Weh!!bila nak gaji nih?
Harini bermula la aku punyer SKT tahun 2008, Aku akan mula outstation dan membuat kursus di serata Malaysia. Petang ni aku akan lapor diri di Hulu Langat, Selangor dari 12 - 16 Januari. Ahaks dekat ngan umah awek aku tapi malangnya dia kini berada di Bangi. Sessi semester baru telah pun bermula. Hahahaha sukanya la hati aku bile melihat Adik aku terpaksa bangun pgi untuk kesekolah. Tapi bile mahu gaji, duit simpanan aku semakin berkurangan, tidak dapt untuk berbelanja dengan berlebihan lagi, dan kini aku terpaksa mencatu segala perbelanjaan harian. lebih2 lagi untuk membeli hadiah harijadi awek aku tidak lama lagi. Hadiahnya pun sudah dimintak!! ada sape nak derma kat aku. PM aku dan aku akan berikan no. akaun maybank aku ok :).
Tak banyak yang berlaku dalam hidup aku minggu ni. Akhirnya aku akan dapat jugak sebuah DSLR insyaallah paling lewat akhir bulan ini hasil daripada perbincangan aku dengan papa. Hahaha tak sabarnya la nak pakai dslr ni walaupun aku tau aku tak ada ciri2 seorang jurufoto. Tapi belum cuba belum tahu bukan!!
Malaysia kini ada 4 syarikat yang membuat pengiklanan secara online iaitu GrabMyads, Nufflets, Advertlerts dan Nuffnang namun dari 4 ini aku hanya menggunakan Nuffnang dan kini aku telah pun menjadi ahli eksklusif Nuffang dan akan mendapat faedah seperti yang ditulis diblog mereka. Hurm bukan apa seperti advertlets aku telah dituduh menipu dan aku tak mahu komen apa2. Hasil di advertlerts aku hampir RM60 dan ianya akan hangus begitu sahaja. Takpe la mingkin ada hikmah nyer. Nuffnang pula walaupun hasil yang mengikut jumlah kempen yang diberikan tapi aku amat berpuas hati. setakat ini aku telah pun menerima 6 kempen dalam masa 1 bulan. amat menarik kan :). Kempen yang terakhir akan tamat pada 16 Januari ini. Harap dapat la dalam 10 ribu ker kan. Boleh buat duit belanja kawin.
Malaysia digemparkan lagi dengan kehilangan Adik Sharlinie. Hurm kes ini berlaku dalam kawasan tempat tinggal aku. Shet!! 2 kes berlaku dalam seminggu. Adoi jgn la biarkan tragedi yang menimpa arwah adik Nurin berlaku kembali. Malas nak cakap lebih2 cume banyakkan berdoa supaya Adik Sharlinie berjaya dijumpai dengan selamat.
p/s : Aku terpaksa disable dulu Blogroll sebab aku dapat tahu dia punca web aku berat. Mungkin masalah photobucket yang kini mula mengahdkan bandwith. tgkla ada masa aku try fix. Ilmu pelita hidup. Jgn perjudikan ilmu untuk kesenangan yang hanya sementara. Hahaha aku pun tak paham ape bendea ku tulis ni. chow~

























15 Responses to “Weh!!bila nak gaji nih?”
By hajarss on Jan 11, 2008 | Reply
aku pon dah sengkek se sengkek2nye
By sejuk on Jan 11, 2008 | Reply
tau takper..macam dalam pertandingan survival plak aku rasa hahaha!!
By maj0ko on Jan 11, 2008 | Reply
ahaksz..ni baru minggu 1st january..duet scholar tinggal ciput jek lagik.. catuan catuan..
notakaki: tp ini malam cam nak pegi kara0ke..hurm.. start catu es0k aa..
By bulus-san on Jan 13, 2008 | Reply
tak yah la kasik awek ko adiah
tiap kali besday kena kasi
kali ni tak payah la
blanje mkn udah
hahahahaha
ko keje ape sbnrnye? merayap ke sana ke mari…
ko jual karpet ke?
By athena on Jan 13, 2008 | Reply
haha..member aku yang baru gaji minggu lepas pun dah sibuk tunggu gaji bulan depan plak..hehe..laju betul duit skang, dah macam air dh
By Azhar Ahmad on Jan 13, 2008 | Reply
Gaji 24hb ni… Mintak2la masuk sekali dengan bonus… Ahjahhahah
Salam kenal dari Teratak Nurani
By lindosh on Jan 14, 2008 | Reply
ko nak kasi hadiah ape kat awek ko? kereta? eheh
beshnya ada SLR
bape ribu ko beli?
By puterikurekure on Jan 14, 2008 | Reply
aku ada lagi 2 minggu nak gaji. skang pon tgh sengkek. simpanan yang ada kena jimat2, tunggu hari besar. huuuuu
By HaRiZ on Jan 14, 2008 | Reply
adverlets ketipuan ka? hahaha…aku letak sebijik je…die melembabkan load page keatas blog aku…
Buat ape mau kasik awek hadiah? nanti menyesal baru tau…hahaha…baik ko kasik kat gei ko…Pasangan gei ko kan lagi penting sebenarnye dari awek ko…awek boleh carik lain beb…wakkakaka
By Azman on Jan 15, 2008 | Reply
kawin sejuk jgn tak kawin, aku pun tgh kumpul duit kawin nih haha.. tak tahan
By sejuk on Jan 17, 2008 | Reply
hahaah aku dah kembali..nantikan entry aku yang seterusnya
By palie on Jan 17, 2008 | Reply
bro… samalah dgn aku… aku pun sengkek pas balik genting highlands ni… lalala…
p/s: aku dah angkat dslr… hehehe… baru je dpt awal bulan ni… lalala..
By sejuk on Jan 17, 2008 | Reply
jenama ape ko amik palie?
By Flinty.Farah on Jan 21, 2008 | Reply
dslr? oh. jeles.
By sejuk on Jan 21, 2008 | Reply
hehehe sejuk bukan tau guner pun. beli nanti baru belajar guna