Tahniah kepada Mereka dan Keputusan Rasmi PRU 12
Keputusan dahpun diketahui. BN terus memerintah kerajaan persekutuan tetapi tanpa majoriti dua-pertiga. Parti-parti bukan BN berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor manakala PAS kekal dan memperkukuhkan lagi kuasanya di Kelantan.
Para penganalisis yang sering kali muncul di kaca tv yang sebelum ini memberi ulasan memberangsangkan terhadap BN dan memperkecilkan kemampuan parti-parti bukan BN, tiba-tiba tersedar dari lamunan dan menyifatkan keputusan kali ini sebagai luar jangkaan. Luar jangkaan siapa?
Kekalahan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin di Sungai Petani memang dijangkakan kerana dia bukan calon yang disukai termasuk di Merbok. Tetapi, entah atas nasihat siapa dan pertimbangan apa, Pak Lah memilihnya bertanding di Sungai Petani. Inila padahnya.
Kita masih ingat bagaimana ZAM dengan begitu angkuh menyatakan dia mahu mengalahkan calon PKR dengan membuatkan calon itu hilang wang pertaruhannya. Apa dah jadi Mamu? Semoga keputusan yang bijaksana oleh para pengundi kali ini akan membuka mata para pemimpin BN, terutama UMNO.
Tahniah kepada semua calon yang menang . Tahniah khas untuk Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Zulkifli Noordin, Jeff Ooi, Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Zuraidah Kamaruddin, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Nor Mohamed Yakcop, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ustaz Taib Azamuddin, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan dan banyak lagi. Tahniah.
Takziah jugak kepada Samy Vello, Sharizat Jalil, Zainudin Maidin, Dr. Awang adek dan Tan Sri Koh Tsu Koon. Cume perlu diingatkan kepada bangsa malaysia amnya dah khasnya kepada bangsa melayu. Fikirkan kenapa Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dulu. Harap Pulau Pinang tidak akan terjadi sedemikian.
//keputusan rasmi yang menunjukkan BN hilang kuasa 2/3 majoriti. Dan korang harus tau apa kesannya kepada bangsa melayu. Fikirkan sendiri. Jgn jadi macam singapura!!
- Parti alternatif, DAP, Keadilan Rakyat dan Pas menang 24 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang
- Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tewas dengan Dr. P. Ramasany di Batu Kawan, Pulau Pinang
- Pas menang 31 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan
- Barisan Nasional kuasai 2/3 majoriti di Sabah
- Perebutan kerusi di Lembah Pantai, Nurul Izzah tewaskan Dato Shahrizat Abdul Jalil
- Datuk Dr. Awang Adek Husin tewas di Perupok, Omar Mohammed menang
- Datuk S. Sammy Vellu tewas di kawasannya sendiri, Sungai Siput
- Datuk Zainuddin Maidin tewas kerusi parlimen di Sungai Petani
- Khairy Jamaludin menang nasib dengan calon PKR di rembau, Badrul Hisham Shaharin
- Calon DAP, M. Manoharan (kini dalam tahanan ISA) menang ke atas calon barisan nasional, Cheng Su Chen bagi kerusi DUN Kota Alam Shah

























61 Responses to “Tahniah kepada Mereka dan Keputusan Rasmi PRU 12”
By hantu on Mar 9, 2008 | Reply
Saya terasa amat sedih kerana negeri yang dicintai iaitu selangor telah jatuh ditangan pihak BA..tetapi saya tidaklah beralih arah kerana sehingga ke saat akhir saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN. Tidak dinafikan, ramai penyokong umno berpaling tadah di saat akhir apabila rayuan mereka ditolak kerana tidak puas hati dengan calon yang dipilih.di kawasan tpt tinggal saya turut menerima impak tersebut,iaitu tidak menyokong kepada calon yang dipilih dan hampir untuk memboikot.tetapi apabila berpikir panjang, mereka mahu BN kekal memerintah di Selangor. Saya agak terkilan kerana kebanyakkan dari orang melayu begitu mudah untuk ubah pendirian disebabkan terpengaruh dengan kata-kata manis pihak pembangkang tanpa menyelidik perkara terbabit terlebih dahulu. Bagi pihak BN pula, apabila isu yang boleh menjatuhkan BN timbul, mereka tidak pula tampil untuk membuat penjelasan. Terlalu banyak isu-isu yang timbul di internet sekarang ini yang sedikit sebanyak boleh membuatkan pegangan seseorang boleh goyah. Patutnya BN perlu mengambil berat isu ini kerana, internet merupakan medium utama untuk menyebarkan berita/isu kerana tidak ada undang-undang yang boleh melarang rakyat untuk bebas bersuara seperti di blog. Seperti yang kita ketahui, golongan muda yang banyak melayari internet, mereka turut membantu pihak pembangkang untuk menyebarkan isu-isu yang berlaku. Ini juga boleh menjadi punca kepada kekalahan BN kepada golongan muda. Berkaitan isu pengundi hantu, kalau difikirkan logic, bagaimanakah pengundi hantu ini boleh terjadi. Sedangkan hendak masuk ke kawasan pembuangan undi pun agak ketat. Kemudian para petugas pula adalah dari kalangan rakyat biasa yang dipilih untuk membantu SPR, sekiranya mereka diminta untuk bersubahat sekalipun, agak sukar kerana mulut seorang bolehlah disogok, tetapi kalau dah ramai. Mesti akan diketahui jua. Lagipun dalam bilik mengundi pun ramai orang serta kawalan agak ketat, so takkan ada can untuk pengundi hantu ni masuk. Satu lagi, sekirannya ada tambahan peti dari mana-mana tempat, kita boleh check dengan kehadiran pengundi yang hadir. Kerana adanya agent yang ditempatkan didalam bilik berkenaan. Agent itu terdiri daripada wakil parti yang bertanding. Mereka boleh mengeluarkan bantahan sekiranya kandungan undi melebihi dari orang yang mengundi. Oleh itu, isu tentang adanya pengundi hantu dan peti extra yang ada untuk membantu BN menang itu tak mungkin berlaku. Saya menerima kekalahan BN di negeri Selangor. Cuma, isu yang akan timbul selepas ini, apa akan jadi dengan negeri yang bertukar tampuk pimpinan. Adakah pihak BA, mampu untuk mengotakan janji-janji yang telah di war-war kan. Sedangkan bekas PM serta penganalisa politik ada mengatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan janji –janji yang ada dalam manifesto mereka. Sekiranya mereka tidak mampu, ini dapat membuktikan bahawa kerajaan adalah benar. Semuanya kita akan lihat pada masa akan datang.
