tanggungjawab nak lunaskan balik. Apa yang jadi bila mahkamah antar surat saman, sbb kita tak bayar2, mmg la diorang marah. Masa pinjam itu hari, nak cepat je dapat. tp bila dah dapat, liat sungguh nak bayar. Then awak pernah ke mengutarakan masalah saman tu pada BN, mana tahu awak minta tolong.tup-tup dibantu.jangan suka membuat andaian kalau sendiri tak pernah try lagi.
@guri: uish mesti minta, sebagaimana cepat ye pembangkang mengambil alih selangor, sepantas itu jugalah janji-janji mesti dikotakan.
By hantu on Mar 13, 2008 | Reply
@semua: "Wahai anak bangsaku yang bernama melayu. Apa yang telah kita lakukan? Barisan alternatif Selangor (PKR+PAS+DAP=36 kerusi) yang terdiri daripada 18 YB Melayu, 16 YB Cina dan 2 YB India. Sanggupkah kita izinkan BA menubuhkan kerajaan di BUMI SELANGOR ini dengan hanya 50% ahlinya adalah Melayu? SANGGUPKAH KITA??? !!! Ini semua adalah angkara bangsa kita sendiri, yang Mudah Lupa dan Ghairah ingin berkuasa, sehingga sanggup menggadai maruah bangsa sendiri. Jangan biarkan ketuanan Melayu dihina. Bersatulah kita untuk menubuh kerajaan di BUMI SELANGOR ini demi AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU. Jangan terperdaya dengan janji-janji PKR” p/s: dipetik dari seseorang
By zul buger on Mar 13, 2008 | Reply
@hariz, dalam orang sibuk pasal BN, PAS, DAPdan PKR kau boleh terpikir pulak pasal parti PUNDAK… syabas…! kerajaan kena pikir kenapa peratus undi rosak naik mendadak kali ni. Nak pangkah BN salah, nak pangkah PAS bersalah, nak pangkah PKR takut tersalah, nak pangkah DAP …….amatlah salahnya…!!!…
By miszbeauty on Mar 13, 2008 | Reply
bravo amieiezam, brovo hantu…. terkesima beauty membaca dan meneliti hujah2 yg disampaikan… beauty x pandai berhujah… tp ape yg disampaikan u all mmg tiada yg x benar selain benar belaka…
sedih sampai saat ni, mlm td tgk berita dengan perasaan yg marah… baru beberapa hari memerintah hak kita sebagai anak bangsa di tanah sendiri ingin diketepikan… =(
By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply
@aku dengar cerita bahawa selangor kerajaannya masih belum dibentuk akibat daripada perselisihan dan perebutan kuasa antara PKR dan DAP untuk menjadi MB. Baru beberapa hari memerintah dah macam2 hal. BN dulu rileks je.takde pun nak rebut kuasa!!
Ini semua sebab parti komponen dalam BN menghormati akan kontrak sosial. jadi ini yang membuatkan Malaysia berada dalam aman dan damai. DAP pula tidak menyukai perlembagaan itu sebab cita2nya untuk memerintah malaysia akan tertutup sama sekali.
By hana on Mar 13, 2008 | Reply
apa yang ada untuk MELAYU PULAU PINANG sekarang? puas hati dah ke sapa yg mengundi utk pembangkang tu? langkah pertama yg dia buat iaitu hapuskan DEB bermakna dia sedang cuba menghapuskan Melayu di Pulau Pinang. tiada lagi kuota istimewa dalam pendidikan, kuota lot bumiputera dalam setiap skim perumahan yg dibina..banyak lagi kalo nak ditaipkan disini.
semasa org Melayu memberi umdi kepada pembangkang terfikirkah apa kesannya utk jangka masa panjang? tidak nmpkkah siapa yg akan memerintah? janji2 dlm manifesto sedang diputar belitkan! baru 2 hari memerintah semuanya sudah jelas di depan mata betapa KURANG AJAR NYA MEREKA! jgn ingat lantikan Tim.KM 1-Melayu, segalanya akan selamat.itu hanya sandiwara untuk menutup perancangan jangka masa panjang utk melenyapkan hak2 melayu di pulau pinang. P.Pinang bukan negeri beraja yang majoriti penduduknya MELAYU ISLAM. kalau ada pilihraya dlm 5 thn lagi, dan semua org Melayu kembali mengundi untuk BN, belum tentu akan berjaya menawan kembali tanah tumpah dareah aku ini. sepatutnya bangsa MELAYU yg berada dlm UMNO,PAS & PKR bersatu DR DULU lagi tidak mahu semua ini terjadi.
aku kecewa dgn tahap pemikiran bangsa aku yang menghukum pemimpin yang korup, kronisme, rasuah dll dengan memberi undi kepada bangsa yg jelas mahu menghapuskan MELAYU!
By sejuk on Mar 13, 2008 | Reply
@hana : bawak bersabar. mereka yang bodoh2 ni masa pangkah tak fikir semua tuh. jadi nah!!terima la apa yg mereka inginkan
By amieiezam on Mar 13, 2008 | Reply
sekali lagi aku tegaskan anak melayu perlu paham tendang-terajang politik MALAYSIA (yang dulunya di kenali tanah melayu!!!)
kita melayu berpecah kerana politik bangsa sendiri. sebaliknya mereka bersatu bila amik keputusan untuk survival bangsa. Budaya swing memang terkenal dengan budaya mereka…tapi budaya melayu setia pada ketuanya…dan inilah punca kelemahan kita.
aku cukup takut kalau pru13 pun melayu masih tak berubah. dan la angka 13 nih takde ong… yang paham-paham la…
teman rasa kita perlukan melayu muda yang vocal dan kritis. Tak perlu seperti dia yang menggunakan itu ini untuk dapat begitu begini… yg paham-paham la…takkan melayu hilang di dunia.
kita tak harus lagi takut!! kita dah lama jadi penakut..kita harus punya suara didengar serata malaysia(yang dulunya tanah MELAYU).. melayu kan gagah di nusantara!!!
demi perjuangan bangsa dan agama…aku rela lakukan segala segenap tenaga yang ada untuk mengembalikan kepada yang hak.
Allah…dengarlah rintihan kami.
By bedah jambu on Mar 13, 2008 | Reply
aku yakin cuma UMNO yg membela nasib Melayu dulu,kini dan selamanya…kurang seminggu DAP berkuasa mereka dah berusaha menafikan hak org Melayu…mereka dah berani mencabar kesultanan Melayu dgn memboikot keputusan pemilihan MB Perak…itu baru tawan 5 negeri..bayangkan kalau mereka tawan MALAYSIA??!!!! nak jadik mcm Singapura jugak ke kita nih????
By bedah jambu on Mar 13, 2008 | Reply
wahai penyokong2 BN..marilah kita sama2 bg kesedaran kpd rakan2 kita yg baru sabtu lepas pangkah parti BA..lihat sajalah apa yg mereka dah lakukan. org cina dah berpaling tadah kpd org melayu bila mereka sume pakat pangkah DAP.org Melayu yg lupa diri,org Melayu yg tatau bersyukur pangkah BA sebab benci sgt dgn kerajaan yg dah byk bela nasib org Melayu sejak merdeka lagi.manifesto2 mustahil BA tu aku konfem takkan diorg laksanakan dgn alasan mereka tak memeritah Malaysia sepenuhnya..kan dah menipu rakyat namanye tuh…ceramah Anwar Ibrahim bukan main lagi, “hari esok saya (Anwar) menang esok jugak saya turunkan harga minyak”…harga minyak apa yg turun skang nih?…aku heran sgt cemana korg yakin Anwar Ibrahim tu boleh mentadbir negara? aku tgk skang ni dialah punca org melayu berpecah belah,benci membenci.baca the sun semalam Chandra Muzaffar (bekas timbalan presiden Keadilan) pecahkan tembelang siapa Anwar Ibrahim sebenar.
By bedah jambu on Mar 13, 2008 | Reply
tahniah kpd pembangkang coz dpt tawan 5 negeri..tiap2 hari skang dok baca paper apa berita terkini..rasa bimbang pun ada coz dunno wat to expect. bimbang pulau pinang nanti jadi “Singapore kedua”…tatau la kerajaan campuran tu nanti berkesan ke atau memudaratkan rakyat..mungkin terlalu awal aku buat penilaian kt pembangkang yg bakal menerajui 5 negeri tu…kita boleh tunggu dan lihat…terus terang ckp aku penyokong BN..aku betul2 yakin hanya BN saja yg akan betul2 membela hak2 org melayu…kelakar betul bila dgr PKR bela HINDRAF…skang PKR dah menang org India dah bising nak naikkan org India jadik timbalan menteri besar@jawatan2 tertinggi dlm kerajaan…karpal singh skang dlm proses nak keluarkan DUN Kota alam shah yg kena tahan ISA tuh…apa dah jadik???org melayu makin dipinggirkan??mungkin org bukan bumiputera tak beritau terang-terangan mereka nak deprive org melayu..tp aku dah terasa bahangnya…aku baru pindah penang dan seriously susah betul nak carik keja kt penang coz most company nak chinese speaking…aku daftar kat mana2 agensi cari pekerjaan pun, mereka ckp benda yg sama chinese speaking preferred..skang DAP conquer penang…what’ll happen next??Tuhan saja yg tahu…Aku tak penah sokong PAS coz mereka takde pendirian…dulu lain ckp lain..dulu kutuk UMNO kafir coz bersekongkol dgn MIC dan MCA..skang PAS berpeluk-pelukan dgn DAP…aku tak penah nampak kewibaan PAS utk mentadbir negara…aku tgk kelantan takde kemajuan langsung…anak2 kelantan sendiri kena carik keja luar dr kelantan…jadi nape nak halang kemajuan??? kalau nak buat kemajuan semuanya dikatakan membazir. aku sokong BN pun bukan sokong buta2..BN pun memang ada cacat cela..apa2 yg BN buat yg tak elok utk rakyat pun aku tak sokong jugak.tp aku bersyukur coz BN (UMNO khususnya)lah hidup org melayu terbela.kalau takde kuota org melayu kat Universiti aku konfem org bukan bumiputera shj yg akan penuhkan Universiti Awam. bersyukur coz ada MRSM..bila budak2 melayu masuk MRSM, kira dah setapak kaki anak2 melayu masuk Universiti.maybe korang akan ckp aku racist. tp aku pegang kita org melayu ialah penduduk asal negara tercinta ini.memang kelebihan patut diberi kpd kita..aku taknak org melayu hidup merempat di negara sendiri. aku ingat kata2 ayah aku, “sampai mati pun ayah akan pangkah BN”…nak tau kenapa?? datuk aku org jawa tengah.merantau ke Malaya sebelum merdeka..lepas je merdeka terus datuk aku dpt kerakyatan hidup di Malaysia..kerajaan bukak FELCRA dan bagi 5 ekar tanah utk datuk aku teruskan hidup..ayah aku bersyukur sgt coz dia dilahirkan di Malaysia..ayah aku pernah pegi Jawa Tengah dan dia menangis tengok keadaan hidup org2 kt sana…jadilah org yang bersyukur wahai rakan semua..
