Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Blog Archive » Gelombang kuning la kononnya!!
blog yang kesejukan

Gelombang kuning la kononnya!!

Written on November 11, 2007 – 1:45 am | by sejuk |

Seperti yang aku coretkan dalam entry aku sebelum ni, aku kaku seperti ais batu yang telah diletakkan didalam peti ais selama sebulan, buntu buntutku dan tak tau nak menafsirkan setiap butir-butir mutiara kata yang mampu dilafazkan seperti ijab dan kabul.

Perakakan AMAN yang nampak macam acara main air hujan yang dipancut dalam oleh bomba yang dianjurkan oleh BERSIH sesungguhnya mencacatkan keharmonian yang telah sedia ada dalam negara Malaysia. Kira-kira hampir 40000 ribu orang berkumpul untuk menyertai perarakan ini yang dikatakan menuntut keadilan yang telus dalam sistem pilihanraya. Rata-rata yang menyokong perarakan ini boleh dikatakan keseluruhanya adalah daripada barisan pembangkang yang tak tau ape yang hendak diperjuangakan.

Aku malas untuk memperkatakan perihal politik yang sememangnya penuh tipu muslihat, menikam kawan dari belakang dan yang peliknya ianya dari bangsa aku sendiri.Aku malu. Benar kata fendyzaidan dan mohdismail pada postingnya mengenai Tahniah Rakyat Malaysia!!! dan Pemikiran kuning yang baharu aku buntu dan kecewa dengan sikap bangsaku sendiri.

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada (copy dari fendyzaidan ):
Kepada pakcik pakcik yang berketayap, bersongkok, tahniah.
Kepada kaum hawa bertudung, tahniah.
Kepada pelajar universiti yang buhsan di hujung minggu dan berfikir,
Kepada parti-parti terlibat yang punya agenda zahir..

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kerana anda berjaya membuat peniaga-peniaga yang mencari makan di kawasan yang terlibat terpaksa menutup kedai kerana anda. Pengujung2 yang ingin bersiar2 bersama keluarga terpaksa membatalkan hari cuti mereka kerana anda telah meragut kawasan membeli-belah mereka dan tak luper jugak kepada pelancong2 asing yang terpaksa melihat situasi seperti di indonesia, pakistan dimana ianya tak ubah seperti rusuhan!!

Fikirlah wahai bangsaku. Jangan kerana menurut nafsu, disogok untuk mendapatkan kuasa kita luper bahawa kita adalah dari rumpun yang sama.

Aku amat kecewa.Kecewa yang teramat sangat!!

Related Posts

Tiada entri yang berkaitan dengan entri diatas!

  1. 60 Responses to “Gelombang kuning la kononnya!!”

  2. By bulus-san on Nov 11, 2007 | Reply

    aku juga turut keciwa.
    alangkah lebih elok spend hari cuti dgn family dari g buat bnde ntah ape² ntah…
    dan aku juga keciwa kerana bangsaku berpuak².
    buang hasad dengki, tingkatkn prestasi!

  3. By Mohd Ismail on Nov 11, 2007 | Reply

    tahi’lah mereka…

  4. By Dik Mal on Nov 11, 2007 | Reply

    saya membatalkan hasrat nak ke UTM semalam.. pasai kalao pergi, balik kena tukar train kat Masjid Jamek.. kaco2.. exam Selasa ni :)

    p.s : Mail.. betul betul betul ( ayat Upin dan Ipin )

  5. By sejuk on Nov 11, 2007 | Reply

    @bulus : hurm tak tau nk cakap ape?ape yang bagi drg kepuasan pun tak tau.mungkin puas bile tgk orang nak jalan2 tak dapat.huhu siap redah ujan.kalo aku buang masa je.baik lepak umah main ps!

    @mohd ismail : thanks sudi baca entry aku yg tak seberapa neh!terkejut bile antara otai blog bagi komen.thanks,dtg2 la selalu.Mereka yang menyertai perhimpunan ini ada seperti golongon yang tak sedar diuntung!!nak disuapkan susu sehingga keliang lahad mungkin.

    @dikmal : mungkin otak golongan ini masih lagi dijajah.tiada semangat cintakan negara!

  6. By Perampok on Nov 11, 2007 | Reply

    puake, sebab dieorg lah aku sangkut dalam jam semalam masa ujan lebat.

  7. By pola on Nov 11, 2007 | Reply

    saya penyokong kerajaan…tp sy bkn pyokong ummo hakhakhak…. <– erkk boleh ke ini mcm :p

    Malas nak berbicara soal politik ni..sbb xsmua sekepala dgn apa kita hujahkan…

  8. By sejuk on Nov 11, 2007 | Reply

    @perampok : nak buat camner bersabar la dengan kerenah mereka!!