By miszbeauty on Mar 10, 2008 | Reply
Sedih dengan apa yang berlaku. Semuanya membangkitkan isu-isu remeh seperti minyak dan tol tapi tidak memandang ke arah masa depan. Mereka tidak memikirkan siapa yang selama nih memberikan keamanan,kemewahan dan keselesaan negara Malaysia. Mampukah orang-orang yang berjanji kononnya akan menurunkan harga minyak dan menutup tol-tol menjadi kenyataan???? Siapa yang akan membayar hutang-hutang negara???? Adakah mereka memang mahu melihat Malaysia mengalami kegawatan ekonomi seperti dahulu yang amat membimbangkan kita???? Adakah mereka mahu melihat anak-anak mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading kerana tiadanya biasiswa yang membantu???? Apa akan jadi pada rakyat Malaysia jika tiada orang2 cerdik pandai lagi nanti???? Apalah ceteknya pemikiran pihak-pihak yang membangkang kerajaan. Sungguh mereka tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan. Marilah kita sama-sama melihat perubahan apa yang dapat mereka lakukan. Dan sama-sama berdoa agar negara kita masih kekal aman dan selesa. Amin. =(
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
x terkata sedeynyer… tp.. tgk ajer apa yg jd.. like my place.. calon.. cina(BN).. pkr(melayu).. org ramai pilih ikut race…i dont know what to say……feel sad.. but.. sy x akan bganjak dr menyokong kerajaan BN..
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@sky : mungkin anak muda sekarang tak tau pejuangan datuk nenek kita dahulu….kebanyakkan yang menyokong pembangkang adalah anak muda..fikirla sejarah silam
By hana on Mar 10, 2008 | Reply
saat aku letakkan komen ni, hati aku menangis lebih laju dr air mata yg bergenang di mata. negeri aku tergadai pd DAP! aku kecewa! kecewa yang teramat sangat! bgmn anak bangsa aku tidak berfikir secara rasional ttg masa depan anak-anak pd masa akan dtg.jatuhnya p.pinang di tangan DAP menjadikan kami anak melayu yg sememang sedikit di negeri ni akan semakin terpinggir. apa depa tak fikirkah, kemampuan pembangkang utk tunaikan janji2 manifesto depa? semua itu hampir mustahil. mantan PM pun dah bg ulasan. aku lebih kecewa bila org BN sendiri terutama UMNO berpaling tadah. konon nak ‘kalih’. apa depa igt kalo depa pilih PKR, anwar or wan azizah ka yg akan naik jd Ketua Menteri P.Pinang..pi jilat p***k*q cina tula dulu…tu pon blom tentu sbb dah termaktub dlm perjanjian yg CM mesti CINA, Tim CM- Melayu. mengadai kerusi DUN dan PARLIMEN pd DAP umpama melenyapkan masa depan melayu (wpon mungkin dlm tempoh 5 thn shj) bnyk dasar akan berubah. aku hanya mampu berdoa agar Allah lindungi kami melayu penang ni dr kemusnahan.
pd BN, perlu dikaji dan insafi diri..disebabkan kealpaan dan keangkuhan mungkin, 4 negeri tergadai! jgn igt org x nilai khidmat YB yg mungkin sua muka bila tiba election shj. muhasabah diri anda!
doakanlah kami anak melayu penang di tidak jd seperti melayu singapura
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara-saudari sekalian, berfikirlah secara positif. Perubahan kuasa adalah lumrah dalam sesebuah pemerintahan. Jangan menganggap hanya BN layak memerintah. Orang-orang dalam BN bukanlah maksum, iaitu tidak melakukan kesilapan. Lumrah manusia bila sudah berkuasa lupa fitrah kehidupan, lupa orang sekeliling, tidak mahu ditegur, dikritik. Lantaran menjadi bongkak, angkuh sehingga tidak peduli masalah rakyat.
BN memerintah dahulu atas pilihan rakyat dan kali ini juga atas pilihan rakyat. Samada rakyat bijak atau tidak memilih bukan kita yang ditentukan. Mereka yang memilih bukan dari kalangan orang sembarangan, lulusan Universiti samada dalam dan luar negeri. Mereka semua ada otak dan jangan anggap hanya kita sahaja yang pandai tentukan orang itu begitu dan begini.
Berilah mereka peluang, jika mereka yang dipilih ini tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan barulah kuasa rakyat yang menentukan 4 atau 5 tahun akan datang. Ajar mereka seperti mana rakyat ajar pemimpin BN hari ini.
Seperkara lagi, buat apa nak ditakuti bangsa Melayu akan hilang hak keistimewaan. Kesepakatan antara kaum dah lama terjalin cuma umno sengaja takut-takutkan kerana mereka nak kuasa sebagai pemerintah. Umno nak memerintah sebab mereka nak bolot semua kekayaan. Sebab itu pemimpin umno jadi kaya-raya walau baru sepenggal jadi ahli DUN. Cuba bandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz dan Hadi Awang, adakah mereka kaya-raya? Rumah mereka hanya di sebelah masjid. Tugas mereka disamping menjadi MB(Hadi Awang dulu) tidak pernah cuba nak bolot kekayaan. Mereka cuma ingin memimpin rakyat ke jalan yang diredai ALLAH. Bukan macam pemimpin umno. Hiburan tak habis-habis, sehingga moral rakyat semakin rendah dan serendahnya. Fikirlah kawan-kawan. Adakah jika kami memilih akhirat kami dianggap tidak bijak, bodoh dan sebagainya.
Pada saya soal bangsa ialah soal ke-2, yang harus diutamakan ialah mempertabatkan Agama Islam ke satu tahap yang dihormati. Bukankah lebih baik menggalakkan orang Islam tutup aurat, jangan tinggal solat, mengimarahkan masjid, menuntut ilmu. Arahan ini sepatutnya datang dari pemimpin seperti PM dan TPM bukannya terhad pada para Ustaz dan Ustazah. Kurangkan hiburan melampau, tutup pusat-pusat hiburan seperti disko, pub yang kebanyakkannya telah melalaikan rakyat hingga terbabit dengan gejala sosial yang kronik, seks luar nikah, buang anak dan macam-macam lagi.
Ini lah yang seharusnya pemimpin-pemimpin buat. Paling penting menukar perlembagaan ke perlembagaan Islam. Sekirannya ini umno ingin semua ini maka tidak teragak-agak lagi PAS akan bersekutu dengan Umno.
Tolonglah jangan hanya fikir bangsa sahaja. Bangsa Melayu hanya gah di rantau ini sahaja, manakala Islam di seluruh dunia. Jika Islam kuat dengan sendirinya orang kafir pasti gerun.
TAKBIR!!!
