Lagu Raya, Kad Raya, Kad Aidilfiri, chedet.com, chedet, Isu semasa, Isu hangat, Bogel, lucah, melayuboleh, sexmelayu, pakatan rakyat, Politik Malaysia » Blog Archive » Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!!
blog yang kesejukan

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!!

Written on March 8, 2008 – 1:50 am | by sejuk |

//update terkini : aku baru lepas membuang undi pada pukul 11.45 pagi tadi. Aku harap calon yang aku undi ini menang dan akan membawa kebaikan dah kemudahan kepada rakyat dihari kelak!! Semoga Allah memberkatimu..Amin!!! Opss luper nak bagitau, aku mengundi bagi N.33 dan P105.

Tidak sampai 24 jam lagi kita akan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi bagi menentukan pembentukkan sebuah kerajaan Malaysia dalam PRU 12 ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , janganlah kita mengambil PRU12 ini sebagai medan untuk mencuba dan meluahkan perasaan yang tidak puas hati kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. kerana keputusan yang akan kita lakukan akan menentukan masa hadapan anak - anak kita.

Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis kerana janji-janji manis bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja. Siapa sahaja boleh menabur janji manis kerana tahu bahawa mereka pasti tidak akan dapat menunaikan janji berkenaan kerana mereka hampir pasti mereka tidak mungkin akan menubuhkan kerajaan.

Cakap tak serupa bikin, setakat janji sesiapa sahaja boleh menabur janji , dapatkah mereka melaksanakan janji-janji yang telah ditabur.

Kita hidup dalam aman dan damai serta makmur , anak-anak dan isteri kita tidak takut menjalankan kehidupan harian. Apa perlu kita menyokong parti yang berlandaskan keganasan mahupun parti yang bertopengkan Islam untuk melaga-lagakan orang-orang Islam. Sedangkan kita telah beribadah ke masjid dan surau sama seperti apa yang kita diajar semenjak zaman datuk nenek kita lagi.

Apakah Islam mereka lebih baik dari Islam di zaman datuk nenek kita dahulu. Apakah Islam mereka lebih baik dari apa yang pernah nenek moyang kita amalkan dahulu.

Apakah Islam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu ketika tiada parti PAS dan tiada pengaruh politik bukan Islam sebenar. Apakah PAS sebenarnya agama Islam dan kini bersekongkol pula dengan PKR untuk melengkapkan keislaman mereka.

PAS kini hanya menjadi kuda tunggangan, kuda tunggangan kepada PKR, Anwar Ibrahim telah mengatasi kealaiman Nik Aziz dan mengatasi kealiman Hj Hadi.

Jika BA menang , Anwar akan menajdi Perdana Menteri. PAS akan tengok sahaja, Betulkah perkara ini akan berlaku? Jika Keadilan hanya menang 4 atau 5 kerusi sahaja dan DAP dan PAS akan mengatasi mereka , apakah Anwar akan tetap jadi Perdana Menteri? Mana kah laungan PAS dahulu yang mahu kepimpinan ulamak. Apakah Anwar seorang ulamak??????

Mahukah DAP memberikan laluan kepada Anwar. Pernahkah DAP melantik Anwar sebagai ketua. Pakatan ini adalah pakatan penipu, PAS dan PKR takut untuk menaikkan bendera DAP bersama. Pakatan ini juga takut untuk mengadakan logo bersama. Susah sangat ke mahu mencipta logo pakatan ini. Disini kita dapat lihat betapa pakatan ini menipu dan cuba menipu rakyat.

Berbeza dengan Barisan Nasional semuanya telah terbukti dan bukan mudah untuk memuaskan semua kemahuan rakyat, adakala kita terpaksa menelan sedikit kepahitan , kerana dalam kehidupan tetap akan ada pahit dan manis. Terlalu manis juga tidak baik kepada kesihatan dan adakala pahit adalah penawar.

Kehidupan bukan menjanjikan kesempurnaan. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang , kekalkan kerajaan yang kita ada sekarang, UNDILAH BN.

  1. 30 Responses to “Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!!”

  2. By makkal sakti on Mar 8, 2008 | Reply

    kalau tak suka PAS…pangkah PAS!
    kalau tak suka PKR…pangkah PKR
    kalau tak suka DAP…pangkah DAP

    makkal sakti!
    kuasa rakyat!