By bedah jambu on Mar 13, 2008 | Reply
aku heran tgk skang nih DAP je yg sakan "bergendang"..mana PKR???owh aku lupa PKR sebenarnya Parti Campuran…so cemana nak bela nasib orang Melayu coz mereka dah KAOOTIMMM dgn org Cina dan India (Hindraf)…utk org Melayu yg pangkah PKR pilihanraya baru2 nih dan masih dibuai mimpi2 indah "negara kebajikan" tolonglah bangkit dari mimpi…org Melayu mesti bersatu semula
By Ciko Hangit on Mar 13, 2008 | Reply
@amieizam, kita tak napi memang melayu gah di dunia, kat Sri Lanka ada, kat Kemboja ada, kat Amerika ada, kat Arab ada.. tapi sekang apakah ketuanan melayu tu berti kita mesti… ikut je tak boleh angkat muka, BN (UMNO) saja yang betul.. apa PAS bukan orang melayu ke.. pendatang ke PAS!! kenapa nampak kat BN je pembela melayu.. apa media TV1,2,3,8,9 Utusan,BHr dan lain-lain dah buat, tak beri peluang pada melayu diluar BN.. yang bilangannya 68% berbanding melayu BN(UMNO).. PAS dah bebueh mulut minta berdebat ke RTM tapi BN tak benar… tu yang dikatakan Ketuanan Melayu… yu ni tidor ke.. Kita bincang pasai keadilan pemerintah.. jangan takut DAP. perlembagaan Negeri berRaja kata - pemerintah negara mesti seseorang berbangsa melayu dan berugama Islam.. Perlembagaan negara pulak tak akan berumah selagi ada melayu PAS, PKR & BN… jumlah yang melebihi dari bangsa lain di Perlimin.. ertinya boleh undi PKR boleh undi PAS boleh undi BN(UMNO).. cuma orang yang fikiran cetek yang silap.. tak teliti apakah seranai nama dalam ketuanan Melayu tu masih ramai lagi atau telah pupus ditelan kubur. Cuba selidiki.. kat PAS je jumlahnya melebih kat umno.
Pembangunan negara memang melangit 100% …. betul ke untuk rakyat My atau org tertentu saja kemdian BN tanjak nama. Yang tetap kaya cina. sebab pemaju negara mereka. Melayu dilantik dalamnya sebagai syarat ROC. BN sendiri telah menyelewingkan DEB cuba teropong, tanah orang melayu kat town P.Pinang tinggal berapa %, kat town Selangor berapa, WP … kampung baru … haa tak usah sebut le sakit…
Memang le caj tak seberapa… hutang PTPTN tak seberapa… cuba bandingkan kat Indonesia lahir saja kerajaan beri sumbangan.. kat U.K., Amerika, Poland &ll.. lahir saja sumbangan dan kredit ekonomi. di My.. apa ??
Tak apa… @amieizam tunggulah apa akan jadi sekiranya ketuanan melayu Bn terus membuat dasarnya seperti 50th lalu… fikirlah kos sara hidup dulu dan sekarang nilai rm10 dulu tak sama rm10 sekarang. yu rasa ikut BN tu…. ok.. ye haa…..haa..
By Ciko Hangit on Mar 13, 2008 | Reply
Bedah jambu… saya rasa elok yu pergi melancong ke Kelantan tengok sendiri.. apa ada.. kalau tak ada bandarnya cita sama saya..
Jangan lupa masa ayah yu dulu memang BN memang ok.. tapi yu sendiri tak tau. dulu bukan BN tetapi adalah PERIKATAN logo kapal layar. Kita tak guna memuja yang telah tiada. cuma yang ada BN sekarang… saya nak tanya yu mengundi tujuan apa.. mengekalkan pusaka ayahmu atau untuk masa depan diri yu…. dan generasi yu..
By loduma dungui on Mar 14, 2008 | Reply
kalau u nak buat perbandingan kat indonesia lahir saja ada kredit kerajan bagi mengapa ramai orang indon masuk secara haram kat malaysia khususnya kat sabah. saya rasa u ni pun ta terpopong jauh2 hanya kat bawa kolong rumah itu pun kalau ada kolong. memang saya sokong BN sebab da menerajui kerajaan dari dulu sampai sekarang. Kat semananjung orang melayu da ta sehaluan pasal tu la dia sokong DAP supaya mereka dapat turut serta naik ke bulan pakai roket DAP. lihat saja Pulau pinang dan perak. Oleh itu saya harap PM dapat mentadbir negera dengan baik walau dengan sokongan orang Sabah dan Sarawak yang masih setia kepada BN pimpinan Abdullah Badawi. Mintalah Kerajaan pusat bekukan projek mega yang dalam perancangan dan perlaksanaan di Pulau Pinang dan Perak agar orang melayu buka mata bila diperintah oleh DAP yang bagi BONOS RM6000 kepada rakyat sana. Mereka yg sokong BN biar tak dapat bonos agar negera aman,selamat,makmur. mereka yang ta dapat melihat, bukala mata luas2. jangan tersilap lagi.
By loduma dungui on Mar 14, 2008 | Reply
betul tu ……..Keadilan ini memang karut, kat Sabah dia kata kalau keadilan menang dia akan kaji 20 perkara penyertaan sabah dalam malaysia,semak semula royaliti minyak 5% tapi saya heran kat keadilan khususnya anuar ibrahim, masa dia jadi timbalan perdana menteri dan menteri jkewangan lagi tu di zaman mahathir dia ta buat benda ni mengapa dalam pembengkang dia baru nak buat. dia ingat orang sabah ini bodoh sangat ke. kami da taula apa yang baik bagi kami. pemimpin sabah ini pun gila kuasa juga ta da persefahaman langsung. cuba lah sedar sikit cermin la diri tu biar betul-betul. ini tidak mau saja menghantam orang lain demi kepentingan dirinya sendiri……
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
melayu di sri langka, kemboja..berapa ramai…bagi teman figure sebenar mereka? tell me sapa jadi pemimpin tertinggi negara tuh? ramai ke melayu jadi pemerintahnyer??? jangan kan kemboja…seluruh dunia dah ada melayu.. tapi di malaysialah bangsa melayu beragama islam di junjung tak kira aku umno dan ko pas!! tapi bila jadi begini mahukah DAP menjunjung ISLAM dan Melayu….PAS akan junjung?? macamana nak junjung? kalau ngan DAP dah sama berkendung!!! jadi MB tapi buat keputusan perlu dibuat secara bersama. Kalu DAP x suka boleh kah buat juga suka-suka?
YU PIKIR PASAL KELATE APER YANG ADA DATANGLA KE IPOH/PENANG/KL macam yang teman kata cine kelate dah ramai makan budu.
bila berfikir tak sampai sejengkal…itu lah jadinye…kenapa tak perlu debat di TV/Radio ? sebab dengan mengadakan benda2 seperti itu lagilah umat melayu ISLAM akan berpecah belah lalu retak….bukan saja bangsa cina…india
malahan serata dunia pun mengekek gelak melihatkan kita…tai perlukah semua di beritahu??? itulah indahnya peribahasa melayu kalau tarik rambut dalam tepung, kena halus cara!!!!tepung tak tumpah…muka tak kena!!!
Perlukah nak takutkan DAP..tak perlu!!! yang ditakuti budaya menipu dan mengambil kesempatan yang jadi amaln DAP untuk tolak melayu dan islam khususnya…
ciko kena ingat, RAJA kita RAJA BERPELEMBAGAAN maknanya kuasa raja tak meliputi segala. Mujurlah orang2 dulu UMNO bijak, memikirkan tentang keadaan yang mungkin terjadi di kemudian hari..walaupun majoriti melayu di parlimen mahupun DUN tapi kalau yang ada hanya laksana kerbau dicucuk hidung apakah kita masih berkuasa? kalaupun nak teruskan kuasa untuk agama dan bangsa kenapa perlu memilih mereka yang memusuhi Islam dan Bangsa?
Ali Imran Ayat 149
hai org beriman “jika kamu mentaati orang kafir itu nescaya ia membalikkan kamu ke belakang nescaya jadilah kamu orang yang rugi”
Ali Imran Ayat 196
janganlah kamu terpedaya dengan kebebasan org2 kafir itu bergerak (yakni kelancaran dalam perladangan dan perusahaan) di dalam negeri… Itu hanyalah kesengan sementara kemudian tempat tinggal adalah JAHANNAM
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
CIKO nih….nilai duit pun jadi masalah, bagitau kat saya di mana bandar, diulang carikan saya bandar yang maju (takperlu negara maju) yang kos sara hidupnya rendah…dan nilai matawang sama dulu,kini dan selamanya… amieiezam bagi sepuluh hinggit…
setuju dengan loduma…minta ciko bawa anak cucu lahir di INDONESIA…yang negaranya suatu ketika merayu malaysia(yang dulunya tanah MELAYU) membantu mereka…nak makan pun susah la melayu kat sana!!