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : ko kate soal bangsa kedua, hey!!soal agama dan bangsa perlu seiring. Dalam masyarakat malaysia kalo melayu tu agama nyer mesti islam. fikir dulu la..aku amat kesian kepada melayu seingapura dan kini beralih kepada melayu penang. ko tahu apa. zaman datuk nenek kite mempertahankan kedaulatan melayu dulu ko tau peritnya. anak muda zaman sekarang lebih kepada terikut2 dengan trend semasa. kampung tergadai maruah tak tebela. kalo ko suka sgt ngan dap. kenapa tak berkempen untuk mereka sahaja…..
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
Buat saudari Hana,
Apa beza gerakan dan dap? kebanyakkan ahli mereka kaum cina. Sama saja. Dulu KM bangsa Cina sekarang pun cina juga. Tentang parlimen pula wakil dari kaum melayu pun ada juga. Jangan risaulah.
Berkenaan dengan melayu singapura pula, saudari Hana pernah ke singapura? Saya 13 tahun tinggal di singapura sebab ibu dan ayah saya kerja di sana.
Sekarang ini saya tinggal di Johor Bahru dan pakcik, makcik, sepupu, ramai lagi tinggal di singapura. Tak pernah saya dengar rungutan. Mereka hidup senang. Mampu pakai kereta, beli rumah banglo di JB. Apa yang orang cina dapat kat sana, orang melayu juga dapat. Orang India pun sama. Walau PM Cina, masjid tetap didirikan. So, apa masalahnya? Kekayaan juga di bahagi sama rata.
Kalau tak tahu keadaan sebenar jangan cuba bandingkan. Kalau saudari Hana sudi ke JB saya juga sudi bawa saudari Hana jalan-jalan ke singapura melawat pakcik dan makcik saya kat sana. Dah tengok baru tahu kan. Jangan berekperimentasi dari jauh saja. Sekian.
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
Saudara sejuk, sabar ya. Itu pendapat saya. Saya tetap utamakan Islam dahulu baru bangsa. Saya lebih rela berPM kan kaum Cina atau India Islam yang jaga solat, imamkan solat jemaah, sering berusrah dari PM yang berbangsa melayu islam tetapi dalamasa yang sama amalkan cara hidup barat, isteri tak bertudung, suka hiburan dan lain-lain yang jauh dari Islam.
Soal perjuangan saya tetap ingat jerit perit orang dahulu dan saya menghargainya. Tiada dahulu, tiada sekarang. Soalnya masyarakat sekarang sudah tersimpang jauh dari mengamalkan cara hidup Islam. Sekarang sudah hampir akhir zaman. Kiamat pun kita tak tahu bila. Kalau di suruh antara syurga dan neraka pasti ramai yang memilih ke syurga tapi lupa adakah mereka sudah cukup amalan nak ke arah itu? Di alam barzah nanti Allah tak tanya kita ni bangsa apa. Yang Allah tanya ialah apa agama kita, siapa nabi kita. Nabi dari kaum melayu kah? fikir-fikirkan lah.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
ya betul..sepeti yang tuan katakan masyarakat sekarang = anak muda = awak a.k.a kumbang, so apa bezanya…
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang
–> apa komen awk plak bila DAP dan PAS nk bgabung.. dlm perak?
–> apa komen awk bila PKR minta jawatan tim. ketua menteri d pulau pinang?
adakah DAP akan beri jawatan itu?
fikirkan sendiri.. bila 2 parti berbeza nk perintah satu negeri.. blm apa2.. dh dgr2 suara..
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang
sy baru sajer balik dr melancong di singapura..sy akui.. pembangunan mmg byk.. tp..apa yg sy nampak? x byk org melayu di sana.. menurut kenalan sy.. org melayu+india+bangsa lain.. hanya lbh kurang 10% sahaja…
maju.. mmg maju.. tp.. melayu… x mcm bangsa cina.. fikir2 kan….
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
Bezanya, siapa nakkan islam secara syumul dengan nakkan islam slogan saja. Islam secara syumul ialah mengamalkan Islam secara menyeluruh. Daripada cara hidup, amalan harian sehinggalah pemerintahan berpelembagaan Islam.
Manakala Islam slogan ialah hanya laungan semata sedangkan pengisiannya kosong. Bina masjid besar-besar tetapi jemaah hanya ramai waktu solat Jumaat dan Hari Raya saja. War-warkan Islam tetapi aurat pasangan tidak dijaga.
Saya a.k.a kumb@ng dari masyrakat sekarang ingin ke arah itu, iaitu hidup di sebuah negara yang dipagari perlembagaan Islam dan rakyatnya terdiri berbilang kaum tetapi bersatu di bawah wadah Islam. Masalah sosial, rasuah, jenayah semakin kurang kerana ALLAH memberkati. Itulah bezanya.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : tapi dalam malaysia ni boleh ke apa yang ko nak tu terjadi. sedangkan DAP terang2 menolak penubuhan negara islam. kalo DAP dan cina atau kaum lain setuju. tak payah tunggu PAS tubuh negara ISLAM, BN dengan secara Automatik akan membinanya dahulu
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@sejuk..
agree with u
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara sky,
1. Seperti yang saya ketahui walaupun dap menang banyak kerusi di Perak tetapi MB di beri kepada PAS walaupun kerusi menang paling sedikit. Kenapa? Kerana mereka bersatu. Biasalah ada berselisih pendapat tetapi itu untuk cari sebuah keputusan dan akhirnya dap,pkr bersetuju wakil ialah calon MB. Itulah namanya kesepekatan. Macam umno,mca dan mic.
2. Seperti selangor dap juga minta Timbalan MB di beri pada mereka. Seperti dulu kat Penang jawatan MB dari gerakan dan timb dari umno. So, apa salahnya? Kesepakatan yang penting. Masing-masing ada hak menuntut hak masing-masing.
3. Saudara Sky masa kat singapura tak cuba tanya orang melayu kat sana, macamana hidup? Seperti yang saya kata walaupun minoriti orang melayu punya peluang yang sama rata dengan kaum cina dan India, bekerja dengan kerajaan, swasta, berniaga dan sebagainya. Saudara hanya pergi melancong, saya dan keluarga pernah menetap disana. Bukankah perpepsinya berbeza.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : jawapan untuk :
1) Negeri yang bersultan MB nya haruslah melayu dan beragama islam. Sebab tu penang dia panggil ketua menteri dan boleh KM dia cina. Sebab penang tiada sultan!!
2) sudah dijawab diatas!!
