Parti Mahasiswa Negara? Apa kejadahnya…
Hahahaha isu politik dah mula masuk dalam kaki-kaki blog. Aku baru baca entri terbaru mohdismail, Hurm mungkin musim pilihanraya semakin hampir kot. Baru-baru ni malaysia yang hanya menunggu tarikh pembubaran parlimen dikejutkan dengan penubuhan Parti Mahasiswa Negara yang aku agak tak tahu apabende langsung mengenai politik Malaysia. Cuba bayangkan peraturan kampus dan mahasiswa sudah terang2 mengatakan bahawa mahasiswa/siswi dilarang menyertai/bergiat didalam politik. Baru undang-undang kampus/universiti tidak mahu patuh inikan pulak mahu menjadi ahli politik.
Umum mengetahui bahawa peribahasa “ukur dibaju sendiri” amat bertepatan dan sesuai diberikan kepada PMN ini. Ntahlah adakah dibelakang mereka ada parti-parti yang menaja seperti PAS atau Keadilan yang kini cuber meracun pemikiran mahasiswa masa kini. Kini PMN yang kononya mahu menyertai Pilihanraya Umum Ke-12 dan ingin meletakkan calon bebas di beberapa kawasan .
*entry asal dari apa rasionalnya Parti Mahasiswa Negara dan diedit oleh aku.
Objektif penubuhannya, menurut jurucakap PMN, Mior Isfandy Mior Azizan:
“Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.
“Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”
Hahaha Susah nak mempercayai kenyataan di atas yang mana wujud sikap prejudis kepada parti-parti politik yang wujud - pemerintah mahupun pembangkang- dalam landskap politik Malaysia. Aku juga hairan, dalam keadaan PMN ditunjangi Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung atau lebih dikenali sebagai Gamis (aku dapat dari info blog mohdismail.com) Gamis sendiri menjalani kaderisasi secara langsung dan tidak langsung dari sistem tarbiyah PAS, justeru tidakkah ini menggambarkan bahawa PMN sendiri bersedia untuk ‘membadutkan’ diri dalam landskap politik Malaysia, sebagaimana yang dihambur oleh mereka ke arah PAS.
Pertikaian mengenai perbahasan antara pemerintah dan pembangkang hanya tentang perkara remeh dan tidak mengesani hak rakyat yang tertindas juga kelihatan sangat dangkal. Apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh pimpinan pembangkang seperi PAS dan KeADILan tidak memfokuskan hak rakyat?
Dalam keadaan pembangkang tidak ada ruang yang luas untuk memainkan peranan yang sewajarnya, mereka sedaya upaya berfungsi untuk mengenengahkan isu-isu rakyat agar rakyat faham akan situasi sebenar.
Kata Meor Isfandy lagi:
“Beliau juga menggesa kerajaan agar mengambil berat tentang hak-hak rakyat memandangkan kekerapan berlakunya perarakan dan demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.
Bagi parti pembangkang, katanya, mereka perlulah memainkan peranan lebih baik sebagai penstabil kepada kerajaan sedia ada.
Beliau menegaskan bahawa gerakan itu yakin bahawa telah wujud keinginan di kalangan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam lanskap politik negara, tetapi kekangan dan dinding penghalangnya terlalu tebal menyebabkan kekalnya status quo sehingga hari ini.”
Sememangnya tidak dinafikan, rentetan beberapa peristiwa di dalam negara sepanjang tahun 2007 memperlihatkan dan ada sesetengah daripada mereka hanya ingin mengambil kesempatan didalam kesempitan.
Aku pun nak tanya la sape yang sokong PMN ni, seandainya mereka berdiri sebagai parti politik yang sah, apakah mereka akan berupaya mengecualikan diri mereka daripada kerencaman politik yang serba mungkin dalam landskap politik Malaysia?
PMN kelihatan mahu merempuh AUKU kerana pada mereka AUKU adalah akta yang bersifat melangkaui Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyatakan:
Menurut Meor, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik. [Mstar]
Entahlah, kate Parti Mahasiswa Negara tapi keluarkan statement nak letak calon graduan pulak. Camtuh baik taruk nama Parti Graduan Malaysia..
p/s : politic is sucks!!

























12 Responses to “Parti Mahasiswa Negara? Apa kejadahnya…”
By lindosh on Jan 20, 2008 | Reply
semua dah "sebok" bercerita pasal politik.. tau lerr nak pilihanrayaaaa.. ilek ilek dulu.. kempennn semua nehhh.. hahaha
By Sheena on Jan 20, 2008 | Reply
"Parti Graduan Malaysia."
HAHAHAHA! Betul tu!
By sayno2bn on Jan 20, 2008 | Reply
pmn tu dalangnya khairi lah ngok..ko dlm kerajaan pun tak tau.aku lame dah tau.sbb si meor tu lalang.bukan ade duit tu mlainkan ada org sponsor.wei..ni smua taktik bn la nak pecahkan undi.tiap kali dkat pru mesti ada parti baru.takkan pembangkang pulak nak ujudkan parti baru.baik cari dana utk kuatkan parti sndiri.ingat free ke nak brtanding.deposit 20k…aku rase ko ni kene byk kaji sejarah politik negara.bn dr dulu,kini dan selamanya asyik nak menipu je…
By sejuk on Jan 20, 2008 | Reply
@sayno2bn : ko kate baik buat parti untuk kuatkan parti sama la macam bn. buat ape nak pecahkan undi. Baik mantapkan jentera lagik bagus!!hahaha kelakar sungguh statement ko.
By wawaronny on Jan 20, 2008 | Reply
panas dah ni..hak hak hak..
By Azhar Ahmad on Jan 21, 2008 | Reply
Humnmmmm… Kenapa mesti mahasiswa? Mahasiswa tahu masalah rakyat?
By mrozaidi on Jan 21, 2008 | Reply
Dari Mana Diorang Dapat Duit Tu..Sapa Kasi Kat Diorang..Itu Persoalannya Sekarang Ni
By sejuk on Jan 21, 2008 | Reply
@wawa : hak2 tau takper. saje bakar line.
@azhar : tu la pasal. Masalah mahasiswa pun tak setel nak selesaikan masalah negara pulak.
By Ngahaha on Jan 21, 2008 | Reply
politic never sucks.. but people in politic always blood sucking pungkurlubang. hahahaha… kan aku dah cakap.. malaysia tak ampuh.. ko buat la parti apa pon.. hatta party tuppaware skali pon.. nk menang? sipi sipi bleh laa…
By sejuk on Jan 21, 2008 | Reply
@ ngahaha : sipi2 pun belum tentu lagik kot aku rasa.hahahaha
By Perampok on Jan 23, 2008 | Reply
lawak la PMN ni. surat persetujuan/perjanjian duk desasiswa/kolej kediaman pon malas nak baca/faham tapi ada hati nak bertanding dalam pilihanraya umum.
By sejuk on Jan 24, 2008 | Reply
tau takper..lagipun belum abes blaja dah nak mimpi jadi pemimpin.hahah lawak la