By loduma dungui on Mar 14, 2008 | Reply
siapa orang kafir tu. bagi sesetengah orang melayu menganggap orang2 kristien itu kafir,lihat saja apa yang berlaku di bali indonesia yang mengorban banyak orang. bagi saya orang kafir itu orang yang tidak berpegang kepada agama wahyu.justeru itu bukan orang yg percaya kepada alquran orang benar.
mala semua orang ini mempunyai kepercayaan tersendiri dan terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak.
apa yang menjadi persoalan saya kenapa orang melayu ini sering melebelkan orang lain sebagai kafir sehingga kita boleh memakan makanan yang dikendalikan oleh mereka kerana jika kita memakan makanan itu kita tergolong dalam orang kafir.
Dalam kanca politik masa kini orang melayu telah melenteng apabila pp,kedah,selangor,perak jatuh ke tangan pembangkang. ada ka sudah terhantuk baru terjaga. insaflah orang yang seperti ini.
orang DAP ini mungkin ada kelebihannya dari orang melayu itu sendiri.kita cuba lihat dan ukur dalam tempoh 5 tahun dari sekarang apa yang akan berubah dalam kawasan yang di terajui oleh pembengkang.
By PAS on Mar 14, 2008 | Reply
Sejarah tidak boleh ditipu, tapi rakyat yang buta hati mudah sekali untuk ditipu. Cuba semak balik tarikh penubuhan UMNO (Baru) bila ia ditubuhkan. Umno pernah diharamkan sekitar tahun 1988, lalu ditubuh UMNO (Baru)- ada perkataan baru. Lagi satu, UMNO adalah singkatan daripada perkataan Inggeris. Tidak seperti PAS iaitu untuk Parti Islam SeMalaysia yang masih mengekalkan bahasa Malaysia. Kalau nama pun dah guna bahasa Inggeris, mana dia bukti kata nak perjuang untuk bangsa Melayu.
Sekali sekala, bacalah http://www.harakahdaily.net, jangan asyik terima sebelah pihak sahaja seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV3 atau lain-lain.
Semoga pemerintahan ulamak terus kekal di Kelantan. Kami golongan muda akan sentiasa bersama kepimpinan Tok Guru.
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
kalau parti islam semalaysia bukan PIS ker?
kenapa dengan UMNO 1988? apa masalah nyer? dan sejarah juga menyatakan PAS pernah dalam barisan perikatan.
By bedah jambu on Mar 14, 2008 | Reply
tahniah kpd semua pemangkah BA!!! baru seminggu pilihanraya P.Pinang dah kacau bilau…bayangkan kalau BA memerintah Malaysia??!!! buat apa nak takut DAP??!!! aku lebih sedey tgk orang Melayu yg rela pangkah DAP daripada pangkah BN…korang rela dpt pemimpin bangsa Cina yg dah sedari awal tak nampak berminat langsung nak bela nasib orang Melayu sendiri??!!
By wawaronny on Mar 14, 2008 | Reply
cik/encik ciko ni sume nk free kan? ntah2 kawen pun nk free koooootttttttttt??? Belajar pun nk berkira ke ciko? try cari luar dapat ker kt luar sana kurang RM28,000? tanak berhutang toksah pinjam…dah pinjam, kena lah bayar. kalau ciko tak setuju, bley la i pinjam duit u pasni…takyah bayar, kan?
By wawaronny on Mar 14, 2008 | Reply
ye cik bedah. ada pulak melayu MERAYU, ulang suara, MERAYU dinegara sendiri. tapi, tak boleh nk buat ape. tgn mereka yang pangkah. bare the consequences lah, kan?
By bedah jambu on Mar 14, 2008 | Reply
ada satu ayat ciko hangit yang aku rasa org melayu yg mcm ni yg patut tak payah jadi melayu
ko perasan tak ciko ko ada ckp —JANGAN TAKUT DAP
patut la aku terbaca dalam paper baru2 ni ada ckp melayu undi DAP. mula-mula aku tak pecaya melayu undi DAP. lepas ciko ckp mcm ni baru aku pecayer memang ada melayu sokong DAP
By bedah jambu on Mar 14, 2008 | Reply
aku rasa skang ni orang Melayu tak kira apa parti pun kena bersatu..aku paham rasa marah korang kpd kerajaan sehingga keputusan PRU lepas memihak kemenangan kpd pembangkang. aku pun tak semua benda yg kerajaan buat aku setuju.
aku harap sgt kerajaan akan membuka mata dgn kekalahan ni dan berusaha gigih lagi demi orang Melayu. ye betul PAS pun orang Melayu, dan paling bagus memperjuangkan Islam. Tapi sorry aku tetap tak yakin PAS mampu memerintah sebuah negara…lebih2 lagi dengan pakatan BA nih
By Ciko Hangit on Mar 14, 2008 | Reply
Marah betul amieiezam dan kekawan lain… sedar ke pemimpin melayu BN ni teruk macam mana.. cuba fikir .. bandingkan sikap profesional antara Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon yang lebih terbuka dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pembangkang berbanding tokoh yang diharapkan sebagai ketuanan melayu iaitu Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali lesap entah kemana.
" Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menerima pujian pelbagai pihak, kawan mahu pun lawan, atas sikap profesional dan matang beliau menerima hakikat kekalahan partinya dan dirinya, terutama di Pulau Pinang. "Saya menerima keputusan dan pemilihan pengundi di kawasan ini. Saya ucapkan tahniah kepada calon yang dipilih iaitu Prof Dr P Ramasamy," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Batu Kawan, di Seberang Perai, malam 8 Mac lalu. Sebaik memastikan partinya dan BN tidak mungkin kembali memerintah Pulau Pinang, Koh mengambil inisiatif memaklumkan Yang di-Pertua Negeri agar menunggu surat rasmi daripada parti atau parti-parti gabungan yang telah menang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) mengenai calon ketua menteri serta perlantikan exco kerajaan negeri. Penjelasan Koh itu mengejutkan para penonton tv malam itu. Bukan itu saja, Koh malah menyatakan bahawa beliau sendiri turut memaklumkan tindakannya itu kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. "Saya juga sudah menghubungi Pengerusi DAP (Pulau Pinang), Chow Kon Yeow mengenai perkara itu," katanya. Koh memberi jaminan proses transisi kuasa di negeri itu akan berjalan secara lancar dan sempurna. Kata itu memang dikotakannya. Dalam beberapa hari berikutnya, rakyat Malaysia dapat menyaksikan bagaimana bekas ketua menteri yang berjiwa besar itu menjadi ‘hos’ yang baik kepada penggantinya, Lim Guan Eng. Beliau sendiri ‘membukakan’ pintu Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk dimasuki Lim. Beliau juga turut hadir menyaksikan upacara mengangkat sumpah jawatan oleh Lim. Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Ka Ting juga tidak kurang hebatnya. Beliau tidak kalah di Parlimen Kulai. Calon-calon partinya juga ramai yang menang. Bagaimana pun secara keseluruhan partinya hanya mampu menang 15 daripada 40 kerusi parlimen ditandinginya. Ia suatu kemerosotan lebih dua kali ganda berbanding 31 kerusi yang dimenangi parti itu pada 2004. Secara gentleman Ong menerima tanggungjawab atas kekalahan itu. Beliau bertegas menolak sebarang jawatan dalam kabinet. Itu sikap dan kematangan ditunjukkan dua pemimpin parti komponen BN. Mereka bukan Melayu, bukan Islam. Lihat pula bagaimana reaksi dan sikap ditunjukkan pemimpin Melayu-Islam dalam BN atas kekalahan parti mereka. Apakah jiwa bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid sebesar Koh untuk menyambut kedatangan penggantinya di pejabatnya di Alor Setar? Apa pula komen atau keterbukaan ditunjukkan Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali, bekas Menteri Besar Perak? Beliau dilaporkan enggan ditemubual wartawan selepas mengetahui BN gagal mempertahankan kerajaan negeri. Sikap ditunjukkan rakan sejawatnya di Selangor malah lebih mengundang perbualan masyarakat. Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo dikatakan ‘hilang’ dan tidak dapat dikesan media untuk mendapat apa jua komen atau ulasan mengenai kekalahan BN di negeri itu. Sehinggakan beredar meluas satu pesanan ringkas menerusi telefon satu jenaka mengenai kehilangan beliau itu. Jelas sekali para pemimpin Umno tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan marah mereka atas kekalahan menimpa BN. Bagaimana mungkin nak diharapkan mereka ini akan terus memberikan sumbangan bermakna untuk negeri masing-masing di atas kapasiti sebagai pembangkang? Tambah mendukacitakan, perasaan marah itu turut diterjemahkan dalam bentuk tindakan membalas dendam. Sudah ada tanda-tanda bahawa rakyat yang menolak BN akan dihukum. Kenyataan beberapa pemimpin Umno kebelakangan ini menjelaskan maksud mereka itu. Slot berita Buletin Utama, di TV3 malam tadi (Khamis, 13 Mac) melaporkan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang telah memanggil mesyuarat khas parti itu semalam. Turut disiarkan kenyataan Setiausahanya, Dato’ Azhar Ibrahim mengenai keputusan diambil Umno negeri itu berkaitan kelangsungan projek-projek mega di situ. "Kita mengesyorkan kepada kerajaan Pusat menghentikan semua projek mega dan projek-projek yang dirancang kerajaan Pusat di negeri ini. Biar kerajaan hari ini yang merancang untuk penduduk. Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pemimpin baru di negeri ini," itulah lebih kurang kata beliau, sebagaimana disiarkan TV3 malam tadi. Nah! Bukankah itu tindakan balas dendam politik namanya? Mana pergi jiwa besar para pemimpin Umno sehingga tidak bersedia menerima kekalahan? Ataukah mereka ini memang jenis manusia yang sentiasa meletakkan diri mereka lebih hebat dari orang lain? Akhbar Berita Harian, Rabu (12 Mac) pula ada memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Wira Mohd Ali Rustam yang turut memberikan gambaran serupa. Dalam kenyataan dibuatnya selepas mengangkat sumpah jawatannya, Mohd Ali memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan meneruskan semua projek pembangunan seperti dijanjikan bagi memastikan wawasan Melaka Maju 2010 tercapai. "Ini termasuk projek yang sudah diluluskan di Parlimen Kota Melaka meski pun pengundi memberi kemenangan kepada calon DAP. Tapi kalau projek baru, saya terpaksa berfikir dua kali sebelum melaksanakannya," akhbar itu memetik kata Mohd Ali. Akhbar The Star di hari sama mendedahkan kenyataan beliau yang lebih panjang. Di bawah tajuk utama mukasurat 12, berbunyi "CM: Projects may be disrupted", Mohd Ali dipetik sebagai berkata beliau akan berfikir dua kali untuk melaksanakan sebarang projek baru di Bandaraya Melaka memandangkan kawasan itu dimenangi DAP. "We wanted to develop it further but the rakyat is not so interested. If there are new things (project), maybe I have to think twice," akhbar itu memetik kata Mohd Ali. Beliau turut dilaporkan berkata semangatnya untuk membangunkan bandaraya tersebut kini pudar disebabkan pendirian pengundi kawasan itu yang menolak BN. Wajarkah rakyat dihukum sebegitu kerana menggunakan kuasa undi mereka? Itu belum lagi seluruh negeri Melaka jatuh ke tangan pembangkang. Bayangkan apa yang pemimpin seperti ini akan lakukan sekiranya kerajaan negerinya juga kecundang? Jangan lupa Mohd Ali ini juga lah yang telah mengharamkan sebarang rombongan pegawai dan kakitangan kerajaan negerinya ke Kelantan dan Terengganu sewaktu kedua-dua negeri diperintah PAS pada 2000 dulu. Beliau bahkan turut membatalkan kontrak panel beberapa firma guaman yang disyakki dimiliki penyokong pembangkang di negerinya. Sikap balas dendam Mohd Ali itu bagaimana pun tidak begitu diperkatakan orang ketika itu. Di masa sama berlaku satu lagi episod balas dendam oleh Umno Terengganu yang jauh lebih besar, iaitu perampasan royalti petroleum daripada kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS. Tiada pihak dapat menafikan betapa Umno Terengganu lah yang menjadi punca perampasan itu. Ia bermula desakan perwakilan Umno Terengganu di Perhimpunan Agung Umno tahun 2000 agar pembayaran royalti minyak kepada negeri itu dihentikan. Dalam ertikata lain, oleh kerana rakyat Terengganu telah memilih PAS, biarlah PAS yang mencari sendiri sumber pendapatan negeri. Umno mendakwa royalti adalah hak kerajaan BN sahaja. Rakyat Terengganu wajar dihukum kerana menolak BN. Kini, bayangan tindakan serupa sudah menampakkan diri, terutama di beberapa negeri diperintah PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Meski pun transisi kuasa di Pulau Pinang dilangsungkan secara baik oleh Gerakan, ia tidak diterima sebaiknya oleh Umno. Kita tidak tahu apa pula tindakan bakal disusuli Umno Kedah, Selangor mahu pun Perak terhadap kerajaan negeri masing-masing selepas ini. Apa yang pasti, para pemimpin parti itu jangan marahkan rakyat jika Umno digelar sebagai ‘parti pendendam’. - mr
By amieiezam on Mar 15, 2008 | Reply
hmmm…ramai juga yang kata orang melayu nih pentingkan semangat kemelayuan drpd agama Islam. saya tak setuju!!!! dalam konteks Malaysia (yang dulunya tanah melayu) survival bangsa sering jadi pertaruhan. baik bengsa peribumi mahupun warganegara yang lain. Namun dalam konteks diri seorang melayu perasaan sayang kepada agama adalah perkara yang tidak boleh diusik sama sekali.
dan dalam hal ciko: adalah tidak adil menyamakan melayu kelate dengan survival melayu di negeri lain.
By zulkarnain md yusof on Mar 15, 2008 | Reply
Syabas bro, syabas…..! tabik springgg….peace..
By amieiezam on Mar 15, 2008 | Reply
waa…kagum…banyak sedara ciko tau..macam x umno jer heheheh
macamana pulak yer bila tuan guru taknak salam seteru politik “seagama”? kotor sangat ke agaknya tanya saudara seislamnya itu. betulah kot…tsu khoon pun lebih gentleman dari tuan guru tersebut…wallahualam.
ntahlah ekkk…mcm ada somethhing jer….semuanya mudah…malas nak quote semula tapi semuanya ada penanda (”xxx”) rujuklah cerita kegentleman tsu khoon oleh ciko diatas.
mungkin lah aksi khir toyo dan tajol rosli mcm tak gentleman tapi kena paham…sapa bakal MB pun taktau…nak salam ngan sapa?? hehehe tapi yang pasti masing2 bekas MB ini meratapi kekalahan BN/Malayu di negeri masing2…dan yang lebih memeritkan kepada DAP yang terkenal anti melayu dan paling utama anti islam… apa pendapat ciko? Teman rasa di kedah dah settle dan mahadzir sendiri menjadi saksi upacara angkat sumpah ustaz azizan, siap peluk lepas tuh sambil ucap tahniah…tunggu la sapa MB PERAK, amieizam pu nak sala lepas solat jumaat bebila nanti…tapi adakah MB baru Islam? wallahualam.
kata tuan guru hj hadi…PAS tak punya hubungan dengan DAP tetapi pas menghormati hubungan PKR-DAP. Takkan semudah itu PAS nak meletakkan halatuju mereka kearah pembentukan negara ISLAM ketangan “sahabat” barunya. ala-ala pen pal la…tak nampak pada zahirnya sahaja.
p/s apa pendapat ciko pasal komen kit siang minta maaf pada tuanku…sesetengah kata mainan media…pandai media main ekk? tapi kena web DAP pun minta maaf?
By bedah jambu on Mar 16, 2008 | Reply
mmg semua org sedia maklum tentang kebencian PAS kat UMNO sejak dulu lagi..sampai skang ni sanggup pangkah DAP dari BN…nak jatuhkan kerajaan punye pasal sanggup bagi tanahair kat bekas komunis.nak sangat buat perubahan kononnya utk generasi akan dtg sanggup bersekongkol dgn DAP&PKR yg jelas bertanding utk kepentingan masing2…beberapa hari lepas DAP menang, sumer ayat2 Al-Quran di dinding-dinding pejabat kerajaan di KOMTAR diarahkan turun. mana pegi alim ulamak tuan guru PAS semua yg dok tegakkan Islam???!!!..dok kata pimpinan UMNO ni bukan kepimpinan ISLAM…
By bedah jambu on Mar 16, 2008 | Reply
pasal pemimpin UMNO marah…aku seorang rakyat Malaysia yg kerdil ni pun marah dgn keputusan PRU lepas tuh…marah coz ramai rakyat yg berpemikiran cetek tertipu dgn manifesto BA yg jelas mustahil nak dilaksanakan..janji macam2, bila dah menang boleh berdolak dalih..dan ada pulak yg benci individu tertentu dalam parti UMNO, benci punye pasal pegi pangkah BA…kononnye nak pembaharuan..kononnye kepimpinan kerajaan skang ni zalim. skang ni bagi cina memerintah..dok mengharap untung nasib kat bangsa lain..aku sendiri pun marah…tatau cemana future anak cucu aku di Penang nih.
PAS boleh ckp UMNO kafir…skang kita tgk sendiri PAS bersekongkol dgn DAP..kita tgk saje lepas ni PAS akan byk jilat ludah sendiri
By bedah jambu on Mar 17, 2008 | Reply
pasal tabika kemas dlm harakah PAS (Ustaz Azizan) ckp UMNO buat fitnah memburukkan kerajaan PAS di mata masyarakat…last week TABIKA KEMAS kampung aku kt Kedah ditutup beb…langsir2 pun diorg sapu
By amieiezam on Mar 17, 2008 | Reply
@bedah ; MELAYU MAKAN MELAYU
goreng pun sodap
By Zacks on Mar 18, 2008 | Reply
Khas buat ciko,
Sebenarnya apa yang di pertahankan oleh sedara ciko… agama? Dan atas dasar apa? Agama atau kepentingan sendiri?
Kalau atas dasar agama? Maka saya rasa saudara ciko nie banyak kena belajar lagi….. PAS, UMNO sama saja … pernahkan sedara ciko terpikir … kenapa dari dulu lagi BN memerintah ? keanapa PAS, DAP maupun PKR tidak mendapat mandat 2 pertiga dari rakyat… di sebabkan pengundi hantu ker? Atau taktik kotor BN? Bukan sebab kehendak illahi ker? Bukan sebab segalanya telah ditentukan oleh illahi ker? Bukan kerana Allah telah menentukan segala perjalan kita diatas muka bumi ini? Segala apa yang berlaku bukan dari ketentuan dia ker?
Jadi kenapa nak mempertikai ketentuannya? Dengan mengatakan berbagai alasan? Jgn jadi munafik atas dasar kita terlalu taksub akan perihal politik ….sehingga kita lalai dan lupa apa yang sepatutnya kita ketahui …
PAS, UMNO, PKR sama sahaja kerana masing ² ada kepentingan sendiri…………………………..tapi kalau nak di ikutkan PAS lagi teruk… kerana mempermainkan² kan isu agama wal hal PAS sendiri terdiri dari ulama² yang berwibawa…
Negara Islam yang berlandaskan hukum hakam islam manifesto PAS dulu … la nie negara berkebajikan… bukan itu sudah lari dari landasan PAS…. yang lebih menampakan kepincangan tanpa saya rasa ada yang menyedarinya adalah bila PAS mencalonkan kaum hawa sebagai calon dalam Pilihan Raya… bukan nak memperkecilkan kaum hawa … tapi mengikut apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadis yang memimpin dan menghakimi adalah dari kaum adam… mungkin saya jahil atau tersilap …. tlg bagitahu saya andai ada tertulis dalam Al-Quran dan hadis.. Surah dan ayat berapa? Hadis yang diriwayatkan oleh siapa? Tlg saudara Ciko….