3) lebih baik ko duk kat sana je kalo asyik nak kondem negara sendiri. pergila ke singapura yang kau agung2 kan
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara sejuk,
Sebenarnya umno ada peluang nak wujudkan negara Islam yang sebenar(bukan macam sekarang ya). Tetapi disebabkan latarbelakang pemimpin yang bukan dari pendidikan islam mereka menolak dengan alasan negara ini bermasyrakat majmuk. PAS dari dulu ajak umno apa yang tak bolehnya melaksanakan hukum Islam secara muzakarah ataupun debat. Tetapi umno menolak. PAS dari dulu sedia membubarkan parti ini sekiranya umno bersetuju. Tetapi hakikatnya umno tetap dengan pendirian mengamalkan Islam secara slogan saja.
Masalah dengan dap pula kerana mereka belum memahami bagaimana perlaksaan hukum islam yang sebenar sebab kaum ini kebanyakkannya cina telah dicanang sejak dulu tentang keburukan hukum islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap terutama dari umno sendiri. Islam ini indah malah adil pada semua bangsa di seluruh dunia. Cuma peluang untuk memahamkan mereka terhad.
insyaALLAH suatu hari nanti pasti akan berlaku juga di Malaysia kesepakatan antara PAS+DAP+PKR memerintah di bawah wadah Islam. Hanya ALLAH yang mengetahui bila.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : awak dah jauh sangat berfikir. DAP takkan pernah senang dengan melayu…dan tak mungkin akan duduk sebumbung dengan pas dan pkr..
By hantu on Mar 10, 2008 | Reply
sedara kumbang, awak begitu mudah untuk mengeluarkan pernyataan bahawa dap, pas, pkr mudah untuk bersatu. tak sampai 24 jam pilihanraya tamat, isu2 berkaitan dengan pemerintahan campuran telah pun heboh. ni belum lagi 5 tahun yang mendatang.jangan mudah memberi kesimpulan pada perkara yang masih samar-samar. anda berkata sedemikian kerana anda telah lama tinggal di singapura serta sudah biasa orang bukan melayu yang memerintah. tetapi bagi kami yang tinggal di Malaysia, apa yang jadi ini merupakan satu kejutan yang amat besar. di sana kaum melayu tidaklah ramai mana, tp di Malaysia yang majoriti adalah orang melayu akan mempunyai pemimpin yang bukan islam memerintah di peringkat atasan. sekali lagi menunjukkan bahawa kita akan dijajah semula.
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara sejuk,
1 & 2) Terimakasih kerana menjawab bagi pihak saya. So, apa nak takut dengan hak orang melayu? Selagi sultan orang melayu selagi itu hak melayu terpelihara. Cuma setengah-setengah orang tak faham. Bila kalah, kedengaran suara mengatakan hak orang melayu akan hilang. Itu semua retorik umno saja nak menakutkan orang melayu.
3) Adakah apa yang saya jelaskan di atas ada mengkondem negara? Yang mana tu? Saya cuma tak bersetuju dengan cara pemimpin BN khasnya umno memimpin negara ini. Negara ini tempat lahir saya dan saya berhak tentukan siapa pemimpin saya. Singapura dulu tempat ayah dan ibu saya mencari rezeki dan membesarkan saya hingga sekarang. Saya kagum dengan Singapura atas cara mereka mengurus negara. Walaupun bukan Islam tetapi mereka adil kepada rakyat. Rasuah tidak berleluasa. Saya berhak untuk rasa kagum terhadap singapura untuk perbandingan dengan Malaysia. Dan tiada siapa berhak menyuruh saya keluar dari negara ini.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : ya ko kate retorik yeh..begini apabila bn hilang kuasa 2/3 di parlimen ianya susah untuk menggubal/ membatalkan perlembangaan. misal kata mic dan mca keluar dari bn sekarang dan bersengkokol dengan dap dan membuat pakatan baru. umno yang dimiliki melayu akan menjadi suara minoriti. cina dan india akan menjadi kuasa malaysia. mereka berhak meminda perlembagaan negara. dan tak mustahil hak2 sultan dan orang melayu ( hak istimewa melayu, kuota, pendidikan dsb ) akan dihapuskan. Itu yang umno risaukan. Boleh fikir ke ape yang aku cakapkan ni………….!!
By hantu on Mar 10, 2008 | Reply
saya setuju dengan pendapat sejuk. sebarang perlembagaan negara mestilah melibatkan pembangkang kerana BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. saya cukup risau sekiranya apa yang dikatakan oleh sejuk ini akan terjadi.
ramai yang mengatakan bahawa UMNO sengaja mengeluarkan isu-isu berkaitan dengan hak istimewa orang melayu untuk menakutkan rakyat. tp sememangnya benar, kerana apabila terjadinya macam ni, ianya tidak mustahil bagi pembangkang iaitu DAP untuk menghapuskannya.
By makkal sakti on Mar 10, 2008 | Reply
makkal sakti!bravo kumbang!lu mmang hebat..lu punya hujah wa suka..ada betol punya..
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang
i’m a girl.. not man… ok….
and i have close friend there..2 bln sekali, mmg turun singapore.. kecian arr tgk diorang…not like us.. kena tindas.
@sejuk..
tabik spring la!!!!
people nowadays.. byk terikut2…
bley refer to this link.. my blog.. about election and my opinion..
http://skyangel1212.blogspot.com/
By abdills on Mar 10, 2008 | Reply
ko nang stedy kumbang.
keseorangan diserang oleh sejuk & the geng.
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara sejuk dan hantu,
Syabas kerana berpandangan jauh. Kerisauan saudara akan hilang hak melayu jika mca,mic dan dap bergabung itu memang ada benarnya. Jika ditakdirkan perkara ini berlaku bermakna umno telah silap memilih pakatan. Jika mca dan mic bertindak maka selama ini mereka hanya berpura-pura kerana inginkan kuasa. Umno kena sedar dari sekarang. Jika terjadi juga umno sepatutnya dipersalahkan kerana tidak menyedarinya sejak dari dulu lagi. Pakatan umno+mca+mic mungkin salah satu sebab umno tolak sistem islam. So, masih nak menyokong umno lagi? Pada saya, sistem Islam yang diamalkan oleh PAS lebih baik dari segalanya. Baik tak semestinya sempurna, masih ada ruang boleh diperbaiki dari masa-kesemasa. Yang penting penyokong PAS ikhlas dalam perjuangan bukan kerana ingin kaya di dunia saja tetapi untuk akhirat juga.
saudari sky angel,
Sorry called you saudara. apa? orang melayu tertindas? dari segi apa tu? cuba cerita sikit.
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@makkal sakti : ahakss ko hanya mengiyakan orang lain. mane hujah ko. hahahah setakat jadi lalang watpe..
@sky : hehehe kite bersependapat. jgn risau. selagi keyboard aku tak rosak dan isu masih belum dapat menangkis dakyah mereka yang tak paham prinsip ketuanan melayu. aku akan teruskan usaha murni ini. sokong aku k!!