  3. By sejuk on Mar 8, 2008 | Reply

    hahahah tapi nampak sangat ko tak suka BN, jado pangkah BN ok!!

  4. By Haslin A on Mar 8, 2008 | Reply

    saya pertmaa kali mengundi tadi!!!
    camtu jek ke? 8.30 pagi bgn mandi..
    9.05 pagi gi ngundi… check saluran…
    9.10 pagi.. dia baca nama kita kuat-kuat..
    9.11 pagi… aik, dah abis? eh aku dah pangkah ek.. lupa lak… haha…

  5. By Ngahaha on Mar 8, 2008 | Reply

    Aku suka ayat ni..
    "Apakah Islam mereka lebih baik dari Islam di zaman datuk nenek kita dahulu. Apakah Islam mereka lebih baik dari apa yang pernah nenek moyang kita amalkan dahulu."

    Apakah ini jugak boleh dirujukkan kepada Islam Hadhari yg diwar war kan itew???

    hikhikhik

  6. By makkal sakti on Mar 8, 2008 | Reply

    nampaknya rmai tak suka PAS,DAP,PKR…sbb tu rmai yg pangkah..hik..hik..hik..gelak slow2..hik..hik..hik..

  7. By kumb@ng on Mar 8, 2008 | Reply

    Tahniah buat rakyat Kelantan, Kedah, Penang dan takziah buat Shahrizat, Samy Velu, Soo Koon :D

  8. By lala234 on Mar 9, 2008 | Reply

    aku nak tengok orang kalah undi,he….

  9. By apa laa on Mar 9, 2008 | Reply

    ape hangpa nih..depa blom jd krajaan pon hangpa da ckp yg bkn2..len la kalo depa mmg ternyata penah mungkir janji kat hang..hangpa ingat anwar tu sembarangan org ka?mahathir sendiri sudh mengaku bhw anwar tdk bersalah..jadi apa mau kata lagi?mau pilih mana?anwar ka pak lah yg kuat tidor 2?
    lu pk la sndr..

  10. By stylo on Mar 9, 2008 | Reply

    cayalah.. janji dua2 calon aku pangkah dh menang..
    lps ni buat keja elok2.. kalo tak

    5 taun lg tuka lain!!

  11. By makkal sakti on Mar 9, 2008 | Reply

    tak sangka..tak sangka..hik..hik..hik..5 negeri woi! rakyat tak suka,rakyat pangkah PAS,PKR,DAP..hik..hik..hik..sejuk mata memandang..hik..hik..hik

  12. By panasss on Mar 9, 2008 | Reply

    LOL!

  13. By zueisa on Mar 9, 2008 | Reply

    kerajaan BN tidak mampu untuk memenagi 2/3 kerusi parlimen.Ini menunjukkan kegagalan BN dalam membentuk sebuah kerajaan yan makmur.Tidak ada pemimpin BN sekarang yang setanding dengan bekas PM Tun Mahathir.Kesenambungan pemimpin yang berkaliber tida wujud dalam BN.Ingat-ingatlah…

  14. By Azman on Mar 9, 2008 | Reply

    perubahan berlaku sekelip mata.. wah wah.. rakyat sudah sedar dan bangkit.. tempat aku yg dahulunya kubu BN pun rakyat sudah tolak.. TAHNIAH!

    Rakyat sudah celik.. Mengapa? Kerana rakyat mahu berubah.. Barulah rakyat Malaysia! ;)

    TAKBIRR!!!