Pas dengan PKr juga pernah menjadikan Masjid sebagai tempat politik mereka. Sedangkan masjid itu tempat suci di mana allah swt telah berfirman bahawasanya masjid itu umpama rumah ku.. dan tetamuku adalah terdiri dari org² yang beriman … yang selalu beribadat di rumah ku…
Masjid adalah tempat beramal ibadat,tempat pengajian ilmu… bukan tempat berpolitik. Pernah ke kita tgk kaum Cina dan India mengunakan Kuil dan tokong² sebagai tempat beribadat…
PKR pernah menjatuhkan kesucian masjid….. sewaktu reformasi di masjid negara waktu Dato’ Sri anwar baru di tangkap.. gambarny terpampang dimuka depan kesemua surat khabar.. .. selesai solat jumaat …. apa yang terjadi? Bukan ker Datin sri Azizah bersama beberapa ahli tertinggi PKR berjulang tangan di tingkat atas masjid negara? Ternyata tgn yang dijulang itu bukan muhirimnya…apakah hukumnya? Haram… dan yang paling memalukan ada dikalangan ahli PKR waktu itu adalah dikalangan bukan islam…. kenapa biarkan bukan islam didalam masjid? Ituk kah yang sedara Ciko katakan saudara Ciko mempertahankan agama saudara Ciko? Mana perginya ulama² PAS… kenapa tak bersuara membantah…. Masjid dihina… islam dihina… kenapa mereka berdiam aje.. tutup sebelah mata… la nie bersekongkol dengan mereka… jadi atas dasar landasan apa PAS sebenarnya…
Pikirlah… renunglah diri kita….
Saudara Ciko sebelum bercerita tentang perjuang agama mu… dalami dulu agamamu … bukan setakat solat 5 waktu sahaja tanpa tahu akan pengertiannya…
Parti Tanah Melayu.
By amieiezam on Mar 18, 2008 | Reply
alhamdulillah…syukran zeks…
@ciko
insyallah, kudis bila makin lama digaru….makin sedap tapi mudarat kemudian hari tuan kaki yang tanggung.
tangan jangan mudah menunjuk salah, "salah orang" yelah kita mudah nampak, salah sendiri?
satu benda yang menghanginkan aku….
guan eng dilabel hero penyelamat maruah gadis melayu islam usia 15 tahun drpd nafsu serakah seorang pemimpin UMNO. Bukan kah atas kapasiti dan unsur politik sahaja yang di berkenan nak menolong. kenapa sejak tuh takder lagi kes rogol yang dia tampilkan? hero zero
By PAS on Mar 23, 2008 | Reply
Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat kononnya calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.
“Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.
“Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.
Tunjuk perasaan
“Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!” katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.
Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya “diajar oleh Umno sendiri”.
“Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula”.
Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.
“Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?” tanya beliau.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.
Laporan BPR
Mengenai laporan bahawa Adun Umno Terengganu telah mengemukakan adua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat salah laku Ahmad dalam dua projek di Kijal, Mahfuz berkata, Umno ternyata tidak mengemukakan calon yang benar-benar bersih di dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
“Umno bukan sahaja mengemukakan calon yang tidak bersih sepenuhnya malah berbohong pula kepada rakyat kononnya mereka telah mengemukakan calon-calon yang ditapis.
“Mengapa Idris sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu mengemukakan calon yang kini pihaknya sendiri membuat aduan kepada BPR tentang salah lakunya? Sebelum ini mengapa tidak lapor?
“Benarkah Idris menerima ugutan dari Ahmad supaya Adun Kijal itu dicalonkan dalam pilihan raya umum baru-baru ini? Jika benar Ahmad mengugut Idris, mengapakah Idris diugut? Apakah kesalahan Idris sehingga beliau boleh diugut?” Mahfuz mempertikaikan.
Tidak layak
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak lagi menerajui pentadbiran negara ini.
“Sebelum ini, Raja Perlis memberikan ‘undi tidak percaya’ kepada Abdullah apabila menolak cadangan Abdullah supaya melantik (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) sebagai Menteri Besar negeri itu.
“Sekarang, Sultan Terengganu pula menolak Idris yang dicadangkan oleh Abdullah.
“Abdullah mesti ingat, tamparan hebat ke atas kepimpinannya tidak datang dari istana Perlis dan Terengganu sahaja.
“Sebelum itu, rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah sehingga pentadbiran BN di negeri-negeri tersebut telah diambil alih oleh kerajaan-kerajaan rakyat manakala Kelantan tetap kekal di tangan PAS.
“Itu tidak termasuk Kuala Lumpur di mana BN hanya memenangi satu kerusi sahaja,” katanya.
Mahfuz juga mempersoalkan tindakan double standard pihak polis.
“Mereka yang dipergunakan oleh Umno untuk berdemonstrasi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor diberikan layanan terbaik dan paling istimewa oleh polis, sedangkan di Terengganu polis begitu bengis menangkap rakyat yang hanya memasang sepanduk menyokong Sultan mereka,” kata beliau yang begitu marah dengan sikap polis itu.
By amieiezam on Mar 23, 2008 | Reply
kita tengokla sapa derhaka sapa tak
By PAS on Mar 24, 2008 | Reply
Kenapa nak tengok je… bagi la komen. Kalau Lim Kit Siang bukan main seronok bagi komen. Tapi bila kena orang UMNO (Baru), senyap tak terkata apa2… Inilah sikap segelintir orang2 UMNO (Baru)…
By Zacks on Mar 24, 2008 | Reply
Khas buat PAS,
Hem.. Memang di akui dasar pentadbiran sekarang ada masalah…mungkin dari pucuk pimpinan sendiri…mana² parti pun sama jer..baik UMNO mau pun PAS…lumrah manusia kan…yang penting saya menyokong parti baru yang akan ditubuhkan… yang benar² melindungi org melayu dan yang paling penting mengikut kehendak agama…
Parti Tanah Melayu
By PAS on Mar 24, 2008 | Reply
Islam tak suka kepada pecah belah. Parti PAS dah ada, buat apa nak tubuh parti baru lagi. Cuba sebutkan kat bahagian mana yg PAS menyeleweng dari Islam?
Dan ingatlah, Islam tidak memperjuangkan bangsa, tapi agama. Kalau orang berbangsa Cina atau India yg peluk Islam, PAS tetap terima jadi ahli. UMNO (Baru) terima ke?
By Zacks on Mar 24, 2008 | Reply
Khas buat PAS,
Babnie saya rasa saudara PAS kena banyak blajar pasal agama… Jika benar PAS memperjuangkan agama… kenapa tak berlandaskan hukum hakam agama? Contoh saya dah nyatakan dia atas…. tapi biar saya ulang lah… mungkin saudara PAS tak menyedari perkara ini…. PAS terdiri dari golongan ulama yang berwibawakan? Dan boleh di katakan .. begitu memahami intipati yg terdapat dlm ajaran islam…
Dalam Al-quran dan hadis telah menyebut… bahawa yang boleh memimpin, mengimamkan dan menghakimi adalah dari kaum Adam…. tapi kenapa PAS mencalonkan Kaum Hawa…. bukan itu dah lari dari landasan islam… kalau saya tersilap atau jahil … tlg saudara PAS tunjukkan surah serta ayat keberapa atau hadis yang diriwayatkan oleh siapa membolehkan kaum Hawa memimpin.
Satu lagi kepincangan PAS…. Dalam ertikata memperjuangkan Agama, Kenapa PAS bersengkonkong denga DAP dan PKR sedangkan mereka mempunyai agenda tersendiri…
DAP terang² menolak perlaksanaan Negara Islam sebelum ini… mana pendirian PAS….
Ingat lagi waktu Dato’ Sri Anwar di tangkap…
Selang beberapa hari lepas itu… satu reformasi di anjurkan oleh PKR di Masjid Negara… selesai solat Jumaat… ada terpampang di surat khabar… gambar sebahagian ahli PKR berada di beranda masjid negara… termasuk yang bukan islam…
sedangkan masjid itu adalah tempat yang suci bg kita…. Allah pernah berfirman… Bahwasanya masjid adalah umpama ruma ku.. dan tetamuku adalah mereka yang beriman dan beribadat kepadaku
di rumahku… Kenapa waktu itu PAS berdiam diri… sedangkan waktu itu mereka sepatutnya lantang bersuara membantah… bukan ke Masjid dihina? Mana kesucian masjid jika mereka yang bukan islam boleh memasuki masjid.. berada di beranda tempat kita bersolat …..
Dan sekarang PAS bersengkonkol dgn mereka?
Jadi atas dasar apa perjuangan PAS sekarang nie? Agama atau kepentingan sendiri…..
Dalam Islam pun memang ada mengatakan semuanya yang memeluk islam adalah saudara baru… Andaikata PAS menerima mereka … kenapa tiada saudara baru yang PAS calonkan sabagai calon mereka… saya rasa setiap kali saya pergi tmn melewar… ada gak saya melihat saudara baru… bahkan saya ada bergaul dgn mereka .. dan ternyata ada diantara mereka yang lebih berwibawa dari calon yang PAS utarakan sekarang nie.. tapi…. ada kah PAS berbuat begitu… bagi peluang pada mereka?
Jadi kesimpulannya sama sahaja PAS, UMNNO, PKR DAP masing² ada agenda tersendiri… dan kita semua tahu kenapa… Masalah timbul parti baru atau tidak.. bukan menjadi masalah pada sesiapa? Selama ini pun apa yang terjadi adalah ketentuan tuhan… dulu waktu PAS tewas… semua mengatakan kerana penghuni hantu, taktik kotor BN lah.. tapi tak pernah ada yang mengatakan itu ketentuan illahi … mengapa nak menolak apa yang telah ditentukan … tetapi meletakan kesalahan pada org lain … jadi bukan ker itu melawan kehendak illahi… jgn jadi munafik kerana parti sampai kita lupa apa yang patut kita ingat … bukan sekadar solat 5 waktu tapi pengertiannya tak kita fahami…
Parti Tanah Melayu,
Jihad ku keatas Agamaku,
Bangsaku Dan Tanah airku….
iaitu tanah Melayu….