@hantu : aku suka hujah ko. tahniah!! teruskan menangkis kepercayaan kuno meraka!!
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : jadi dengan hujah ko tu..jgn la nak bangga dan angkat sangat atau percaya dengan dakwaan DAP+PKR yang ada india dan cina+PAS untuk membina kerajaan islam..hahaha ape da…ckp pastu kene kat diri balik.
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang
susah nk ckp dgn org yg dh tpengaruh… ckp pun x guna.. akan ada saje alasan awk..
"KUALA LUMPUR 10 Mac. - Keseluruhan kaunter - kaunter saham di Bursa Malaysia terpaksa digantung urus niaga untuk tempoh sejam hari ini bermula pada pukul 2.58 petang ini ekoran kejatuhan teruk pasaran saham. Peniaga berkata, pengendali pasaran saham Kuala Lumpur, Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ berikutan kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus hari ini. “Ini pertama kali IKKL susut lebih 10 peratus dalam tempoh tak sampai satu hari dan ini juga merupakan kali pertama pelaksanaan `Penampan Kejatuhan’ ini dibuat oleh Bursa Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu. “Kebimbangan dan kekeliruan berhubung arah tuju ekonomi dan dasar pembangunan ekoran kemenangan tipis Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu, telah menyebabkan pelabur-pelabur menjual pegangan secara besar-besar sejak awal pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Sebelum digantung urus niaga, IKKL merekod kejatuhan sebanyak 130.01 mata atau 10.03 peratus untuk berada di paras 1,162.32 mata."utusan online….
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@sejuk
always support gov.. and semua yg setia to gov.. thumbs_up
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@sky : thumbs up to u too
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : weh tolong komen sket!!
PAS setuju lantik wakil DAP jadi Exco Kerajaan Negeri Kedah
TERKINI! KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju untuk melantik wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), dalam Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak, walaupun PAS mendominasi kemenangan di Kedah.Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, PAS juga bersetuju memberikan dua kerusi Exco kepada Parti KeADILan Rakyat, sementara 7 jawatan Exco lagi akan diisi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS.Menurut beliau, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Dewan Harian PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.
By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply
@sejuk
–>so good are you..mcm mana parti yg lain manifesto bley merge together.. mcm mana nk buat hukum hudud tue? kumbang..explain skit..
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@semua : korang nak komen silakan tinggal disini.esok aku online pepagi akan jawab semua persoalan korang. Selamat berdebat!!
By kumb@ng on Mar 10, 2008 | Reply
saudara sejuk,
Pakatan ialah pakatan. Hati manusia siapa tahu. Kita hanya merancang dan ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH yang sebenar-benarnya. Berjaya atau tidak sesebuah pakatan bergantung kepada keadaan dan kejayaan sesebuah pakatan bukan boleh di nilai dalam masa 2 atau 3 hari. Buat masa ini mungkin banyak timbul pemikiran negatif berikutan ketidakpuashati BN sebab kalah banyak kerusi.
Sepertimana dahulu rakyat boleh terima pakatan umno+mca+mic, saya rasa tidak adil jika belum pun seminggu PRU berlalu sudah ada suara-suara yang mengatakan itu ini yang tidak baik. Beri peluang dahulu kemudian baru nilai.
Saya tegaskan di sini saya adalah penyokong PAS dan bersetuju dengan pakatan pembangkang. Bersetuju tidak semestinya saya sokong ideologi parti yang bukan PAS. Kelainan idelogi adalah berdasarkan prinsip parti. Matlamat sama tapi perjuangan parti berbeza. Itu saudara kena faham. Seperti umno perjuangkan melayu, mca untuk cina dan mic untuk india. Saya sokong PAS kerana perjuangan Islam tanpa mengira bangsa. Siapa-siapa boleh jadi ahli PAS tak kira bangsa apa yang penting Islam.
Saya cuba nak terangkan pada saudara erti perjuangan Islam itu. Sekarang ini orang-orang bukan Islam sudah buka mata dan menyokong PAS. Oleh kerana perlembagaan PAS tidak boleh mereka jadi ahli maka mereka dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS.
Saya melayu dan saudara juga melayu, saudara islam dan saya juga islam. Yang membezakan kita sekarang ialah perjuangan dan pada saya memmartabatkan Islam lebih penting dari segalanya.
By zacks on Mar 10, 2008 | Reply
Buat sahabat² tgk dan renungilah… tak sedar lagi ka… kita melayu nie asyik nak bertekak ja… sampaikan dlm forum nie pun nak bertekak… sedangkan bangsa lain dah mula bersatu… Pas ke Umno ke semuanya sama …
Pas Kata nak mendirikan Negara berlandaskan islam… ikut mana? Kalau betul nak ikut islam adakah tersebut dlm al-quran perempuan bole menjadi pemimpin… sila kemukakan ayat dan surah yang mana… setahu saya yang bole memimpin, mengimamkan dan menghakimi adalah dari kalangan lelaki…. tak pernah terlintas pun saya mendengar atau membaca dalam mana hadis atau surah yang ada dlm al- quran mengatakan begitu. Jd bagi saya Umno, Pas sama sahaja… ini bukan bermakna hak kaum hawa tertindas cuma mempunyai had yang tersendiri.
Bagi sahabat yg tak memahami apa yang terjadi.. nie saya nak bagitahu… khasnya golongan muda…. tahu kan sahabat semua hak org melayu akan di mansuhkan…. itu kata Presiden DAP… everyone have equal right….. adil ka? Bangsa china ada negara mereka. Tanah Besar Cina. Bangsa India pun sama. Ada negara India. Nama bangsa mereka pun asal dari negara mereka…. betul tak sahabat². Apa ada pada melayu…. bukan ker malaysia ini di kenali sebagai tanah melayu….. tanah tempat kita org melayu. Negara Kita….. tempat tumpahnya darah kita…. Hak kita… Jd bagitahu saya dimana hak kita kalau semuanya sama….. Mcm nie kena tukar nama lah .. dari tanah melayu ka tanah cindiayu. Itu ka yang shabat minta…..
Mungkin sahabat tak sedar…. sebelum pilihan raya terdapat beberapa isu yang dibangkit kan…. kaum cina mahu dapat hak mereka….. mereka bersuara melalui MCA tapi Umno halang… apa yang dituntut? Hak yang sama mcm org melayu….
Lepas tu muncul lak Hindraf….. apa yang dituntut….. hak yang sama mcm org melayu…. Sedangkan bangsa² hanya menumpang mencari rezeki asalnya… Bangsa india…. dtg untuk menoreh getah… bangsa cina dtg berdagang… bangsa kita???????? Dari dulu kita di perkecil² kan takan sekarang pun sama…. masa zaman british sapa jd wira? Melayu…. ada bangsa lain ka? Yang jadi kominis sapa? Bangsa cina… Yang jd tali barut sapa…. Bangsa India… takan ini pun sahabat tak sedar lagi….
Tgk dan selidik kata saya nie… bangsa lainmula sedar akan hak yang mereka tuntut takan dapat… sebab itu mereka tak memilih MCA, MIC kerana mereka tahu MCA dan MIC takan dapat menuntut apa yang mereka mahukan selagi parti mereka masih di dalam BN kerana Umno yang berkuasa… Jd jln terbaik mereka DAP, PKR….. tak nampak lagi ker? Apa bangsa ku dah jd jahil ker?
Kalau kita nak dok bertengkar sesama kita .. apa yang kita dapat… parti mana pun asalkan mempertahankan hak bangsa melayu itu yang saya sokong….
Tapi nasi dah jd bubur…. mungkin ada yang masih akan mempertikaikan apa yang saya katakan…. tapi suatu hari nanti akan timbul kesedaran…. tapi bukankah dah terlambat…..
Parti Tanah Melayu.
By hana on Mar 10, 2008 | Reply
en kumbang, hang xkan faham sbb hang xduduk di tempat kami anak melayu Islam pulau pinang. ok, bg pd hg bagi peluang pd mereka. elo,hang ingat tempoh 4-5 thn tu singkat ka? depa bleh ubah segala2nya dan masa tu melayu kalau menangis pun dah x guna! bleh percaya ke dgn DAP ni? sah2 menentang melayu dan islam sbb tertubuhnya DAP adalah saki baki komunis yg x percaya pd agama. intelek mereka hnya utk kepentingan BANGSA depa. mmg BN ada bnyk kesalahan dan ianya telah disuarakan oleh rakyat. aku akui, dlm umno sendri ada yg x setuju dgn sebahagian cara BN memerintah. tp perlukan sampai berpaling tadah dan membiarkan negeri tergadai? mak bapak aku dah rasa mcmana seksanya duduk dibawah pemerintahan pembangkang (gerakan sblum join BN) tanpa campur tangan kjaan persekutuan dan dgn jumlah kerusi dun (dipegang oleh BN) yg sedikit. hang jgn mimpi la nak dapat sama rata dan adil..tgk skarang ni dah boleh agak, PKR minta kerusi TKM kat depa, apa lim guan eng kata? xmau komen lagi…sbb apa? depa yg pegang kuasa lani, kalo dia bg pun, jenuh bertengkaq dulu la wei..mesti x ikhlas laaa…DAP guna PKR hnya utk capai matlamat tawan penang. mmg perlu check n balance dalam pemerintahan tp kalo xdpt 2/3 ko igt selamat ke sesebuah pemerintahan 2? (refer komen sejuk psl gubal perlembagaan) sepatutnya, kita ni melayu Islam bersatu, tp semua xmau sbb EGO..
lg 1, awak mungkin lahir dlm sudu perak, xrasa susah mungkin, tp aku tak…dgn kemudahan kerajaan la aku mampu sambung belajaq, keja. dan kalo rasa spore tu bagus, kenapa x duduk je terus kat sana, kan lagi mewah…semua sama rata..
NI KOMEN TERAKHIR AKU, BNYK SEBENARNYA NAK DITAIP UTK JWB PD EN KUMBANG NI, TP AKU MALAS SBB XKAN ADA KESUDAHANNYA.
By hana on Mar 10, 2008 | Reply
jap, saya SOKONG 100% apa yg zacks suarakan. tp sayang melayu ISLAM kita xsedaq zacks. yg dipentingkan kepuasan hati sendiri. tanah air sendiri tergadai pun takpa… janji puas!
tunggu bila bangsa2 lain ni bertindak dgn agresif, baru nak sedaq kot.
ni tanah air kita dan cuma 1 ini SAHAJA! fikir baik2
By makkal sakti on Mar 10, 2008 | Reply
asyik bangsa..bangsa..bangsa..wei! bangsa bole slamatkan korang dr api neraka ke?wlaupun wa kira open minded tapi wa sokong kumbang punya pndpt..hanya islam saje bole slamat lu all d dunia dn akhirat..kalo lu org takut cina dap,mca ka..lu suruh lu punye umno tuko prjuangan..gabung dgn pas barula melayu dn islam lg kuat..bole ka itu mcm?
By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply
@kumbang : hanya setelah perkara yang ditakuti itu berlaku sahajalah yang dapat membuka minda anda yang dah ditutup rapat kepada kebenaran.
@zacks : aku setuju dengan pendapat ko. melayu sekarang sudah hilang kuasanya disebabkan ada melayu2 yang macam kumbang tak sedar akan erti pejuangan bangsa melayu dulu. Yang mereka tahu reformasi dan demonstrasi jalanan. tak tau ke negara sendiri a.k.a tanah melayu nak dijajah oleh kaum lain.fikirla kumbang!!
@hana : insyallah melayu penang akan terbela..selagi Tun M bersuara, selagi Melayu bersatu seperti UMNO, DAP akan terikat dgn perlembagaan kontrak sosial. Fahami dulu kontrak sosial Kumbang. baru cakap perjuangan bangsa dan agama!!! Aku kalo sokong PAS hanya seorang iaitu MB Kelantan. Dia memang lain dengan ahli PAS yang hanya tau nak maki hamun dan menghasut orang lain.
@makkal : ko ni kenapa. Biarla kami nak berbicara pasal bangsa. itu kekuatan kami!! Islam pula pegangan kami!!
By amieiezam on Mar 10, 2008 | Reply
kuasa yang ada di tangan dah kita lepaskan…. muhasabah diri, kita telah ditertawakan tapi secara tak sedar "mereka" pun telah ditertawakan…. oleh kawan yang dulunya lawan…hanya kawan bila nak lawan…..sesal dulu pendapatan.
bicara ini sepi…hanya bunyi ketukan pada papanhuruf memecah sunyi…
sesayu hatiku seorang melayu..
yang tak pernah jiwa islammye layu..
mereka seronok diberi tampok pemerintah,
di perak bumi berdaulat….
namun mereka lupa…MB hanya pada nama
porfolio agama dan kesenian dan istiadat melayu..
tapi pada siapa potfolio ekonomi diberi..
bagaimana pendidikan melayu kemudian hari…
nak terbeliak mata ku lihat……
kenderaan pemimpin "LULUS" masuk melurus!
yang di canang hidupnya sederhana…
kerana takut leka harta dunia….
wah…banyaknye harta…
episod kini membuka mata…
melayu ternyata mudah lupa…
kuasa kini jelas hanya pada nama….
kerusi MB sahaja ke boleh membela agama???
