Isu semasa, Isu hangat, Politik Malaysia, Gosip Artis dan masalah peribadi!! » Blog Archive » Penggunaan Asas DSLR.
blog yang kesejukan

Penggunaan Asas DSLR.

Written on November 7, 2007 – 2:13 pm | by sejuk |

Shutter :
Shutter speed bermakna banyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya korang mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar Korang, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah “panning”, dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

 


(COntoh Gambar Panning)
Apperture :
Setting utk apperture dan shutter speed boleh dipelbagaikan bergantung pada apa hasil akhir yang hendak kita capai. Contohnya, jika hendak bermain dgn Depth of Field (DOF), korang boleh bermain dengan apperture. Bukaan apperture yang besar (contoh f2) menghasilkan DOF yang sempit. Kesannya subjek utama yg korang fokuskan akan jelas dan tajam, manakala subjek lain / latarbelakang akan menjadi kabur (soft). Teknik ini selalu digunakan ketika mengambil gambar potret atau alam benda.Sebaliknya apabila menggunakan apperture yang sempit (contoh f16). DOF akan menjadi sangat luas. Dengan lain perkataan, subjek yg diraakamkan akan jelas dan tajam dari depan ke belakang. Teknik ini selalu digunakan ketika mengambil gambar lanskap. Jika di sawah padi, gambar buah padi yg terletak hampir dgn korang sama tajamnya dengan gambar bukit dan gunung di hujung bendang.Oleh itu settingnya actually bergantung kepada apa sebenarnya yg nak dicapai, atau gambar apa yg nak diambil. Setiap setting memberi hasil yg berbeza. Tepuk dada, tanya kamera… :P

 


Contoh Gambar DOF
ISO :
ISO ialah kepekaan terhadap cahaya. Lebih tinggi ISO, lebih peka ia terhadap cahaya. Tetapi, ISO yg tinggi ada efek terhadap kualiti gambar, gambar jadi ada noise.
(Noise Pada waktu siang, ISO rendah dah memadai, tapi pada waktu malam, ada yg gunakan ISO tinggi.*Noise ni Lebih kurang macam Unwanted Pixel la…die Bintik2 kat pic kite..biasanya jadi ni sebab naikkan ISO

p/s : terima kasih!masih dalam penyimpanan wang untuk membeli dslr ini!!

Related Posts

Tiada entri yang berkaitan dengan entri diatas!

  1. 3 Responses to “Penggunaan Asas DSLR.”

  2. By pola on Nov 8, 2007 | Reply

    hoh..tak tercapai dek akalku tuk mengomen kat ini Entry…hakhakhak

  3. By [A G1rL T3LLs All] on Nov 8, 2007 | Reply

    ISO tu bukan International standard organisation ke? heh=p

  4. By sejuk on Nov 9, 2007 | Reply

    pola : ceh komen je la.bukan kene bayor pun..
    a girl tells all : bukan la, yg ko nyer iso tu untuk pengukuran je

Post a Comment

Kata-kata Aluan

Aku tak suka kambing, tapi aku suka makan lambchop bersama-sama dengan awek aku yang tercinta. Aku seorang lelaki yang berorientasi lurus dan tidak bengkok seperti sankai, ngah, hariz dan pola. Aku dah cube menasihatkan mereka supaya berubah. Mari kita berdoa supaya mereka cepat sedar dan kembali kepangkal jalan. More

Anda ingin melanggan?

 Langgan percuma blog ini atau, langgan melalui email:

masukkan email anda:

Find entries :