By PAS on Mar 25, 2008 | Reply
Bukan nak berdebat, sekadar berpendapat:
1. “PAS terdiri dari golongan ulama yang berwibawakan? Dan boleh di katakan .. begitu memahami intipati yg terdapat dlm ajaran islam… ”
= Tau takpe. Kalau enta dah mengaku dalam PAS ada ulamak, jadi nak apa lagi… Ikut je la… Dalam Parti Tanah Melayu ada ulamak gak ke?
2. “Dalam Al-quran dan hadis telah menyebut… bahawa yang boleh memimpin, mengimamkan dan menghakimi adalah dari kaum Adam…. tapi kenapa PAS mencalonkan Kaum
Hawa…. bukan itu dah lari dari landasan islam… kalau saya tersilap atau jahil … tlg saudara PAS tunjukkan surah serta ayat keberapa atau hadis yang
diriwayatkan oleh siapa membolehkan kaum Hawa memimpin.”
= Dalam Islam, tiada larangan ke atas wanita untuk mengundi, dipilih untuk diundi atau menjadi wakil dalam parlimen/dun. Sila rujuk ayat 159, surah ali-
Imran: “Bermusyawarah dengan mereka dalam semua urusan”. Perintah Tuhan mengenai syura ini bukan hanya untuk lelaki sahaja, malah untuk perempuan juga. Jadi
adalah hak mereka untuk menentukan wakilnya dalam urusan berkaitan perempuan. Ayat 71, surah al-Taubah yg bermaksud: Dan orang2 mukmin lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebhg yg lain… Banyak lagi contoh lain, S.Umar pun pernah mengambilkira pandangan seorang wanita dalam
menentukan dasar sosial (penentuan kadar mahar dan tempoh perempuan boleh bersabar bila ditinggalkan suami).
Cuma dlm masalah wanita yg memasuki bidang politik ini, perlu dilihat dalam dua bidang kuasa, iaitu wilayah khassah (bidang kerja khusus) dan wilayah ammah
(bidang kerja umum). COntoh bidang kuasa khusus seperti menjadi menteri yang menjaga portfolio wanita, masyarakat dll, manakala bidang kerja umum ialah
menjadi menteri yg menggubal dasar untuk semua rakyat atau menjadi ketua negara. Jumhur ulamak mengharuskan wanita menjawat jawatan dalam bidang kerja khusus
manakala dalam bidang kerja umum, jumhur mengatakan wanita tidak boleh jadi ketua negara. Namun bagi jawatan selain khalifah, ada 2 pendapat. al-Mawardi
menghukum tidak boleh wanita terlibat dalam jawatan yg berkaitan penggubalan dasar. Ibn Hazm pula berpendapat wanita harus menjadi menteri selain khalifah
kerana tiada nas yg jelas menghalang penglibatan tersebut.
Jadi, dlm konteks sekarang, harus bagi PAS atau UMNO (Baru) untuk mengambil wanita sebagai salah seorang menteri atau exco dlm kerajaan sekaligus meletakkan
wanita setaraf dgn lelaki dlm menjalani kehidupan di bumiNya. Tokoh2 sprt Khadijah, Aishah, Fatimah, Asma’, Zubydah dan ramai lagi jelas berketrampilan dlm
bidang2 seperti perniagaaan, keilmuan dan pandangan2 bernas dlm membantu Rasulllah memberi pendapat dan inilah yg dilakukan PAS.
3. “Satu lagi kepincangan PAS…. Dalam ertikata memperjuangkan Agama, Kenapa PAS bersengkonkong denga DAP dan PKR sedangkan mereka mempunyai agenda
tersendiri… DAP terang² menolak perlaksanaan Negara Islam sebelum ini… mana pendirian PAS….”
= Rasulullah pun pernah membuat MoU dgn org2 kafir seperti dlm Piagam Madinah. UMNO (Baru) pun ambil MCA dan MIC untuk buat parti Barisan Nasional. Tak boleh
ke PAS nak cuba dakwah DAP? Mana tau, kot2 ada yg tertarik nak masuk Islam.
4. “bukan ke Masjid dihina? Mana kesucian masjid, jika mereka yang bukan islam boleh memasuki masjid.. berada di beranda tempat kita bersolat …..
= Kat Masjid Negara dan Putrajaya ramai pelancong2 yg non muslim melawat serta bergambar dalam dewan masjid. Kenapa imam2 tak halau mereka keluar? Kenapa
dibuat satu pakaian khas untuk memudahkan pelancong yg pakai seluar pendek boleh masuk masjid? Lagi satu, masjid kita hari ini hanya penuh pada hari Jumaat
sj, orang2 Islam sendiri pun tak mau ke masjid. jawab sendiri yek…
5. “yang memeluk islam adalah saudara baru… Andaikata PAS menerima mereka … kenapa tiada saudara baru yang PAS calonkan sabagai calon mereka…”
=Cuba lawati Kelantan. YB Anuar Tan adalah orang Islam yg berbangsa Cina dan beliau adalah seorang exco dlm kerajaan PAS Kelantan. Mungkin tak perasan beliau
pun adalah kalangan saudara baru wpun dah lama mengucap 2 kalimah syahadah.
6. “dulu waktu PAS tewas… semua mengatakan kerana penghuni hantu, taktik kotor BN lah.. tapi tak pernah ada yang mengatakan itu ketentuan illahi … ”
= Memang ia adalah ketentuan Ilahi, tapi semua berlaku ada sebab musabab. Sebabnya ialah ketelusan SPR diragui lalu Allah taqdirkan PAS kalah (mungkin juga usaha ahli PAS yg tidak bersungguh2. Kali ini Allah taqdirkan PAS menang di bbrp negeri hasil doa dan usaha bersungguh ahli PAS wpun ketelusan SPR masih diragui. Contoh lain, ALlah dah tentukan rezeki kita, namun Allah suruh kita berusaha, bukan duduk dalam selimut je. Kalau dah berusaha tak dapat juga, itulah taqdir (ketentuan Ilahi). Tapi jika tak de rezeki kerana tak usaha apa2 lalu menyalahkan taqdir, ini dah lari dari konsep usaha dan tawakkal yg sebenar. Bab2 tauhid ni kena faham betul. nanti jadi muktazilah pulak…
Sekian. Boleh rujuk ustaz-ustaz dalam UMNO (Baru) atau Parti Tanah Melayu jika tak faham.
By Zacks on Mar 26, 2008 | Reply
Buat PAS,
Hem… Nampak gaya PAS kirang pengertian dalam soal agama nie…. mungkin keliru disebalik mana pengertian…
Sila rujuk ayat 159, surah ali-
Imran: “Bermusyawarah dengan mereka dalam semua urusan”. Mengata kan bermusyawarah… tahu kah apa makna bermusyawarah?
Pengertian ayat ini bermaksud memberi pandagan dalam hal² yang melibat soal agama yang melibatkan hak bagi wanita.. tak menyebut menjadi Adun. Tolong sebutkan ayat mana yang menyebut mereka boleh memimpin?
Ayat 71, surah al-Taubah yg bermaksud: Dan orang2 mukmin lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebhg yg lain… Banyak lagi contoh lain, S.Umar pun pernah mengambilkira pandangan seorang wanita dalam
menentukan dasar sosial (penentuan kadar mahar dan tempoh perempuan boleh bersabar bila ditinggalkan suami).
Betul tu mengambil kira pandagan kaum hawa… dari segi apa? Hak mereka .. tapi tak menyebut mengenai pentadbiran negara…
Imam Buhari ada meriwayatkan…” Hendak lah kamu memilih pemimpin kamu dari kalangan org yang beriman yang mampu memimpin kamu ke jalan yang benar… dan sesungguh pemimpin yang kamu pilih itu mestilah dikalangan kaum Adam kerana mereka mempunyai hak yang lebih keatas kaum hawa.
al-Mawardi
menghukum tidak boleh wanita terlibat dalam jawatan yg berkaitan penggubalan dasar. Ibn Hazm pula berpendapat wanita harus menjadi menteri selain khalifah
kerana tiada nas yg jelas menghalang penglibatan tersebut.
Benarkah Ibnu Hazm ada menyatakan begitu… ke saudara tersilap nie rujuk balik…
Tak pernah dengar pun Fatimah, Aishah menjadi pemimpin… hem. .. kalau dalam bidang perniagaan. memang mereka ada penglibatan..tak dinafikan..
Saya nak kata teror bab² tak lah sangat tapi alhamdullilah.. Pengajian dalam Usuluddin, tarikat, tasauf dan tauhid saya boleh lah…. sekolah pondok kat Gurun dulu.
La nie pun masih mendalami.. tapi setakat nie tak pernah saya jumpa apa yang saudara PAS katakan mungkin pengertian saudara PAS nie berbeza…..nak huraikan satu persatu dalam internet nie susah… yang paling baik… kita duduk kat dalam masjid ka surau ka kita bermusyawarah beramai² itu lebih afdal… betui tak….
Memang ia adalah ketentuan Ilahi, tapi semua berlaku ada sebab musabab. Sebabnya ialah ketelusan SPR diragui lalu Allah taqdirkan PAS kalah (mungkin juga usaha ahli PAS yg tidak bersungguh2. Kali ini Allah taqdirkan PAS menang di bbrp negeri hasil doa dan usaha bersungguh ahli PAS wpun ketelusan SPR masih diragui. Contoh lain, ALlah dah tentukan rezeki kita, namun Allah suruh kita berusaha, bukan duduk dalam selimut je. Kalau dah berusaha tak dapat juga, itulah taqdir (ketentuan Ilahi). Tapi jika tak de rezeki kerana tak usaha apa2 lalu menyalahkan taqdir, ini dah lari dari konsep usaha dan tawakkal yg sebenar. Bab2 tauhid ni kena faham betul. nanti jadi muktazilah pulak…
Bagi yang diatas nie nampaknya saudara PAS dah pun mengatakan jawapan … usaha.. dah usahakan.. tapi tewaskan .. dah berserah kan .. bertawalkan .. tapi tewas kan… kenapa menyalahkan org lain.. sedangkan tak pernah menyatakan kesyukuran atas apa yang diterima.. bukan itu melawan kententuan ilahi…
Mutakzilah hem… dalam tu…. tapi bab macam mana boleh jadi mutakzilah… bukan seperti apa yang saudara katakan diatas.. sapa muktazilah… saya dah byk kali ckp jangan terlalu taksub sampai kita nie tergolong dalam kalagan yang munafik…
Bab² politik dan agama jgn sekali² kita nie samakan.. tgk penyataan saudara PAS.. semua nya atas landasan apa POLITIK bukan agama.. Danh berulangkali saya katakan PAS, UMNO sama shj. Belajar terima hakikat.
