Virus Kesyaitonan!!
Aku ada baca blog orang tadi, 2 blog ngah ngan hariz. erm dorang bercerita pasal game ntah ape ntah. Macam hamram pun ada..hahah gile ek main game. Dulu aku addict la main game ni antaranya game worm dan aku masih main game tu walaupun dah khatam beberapa kali. Ntah itu saje game yang mampu ditanggung oleh kondisi laptop super power aku ni. Hahahaha aku juga baru download game farm freezy dari ngah. Mungkin nak cuber main dan menghasilkan kek itik? WTF!!kek itik ada ker? Bawah ni ada cerita yang ntah hape2. Saje je. Bagi entri aku ni nampak bermakna sikit..Kepada Azrul Astronout - Selamat Hari Jadi. Sila jadi orang yang tulen tanpa dipengaruhi anasi panoda yang songsang seperti mereka Okay :). Jadi marilah kite membaca karangan dibawah ini sambil makan kurupuk udang. Jangan malu2 plak.
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit ketujuh, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora nan syahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, menukar lampin singa laut, memberi beruang kutub minum white coffee, ajar penguin berjalan, membonceng kambing salji, hirup mee rebus, makan cendol, kegunaan lampu koridor, membuat kotak pensil, membasuh tali kasut dan memecahkan pasu bunga mak kau. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Nameck itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia untuk melihat peleasan roket soyuz yang membawa angkasawan petama negara.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap mungkin jugak terperangkap didalam pusat ngah yang hitam dan ditemani stalagit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-3 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok kelapa sawit untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 84 ekor bebiri dan 784 ekor anak tenggiling. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan Dr. House, Pakcik Supian, Cicakman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Gaban seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
p/s : Hilang akal!!

























14 Responses to “Virus Kesyaitonan!!”
By azrul angkasawan on Nov 24, 2007 | Reply
aku suka ooo main Worms. Banana Bomb yg terbaik.
terima kasih la sebab wish, semoga aku tak akan menjadi manusia yg sukakan hubungan sejenis. amiinn..
aku baca sampai habis. pastu rasa menyesal. pastu rasa mengong.
By sejuk on Nov 24, 2007 | Reply
terima kasih kerana membaca sampai habis.mesti ko rasa macam menyampahkan..hahahahaha
By bulus-san on Nov 24, 2007 | Reply
kau dh angau ni.
sampai naik biol otak kau buat entri ni.
jgn kau khwin dgn tiang letrik itu sudah le…
By sejuk on Nov 24, 2007 | Reply
@bulus : aku dalam keadaan normal semasa menaip.tidak dipengaruhi oleh alkohol dan jugak angau
By ixora on Nov 24, 2007 | Reply
dah baca sampai abes tapi sampai skang masih tak paham apa ke motif entri ni.. hahahahaha……..
pening2 lalat utk seketika!
By sejuk on Nov 24, 2007 | Reply
@ixora : aku pun tak paham ape yang aku taip.hahahaha
By wawaronny on Nov 24, 2007 | Reply
ekselen! boleh anta tak karangkraf ni.publish dlm majalah maskulin bulan depan…
By sejuk on Nov 24, 2007 | Reply
boleh2.wa nak autograf ker?
By .irarox. on Nov 24, 2007 | Reply
wehh..ko ape kena? demam? rndu sgt kt awek ah tuhh..siann..hahahaha
By cella on Nov 24, 2007 | Reply
lawaknyeeee!!angau dah awk nii..haha
By sejuk on Nov 24, 2007 | Reply
hahaha biler pulak aku angau..saje je buat entry ni..huhuh
By inah on Nov 24, 2007 | Reply
isk..aku mengong dah ni..helppppp!!..aku pun suke worm..banana bomb ngan ade skunk yang ade bau tu paling best..lagi satu yg kambing leg terbang =D
aku suke bangat!!!
sejuk..jom lawan worm!!
By iziana on Nov 25, 2007 | Reply
mari main game binatang
pakngah baru kasik aku td
tp crack dia x jmpe lg ah
haishhhh
By sejuk on Nov 25, 2007 | Reply
@inah : mau lawan ke jom.ym aku sejukscript
@iziana : game itik tu ke?haha ada je la crack dalam tu skali