    @pola : boleh je.malaysia kan demokrasi.hahah tapi sebab ko keje ngan kerajaan seharusnya ko sokong kerajaan la.tak kisah la kerajaan maner hatta kerajaan ayah pin pun kalo memerintah kene ikut la

  9. By beckzaidan on Nov 11, 2007 | Reply

    terima kasih kerana quote aku. ini zemua adalah agenda politik individu saje. pengikut hanya mengikut sebab disuap. kalau mahu telus, tanya balik kepada penyokong yang pernah mengundi, betul ke mereka pangkah LOGO betul?

    sebab setahu aku, sesetengah penyokong tegar, hanya main talam dua muka. masuk perarakan, ceramah, perhimpunan, tapi bila masa mengundi, undi DACING juga.

    bagi la pada mereka memerintah satu penggal, dan lihatlah agenda masing masing. bersih my ass… bukannya takde proper channel yang betul. saja mahu buat kacau.

    dan pasal hari itu sahaja, kemungkinan besar, ekonomi negara akan mengalami kesannya, akibat penarikan pelabur luar daripada pasaran saham. takut diaorang nak melabur, negara kacau bilau macam ni.

    nak jadik negara dunia ketiga balik kot…

  10. By sejuk on Nov 11, 2007 | Reply

    @beckzaidan : erm..aku sangat setuju dgn ko. Politik ni subjektif dan hanya individu tu je yang tau ape yang terbuku dihati mereka.

    cume kalo lagi mereka peluang untuk satu penggal,aku risau mungkin segala yang kita kecapi sekarang mungkin akan lenyap.keamanan dan kedaulatan yang dijaga sejak zaman pak kaduk dulu kala mungkin direngut oleh mereka yang hanya menunggu peluang untuk mengangguk di dalam air yang keruh.

    cume mahu keamanan yang sedia ada kekal sehingga bile2 :)

  11. By .irarox. on Nov 11, 2007 | Reply

    meh bakal warga pendidik nk bg komen. tp..aku rase gasak diorg ahhh..sdiri ade akai, sdiri leh pk.. kalo akai lum smpai tahap yg bole dibanggekn, g asah cpat2. aku tak amek port sgt politik2 ni.. tp tah la. tpulang kpd hak individu kn? suruh c BERSIH tu bersihkn ati dlu la bru leyh wt mnde2 sprti di atas 2. hahaha. tata~

  12. By hajarss on Nov 11, 2007 | Reply

    malaysia sgt femes smalam dlm aljazeera, tp utk sesuatu y pd aku kurg menyenangkn..

    aku blom daftar mengundi, kamu sudah?

  13. By sejuk on Nov 11, 2007 | Reply

    @hajarss : daftar mengundi..itu sudah pasti. Satu kelebihan yang harus digunakan pada jalan yang betul dan bukan dengan merusuh.

  14. By kumb@ng on Nov 12, 2007 | Reply

    bukan selalu ada perhimpunan macam ni… sekali2 bikin gempak apa salahnya.
    nak bagi kefahaman sket..BN adalah kerajaan dan kerajaan bukan BN ya.BN yang kawal kerajaan sebab menang pilihanraya.kena paham betol-betol tu…

    ramai yang konfius, bila keje ngan kerajaan wajib(buat dapat pahala,tinggal dosa) sokong BN. kalau tak sokong maknanya boleh di transfer mana2 dengan tujuan yg tak sehalun ngan BN tu berhenti keje…maaf kalau saya tersilap.. ;)

    40000 yg datang sudah tentu sape yg meniaga air+makanan semalam banyak untung wooo…ni kan perhimpunan AMAN…sebab HARAM bila takde permit…

    umpama macam ni lah…JUDI haram kalau tiada lesen…JUDI halal bila ada lesen(cth: kat GENTING tu…) :D

  15. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @kumbang : memang tak dinafikan bn adalah kerajaan dan kerajaan bukan bn, tapi pernah ke awak terfikir kalo la selain bn memerintah apa yang akan terjadi.aku sebagai rakyat tak mahu pemperjudikan nasib kepada parti yang belum tentu dapat mentadbir dengan baik.tak tahu la kalo parti yang dicipta untuk pembebasan seorang yang kononnya difitnah itu layak untuk mentadbir.Nah!!skang dia dah bebas so ape pulak perjuangan parti tersebut!!

    bukan provoke cuma sekadar pandangan daripada orang yang telah layak mengundi.terima kasih sebab sudi datang dan beri komen anda.

