kesejukan | kepanasan | keseraman | tido la kalau dah sejuk

nikahdoablursukecomelgigilkepanasanbasahlemon

Ape!! Lupuskan hutang PTPTN dengan RM2000!

January 4th, 2008 Posted in Cerita tipu, Fraud, Kehidupan, Penipu

Semalam member aku ada hantar satu mesej di YM mengatakan bahawa ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka SphiNx Team. Kalau dibaca pada laman web yang meraka buat ini mereka mengatakan bahawa :

SphiNx Team adalah pertubuhan rahsia dimana sebahagian kecil dari kami mempunyai agenda tersendiri. Malah kami mempunyai akses ke bahagian administration yang anda fikir ianya adalah mustahil.Sekitar lewat tahun 2006, kita digemparkan dengan “untraceable” peminjam PTPTN. Seseorang yang harus bayar RM18,000.00-RM30,000.00 dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian, tidak perlu membayar satu sen pun kerana rekod pinjamannya hilang tanpa dapat dikesan kerana PTPTN menggunakan sistem manual. Anda fikir ia satu kebetulan? Fikirkan lagi..Pada pertengahan tahun 2007, kerajaan mula memberi perhatian kepada isu peminjam PTPTN, dimana sekarang mereka menggunakan teknologi canggih untuk menyimpan, update dan lupuskan sesuatu pinjaman secara online. Satu lagi kesilapan terbesar kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada teknologi canggih.

fraud.jpg
Amaran!! Kami tidak akan bertolak ansur dengan penipu. Jika anda sesekali cuba menipu kami, kami akan gandakan wang pinjaman anda. Kami akan memberikan bukti pengesahan sebelum menerima bayaran. Jika bayaran tidak dijelaskan, kami akan menggandakan pinjaman anda sebanyak tiga kali ganda dan memasukkan nama anda ada dalam senarai hitam di beberapa agensi. Jaminan wang dikembalikan jika anda tidak menerima surat pengesahan pembatalan dalam masa 30hari. Sebarang cubaan memerangkap kami, termasuk polis, kami akan memastikan anda menerima PADAH.Nak tahu lebih lanjut boleh tgk laman web MEREKA. Tapi awas jangan terpedaya ok!! Kes – kes penipuan seperti ini banyak berlaku pada dunia IT Malaysia pada hari ini. Dahulu kita pernah digemparkan dengan berita yang mengatakan bahawa Maybank2u jugak di pishing oleh mereka yang mempunyai pengetahuan menciplak atau menduplicate laman2 web dan memperdaya meraka dengan memberikan link untuk login.

Entahlah, mungkin mereka yang menjadi mangsa ini terdesak untuk menyelesaikan hutang meraka dengan cara yang mudah. Apa2 pun Awas, Rujuk dan buat kajian dulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sekadar ingin berkongsi maklumat.

p/s : Eh luper nak bagitau, Akaun Nufflets aku dah dicreditkan USD15.00, Thanks Nabil, Cepat2 la Nufflets dapat client. Aku pun pinjam PTPTN jugak..hahaha tak abes bayar pun lagik. Insyallah tahun depan abes la :)

  1. 13 Responses to “Ape!! Lupuskan hutang PTPTN dengan RM2000!”

  2. By puterikurekure on Jan 4, 2008

    ishh..dahsyat tul!

    takpe, aku skang ni pon tgh slow2 bayar sket2..heheheeee….

  3. By hajarss on Jan 4, 2008

    lama x mengomen kat sini :D
    wei, thx 4 d info.. aku dah abes bayar.. :) )

  4. By sejuk on Jan 4, 2008

    hehe no prob!!lama tak nampak.mane pegi?

  5. By wawaronny on Jan 4, 2008

    alah…dh pinjam tu bayar je lah..byk plak songeh nk cari jalan singkat…kita pinjam t byr blk…nnt tak halal..idup tak senang..ah..aku ni nk cr keje secept mungkin nk bayar ptptn neh! umor br 23, dh berutang rm26000…ko la sejuk! sabotaj aku!

  6. By me yginsaf on Jan 7, 2008

    teringat me lirik lagu misha omar – Pulangkan (Duit PTPTN iteww)..

    koser

  7. By sejuk on Jan 7, 2008

    me yg insaf..huhuh ada ek lagu tuh! tak penah dengar pun

  8. By zuriaf on Jan 7, 2008

    aku pun ade gak hutang dengan PTPTN ni..nasib baik sket je..

    weii..chelsea pun memang jugak la…

  9. By sejuk on Jan 7, 2008

    hahah chelsea menang luck dan nyaris2 terkeluar!!hahahaha

  10. By athena on Jan 9, 2008

    aku sememangnya beharap ianya benar, kerana aku terasa sggh seram apabila memikirkan jumlah hutang aku kat ptptpu..eh..kat ptptn..ntah berapa lama la baru setel..huhu

  11. By julia on Jan 9, 2008

    ehh web tu dah takde laaa…
    bagi link salah eyh..? atau mereka mereka da cabut lari ?

  12. By sejuk on Jan 9, 2008

    @athena : aku pun berharap yang sama. tapi nanti tak berkat pula apa yang kita belajar.
    @julia : dorang dan tutup laman web kot ju…

  13. By syuxx on Jan 10, 2008

    sejuk, apa font yg kau guna utk pkataan TIPU ! itu?

  14. By sejuk on Jan 10, 2008

    @syuxx : nama font tu —-> love ya like a sister

Post a Comment