kesejukan | kepanasan | keseraman | tido la kalau dah sejuk

creative light system!nikahdoablursukecomelgigilkepanasanbasah

Rindukan Tun Dr. Mahathir!!

March 10th, 2008 Posted in sejarah

Tetiba aku teringat dan rindukan kepimpinan Tun M, ingat lagi ketika beliau menangis semasa persidangan umno, mak dan ayah aku menangis apabila Tun mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN. Bagi aku Tun adalah pemimpin yang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia, Tun disanjungi perlbagai pihak termasuk pembangkang. Kepimpinan Tun pernah tercabar apabila isu Anwar Ibrahim pada krisis kegawatan Ekonomi 1997-1999 yang menyaksikan Anwar dipecat. 

Bagi aku Tun telah melaksanakan tugasnya dengan baik dari membiarkan Malaysia yang ketika itu Anwar jugalah menjadi Menteri Kewangan yang menyuruh Malaysia meminjam wang dari IMF dan memendekkan tempoh bayaran semula.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. (Sebagai ejekan, Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum 1999 dengan undi-undi orang Cina, apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisihannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.)

Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Tags: , ,

  1. 20 Responses to “Rindukan Tun Dr. Mahathir!!”

  2. By amieiezam on Mar 10, 2008

    terima kasih tun

  3. By bulus on Mar 10, 2008

    Tun memang seorang pakar ekonomi
    seorang PM yang bagus

  4. By minci on Mar 11, 2008

    miss him too.. well, at least Mukhriz is in the picture..

  5. By cencorot on Mar 11, 2008

    Tun DR Mahathir,..tiada yg lain,..dielah satu2nya,..

  6. By Azhar Ahmad on Mar 11, 2008

    Ya, saya masih sukakan kepimpinan Mahathir. Walaupun agak ‘keras’ tetapi, dia tak pernha tidur dalam persidangan…

  7. By miszbeauty on Mar 12, 2008

    family beauty pun nangis mase tun M letak jawatan… sungguh kite merindui kepimpinan, ketegasan dan kekuatan yang beliau berikan pada kita…=(

  8. By zul buger on Mar 13, 2008

    aku tak sangka kat luar sana masih ramai dan masih ada yang berfikiran macam aku, aku tiada apa2 kepentingan tapi apa yang aku nak kata yang aku memang rindukan kempimpinan dr.M, aku rindukan kata2nya, aku rindukan ucapannya, aku rindukan karektornya dan best off all aku rindukan lawaknya yang bersahaja…. peace..

  9. By realaduka on Mar 13, 2008

    mmg aku rindukan zaman  TUN ni,  yg ada sekarang terlalu lemah  dan tiada hala tuju

  10. By sejuk on Mar 13, 2008

    @yup..pemimpin 100 tahun seorang tuh

  11. By nodee on Mar 15, 2008

    Tun Dr Mahathir – Perjuangan Belum Selesai

    http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew

    p/s: sekadar nak berkongsi……sama2 lah kita hayati…..

  12. By shaders... on Mar 19, 2008

    walaupun saya baru berusia setahun jagung…
    tp saya dapat membuka mata saya tentang kepimpinan tun mahathir…
    perletakan jawatan beliau amat dirasai..
    banyak perubahan yang berlaku setelah beliau meninggalkan jentera pentadbiran..
    bagi saya tun mahathir houliau!!!!

    i luv tun mahathir…

  13. By bedah jambu on Mar 20, 2008

    aku harap sgt Tun Mahathir dan Pak Lah boleh berganding bahu memperkukuhkan semula UMNO…

  14. By raj on Apr 7, 2009

    TUN merupakan seorang Perdana Menteri yang berpandangan jauh …kerana beliaulah negara kita sebegini dengan penuh kemajuan dan dikenali seluruh dunia.walaupun sesiapa menjadi PM tetapi  kita tidak akan dapat seperti TUN MAHATHIR….tiada perkataan untuk Jasa beliau …… 

  15. By Juriah Ab Rahim on Aug 27, 2009

    Turut bangga dengan Tun M dan Tun Hasmah. Doaku semoga mereka di rahmati Allah.

  16. By orak on Aug 29, 2009

    thanks..awak lah wira negara..style kepimpinan anda sangat sesuai untuk mentadbir negara seperti Malaysia ini.(macam-macam perangai).

  17. By Rozeah92 on Feb 13, 2010

    by rozeah92..
    sejak kecil ag sy begitu kagum dgn pemrnthn tun dr mahathir..sehngga sy jdkan beliau sbg idola sy…dan pernah b’angan nk jmpa beliau..stiap jasa dn smbngna beliau pada ngara amat b’hrga..jstru i2 rkyt mlaysia hrus sntiasa mengnang  beliau..beliau amt sy kgumi shngga sy bg2 mnt mgthui ltr blkng beliau..dn smga sua2 sy sprt beliau yg mmpnyai idea dn ilham yang tk pernah t’lntas d fkrn rkyt mlysia..smga beliau sntias d br kchtn dn panjang umo hndknya..

  18. By sabrina on Feb 16, 2010

    dialah HERO ku tiada pengantinya.

  19. By Barracudas Jo on Feb 17, 2010

    memang hebat..terutama semasa krisis kewangan yang melanda malaysia…tabik springg buat Tun M

  20. By nurinzamri on Mar 9, 2010

    TUN memang menjadi kebanggaan ramai….saya kagum apabila terbaca bahawanPEMBANGKANG juga turut menyanjungi beliau…

  21. By lim pengchew on Aug 17, 2010

    memeng drM ialah pemimpin yang hebat ,semoga dia terus hidup sampai 100tahun ke atas .saya bangga dengan usaha TUN ,M.

Post a Comment