  16. By kumb@ng on Nov 12, 2007 | Reply

    selain BN memerintah apa yg akan terjadi? dah lama dah saya bayangkan…hidup sederhana dan harmoni..ini bukan perJUDIkan nasib…segalanya datang dari ALLAH…

    ibarat kita menumpang di rumah ALLAH..kalau kita menurut segala suruhannya(HALAL/HARAM) dan peraturannya(HUKUM ISLAM)takkan ALLAH nak menganiaya kita sebab kita ikut apa yg disuruh dan tinggal apa yg dilarang.

    masalahnya sekarang kita tolak HUKUM tu..kita masih guna perlembagaan reid. kenapa mesti ada mahkamah civil dan syariah? kan baik satukan jadi satu mahkamah aje..ini contoh pemerintahan sekular…

    pernah tak bro pikir apa hasilnya selepas 50 tahun kita merdeka? ya! memang banyak pembangunan, rakyat hidup senang(yg miskin pun ramai juga) yg paling penting kita masih AMAN(AMAN ke?)…tapiii…kebenarannya…kita tak bebas,kanak2 tak bebas,wanita tak bebas, rogol, bunuh, pecah rumah, rompak, ragut, dadah, sumbang mahram dan entah apa lagi masalah sosial yg akhir2 ini makin kronik…. hmmm..

    soal parti yg menuntut pembebasan orang tu soal lain dan samada dia difitnah atau tak…WALWAHUALAM…hanya ALLAH yg mengetahui…

  17. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    mengenai masalah2 tu semua negara ada, termasuk la arab saudi.bukan salah pemimpin tetapi lebih kepada individu.takkan kalo rogol je salah kerajaan.dadah je salah kerajaan.tak semestinya apa yang kita hajati akan kita dapat.

  18. By kumb@ng on Nov 12, 2007 | Reply

    masalah memang tetap ada…zaman nabi dulu pun ada, cuma banyak atau sikit je…sebab tu ada undang-undang islam, sbb ada orang yg buat salah..kalau takde masalah tak adalah orang yang kena hukum…tak payah ada undang-undang..

    yang kita nak bagaimana nak kawal…hukuman apa yg sesuai yg bole tegah orang lain dari buat kesalahan…kerajaan tak salah…yg salah org yg kawal kerajaan yg taknak undang2 ini dilaksanakan…siapa yg pilih orang2 ini?

    sorry bro…lebih2 pulak aku…juz pendapat 20 sen aku… :D

  19. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    kenapa nak salahkan orang yang mengawal kerajaan? pernah dengar org kate hormatilah pemimpin kamu selagi ia tidak melampau2..
    ntah la..penat dengan isu ni.tunggu pilihanraya nanti dan undilah apa yang kamu rasakan perlu..

    p/s : tak kisah pun, seronok berdebat mengenai isu ini.yang penting kita masih aman dan harmoni :)

  20. By Perampok on Nov 12, 2007 | Reply

    this is for kumb@ng atau pun memana makhluk yang menyukai atau menyokong atau menyertai perhimpunan BERSIH. tak salah nak berhimpun secara AMAN atau BERSIH dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. itu hak memasing.

    “selain BN memerintah apa yg akan terjadi? dah lama dah saya bayangkan…hidup sederhana dan harmoni..ini bukan perJUDIkan nasib…segalanya datang dari ALLAH…”

    suka betul aku baca part ni. hidup aku selama ni memang harmoni tapi semalam jadik tak harmoni sebab aku sangkut berjam-jam dalam sesak di sebabkan ada perhimpuna BERSIH. kalau sangkut sebab banyak kereta aku tarak hal tapi bila sangkut di sebabkan ada beribu orang yang berteriak “kembalikan hak rakyat”, that is a serious problem. kembalikan hak rakyat apanya kalau sampai menyusahkan orang lain?

    pergilah berhimpun dan berteriak sampai pecah anak tekak tapi jangan menyusahkan orang lain. konon nak perjuangkan hak rakyat tapi menyusahkan rakyat yang lain. mana letak budaya saling menghormati di kalangan rakyat Malaysia?

    tak perlulah nak cerita apa yang di buat oleh parti pemerintah atau parti yang teringin nak memerintah atau mahu bercerita pasal sirah, ibadah, hukum hudud apalagi masalah sosial negara bilamana dalam diri sendiri takde 1 perkara asas yang di panggil HORMAT.

    lain kali pergi berhimpun dengan cara terhormat la tanpa menyusahkan orang lain. basic thing pon tak boleh nak buat betul ada hati nak “memperjuangkan hak rakyat”. betulkan yang asas dulu baru boleh cerita pasal bende lain.