  15. By ahah on Mar 9, 2008 | Reply

    P105 - PETALING JAYA SELATAN HEE LOY SIAN PKR 28,598
    N33 - TAMAN MEDAN HANIZA MOHD TALHA PKR 16,803
    p/s : hahahahahha ….~! Sye x ngundi pn . Tp rs nk ktwe jgk tgk glagat org ngundi ni. =D

  16. By panasss on Mar 9, 2008 | Reply

    hmm.. aku sgt heppi dgn keputusan pilihanraya. membuktikan rakyat semakin celik & tidak menyokong pemimpin buta2 aje.
    w/cmne pon aku akn tgk laa ape yg parti pembangkang boleh buat utk rakyat. mesti kasik sokongan supaya mereka boleh wujudkan kerajaan impian aku.
    tp yg pntg sekali kne pnjtkan doa kpd Allah SWT spy Dia sntiasa merestui & merahmati pilihan rakyat kali ini. Sbb betapa besar pon kuasa Pak Lah(zzzzz..) x dpt nk tolak qada qadar Allah SWT.
    cthnye keputusan pilihanraya kali ni, pihak dacing ckp besar & eksyennnnnnnn x sudah. kan rakyat dh bg tau.. kalu asyik cakappppp aje tp hasilnye takdak x gune jugak.
    wahai team dacing, THE TRIBE HAS SPOKEN!!

  17. By makkal sakti on Mar 9, 2008 | Reply

    makkal sakti! kuasa rakyat! takbir!!!

  18. By jade on Mar 9, 2008 | Reply

    tak sangka korang suka DAP menang.. hmm… dah lupa diri ke? memang lah pembangkang dapat pecah undi and make sure BN tak dapat 2/3 kerusi di parlimen. tapi korang sedar ke apa akibatnya kepada orang-orang melayu? apa akibatnya kepada orang-orang Islam? kerusi yang BN menang pun ada yang kepunyaan orang bukan Islam. jadi apa macam suara Islam di dalam parlimen? adakah korang ingat, dengan undi DAP dan calon bukan Islam PKR Islam akan lebih indah di Malaysia? Kalau mengundi setakat ikut perasaan dan ikut kata orang, tak payah lah mengundi. Menjahanamkan bangsa dan agama sahaja.

    sekarang, jatuh bangun 5 tahun ni kita tunggu dan lihat. betul ke harga minyak boleh turun. betul ke boleh dapat minimum gaji rm1500 sebulan. betul ke semua janji-janji pilihanraya tu akan terlaksan. dan bolehkah orang islam betul-betul bangkit semula?

    apa yang penting, yang beragama islam itu bersatu. bukan pecah jadi parti baru.

  19. By HaRiZ on Mar 9, 2008 | Reply

    Apakah PAS sebenarnya agama Islam dan kini bersekongkol pula dengan PKR untuk melengkapkan keislaman mereka.

    oho…adakah islam hadhari adalah islam yang sebenar? struktur ayat pon sama….patut Hadarah Islamiah (tamadun Islam)…ni "islam Hadhari" (islam tamadun)…..wow, Benarkah cara hadhari ini membenarkan sesuatu kebenaran itu diterbalikkan sesuka hati? adakah menolak atau membelakangkan Hujah/fatwa Ulama itu sesuatu Yang betul sangat mengikut pendapat Hadhari? yeah, kita sudah lihat apa terjadik….so up to masing2 punye pemikiran laaa…..

    tengok dan lihat kedua2 belah pihak lebih baik atau sebaliknya, selepas itu kaji mana yang baik dan mana yang buruknya…kita akan dapat tahu mana yang buruknya…..

  20. By Sky Angel on Mar 9, 2008 | Reply

    i dont know.. y some people here.. seems to be very happy about the election result.. well.. i’m quite frustrated…

    korang semua x sedar.. kalau pembangkang menang.. maka.. kita BN x dpt majoriti di parlimen..nampak x impact? adakah hak keistimewaan org melayu terjamin? do u still want to have all those advantages.. kuota masuk univ..scholarship, etc…

    sedar atau tidak… sbb seseorg… byk yg boikot.. x nk p undi..sdgkan.. nenek yang dh kena papah nk bjln p undi.. kita yg sihat, x nk p.. malu x? sbb apa.. x tau nk pilih parti… sbb kita benci ada seseorg.. satu parti kita boikot..

    tgkla impact dia sekang…

  21. By sejuk on Mar 9, 2008 | Reply

    @semua penyokong BA : aku takut hak istimewa melayu akan diganggu gugat oleh DAP. dan seperti yang korang suke Melayu dah hilang kuasa untuk bersuara di Parlimen. Tunggu dan lihat sama ada korang masih lagi boleh gelak atau tidak!!