Bab Masjid tu saya tak nafikan memang betui… itu satu kekurang kerajaan sekarang… tapi sekurang kurangnya kat dewan luaq ja…. tak masuk tempat kita sujud kot.. rasanya ada pengawal… kalau ada sila bagitau saya.. meh saya p penyepak imam masjid tu..
Bab Parti Tanah Melayu… sebelum PAS atau Umno ditubuhkan Parti Tanah Melayu adalah Parti pertama. Parti Tanah Melayu akan ditubuhkan balik… dan menjadi penaung adalah Majlis Raja².
Dah lah… letih lah nak habaq bebanyak nie… nak ternagkan satu… tak palah saudara PAS….. ikutlah pandagan dan pendapat memasing… sesambil kita mendalami …mungkin kita kana jumpa pengertiannya nanti.. insyallah..
Parti Tanah Melayu
By PAS on Mar 27, 2008 | Reply
To Zacks
Jika nak baca lebih lanjut, sila rujuk kitab karangan al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah), kitab karangan Ibn Hazm (al-Muhalla), buku karangan Dr Yusuf Qardawi (Min Fiqh al-Dawlau fi al-Islam) dan lain-lain. Cuba cari kat library yg terdekat. Mungkin kat Pondok Gurun ada kot, InsyaALlah. Kalau tak de, boleh cari kat Akademi Pengajian Islam UM, Fakulti Pengajian Islam UKM, UIA, USIM, KUIS, Pondok Moden Bachok, Pondok Pasir Tumboh atau lain2. Kat rumah saya ada la 2,3 buah buku kalau nak.
Ayat Quran ada yg berbentuk umum dah khusus (rujuk kitab usul figh). Ayat 71, surah al-Taubah yg bermaksud: Dan orang2 mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebhg yg lain” adalah dalam bentuk yg umum. Ia tidak mengkhusus kepada politik, perniagaan, rumah tangga atau lain. Ulamak mengambil istinbat bhw hal politik pun termasuk dalam hal tolong menolong ini. Cuba bukak balik kitab tafsir Ibn Kathir, al-Qurtubi atau lain2 utk lihat dan teliti ayat ini. Boleh juga rujuk kitab Ulum Quran untuk lebih detail lagi berkenaan khas dan am dalam ayat Quran.
Satu lagi hadis riwayat Imam Bukhari, “setiap kamu adalah pemimpin”. hadis ini tidak mengkhususkan kepimpinan hanya untuk lelaki tapi untuk perempuan juga.
Dlm penerangan sebelum ini, saya ada kemukakan 2 hujah berkenaan wanita sebagai pemimpin ini. Memang ramai ulamak yg tidak bersetuju wanita menjadi pemimpin. dan banyak ayat yg mengharamkan wanita jadi pemimpin. Namum disana masih ada ayat yg tidak jelas dan berbentuk umum dalam hal ini. Jadi sesetengah ulamak ada membuat kesimpulan hal wanita terlibat dlm politik ini masih boleh diberi ruang perbahasan berdasarkan ayat2 yg umum. Saya ada cakap sblm ini bhw ada 2 jenis bidang kuasa iaitu wilayah ammah dan wilayah khassah. Ini adalah perbahasan ulamak. Bukan pendapat saya semata2. lagipun suasana hari ini sudah tidak sama dengan suasana ulamak2 dahulu. Dua-dua pendapat ada nas dan dalil. jadi terpulang kepada pembaca nak pakai yg mana.
Perbezaan pandangan ini timbul kerana tiada nas yang jelas dan putus ttg kuasa wanita dalam politik serta tiada wanita pada zaman Rasulullah yg terlibat secara langsung dlm politik. Namun kita perlu melihat ianya satu keperluan pada zaman ini berdasarkan perkembangan semasa. Kalau dulu wanita tidak dibenarkan keluar tanpa muhrim, tapi cuba tgk hari ini dimana wanita sampai ke UK, Jepun, USA dll sambung belajar. jadi ijtihad terhadap sesuatu hukum perlu ada agar masyarakat tidak keliru.
Dalam quran takdak perkataan Adun, ya betul… Perkataan menteri besar ada ke dalam Quran? Yg ada hanyalah perkataan khalifah. Bermusyawarah tu mempunyai makna yg dalam dan luas. Kan dalam DUN atau parlimen kita bermusyawarah, nak masuk DUN atau parlimen kena jadi wakil rakyat. jadi kenalah wanita tu bertanding untuk jadi ADUN atau ahli parlimen.
”Bab² politik dan agama jgn sekali² kita nie samakan”. Eh…. Bukan ke nabi pun berpolitik? Dalam agama ada politik. Nabi sebagai ketua negara, tak berpolitik ke tu? Siasah tu kan politik? Cuma nabi tak buat proses mengundi je, tapi apa yg PAS buat adalah mengikut sunnah nabi yg mengutamakan hal2 siasah atau politik. Kita kat Malaysia pakai sistem demokrasi, so ikutlah cara tersebut. Kalau tak nak mengundi, pegi la kat ISS. Kat sana tak payah mengundi…
Pasal isu masjid ni, pergi la sekali ke masjid Negara atau Putrajaya, baru dpt tgk pelancong2 tu masuk kat bahagian mana dan pijak kat mana. Kalau dok kat Gurun je, mana nampak apa yg sebenarnya berlaku. Mungkin masjid kat Gurun takdak pelancong atau orang berdemonstrasi kot…
Bab tewas ni, bukan nak menyalahkan sesiapa. Cuma kita kena buat siasatan dan kena perbetulkan apa yg salah supaya next time keadaan bertambah adil. Kalau dah semua taqdir, tak payah lah hakim2 susah payah dalam mahkamah utk bincang kes2 jenayah etc, kan semua dah taqdir. Yg mencuri tu dah ditaqdir dia mencuri, so biarlah… Kalau dia mencuri lagi, itu kan takdir… tak payah la ada penjara, mmg takdir dia jadi pencuri…. (faham ke?)
Sekadar ini dahulu, yg baik daripada ALLAH, yg kurang adalah kelemahan penulis.
By Zacks on Mar 28, 2008 | Reply
To PAS,
Pasal isu masjid ni, pergi la sekali ke masjid Negara atau Putrajaya, baru dpt tgk pelancong2 tu masuk kat bahagian mana dan pijak kat mana. Kalau dok kat Gurun je, mana nampak apa yg sebenarnya berlaku. Mungkin masjid kat Gurun takdak pelancong atau orang berdemonstrasi kot…
Saya harap PASS tarik balik ayat hang kat atas tu… jgn memperlekehkan kami di Gurun nie…. apa hang ingat kami nie kalut sgt ka… setakat nie saya tak pernah menyentuh pun asal usul pengetahuan saudara PAS.. Apa ingat kami nie di sekolah pondok Gurun nie tak tau perkembangan isu negara ka?
Buat pengetahuan PAS sekolah pondok di Gurun nie juga ada menghasilkan banyak ahli ulama.. walaupun buruk… dan disini lah lahirnya kebanyakan ahli falak…
Sedara sikit saudara PAS.. bab nie memang saya sensitif.. sebab disini tempat kami balajaq Agama… bukan p joli..
By PAS on Mar 28, 2008 | Reply
To Zacks,
Saya tiada niat untuk memperlekehkan pelajar2 pondok terutama Pondok kat Gurun, Kedah malah saya menyokong institusi pondok di Malaysia. Oleh kerana saudara Zacks telah menulis “Bab Masjid tu saya tak nafikan memang betui… itu satu kekurang kerajaan sekarang… tapi sekurang kurangnya kat dewan luaq ja…. tak masuk tempat kita sujud kot.. rasanya ada pengawal… kalau ada sila bagitau saya.. meh saya p penyepak imam masjid tu..”, maka saya rasa patut saudara Zacks pergi melihat sendiri apa yg berlaku kat situ. Saya pernah ke Masjid Negara dan Putrajaya dan melihat sendiri non muslim masuk ke dalam dewan solat yg mana kat situlah org Islam sujud. Kat luar masjid pun ramai yg sujud jika kat dlm masjid dah penuh.
Saya tak tau lah sekiranya saudara Zacks dah ke masjid tersebut atau belum. Saya beranggapan saudara Zacks masih belum ke sana. Itu saja maksud saya iaitu agar saudara Zacks meihat sendiri suasana kat sana. Saya memberi perbandingan bahawa hal ini mungkin tidak berlaku di Masjid kat Gurun kerana jarang pelancong ke Gurun semata-mata nak lawat masjid. Saya bukan nak menghina pondok Gurun, saudara Zacks kena faham dan jelas hal ini. Jadi saya tidak perlu menarik balik kata2 dlm tulisan saya ini kerana saya tidak memperlekahkan para penuntut institusi mana2 pondok di Malaysia.
Satu hal lagi iaitu nak menyepak imam masjid di atas, pada saya ianya satu perbuatan yg kurang biadap. Apalah salahnya jika benda ni dibawa berbincang dgn pengurusan masjid agar ianya lebih beradab. Takkan saudara Zacks nak pi terajang imam Masjid Negara kot!!!
Dah baca ke buku yg saya sebutkan kat atas? Bacalah, semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama. Biar hujah kita ada bukti dan rujukan, barulah orang awam yg tak belajar agama lebih faham dan dapat menerimanya.