  21. By beckzaidan on Nov 12, 2007 | Reply

    ramai yang konfius, bila keje ngan kerajaan wajib(buat dapat pahala,tinggal dosa) sokong BN. kalau tak sokong maknanya boleh di transfer mana2 dengan tujuan yg tak sehalun ngan BN tu berhenti keje…maaf kalau saya tersilap..

    ahahha. undi pun adalah rahsia. yg ckp undi BN, tak semestinya betul betul undi BN. yang pangkah parti lain, mungkin ckp je, tapi tak semestinya pangkah parti lain. subjektif, tersirat dan tidak semua orang tahu.

    faham faham la…

  22. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @perampok : betul, kepada kumb@ng ataupun geng seangkatan beliau, belajar menghormati hak orang lain dulu baru sibuk nak melaungkna keadilan la, bersih la..kalo asas menghormati pun takder macamane nak mntadbir.mungkin lebih teruk,mungkin……

    @beckzaidan : betul,kumb@ng kalo ko nak undi dacing pun bukan kami tau..hahaha ntah2 ko saje je amibil kesempatan tentang isu yang tgh hangat ni untuk membuat provokasi saje :), sape tau kan :)

  23. By kumb@ng on Nov 12, 2007 | Reply

    tuan perampok kena ingat, apa yg berlaku kejadian tidak HARMONI pada 10 Nov ialah semasa BN masih memerintah. maknanya apa yg saya bayangkan masih belum wujud. Semuanya kan datang dari ALLAH…

    lagipun kejadian bersesak-sesak tu bukan kehendak kami. penyebabnya permit tak lulus dan kemudian tutup dataran merdeka.

    Yang pelik kenapa konsert bagi pulak permit.
    Perhimpunan BERSIH jadi HARAM sebab takde permit dan perhimpunan tengok konsert jadi HALAL sebab ada permit. Padahal konsert lah penyumbang keruntuhan ahklak muda-mudi.

    BERSIH nak berhimpun secara AMAN menuntut BPR lebih telus dlm PRU akan datang, bukannya berhimpun nak buat rusuhan,kekacauan. Kami masih ada rase HORMAT pada BN sebab tu kami nak berhimpun dengan AMAN.

    Apa lagi saluran yg pembangkang ada. nak harap keluar TV,surat khabar memang jauhlah. Berhimpun ajalah..tujuannya nak bagi mesej kat BN…ini suara rakyat…

    Saya rasa kejadian tuan perampok tersekat dalam jam kat KL ni pun bukan kali pertama kan…KL pun memang dah terkenal dgn jam. tu semua alasan nak memburuk2kan pembangkang.

    kejadian jam2,sesak2 tu sebab polis yg buat road blok. kan mudah kalau polis bagi kerjasama, jaga lalu lintas. Polis berkhidmat untuk rakyat. polis bukan alat BN. macam2 cara dorang guna untuk sekat orang ramai pergi ke dataran. Padahal cuma nak berhimpun secara AMAN je.. :)

    wah! makin meriah entry ni…biasalah ada pro n kontra…kalau tak bukan demokrasi namanya… :)

  24. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    tetapi en. kumb@ng, kalo patuh kepada arahan seperti yang tuan ckp. kenapa mesti dilanggar jugak.kalo dah tak dapat permit.baik balik tido? memang golongon kuning ni golongan yang hanya tahu untuk melanggar arahan bukan. bagi mereka kalo melanggar arahan membuatkan mereka bersa sungguh hero.(mungkin sebab mendapat liputan meluas kononya).

  25. By kumb@ng on Nov 12, 2007 | Reply

    tuan sejuk tak mengkaji sejarah agaknya… negara kita merdeka pun bermula dengan melanggar arahan, demontrasi,bantah malayan union,buat perhimpunan,ceramah dan sebagainya…kalau tak buat camtu tak merdekalah kita…

    mungkin ada yang bagi alasan, skang kan dah merdeka,apa nak lagi!?#

    cara sama cuma situasinya je berbeza…
    oleh sebab dah terlalu lama berkuasa,BN bole buat apa dia suka. yang penting menang dan menang sampai bila…duit banyak,bole tabur sana-sini…

    rakyat seperti kami terpaksa bertindak dengan cara ini berhimpun dengan AMAN walau terpaksa melanggar arahan. rakyat berhak bagi pendapat, buat tuntutan Itu aja. mungkin nak jadi HERO. buat kacau jauh sekali.

    zaman sekarang kalau asyik TIDO aje kita takkan kemana. sebab tu orang melayu leka. mudah lupa. terima apa ajelah apa yg orang buat kat kita. yang penting cukup makan,pakai.

    tuan-tuan, kita kena agresif. suarakan yang hak kalau tak puas hati..jadi bangsa yang tegas. pikir2 kanlah untuk generasi akan datang. jangan asyik leka dengan duniawi je… ;)

  26. By Qaiyum on Nov 12, 2007 | Reply

    Buat Kacau Jauh Sekali?

    Reformasi Tahun 1999 Membuktikan SEbaliknya..

  27. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    ntah la..aku pun tak tau ape yang cube disampaikan. bertindaklah mengikut fakta dan bukan hanya pendapat! kaji dulu ok

  28. By Dik Mal on Nov 12, 2007 | Reply

    aiyak.. blog sejuk dah jadi blog panas la :D

  29. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    heheh kadang2 kite kene ada debat macamni.baru tau apa yang sedang terjadi

  30. By mrozaidi on Nov 12, 2007 | Reply

    Kita semua kena buat kajian sendiri yang berilmiah untuk mengetahui keadaan sebenar sebelum merdeka lagi..Baru kita tahu kenapa ada berlakunya sebegini..Orang atas goyang kaki, orang bawah penat kuar masuk lokap..Haha..