    p/s : sedih mengenangkan Tun Mahathir dulu yang sungguh susah payah mengelakkan Penang jatuh ketangan DAP. Semoga kes singapura tidak terjadi lagik…

  22. By zlmblabla on Mar 9, 2008 | Reply

    Mohon berfikir diluar kotak k. usah masih jadi katak dibawah tempurung. Untuk kait dengan negara luar khasnya jiran tetangga atau berkaitan kaum dan agama mohon guna perkataan dan ayat yang baik. Usah d ungkit cerita lama TETAPI jadikan ia panduan dan ingatan bermakna InsyaAllah….selamat MARILAH KITA MENTELAAH DAN CARI ILMU SEBELUM USAHA DAN AKHIRNYA BERTAWAKKAL….SAHABAT KU

  23. By Sky Angel on Mar 10, 2008 | Reply

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap diarus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ketangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah dinusantara

  24. By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply

    @sky angel : sedih dengar lagu tuh

  25. By Azman on Mar 10, 2008 | Reply

    jadilah melayu yg gentleman.. tongkat kita dah rapuh.. sudah tiba masanya melayu berdikari.. jgn hidup dlm ketakutan kalau pegangan dah bulat kepada tuhan.. jadilah bangsa yg adil.. ;) hehe berpuitis lak aku

  26. By sejuk on Mar 10, 2008 | Reply

    hahahaha takpe la..dah berlaku biarkan yang belum pasti kene pastikan..luruskan barisan!!

  27. By stylo on Mar 10, 2008 | Reply

    tul gak… hak melayu mungkin terjejas…
    tapi dlm islam ada ka halk melayu ke hak cina ka…
    setau aku hak2 muslim and non muslim ada laa…

    kalo terlebih2 jd assabiyah dah,.. kira x fair la kalo aku ditakdirkan lahir2 cina? xdk apa2 hak

    sib baik aku melayu… ada gak hak2.. kalo kembali pd quran n sunnah.. settle suma benda. apa susah…
    nk kembali pd benar la yg susah tuh.. isk2

  28. By amieiezam on Mar 11, 2008 | Reply

    nak jadi YB dah tak susah rupanya…

    masuk ISA dah leh jadi YB….
    bapa masuk ISA pun dah leh jadi YB…
    jadi "photographer" pun boleh jadi YB…
    itukah kriteria pemilihan mereka?
    lepas nih jadi patung pun kita panggil YB
    kerana rakyat kita pandai memilih…

    pandai ke mereka…
    tahu ke macamana nak cakap "disana"
    takpe…..itu pilihan mereka
    bukan pilihan kita…
    hopefully YB mereka fast learner..
    pilihan bijak "sehati berdansa"

    namun jauh dilubuk hati….
    banyak juga dah salah kita….
    kalau tak dibetul mungkin merana.
    kuasa hanya tinggal kuasa
    yang ejaanya
    k.u.a.s.a tanpa kuasa!!

  29. By hantu on Mar 11, 2008 | Reply

    @amieizam: best baca kata-kata awak yang ringkas tapi punyai maksud yang dalam. buat kita berpikir sejenak akan apa yang dah jadi. teruskan menulis bagi menyedarkan mereka yang semakin alpa dengan asal usul mereka.

  30. By amieiezam on Mar 12, 2008 | Reply

    kita rasa kita dah kuat
    rupanya kita makin lemah
    kita rasa kita dah dapat
    rupanya kita makin lelah….

    kita rasa kita dah berkuasa
    tapi kuasa tinggal kuasa
    kita rasa kita dah menang
    tapi disana airmata berlinang…

    kuasa yang dahulu kita dapat
    kita terlupa segala mandat
    kini segalanya telah berubah
    diharapkan "ubahlah apa yang perlu ubah"

    pukulan yang melayu terima
    penuh berbekas penuh berbisa
    menang sorak kampung tergadai
    nah kini harungilah segala badai…. 

  31. By lala234 on Mar 24, 2008 | Reply

    kalau hak istimewa melayu di rampas oleh dap,janggan lah menyesal,macam2 istimewa hak melayu bn buat jalan untuk kita,kita pun tak puas hati lagi,jadi serah kepada ALLAH,biar allah tunjuk jalan betul kepada kita.

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :