Timbalan Perdana Menteri kedua?

Tengok, kini mereka mahu Timbalan Perdana Menteri kedua dari Kalangan Bukan Muslim. Huhuhuhu ini sudah mahu mengugat hak istimewa orang melayu. Ya memang betul tiada termaktub perlembagaan negara mengatakan bahawa seseorang yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Mestilah dari kaum melayu dan beragama islam. Tapi dengan adanya jawatan TPM 2 dari bukan muslim tak hairan jika suatu hari nanti bangsa melayu akan di anaktirikan di tanah melayu sendiri. Korang kat sana ada pandangan?
//update terkini mengenai syarat perlantikan Perdana Menteri Malaysia bagi mereka yang jahil perlembagaan Negara.
Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

























14 Responses to “Timbalan Perdana Menteri kedua?”
By Azhar Ahmad on Mar 2, 2008 | Reply
Owh owh, mereka ini….
By sejuk on Mar 2, 2008 | Reply
erm fikirkan kesannya nanti!!
By sejuknya on Mar 3, 2008 | Reply
bro..ko ni tau ke tak?dlm prlembagaan dh trmaktub PM mesti org melayu..jgn cete prlembgaan klau tak tau.buat malu je.tapi jgn lupa cume sbut melayu saje.klau dia melayu tapi tak islam pun bole jadi PM..jgn risau..kat malaysia ni smua org melayu ialah islam… aku memang respek la kat ko.. ikhlas prtahankan melayu..kira ko ni ada unsur2 a bit prkauman la.. statement ko melayu dianaktiri?ko ni msh tak sedar lg rupanya..melayu lame dh danaktiri..ko bg tau aku..sape yg konrol ekonomi skang?cina or melayu?sape org pling kaya kat malaysia?cina or melayu?klau ko dpt bg jwpan..maknanya ko tau lane dah mlayu danaktirikan…so tak timbul tpm2 bkal gugat hak istimewa org melayu…fikirlah…
By sejuk on Mar 3, 2008 | Reply
@sejuknya : ko baca perlembagaan negara mane nih? perkara berapa yang mengatakan benda tuh? buktikan la dulu…hahaha ko ni mesti belajar tak ikut buku..hahahaha ko tau ke apa maksud melayu tu dalam perlembagaan. Meh bagitau. kalau terer sgt.
Kalo ko dah tau melayu dianaktirikan mengapa mesti bersengkokol dengan cina yang kini nak rampas tanah air kita…
By sejuk on Mar 3, 2008 | Reply
weh sejuknya..ko baca ni. Itupun kalo ko tau membaca la kan…
Cina, India jadi PM satu hari nanti - Dr. M
KUALA LUMPUR 17 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, suatu hari nanti jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh orang keturunan Cina atau India iaitu apabila rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu soal perkauman.
Perdana Menteri menegaskan bahawa perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya semua kaum terutama orang Melayu dapat menerima orang Cina, India atau bumiputera lain untuk menduduki jawatan tersebut.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.
Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, proses ke arah merealisasikan perkara tersebut sudahpun berjalan dan jika semua pihak sensitif terhadap cita rasa rakyat negara ini, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa sahaja daripada memegang apa-apa jawatan.
Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti-parti komponen BN termasuk MCA perlu berusaha ke arah itu dan percaya ia boleh dicapai dengan cara tersendiri iaitu menerusi perpaduan kaum yang sebenar.
”Bekerja samalah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan kita semua akan dapat menghapuskan perkauman,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh ahli-ahli parti itu.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr.Ling Liong Sik.
Perhimpunan Agung MCA kali ini menjadi perhatian umum ekoran parti itu baru saja menempuh peristiwa menggemparkan ekoran pengumuman Dr. Ling yang mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai isu kelayakan menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir pada sidang akhbarnya berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat negara ini untuk menentukan bila perkara tersebut (bukan bumiputera menjadi Perdana Menteri) akan menjadi kenyataan.
Ini kerana, katanya, pelantikan bukan bumiputera sebagai Perdana Menteri bergantung kepada penerimaan rakyat negara ini dan setakat mana soal perkauman dapat ditangani.
Sejajar dengan itu, menurut beliau, BN sentiasa menekankan persoalan pentingnya membina penerimaan masyarakat mengenai ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh rakyat dan bukannya menekankan mengenai perbezaan yang wujud di kalangan mereka.
Ditanya, apakah ia boleh berlaku semasa hayatnya, Dr.Mahathir secara berseloroh berkata:”Ia bergantung kepada berapa lama saya hidup.”
Menurut Dr. Mahathir, beliau percaya UMNO akan bersetuju dengan pandangannya itu dan bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai pemimpin asalkan beliau seorang yang berdedikasi terhadap negara.
”Saya bukan melakukan sesuatu yang akan menambahkan rasa tidak suka mereka (anggota) UMNO kepada saya, saya hanya berkata yang sebenarnya,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tambahan jawatan dalam kabinet akan diberikan kepada bukan Melayu jika soal perkauman boleh dielakkan dan masyarakat berfikir bahawa semua pihak adalah ‘Malaysian’ dan bukannya mewakili mana-mana kaum.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mencetuskan perpecahan di antara kaum, kata Perdana Menteri, dasar itu telah membantu proses integrasi kaum.
”Di sesetengah negara yang tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka lebih berpecah dan tidak mengiktiraf bangsa. Mereka mendakwa mereka adalah satu negara tetapi jauh di dalam, mereka berlainan,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai laporan Utusan tentang rombakan kabinet yang dijangka diumumkan tidak lama lagi akan menyaksikan kemunculan semula Menteri Undang-Undang dengan menterinya juga dilantik sebagai Peguam Negara, kata Dr. Mahathir: ”Saya tak tahu, saya tak pernah dengar pun.”
By sejuk on Mar 3, 2008 | Reply
Yang ni pulak dari Perlembagaan Malaysia iaitu negara aku. Ko nyer perlembagaan tu akui tak tau negara mana. Mungkin negara ayah pin kot,
Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.
By sejuknya on Mar 3, 2008 | Reply
tepuk tangan ramai utk sejuk…prap..prap..prap..mcm ni lah kalo nak brhujah..ada fakta..skali lg..tahniah buat sejuk…aku saje nak test..nak tgok ape reaksi ko..wlau ko sikit marah namun aku tabik springlah.. memang ko ptut rase khuatir atas sbb2 krn ko brjuang atas dsar bangsa bukannya islam…otak ko ni dh kene racun,dtakut2kan oleh parti prkauman ko iaitu umno yg melayu satu hari akn lenyap dbumi malaysia…klau umno tak brkuasa..tol tak?sbb tu ko beria2 perjuangan blum slesai slagi nyawa d badan..huhu..melayu slepas 50 tahun mcm ni jugak…
By sejuk on Mar 3, 2008 | Reply
sebab aku bukan melayu macam ko. yang tak tau diuntung. ckp tanpa berfikir..hahaha kan dah kene batang hidung sendiri. berlagak pandai konon.piraahh
By Ngahaha on Mar 3, 2008 | Reply
apa gunanya berkomen kalau utk dikritik..
By apachai bulus on Mar 3, 2008 | Reply
haih…
masing² ada pandangan sndiri
cume kite kena melihat perkara secara menyeluruh dan dari pelbagai segi
kat satu pihak ada yang betul dan salah
kat pihak satu lagi pun sama
ada akal fikiran, fikir.
cume jgn kerana perbezaan fahaman politik, hbgn antara kita boleh porak peranda.
By sejuk on Mar 4, 2008 | Reply
@apachai : ya betul. jom makan char kuey teow tepi hill park tuh. ko blanje
By akupuashati on Mar 9, 2008 | Reply
isu perkauman ni cuma sentimen puak2 barisan nasional yg dah tak tahan malu..
untuk cover2..merka cuba menggugat2 kepercayaan rakyat terhadap kebolehan barisan alternatif dalam memerintah negeri/negara…
yg pasti, rakyat telah pun membuat pilihan..
By magsegan on Mar 9, 2008 | Reply
PAS, umno gaduh2…rebut kuasa..
DAP rehat…ambik kuasa
By amieiezam on Mar 14, 2008 | Reply
@sejuknya kalau rasa DAP takder mainkan sentimen perkauman cuba-cubalah lawati web mereka… “undi BN samalah undi MELAYU/UMNO” adalah slogan kempen mereka di penang…sejuknya…tepuk tangan please
sejuknya pun pandai amik kesempatan…username pun nak dekat sama..hehehe…macam NUAR amik kesempatan la.
@aku puashati ; dah lama dah BN jaga isu ketuanan melayu nih..bukan saja rakyat, tuanku sultan pun tak percaya..