  31. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    sebab ape kuar lokap? sebab buat perkara tak nak pikir dahulu.biler kene tangkap salahkan semua orang

  32. By Known Member! on Nov 12, 2007 | Reply

    owh… nampaknye ko pon terperdaya ngan surat kabar utusan , bharian , hmetro , rtm , tv3 dan yang fames2 2uh..
    huh…
    ko mmg x bace blog2 org melayu ke?
    ko kne bace blog sbb itu je lah media yg x kne sekat ngan kerajaan.
    check kt vids aljazera. dier pown sokong kt bersih..
    check kat asian human righs. dier sokong bersih,
    cbe ko perhatikan media antarabangsa (mrk x kne sekat)
    cbe chek kat anwar ibrahim blog.
    cbe ko kaji…. sbnrnye.. pehimpunan 2uh aman je.. kecuali yang stat kan huru hara ialah polis kat masjid jamek…
    simbah gas la .. ape lah.. bodo..
    tapi bersih juga berpuas hati ngan sebahagian polis yg memberi respon yg baik..
    dan akhirnya.. bersurai ngan aman…

    kaji betol2..
    check kat malaysiakini malaysiatoday…
    dorang berita yg x disekat….

  33. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    kenapa nak bangga2 kan bangsa asing kat luar tu.mereka lagi la tunggu peluang untuk ambil kesempatan.fikiran yang sempit!!!!

  34. By Manok on Nov 12, 2007 | Reply

    maaflah, saya kurang bersetuju dengan pendapat awak.

    saya sering berfikir macam ni “every single thing, yang bagus tu, tak kira dia asalnya ciptaan Jewish ke for example, kepunyaan Allah SWT sekaligus kepunyaan Islam”

    bro tanya, kenapa perlu ada mahkamah civil dan syariah; kenapa tak satukan. suatu ketika dulu pulak puak PAS cakap, kenapa nak guna undang-undang British.

    my question would be, apa mahkamah civil tu bukan islamic ke? bukan datang dari agama Islam ke? kalau bro kata, civil tu bukan islamic, then bro dah kecikkan skop dan kebolehan agama Islam tu sendiri. boleh murtad tu bro!

    buat apa nak merusuh? buat apa nak kucar kacir? dalam Islam tak suka benda ni semua. kalau nak jadi muslimin sejati dan nak jadi pemerintah yang baik, sekali lagi aku ulang, PRODUCE! bangkang sana, bangkang sini, tapi apa sumbangan kita pada negara? Tak payah pada negara laa, pada diri sendiri, APA?

  35. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @manok : awak tujukan kepada siapa.kepada kumb@ng ke? tolong spesifik takut salah faham :)

  36. By pola on Nov 12, 2007 | Reply

    aku ni idaklah myokong mahupun membantah…

    cuma yg aku tau…bila pilahnraya..maka Wujudlah
    “politik wang”….

    satu lagi aku xsuka berbicara soal politik sbb bila kita berlainan parti mula lah kita sesamer sndrik nak mecaci antra satu sama lain..pastu bertikam lidah…lantas mbawa kepada perbalahan.. sbb tu sampai skang aku xdaftar sbg Pgundi..
    aku cuma permerhati BEBAS hahaha….

  37. By anei on Nov 12, 2007 | Reply

    negara kita demokrasi….rakyat bebas utk bersuara…so kerajaan jgn la menyekat kebebasan rakyat…..polis sebenarnya menjaga keamanan, so semasa perhimpunan hari tu sepatutnya dia org perlu mengawal elok2 utk mengelakkan perkara yg tidak dingini….sblm ni ade perhimpuan tunjuk perasaan pekerja bank? ada org mrh? mungkin sbb jumlah peserta sedikit…kenapa pekerja2 bank tu menunjuk perasan, sbb diarog nak menuntu hak mereka..mcm2 perhimpunan baru2 ni, cuma nak elakkan penipuan semasa mengundi…

    mungkin berita boleh menipu ckp ada org merempuh polis..tapi mungkin time tuh peserta perhimpuan merempuh polis slps disembur gas pemedih mata…bila dah terkena gas pemedih mata org mestilah bertempiaran lari..sbb gas tu menyebabkan mata pedih…sesak nafas….

    perampok sori ek kalau aku bagi pendapat aku…cuba kalu jlm jam sbb ada sesuatu konsert2 arits malaysia atau luar negara ke nak menyambut taun baru ke ko mrh ke tak?

    psl pendapat manor tu..sebenarnya perhimpuan tu bkn dia org nak merusuh pun, yg menjadi hura-hara sbb kena sembur gas pemedih mata…kalu merusuh menggunakan senjata atau melawan polis….

    anyway aku bkn nak menyokong mana2 pihak, ini cuma pendapat aku,aku hormat pendapat ko sejuk dan org lain, jgn mrh ek..peace

  38. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @anei : takpe hak ko untuk bersuara.ntah la dah banyak kali aku ckp.,bertindak mengikut fakta dan bukan berlandaskan semata2 kepada pendapat dan nafsu.

