Rakyat Selangor, Jom tuntut semua ni!!

BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:
Membela dan berkhidmat untuk rakyat;Sedia mentadbir Negeri Selangor.
Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:
Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan
Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat. BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata. Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat. Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan. Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan. Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.
Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri. Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri. Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:
Pentadbiran:
- Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.
- Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.
- Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Sosial dan Kebajikan Rakyat:
- Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian.
- Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
- Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
- Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.
- Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.
- Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
- Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
- Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).
- Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.
- Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.
Kesihatan Rakyat:
- Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).
- Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.
- Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.
- Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.
Ekonomi Rakyat:
- Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.
- Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
- Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.
Keselamatan Rakyat:
- Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.
- Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan. Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat. Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.

























15 Responses to “Rakyat Selangor, Jom tuntut semua ni!!”
By balqish on Mar 11, 2008 | Reply
JOM Tuntut hak.
Sejuk nak tanya semua perkara diatas tu perancangan oleh BN ke atau parti yang bakal memerintah selangor ya?
Sebab tak salah saya semua tu pernah saya dengar semasa BN masih dgn Selangor atau
BN yang merangka kan smua ini dan kemudian akan dilaksanakan selepas pilihan raya ia?
Bukan apa kadang bila kita perhatikan boleh terlaksanakah kesemua yang diatas dalam tempoh empat tahun nie?. semua org boleh berjanji tp untuk melaksanakanya hanya DIA yang mengetahui.
Apa yang pasti perkara dah berlaku kita lihat sahaja dan semoga allah sentiasa bersama dgn org2 yang berniat menunai kan tanggungjawap nya dgn tiada sebarang niat kepentingan diri.
By sejuk on Mar 11, 2008 | Reply
@balqish : tu semua janji Barisan Alternatif (PAS+PKR+DAP)
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
sejuk : kini janji hanya tinggal janji
kita pulak??…lena diulit janji.
janji terkini guan eng pulak meletakkan kerajaan pusat sebagai umpan…tol di penang yg buat orang penang marah akan cuba diturunkan melalui perbincangan dgn kerajaan pusat… so kalau tol diturunkan nanti sepatutnya kerajaan pusat lah yang berjasa…tapi for sure mereka akan menyatakan itu usaha mereka…tapi kalau la tak dapat diturunkan apa pulak kata mereka? kerajaan pusat yang taknak turunkan….
Umno sedang belajar kembali…dan kita akan ajar mereka bagaimana menghormati MELAYU setelah mereka mengajar bagaimana MELAYU khianat MELAYU.
By Azhar Ahmad on Mar 12, 2008 | Reply
Inilah dinamakan pembaikan, bukan pembangunan semata….
By bulus on Mar 12, 2008 | Reply
ape kejadah asyik bagi duit je?
tu je la cara die nak tarik org sokong dgn kasi duit
indirect approach dgn mengaburi mata rakyat selangor dgn duit
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@semua : DEB dipulau pinang telah dimansuhkan/dihapuskan. Jadi ekonomi orang melayu akan tergugat.ingat!! cina tak pernah senang dengan melayu!!
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
anak-anak melayu perlu belajar berpolitik demi agama,bangsa dan negara. kaum cina telah mengajar anak cucu mereka survival politik bangsa mereka tetapi orang melayu dimomokkan dengan budaya hiburan tanpa had yang telah sedikit sebanyak menyebabkan budaya kritis telah terhakis..bangkitlah anak melayu. tak salah berhibur tapi jangan lalai kerana kita sedang ditunjukkan jalan keluar di negara sendiri.
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
maksud yang mendalam
By balqish on Mar 12, 2008 | Reply
Ntah lah sejuk, bagi saya kita sebagai pekerja kerajaan harus taat dan setia , begitu juga dengan dgn diri kita sebagai seorang anak kita harus taat dan setia pada ibu bapa, namun tidak semua keputusan yang dilaksanakan oleh ibu bapa kita itu betul ada salahnya jugak, begitu juga dgn dunia politik ini tidak semua apa yang diputuskan itu betul ada salahnya jugak.
Apa yang pasti kita harus ingat allah kalau nak menarik rezeki seseorang itu sekejap sahaja , hidup kita cam roda hari ini kita diatas esok hanya allah yang tahu (harap u faham dgn maksud saya)
Apa yang pasti kita tunggu dan lihat sahaja OK.
Saya sedih dgn pak lah , setiap kegagalan org akan hentam dia , sama macam kita mendidik anak kita ,kita dah berusaha tp tak berjaya dan balik ibu bapa juga dipersalahkan.
By Abdills on Mar 12, 2008 | Reply
haa,itulah hiburan yang melampau lampau contohnya tom tom bak. ada anak cina ke ikut ke situ? mana ada, anak melayu yang ramai tak salah berhiburan tapi jangan la melampau lampau. anak kecil diajar bermake-up , mana taknya ramai anak kecil jadi mangsa cabul dan rogol pastu kena bunuh.
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@semua : lompat ke komen sini http://sejuk.viere.net.my/2008/03/12/mem-sembang-sini-pasal-politik/
By amieiezam on Mar 13, 2008 | Reply
terima kasih pembela melayu…bertambah lagi la kerja aku….takpe demi (alif, ba,ta) agama, bangsa dan tanah air
By PAS on Mar 14, 2008 | Reply
DEB membela melayu. Ye ke? Membela kroni-kroni melayu dalam UMNO (Baru) ada la. Kalau orang PAS atau KEADILAN, jangan harap, walaupun mereka juga melayu. Selamat tinggal UMNO (Baru).
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
buktikan, jangan cakap je.
sekali lagi nak tanya..bangsa mana yang tak dapat kebaikan daripada DEB? semak huraian Tuan Guru anda berkenaan DEB di buletinonline.net
By bedah jambu on Mar 18, 2008 | Reply
aisey… aku dah hampir setahun berhijrah dr Selangor ke Penang…rasa2 nak pindah balik Selangor lah…Negeri Kebajikan…