kesejukan | kepanasan | keseraman | tido la kalau dah sejuk

ekor cahayaekor cahayaekor cahayaekor cahayaaway~stesen keretapi kuala kangsarkamikamiselepas hdr

salah ke?

July 3rd, 2009 Posted in Suka | No Comments »

Dunia ni kadang2 pelik jugak, Contohnye bile kita bertanya kepada seseorang dengan niat untuk ambil kisah atau tahu mungkin akan disalah tafsir oleh orang yang yang ditanya, kemudian di’smash’ kembali dengan ayat penyata yang sangat mendalam maksudnya. Kesimpulanya, OK saya mengerti apa yang beliau maksudkan. Mungkin aku sudah tidak lagi berada dalam dunia yang disogokkan dengan keindahan bicara semata2.

p/s : sebentar lagi aku akan balik ke kampung di perak (tapah dan sayong), doakan kami sekeluarga selamat sampai ok!!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , ,

Apakah?

July 2nd, 2009 Posted in Suka | 1 Comment »

mama : papa ko nama dia naik untuk vss?
aku : hah! yeke? cian papa, abes dia terima ker?

mama : ye la kot. dia kate keje sampai ujung bulan ni je. dia bayar 2 tahun gaji.
aku : erm suh la papa standby carik keje lain cepat.

Mama : tula, dia nak cari keje lain katenye.
aku : amin (dalam hati supaya papa dapat kerja yang lebih baik)…

p/s : macam nak sambung blaja balik la

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , ,

Michael Jackson

June 26th, 2009 Posted in Suka | 2 Comments »

t1wide.michael.jackson.04

Michael Jackson telah meninggal dunia!! petikan daripada laman web cnn :

He collapsed at his residence in the Holmby Hills section of Los Angeles, California, about noon Pacific time, suffering cardiac arrest, according to brother Randy Jackson. He died at UCLA Medical Center.

Lt. Fred Corral of the Los Angeles County Coroner’s Office said an autopsy would probably be done on the singer Friday, with results expected that afternoon.

Erm satu kehilangan besar buat dunia artis barat, setahu aku la jacko dah lama menderita akibat kanser kulit. Doktor yang merawat jacko tengah strunggle untuk mengembalikan kesihatan jacko. Lagipun awal bulan Julai nanti jacko akan mengadakan konsert tour satu england. Apapun kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan.

p/s : musykil dengan agama jacko. Dia islam ke tak ek?

Barbie Mariposa's Facebook profile

Away~

June 24th, 2009 Posted in Suka | No Comments »

termenung
aku away dari blog aku ni buat seketika. Kurang sihat sket!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Kuda tunggangan yang baru!

June 21st, 2009 Posted in Suka | 1 Comment »

e

yeha..Yamaha 135LC ku dah sampai dan bersedia untuk menjalankan tugas2 khas. Insyallah ada perubahan radikal selepas ini. Malas nak tulis pepanjang. Hati bunge2 ada masa aku post lain ek!

p/s : huiyooo aku ada LC tu :) , batak sekejap!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , ,

Inilah roda firaun yang dijumpai

June 17th, 2009 Posted in Suka | 2 Comments »

roda kereta firaun

MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.

Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.

Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.

Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.

Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , , , , , , ,

Upin dan Ipin : Angkasa

June 14th, 2009 Posted in Suka | No Comments »

Esok hari senin. macam biasa la, monday sickness kembali lagi, ahaa.. so lepas berehat2 2 hari kat umah same family hilanglah sedikit rasa gelisah tuh. Bulan depan ada 2 lagi perkara penting yang menunggu. Aku harap aku berjaya mengawal situasi yang bakal tiba.

So jalan-jalan sebelum nak tido ni amik mood dulu, terjumpa entri berkenaan upin dan ipin : angkasa di blog amanz. so aku tgk jugak teaser tuh. best jugak. Animasi bertaraf dunia. Kalah la animasi jimmy neutron. apa pun korang layan je la tgk ek. Aku nak tido dulu..tata!!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , , ,

Jual sudah!!

June 13th, 2009 Posted in Suka | No Comments »

dedulu

Aku telah menjual segala kenangan aku hampir 4 tahun bermula 2005, banyak yang indah2 tercipta berbanding dengan kedukaan. Apapun aku mesti terus survive untuk mencorak masa akan datang. Terima kasih atas kesungguhanya menampung segala keberatan. Harapan aku segala perngorbanan wang dan masa selama kau dijagaanku berbaloi bersama tuan baru. Selamat tinggal yamaha Ego ku!!

Next tunggangan, sila tunggu kemunculan Yamaha 135LC ku yang baru!!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , ,

Inilah dia Manohara odelia pinot

June 9th, 2009 Posted in Suka | 6 Comments »

112

mimiklucumanohara200906

mimiklucumanohara200906z

Gambar diatas adalah milik seorang wanita yang bernama yang telah mencetuskan kontroversi dengan kerabat diraja Kelantan. Entahlah!! baru berusia 17 tahun dan mungkin bertindak mengikut umur pemikiranya. Memetik rakan artis senegara beliau, Nirina zubir,

“Ini adalah persoalan negara. Kalau berani jangan tanggung-tanggung, perlihatkan dulu hasil visum. Karena ini sudah bawa-bawa nama negara, bikin aku jadi emosi saja,” ujar Nirina

Entah la, apa nak jadi, dengan isu ambalat lagi, Hai ramai rakyat mereka mencari rezeki di malaysia. langusng tidak berterima kasih ker?

p/s : pening dan risau, rindukan semua orang!! gambar credit kepada Ohbulan!

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sejarah Konfrontasi Malaysia – Indonesia

June 7th, 2009 Posted in Suka | 6 Comments »

Latar belakang

Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam sebuah memorandum yang diorganisasikan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia.

Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.

Barbie Mariposa's Facebook profile

Tags: , , , , , , ,