  39. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @pola : menjadi kerugian yang amat besar bile ko tak mendaftar sebagai pengundi.maaf ckp.bangsa lain ketawa je biler tgk melayu yang takmo mengundi nih.sebab telah mengurangkan defisit undi yang mendominasi pilihanraya.aku takmau tgk malaysia jatuh kepada orang lain.fikir sendiri lah ok!ko pun dah besar..hahahahah siap jadi lesbo lagi.miahaha weh pola, cupcake coklat satu :)

  40. By pola on Nov 12, 2007 | Reply

    aku duk kwnsn Bukit Bntg…. dlm sejarah xpernah lagi ada melayu pegang..melainkan DAP.. Jadi adakah aku perlu mgundi DAP @ MCA??? ahakss

    atau boleh ke kita pi mgundi tempat lain????

  41. By anei on Nov 12, 2007 | Reply

    tu la aku nak mrh..polis fru tu pun ikut nafsu je, sbb bkn tu jln penyelesaian…dia duk sembur gas pemedih mata abeh tu abeh jadi huru-hara…sian keta lalu lalang, pelancung2…pekerja2 yg nak duk tgk tepi2 tu…

  42. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @pola : sendiri dah besar dan sendiri tau tanggungjawab masing2.terpulang la ok :)

    @anei : sebab tu fikir dulu sebelum nak gi ikut bersih tu.

  43. By inah on Nov 12, 2007 | Reply

    salams..first time di sini..ingatkan blog sejuk..leh tenang2 di sini..tapi blog panas plak dengan perdebatan politik..

    Isu BERSIH..hmm..aku keje gomen tapi aku x sokong kerajaan..jahatkan aku..bg aku mmg benar, pilihanraya tidak telus seperti di US..banyak pengundi hantu dsb..

    Demonstrasi perlu untuk menyedarkan..yg kecoh2 tu sbb FRU yang bertindak dolu..percayalah..my fren is there..area masjid jamek sbb nak shopping kat masjid india..lain plak jadinya..

    alamak..panjang plak..mcm entri sendiri..maaf eh =)

  44. By sejuk on Nov 12, 2007 | Reply

    @inah : hehe baru je lepak blog inah.dah sampai sini rupanyer.neway salam perkenalan.

  45. By Manok on Nov 13, 2007 | Reply

    @inah

    kau kerja gomen tapi kau tak sokong kerajaan. itu aku panggil hipokrit

  46. By faerrin on Nov 13, 2007 | Reply

    incik sejuk..aku selalu gak ke blog kao tuk dapatkan ketenangan..hehehe..sejukkkk…

    err…aku nak bg pendapat je..bg aku..demonstrasi ini perlu..kita nak luahkan ape yg terbuku..suara rakyat dr rakyat, kalu semua media dah disekat, mane lg saluran boleh kita pakai? kalau skang kite sampai bile2 pun, still duduk diam, kite tak tahu, ape yg gomen buat kat kite rakyat mesia sume..

    kan ke banyak isu mutakhir ini, PRU tak penah nye bersih, dan lagi satu..mesia ni kuat rasuhnye..lg2 melibatkan pojek2 besar..contoh pembelian kapal peronda oleh TLDM, ade kes penyelewangan kat situ..tidak telus, dan bajet yg diperuntukkan melebihi dr harga sebenar..puluhan billion ringgit..kan ke banyak..dan kalu duit yg sebanyak itu hanye dapt kat “segelintir” rakyat saje, bagaimane kite2 yg lain rakyat mesia?? mungkin duit2 yg banyak itu boleh di agihkan utk tingkat kan prasarana negara, boleh bg subsidi pade rakyat dsb..ohhh…banyak isu2 lain lg..

    salam kenal saudara sejuk..aku kini sudah beku..hehe..peace!!

  47. By Perampok on Nov 13, 2007 | Reply

    “perampok sori ek kalau aku bagi pendapat aku…cuba kalu jlm jam sbb ada sesuatu konsert2 arits malaysia atau luar negara ke nak menyambut taun baru ke ko mrh ke tak?”

    konsert biasanya di adakan pada waktu malam dan aku pulak orang yang jarang keluar malam. faham benar nampaknya saudara kumbang akan keadaan trafik di KL semasa konsert-konsert diadakan. biasa pergi tengok ke? :)

    “Saya rasa kejadian tuan perampok tersekat dalam jam kat KL ni pun bukan kali pertama kan…KL pun memang dah terkenal dgn jam. tu semua alasan nak memburuk2kan pembangkang.”