salam keinsafan…
By Sky Angel on Mar 11, 2008 | Reply
guys….
maybe.. we should stop it here…. x ada kesudahannya…
setiap org.. nk tegakkan pendapat masing2..
just wait and see
By zacks on Mar 11, 2008 | Reply
makkal sakti sila bagi jawapan pada pertanyaan saya nie…. undang² negara islam mana yang pas akan ikut… mcm saya katakan mana dtg ayat serta hadis yang kaum hawa bleh jadi pemimpin…. mai habaq kat saya…. nak cita pasai islam…. p blaja mendalami islam… kenai diri kita… bukan sekadar hang habaq solat dah cukup tanpa mengerti makna dan perngertiannya…
Dalami lah islam …. bukan sekadar nak melaungkan agama ku islam….. tapi tak memahami apa itu islam sebenarnya… bukan kah itu munafik… islamkan diri kita dulu……
By cencorot on Mar 11, 2008 | Reply
saya
By cencorot on Mar 11, 2008 | Reply
saya mmg kuciwa gak la bler bn xmng besaw,..
tp kite ks peluang kat pihak pmbgkang tadbir state msg2 yg dieowg pgg,..tgkla dieowg mampuker tunaikan janji2 dieowg yg x logik tuh,..kite tg dan lihat sahaja,.. kalu dieowg ok,.kite pgkh dieowg lg tuk 5 thn yg akan dtg,..mgkn lps nih bn akan bergerak lbh cergas lg,..dgn der pmbgkng neh kite leh cmparela sape wat keje sape xbuatkan? sume nih ader hikmahnye,…pe2pon hidup BN! teruskan perjuangan yg belum selesai!
By sejuk on Mar 11, 2008 | Reply
@cencorot : haha saya ape? saya mahu makan ke
By amieiezam on Mar 11, 2008 | Reply
kerajaan pas kedah dah mula main janji… ustaz azizan kata manifesto kerajaan pusat tak selari dengan perlaksanaan kerajaan negeri… negara kebajikan adalah janji pas pusat…bukan pas negeri.
mereka mula bermain kata
By sejuk on Mar 11, 2008 | Reply
sekarang masanya pas untuk putar belit janji!!tggu di selangor pulak
By Perampok on Mar 11, 2008 | Reply
salam
pendirian peribadi aku - aku tak suka Kelantan jatuh ke tangan BN sepertimana aku tak suka Johor jatuh ke tangan PAS/PKR/DAP.
just nak share sket. Setiap pemimpin ada gagasan/wawasan/idealisme mereka yang tersendiri tak kira dari parti mana pon. Pemimpin BN, PAS, PKR, DAP semua ada own agenda (aku lebih suka ckp hidden agenda). PAS di Kelantan tidak sama dgn PAS di negeri lain, begitu juga BN di Johor tidak sama dengan BN negeri lain.
Kalau mengaku diri itu Islam+Melayu (tidak perlu mengaku Melayu pun tidak apa), untuk mengamalkan Islam dan juga cara hidup Islam tidak memerlukan sebuah negara Islam pun tidak mengapa. Apa yang di perlukan ialah keselamatan dan ruang kemudahan untuk beribadah seperti rumah sendiri, surau, masjid and so on. Umat Islam US di sua dengan dugaan yang lebih dahsyat tapi di sebabkan mereka mengamalkan ajaran Islam yang betul Allah masih merahmati meraka.
Kita di sini di beri ruang yang sangat luas untuk mengamalkan cara hidup Islam tapi bila tiba pilihanraya semua keburukan dan kesilapan manusia lain di jaja dan di pukul canang serata daerah untuk memenangi hati pengundi. Islamkah itu?
Ada hal relevan seperti yang di bawakan oleh PKR seperti isu gaji minimum tapi banyak yang tak relevan seperti isu harga barang dan minyak. Kenapa tak bawa isu yang lebih relevan seperti penambahan subjek Islam/Moral/kenegaraan dalam sistem pendidikan bagi mengembalikan martabat bangsa Malaysia yang semakin runtuh akhlak dan lemah daya pemikirannya dalam soal mempertahankan Malaysia itu sendiri? Banyak isu yang di bawakan hanya berat kepada topik untuk menarik hati pengundi tanpa memikirkan praktikal atau tidak menifesto yang entah bila akan di tunaikan. Boleh sangat berjanji untuk menutup disko, kedai arak atau pusat judi tapi pernah fikir implikasi sosial/ekonomi ke atas kaum bukan Melayu? Kelantan sendiri tidak bebas dari perkara sebegini walau sudah di perintah oleh PAS selama hampir 2 dekad.
Pernyataan di atas bukan bermaksud aku menyokong kegiatan maksiat tapi kita yang mengaku Islam ini pernahkah berusaha agar kita dan ahli keluarga kita jauh dari segala maksiat sepertimana umat Islam di US? Kalau umat Islam di US mampu menjauhkan diri dari maksiat kenapa kita di sini tidak? Sebab UMNO tak nak membentuk kerajaan yang benar-benar Islam? Atau perlu tunggu Tuan Guru jadik PM baru nak hidup di atas landasan Islam sebenar?
Ada hal yang lebih penting patut di fikirkan oleh masyarakat Malaysia Melayu khususnya, iaitu soal keselamatan negeri/negara. Dunia ni di kuasai oleh orang kafir yang tak akan pernah senang dengan Islam. Bentuk serangan ada bermacam-macam sepeti militer, media, hak warga tempatan dan juga ekonomi. Kalau kita tak bersedia dengan usaha, minda dan daya pemikiran yang hebat maka kita akan hancur. Ambil contoh Internet sudah mencukupi, berapa banyak fitnah yang di tulis setiap hari dan berapa ramai pembaca yang pernah menyelidik kebenaran berita yang di tulis? Asyik sahaja menyatakan parti yang mereka sokong itu benar tanpa menyelidik. Di bawah sedar minda dan hati mereka di rosak dan di jajah untuk menentang bangsa mereka sendiri. Sebab itu akal di beri untuk menyemak akan kebenaran sesuatu perkara. Bukan membuta tuli “copy paste” dan berkata “YA”.
Memang aku akui ada pemimpin kerajaan yang menyeleweng tapi berapa peratusan mereka yang menyeleweng duit rakyat? Banyak kes penyelewengan di Selangor terjadi bukan membabitkan duit rakyat tapi membabitkan kes rasuah. Nak bina kawasan perumahan kat tempat yang bagus kene rasuah. Tak nak roboh kilang haram kene rasuah. Siapa yang tanggung kos rasuah ni? Of course orang yang nak beli rumah kene tanggung. Pekerja kilang pulak gaji tak naik-naik sebab bos sibuk beri rasuah. Lepas tu marahkan kerajaan kerana hidup makin terhimpit sebab tol dan harga barang mahal walhal tol dan harga barang cuma tema mainan parti politik.
Tol atau kenaikan harga barang ada nilai sendiri dalam sistem pertahanan negara. Bukan setakat untuk membayar hutang bank tapi sebagai country reserve. Kalau ada lagi yang nak rasa bagaimana sukarnya hidup semasa serangan matawang pada tahun 1997 itu silalah minta penghapusan tol dan kenaikan harga barang. Ada banyak lagi faktor-faktor asas yang perlu di perhatikan and i’ll leave it up to all of you to use your brain.
Banyak janji-janji dari apa yang di janjikan oleh Kerajaan Baru Negeri Selangor sudah lama di praktikkan oleh Kerajaan Negeri Johor. RM 1000 untuk anak negeri yg ke IPT? Johor dah ada sejak tahun 80-an lagi. Nak hapuskan Tol? Berapa banyak highway di Johor selain PLUS yang mengenakan TOL untuk perjalanan dalam negeri? Bukan nak kata Johor tu bagus sangat tapi keep the issue relevant.
Oh and 1 more thing. Kalau nak letak fakta bahawa hutang Kerajaan Johor paling tinggi antara negeri then u better think twice. Barang siapa faham macam mana sistem kerajaan pusat-kerajaan negeri bergerak dan apa yang perlu di reserve di Johor akan faham kenapa nilai hutang itu tinggi sementara nilai hutang Kelantan-Pusat pula terendah. Tahu berapa nilai semasa, asset dan cash reserve yang JCorp ada? Lebih dari cukup untuk membayar semua hutang kerajaan negeri-negeri dalam Malaysia termasuk Kelantan.
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
perampok : terima kasih…saya rasa anda menulis berlandaskan fakta.. saya yakin apa yg disampai penuh informasi dan sangat jujur. syukran
By HANA on Mar 12, 2008 | Reply
perampok: terima kasih dgn jawapan dan fakta yg sgt jujur, tepat dan relevant. bukan semua org nmpk apa yg anda cuba sampaikan.saya bukan penulis yg baik sbb selalunya yg terlintas di otak dan hati, xdapat disampaikan dgn cara terbaik agar difahami..
teruskan perjuangan
By Abdills on Mar 12, 2008 | Reply
Selingan.
Rukun islam masih ingat ke?
Rukun iman Masih ingat ke?
Solat on the time ke?
Puasa di bulan Ramadhan cukup ke?
Ada simpan duit untuk niat pergi haji ke?
Kemungkaran yang ternampak ada di tegur ke?
Mandi wajib tahu ke?
Cuba kita muhasabah diri kita sendiri, kemanakah arah tujuan kita,niat hati kita.
Apakah setiap pekerjaan kita kita niatkan untuk melakukan mendapat redha Allah swt atau untuk mendapat pujian manusia??
Jangan kita tersilap memilih destinasi kita.
Kita tidak akan selamanya menetap di dunia yang fana ini paling coman pun 80 tahun lebih dari umur 63 tahun itu subsidi untuk kita kembali kepada pencipta kita.
Dari Allah kita datang dari Allah kita kembali.
Biarla sesiapa nak memerintah, setiap pemerintah akan dipertanggungjawabkan atas pimpinannya.
Kalau tak puas hati tunggu laa next election. Janganlah kita sebagai orang (melayu) islam terutamanya menjadikan hal ini untuk bermasam muka sesama kita. Hal dunia ini janganlah menyebabkan kita suuk ul zan buruk wasangka sesama kita.
Amat malang sekali wahai saudaraku.
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@abdils : tahupun. jadi apa yang tuan tulis saya berikan kembali kepada tuan. fikirkan dan hebahkan kepada semua sahabat2 separti tuan. andai kata tuan berjaya tuan telah berbuat kebaikan sesama manusia. jgn hanya cakap sahaja!!
By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply
@abdils : atas dasar apa persoalan itu dilontarkan? penilaian itu adakah berdasarkan rasional atau emosional? aku juga ingin melemparkan kembali pertanyaan itu pada anda…insyaallah apapun pegangan politik kita…melayu takkan lupa dan melupakan islam…tapi jangan lah dibudayakan "islam puak A islam benar dan islam Puak B islam salah." Jauhilah budaya ini…siapalah kita untuk menilai islam yang lain kerana untuk menilai islam dalam diri sendiripun diluar kemampuan kita.
dan dengan penuh rendah diri aku masih merasakan sesuatu perlu dan akan dilakukan demi kekuatan ummah islam dan bangsa melayu.
By Abdills on Mar 12, 2008 | Reply
Atas dasar perpaduan.
Kembali tak pa kita pun kembali pada Allah swt.
Beringat sesama kita.
Sahabat?? semua orang adalah sahabat.
Cakap lebih baik daripada tidak bercakap terus macam orang yang nampak kemungkaran tapi tiada apa-apa perasaaan benci sekalipun.
Sapa yang nak menilai islam seseorang? aku takda nak menilai islam kau cuma mahu membawa muhasabah diri adakah semua itu ada pada kita.
itu aja tidak ada niat yang terlindung dan terselindung. tepulang pada diri untuk menilai masing-masing.
terpulang pada niat masing-masing.
By zure on Mar 12, 2008 | Reply
Undi itu hak masing-masing cuma jgn sampai menang sorak kampung tergadai sudahlah….
By zure on Mar 12, 2008 | Reply
Bagi saya BA hanya buat pakatan untuk pilihanraya semata2. Tapi selepas tu mereka tak mungkin boleh bersatu. PAS nakkan negara islan dan hukum hudud. Tapi DAP boleh terima ke? DAP mati-matian nak mansuhkan agama islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bagi aku hanya UMNO sahaja yang mampu menjaga hak-hak keistimewaan org melayu bukan PAS mahupun PKR.
Ingat lagi masa Persatuan Suqiu buat demonstrasi untuk hapuskan hak-hak keistimewaan orang melayu. Antara meraka yang menyokong demonstrasi tu adalah PAS.
Ingat lagi masa PAS menang pilihanraya tahun 1999 dan mereka berjaya menawan terengganu. Apa yang mereka buat. Mereka rosakkan Tadika Kemas dan tutup MRSM Kuala Berang. PAS hanya mencorakkan orang Islam kearah keganasan. Sebab itu saya tidak yakin dengan PAS dan juga PKR.
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
aku langsung tak yakin dengan pkr!!!
By sejuk on Mar 12, 2008 | Reply
@semua : @semua : lompat ke komen sini http://sejuk.viere.net.my/2008/03/12/mem-sembang-sini-pasal-politik/
By Sky Angel on Mar 13, 2008 | Reply
dh la tue