Saya harap perbincangan kita ini lebih menjurus kepada masalah wanita dalam politik semasa dan lebih besar lagi, bukan hanya bincang pasal masjid kat Gurun, Putrajaya atau Kota Bharu sj. Saya nak minta komen saudara Zacks mengenai pendapat yg saya utarakan berkenaan wanita dlm politik kat atas. Harap ada komen. Pasal masjid ni kira selesai ye…
sekian…
By bedah jambu on Mar 28, 2008 | Reply
cik bedah tumpang lalu….
kagum sungguh tgk Zacks dan PAS berdebat…tak malu saya nak bagitau, mmg pengetahuan agama saya amat cetek berbanding tuan-tuan sume..tp teringin saya nak bertanya, nape dulu PAS kutuk UMNO coz ada pemimpin wanita tp skang ni tiba2 menyokong pulak mengadakan pemimpin wanita ? Dulu pihak PAS tak perasan ke “Ayat 71, surah al-Taubah” ?
kalu saya silap mintak betulkan…tq
By PAS on Mar 29, 2008 | Reply
To bedah jambu,
Boleh tak bagitau dgn fakta yg konkrit siapa yg tolak wanita menyertai sebahagian drpd cabang dalam kepimpinan? Juga harap dapat cari sebab2 kenapa dia berkata demikian?
Pada pendapat saya, antara sebab kenapa pemimpin PAS menolak kepimpinan wanita dalam UMNO (Baru) antaranya kerana UMNO (Baru) tidak mengikut sepenuhnya syarat2 yg agama tetapkan utk sesorang wanita itu menyertai politik. Wanita boleh menyertai politik (hujah seperti di ‘post’ yg lepas) ttp perlu mengikut syarat2 agar tidak lari drpd kaedah Islam yg diajar Rasulullah.
Cuba bedah jambu tengok perbezaan antara wanita dalam UMNO (Baru) dan muslimat dalam PAS. Sebagai contoh, berapa ramai wanita dalam UMNO (Baru) yg pakai tudung ketika berada di khalayak ramai jika dibandingkan dengan muslimat dalam PAS? Tidak ke menutup aurat tu adalah wajib dalam Islam? Tak tau lah saya kalau ada hukum yg mengatakan wanita boleh mendedahkan rambutnya kpd bukan mahram dan boleh bersalam dgn lelaki… Kalau ada hukum yg mengatakan ianya boleh, harap bedah jambu dapat bagi sumber dalil yg membolehkannya.
Itu baru satu contoh. Contoh2 lain para pembaca fikirlah sendiri dgn akal anugerah Allah.
Cukuplah sekadar ini… Nak tahu lebih detail, buatlah pembacaan dan kajian sendiri supaya kita ada hujah dlm mengatakan sesuatu, bukan sekadar menuduh membuta tuli. Orang berilmu sentiasa mencari sesuatu berdasarkan dalil dan hujah yg benar dr Quran dan Hadis, bukan mendengar dari pendapat manusia yg terbatas akalnya…
By PAS on Apr 11, 2008 | Reply
Menteri Penerangan yang tidak berapa terang
Mykmu.net
Thu | Apr 10, 08 | 12:01:11 pm MYT
Menteri Penerangan baru Ahmad Shabery Cheek begitu tidak sabar untuk memperlihatkan yang dia lebih cerdik daripada bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.
Shabery mengingatkan Dr Mahathir supaya tidak mengulangi sejarah Umno tahun 1988. Dalam ertikata lain, Shabery menyalahkan Dr Mahathir kerana perpecahan didalam Umno yang membawa kepada Umno diharamkan dan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Jelaslah yang Shabery, selain daripada menghidap sindrom penafian atau denial syndrome, bekas Ketua Penerangan S46 ini juga turut dijangkiti sindrom “selective memory” ataupun ingatan terpilih.
Shabery antara lupa atau tidak tahu fakta, atau seperti dikatakan, buat-buat lupa fakta. Umno diharamkan apabila 11 ahli Umno memfailkan tuntutan dimahkamah bahawa pemilihan tahun 1987 tidak sah kerana terdapat perwakilan yang tidak sah.
Mahkamah memilih untuk mengharamkan Umno. Kita tidak akan persoalkan keputusan mahkamah yang lepas untuk mengharamkan parti yang merupakan tonggak kerajaan Persekutuan pada waktu itu. Kita juga tidak akan debat apakah implikasi pengharaman Umno kepada negara dan orang Melayu kerana perkara ini telah lepas, walaupun kita harus mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.
Tetapi tindakan pantas dan bijak Dr Mahathir untuk mewujudkan Umno Baru telah menyelamatkan keadaan. Pada watu itu, pihak Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh mewujudkan Semangat 46 sebagai mengambil semangat asal Umno pada tahun 1946.
Fakta juga akan membuktikan bahawa tangan-tangan dibelakang 11 ahli Umno itu ialah pemimpin-pemimpin Team B, yang juga pada waktu itu disokong oleh Abdullah Ahmad Badawi sendiri.
Apabila Umno diharamkan dan Umno Baru diwujudkan Tengku Razaleigh tidak ikut serta dan mengambil jalan menubuhkan Semangat 46.
Tetapi Abdullah serta pemimpin Team B yang bertindak baling batu sembunyi tangan, termasuk Musa Hitam, telah terus memilih untuk kekal dengan Umno Baru pimpinan Dr Mahathir.
Shabery sendiri menyertai Tengku Razaleigh dan berjaya menaiki tangga parti itu sampai ketahap jawatan Ketua Penerangan sehinggalah Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996 serta kesemua ahli-ahlinya secara en bloc kembali menyertai Umno.
Persoalannya, Shabery yang ketika Semangat 46 dibubarkan dan menyertai Umno tanpa segan silu sebagai Ketua Penerangan parti itu berusaha meyakinkan ahli-ahli untuk bersama-samanya untuk menyertai Umno Baru atas nama penyatuan Melayu.
Ketika itu, dia adalah antara pemimpin terkehadapan memuji kepimpinan Dr Mahathir. Ini kerana keterbukaan Dr Mahathir yang tidak berdendam dan seorang negarawan yang sanggup menerima kembali musuh politiknya dengan tangan terbuka.
Shabery juga tidak menimbulkan pada tahun 1996 bahawa sejak tahun 1987 tidak ada demokrasi didalam Umno kerana tidak ada pertandingan presiden dan timbalan presiden.
Malahan Shabery meyakinkan ahli-ahli akar umbi Semangat 46 bahawa Umno dibawah kepimpinan Dr Mahathir adalah wadah perjuangan yang paling baik ketika itu.
Shabery juga turut mempertahankan tindakan Dr Mahathir memecat Anwar kerana ketika itu, dia dan Tengku Razaleigh merasakan bahawa Anwar menjadi dalang yang menyekat ahli-ahli Semangat 46 yang telah kembali kepada Umno untuk menaiki hierarki parti.
Ini kerana Shabery dan bekas kepimpinan Semangat 46 percaya bahawa Anwar tahu jika dia cuba untuk mencabar Dr Mahathir, bekas Semangat 46 akan mempertahankan Dr Mahathir yang telah banyak berjasa menerima masuk kembali ahli Semangat 46 demi penyatuan Melayu.
Menurut perkiraan Shabery pada masa itu menunjukkan betapa bekas ahli Semangat 46 menghargai peranan Dr Mahathir dan merasa bahawa Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang telah memberi mereka nyawa politik yang telah hampir lupus selepas parti itu memutuskan persahabatan dengan PAS.
Jadi persoalannya, siapa yang sudah lupa? Dr Mahathir atau Shabery? Siapa yang tak mengenang budi di sini?
Sekali lagi kepimpinan Abdullah menonjolkan seorang lagi pemimpin yang tidak ikhlas, yang melakukan dusta kerana itulah yang mahu didengar oleh Abdullah.
Maka Abdullah terus dibuai oleh kata-kata manis serta sokongan oleh orang yang terdahulu dari itu telah mengeluarkan kata-kata sokongan yang tidak ternilai kepada Dr Mahathir dan didalam kes Shabery, kepada Tengku Razaleigh sendiri.
Hari ini, Shabery yang pada satu ketika dulu mengangkat dan mengagungkan Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab meyatukan orang Melayu pada tahun 1996 kini menukar kiblat hanya kerana diberi jawatan Menteri oleh Abdullah.
Sekarang ini belang Shabery sudah jelas. Dia tidak ada rasa malu sama sekali untuk membelakangkan Tengku Razaleigh yang telah mendidik serta menatangnya seperti anak didalam menaiki tangga politik.
Shabery dianggap “blue-eyed boy” Tengku Razaleigh semasa mereka didalam Semangat 46 sehingga ramai pemimpin Semangat 46 yang lebih senior berasa kecil hati kerana Tengku Razaleigh melebihkan Shabery.
Tengku Razaleigh bukan sahaja melebihkan Shabery didalam arena politik malahan secara peribadi, Tengku Razaleighlah yang menampung kehidupan Shabery dan keluarganya semasa Shabery didalam kegelapan politik (political wilderness).
Jika Shabery hari ini sanggup membelakangi Tengku Razaleigh yang memeliharanya seperti anaknya, adalah tidak menghairankan jika Shabery hari ini mengubah pandangannya mengenai Dr Mahathir malahan menempelaknya.
Inilah jenis manusia yang tidak ada nilai murni, walau sedikitpun didalam mengejar kepentingan politiknya.
Inilah pemimpin yang dicipta oleh Abdullah. Kerana itu, bila sampai harinya Abdullah terpaksa meninggalkan kerusi empuk Perdana Menteri dan Presiden Umno, percayalah, orang seperti Shabery yang akan paling lantang mencerca Abdullah dan memuji pemimpin baru. - mr
By Radzi on Apr 28, 2008 | Reply
Assalamualaikum..
Blog ini sangat menarik..
Marilah link dengan blog ini..
http://kedapas.blogspot.com
By akzbksk on Jun 16, 2008 | Reply
salam hormat saudara;
nak tanya mana lebih diutamakan:
berjuan untuk agama Islam? atau
berjuan untuk bangsa melayu lebih di utama.
dan kenapa…tolong comment secara jujur dan benar.
akzbksk
By anakkechil on Jun 18, 2008 | Reply
Perjuangan yang lebih utama adalah berjuang untuk agama Islam.
Insya-Allah, semua bangsa yang ada di Malaysia ini akan terbela dengan adil dan saksama.
Amin…