    KL memang jam, 2-3 jam no prob bagi aku tapi kalau sampai 5-6 jam then it;s something wrong. aku bukan bercakap pasal keadaan aku seorang yang terperangkap tapi beribu lagi warga KL yang takde kene mengena dengan BERSIH tapi di susahkan oleh BERSIH.

    pasal peniaga pun satu hal. bukan semua peniaga kedainya di depan rumah. bila peniaga ni pun sama terperangkap dalam kesesakan, pukul berapa nak bukak kedai? tahu tak apa hukumnya bilamana perbuatan kita menyekat rezeki orang lain? bende ni bukan setakat membabitkan peniaga kecil tapi juga perniaagaan lain yang mana shipment keluar masuk menjadi lambat. memang lah jam takat 5-6 “ajer kan” tapi masa itu tetap emas.

    polis dan pasukan yang buat road blok bukan suka-suka hati nak buat road block. mereka tahu perhimpunan BERSIH akan terus berjalan walaupun tanpa permit. road block bukan setakat di buat di pusat bandar tetapi merangkumi lembah klang. tujuan road block bukan untuk menghalang rakyat menyertai perhimpunan tapi as a Ground Control method. kelajuan trafik perlu di perlahankan supaya jumlah kenderaan yang memasuki pusat bandar berkurang sekaligus mengurangkan tempoh kesesakan. tambahan pula hari tu hari sabtu yang mana ramai akan keluar.

    kalau betul dieorg nak halang perhimpunan baik dieorg tutup jalan terus dan arahkan semua perkhidmatan pengangkutan awam berhenti operasi pada hari tersebut tetapi pemandu bas/tren pun ada anak bini yang perlu di tanggung. pihak berkuasa tak mahu menyekat rezeki mereka. kalau pihak berkuasa tidak memperlahankan aliran trafik pada hari tu besar kemungkinan tempoh aku dan orang lain yang terperangkap dalam jam menjadi lebih panjang.

    mana-mana kerajaan pun akan ada corruption. aku sendiri tak suka dengan sebahagian pemimpin dan pemerintah yang ada sekarang. markas PAS, markas BN atau markas Adil semua aku dah redah. cita-cita pihak pembangkang memang ada yang baik tapi dalam banyak masa aku lihat pembangkang gagal memahami keperluan mikro rakyat miskin yang kerjanya membanting tulang 10-12 jam macam aku. apa yang disuakan oleh parti pembangkang dari sehari ke hari cuma perkara semasa yang di isu-isukan.

    kesan dan akibat mengadakan perhimpunan BERSIH ke atas warga KL pun aku tak rasa pemimpin pembangkang ada fikirkan. KL tak besar, pusat bandar cuma seluas 9 KM persegi tapi tu pun ada hati lagi nak mengadakan perhimpunan BERSIH di KL. tanah malaysia ni luas, masih kaya dengan pantai dan hutan yang besar. pergilah berhimpuan di tempat yang besar tu tanpa menyusahkan orang lain. takde sapa nak marah kalau BERSIH tidak menganggu hidup orang lain. benda macam ni basic aja, budak sekolah pon tahu fikir tapi di mana daya fikiran orang yang menganjur atau memulakan BERSIH. macam mana nak memenangi hati rakyat macam aku kalau perkara basic macam ni tak tercapai di akal mereka? sebab tu sampai sekarang aku masih lagi menyokong aspirasi kerajaan.

    separuh perasaan aku marah dengan BERSIH sebab menyusahkan aku tapi dalam banyak masa aku nak tergelak sebenarnya. perhimpunan BERSIH ke Istana Negara tetapi YdPA Mizan Zainal Abidin takder pun kat dalam istana tu. Baginda ada kat Terengganu. apa kes?

  48. By anei on Nov 13, 2007 | Reply

    perampok ko tanye aku pernah pegi ke? ahaha aku tak la pernah pi konsert ke kat kl tu, kebetulan kalu aku ke kl, kalu member ambek…sesak wo jln..jam x ingt…bkn konsert je..kalu ade perlawanan bola ke same je….:P :)

  49. By Known Member! on Nov 13, 2007 | Reply

    haha…
    klo korang percaya sgt ngan surat kabar & media fames yg kate gne anak sebagai benteng , perhimpunan x aman. dll.. yg negetive…
    hahha
    check kAT sini gamba2 yg diambil orang ramai..
    bukan sorang.. pelbagai lapisan orang mse perhimpunan tuh..
    ha check .. betol ke ade berite2 negetive masee tuh??

    http://jahilgoblog.net/gambaq/main.php

  50. By Known Member! on Nov 13, 2007 | Reply

    ha tinggal lagi 1 gamba

    http://www.flickr.com/groups/549864@N20/pool/

  51. By Known Member! on Nov 13, 2007 | Reply

    ha.. skarang sape fikiran nye sempit….
    aku atau engko…
    fikirkanlah!

  52. By sejuk on Nov 14, 2007 | Reply

    @manok : aku pun nak ckp bende yang sama kat inah.pikirlah ek :)

    @faerrin : heheh selalau2 la datang yeh blog sejuk :), tapi tak semestinya dengan demontrasei saja rakyat boleh menyuarakan pendapat dia.bnyk caranye lagi kan.yang lebih formal.dari demonstari yang memang menyusahkan orang ramai yang tak terlibat dengan bersih ni

    @perampok : aku setuju ko dari mula.kepada mereka yang berfikiran sempit sahaja akan melakukan demontrasi tanpa berfikir panjang.

    @known member : dah tentu mereka yang berfikiran bahawa hanya dengan melakukan perarakan yang mencetuskan ketakutan kepada rakyat yang tak bersangkut paut sahaja berfikiran sempit

  53. By wawaronny on Nov 14, 2007 | Reply

    “Fikirlah wahai bangsaku. Jangan kerana menurut nafsu, disogok untuk mendapatkan kuasa kita luper bahawa kita adalah dari rumpun yang sama.

    Aku amat kecewa.Kecewa yang teramat sangat!!”

    …aku pon keciwa..kenapa perlu bazirkan hari minggu anda dgn perkara yg menyusahkan byk pehak? bukakan lebeyh manes jika anda duduk dirumah bersama keluarga atau keluar ngn kwn2 menikmati keamanan Malaysia..Yg lain biar org2 yg lebih arif lakukan…Jika anda sume maukan perubahan..just lakukan time pilihanraya..kalau action je g sanasine buat huru hara..mendaftar pon belom n time mengundi pon tak pegi..arakian baiklah mereka2 ini buat je kerja2 yg lebeyh berfaedah seperti brgotong royong mmbersihkan rumah atau mesjid d perumahan anda..lebeih afdal

    +p maaf..saje je…

  54. By sejuk on Nov 14, 2007 | Reply

    @known member : tau pun anda berbagai bangsa ada.dan bangsa2 lain tu menunggu masa untuk mengambil kesempatan atas huruhara yang kuning ni timbulkan.hurm berdoa supaya kuning ini cepat sedar akan tindakan mereka itu menyebabkan orang yang taktau ape menjadi mangsa keadaan

    @wawaronny : betulnak sgt keadilan nanti pilihanraya anda undilah mane calon yang layak ok!!jgn cite letup tapi tak mendaftar.so gunekan kuasa yang ada ketika mengundi untuk mencari kebenaran yang korang
    (kuning) cari.Find out yg bersih dan kotor

  55. By aria-ayumi on Nov 14, 2007 | Reply

    kuning. teringat maskot digi yang err…. sengal kot. huhu.

    err, btw perarakan tu katne?

  56. By sejuk on Nov 14, 2007 | Reply

    @aria-ayumi : dengar berita dari dataran merdeka (ataupun masjid negara) ke istana negara..buang masa je berarak sambil kene tembak air ngan fru.baik duk umah main ps3.biler PRU nanti undi yang mane berkenan.itu saja.terima kasih!

  57. By Doodee on Feb 4, 2008 | Reply

    Thanks for sharing

  58. By dino on Jun 11, 2008 | Reply

    kini gelombang kuning benar2 memberi impak yg besar bak ombak gergasi membelah pantai.. dacing yg sudah lama berdiri megah kini goyah ibarat terputus tali gantungannya, terjatuh isi tapungannya.. keris tidak lagi tajam tuk melindung bangsa malah tumpul hingga menumpaskan negeri memanda perdana menteri sendiri.. apa saudara masih buta dan tuli? atau membutakan dan menulikan diri sendiri? kenaikan harga minyak?? x cukupkah lagi bukti kegoyahan kepemimpinan ini?

    kalau saudara marahkan himupanan aman gelombang kuning diadakan, fikirkan dahulu sebab apa ianya terwujud dan mengapa begitu hebat sambutannya?? sehinggakan impaknya tertulis pada PRU 12?
    adakah kerana saudara sayangkan suasana aman harmoni negara malaysia sehingga membenarkan negara dan bangsa sendiri dirompak oleh pemimpin2 yg korup spt ini?

    13 jun tarikh himpunan memprotes kenaikan harga minya, sudara lihatlah sahaja bagaimana sambutannya.. suara rakyat akan bergema menuntut hak!! allahu akbar..

  1. 3 Trackback(s)

  2. Nov 11, 2007: Bersih Yellow-ness | me.zestful.org
  3. Nov 12, 2007: Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
  4. Feb 28, 2008: Perhimpunan 100K Rakyat, Bersih!!??

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :